12.07.2015 Views

DASAR PERHUTANAN NEGARA (PIN 92) 1.0 Kenyataan ... - NRE

DASAR PERHUTANAN NEGARA (PIN 92) 1.0 Kenyataan ... - NRE

DASAR PERHUTANAN NEGARA (PIN 92) 1.0 Kenyataan ... - NRE

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

DASAR PERHUTANAN NEGARA (PIN 92)1.0 Kenyataan DasarObjektif• Untuk memelihara dan mengurus hutan negara berdasarkan prinsipprinsippengurusan secara berkekalan.• Untuk melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagaian hayat,sumber-sumber genetik dan meningkatkan penyelidikan dan pendidikan.Kenyataan-kenyataan• Mengisytiharkan sebagai Hutan Simpanan Kekal kawasan-kawasan yangmencukupi dan strategik di seluruh negara, berasaskan kepada konseppenggunaan tanah yang rasional. Hutan Simpanan Kekal akan diurus dandiklasifikasikan di bawah empat fungsi-fungsi utama:ooooHUTAN PERLINDUNGAN untuk memastikan kesesuaian iklim dankeadaan fizikal negara, mengawal sunber air, kesuburan tanah,kualiti alam sekitar, pemeliharaan kepelbagaian hayat danmengurangkan kerosakan oleh banjir dan hakisan kepada sungaidan tanah pertanian.HUTAN BERHASIL untuk bekalan yang berterusan, pengeluaransemua hasil hutan pada kadar yang munasabah secara ekonomik didalam negara dan yang diperlukan untuk pertanian, penggunaantempatan, perindustrian dan eksport.HUTAN LIPUR untuk mengekalkan sejumlah kawasan yangmencukupi sebagai tempat rekreasi, eco-tourism dan untukkesedaran masyarakat mengenai perhutanan.HUTAN PENYELIDIKAN DAN PENDIDIKAN untuk menjalankanpenyelidikan, pendidikan dan pemeliharaan kepelbagaian hayat.• Untuk menguruskan Hutan Simpan Kekal supaya memaksimumkanfaedah-faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar bagi kepentingan rakyatdan negara sejajar dengan prinsip-prinsip pengurusan secara berkekalan.• Untuk melaksanakan program pembangunan hutan yang terancangmelalui operasi pemeliharaan dan pemuliharaan hutan berasaskanamalan-amalan silvikultur yang sesuai.• Untuk menggalakkan pengusahasilan serta penggunaan yang cekap darihiutan berhasil bagi faedah ekonomi yang maksimum dari semua jenis1

DASAR PERHUTANAN NEGARA (PIN 92)keluaran hutan serta meransang pembangunan perindustrian hutan sesuaidengan aliran sumber dan membuka peluang-peluang pekerjaan.• Untuk menggalakkan pembangunan perindustrian hutan yang terancangke arah penghasilan barangan bernilai tambahan dan separa bernilaitambahan bagi kegunaan tempatan dan eksport.• Untuk menggalakkan penyertaan Bumiputra yang agresif dalam lapanganindustri berasaskan kayu sejajar dengan dasar kerajaan.• Untuk menubuhkan ladang-ladang hutan dari spesis-spesis tempatan danluar negeri bagi menampung bekalan kayu dari hutan asli.• Untuk menggalakkan penglibatan aktif masyarakat tempatan dalampelbagai kontrak projek-projek pembangunan perhutanan danmengekalkan penglibatan mereka dalam program-program hutan tani.• Untuk meningkatkan keluaran hutan bukan kayu melalui amalan-amalanpengurusan secara saintifik dan berkekalan bagi menampung permintaantempatan serta keperluan industri-industri berkaitan.• Untuk melaksanakan program latihan perhutanan yang komprehensif disemua peringkat sektor awam dan swasta bagi memastikan bilangantenaga manusia terlatih yang mencukupi untuk memenuhi keperluanbidang perhutanan dan industri berasaskan kayu.• Untuk menggalakkan pelaburan swasta dalam pembangunan hutanmelalui penubuhan ladang hutan atas kawasan persendirian.• Untuk mengendali dan menyokong program-program penyelidikan yangintensif dalam bidang perhutanan dan keluaran hutan yang bertujuanuntuk meningkatkan faedah-faedah hutan secara maksimum.• Untuk menggalakkan pendidikan dalam perhutanan dan mengendalikanperkhidmatan-perkhidmatan publisiti dan pengembangan bagimeningkatkan kefahaman masyarakat terhadap pelbagai faedah hutan.• Untuk memberi perlindungan kepada kepelbagaian hayat dan pengekalankawasan yang mempunyai spesis flora dan fauna yang unik.• Untuk membentuk satu program perhutanan masyarakat bagimenampung kehendak masyarakat di dalam dan di luar bandar.• Untuk mengkhaskan kawasan yang khusus bagi pendidikan perhutanandan kajian saintifik yang lain.• Untuk menjalin kerjasama antarabangsa yang lebih erat dalam bidangperhutanan bagi mendapat faedah melalui pemindahan teknologi danpertukaran maklumat saintifik.2

DASAR PERHUTANAN NEGARA (PIN 92)2.0 Perlaksanaan DasarKetua Pengarah Perhutanan adalah bertanggungjawab kepada KerajaanPersekutuan atas pengurusan Hutan Simpanan Kekal Negara yang cekap danteratur yang disempurnakan dengan cara memberi nasihat dan bantuan teknikalserta kemudahan latihan kepada Kerajaan Negeri melalui Pengarah PerhutananNegeri masing-masing. Demi masyarakat dan negara, Kerajaan Negeri bolehlahmenerima nasihat profesionl dan teknikal yang dikemukakan oleh KetuaPengarah Perhutanan untuk pelaksanaan Dasar Perhutanan Negara.Pengisytiharan Hutan Simpan KekalHutan Simpanan Kekal yang mencukupi perlu ditentukan dan hakmiliknyaterjamin. Kawasan yang dikenalpasti tersebut mestilah diwartakan sebagaiHutan Simpanan Kekal dan tidak boleh dikeluarkan kecuali di dalam sesuatukeadaan yang tersangat istimewa. Semua kawasan yang telah dikeluarkanhendaklah digantikan sepertimana yang tercatat dalam Akta PerhutananNegara, 1984.Bilamana boleh, langkah-langkah perlu diambil untuk menambah kawasanHutan Simpanan Kekal dengan mengambilkira kawasan lain seperti tanahterbiar, tanah kerajaan, tanah bercerun dan tanah-tanah lain yang tidak subur.Perundangan HutanAkta Perhutanan Negara, 1984 hendaklah dilaksanakan dengan cekap danbijaksana untuk memastikan pemeliharaan dan pengurusan sumber-sumberhutan secara berkekalan.Pengurusan Hutan Secara BerkekalanHutan Simpanan Kekal akan diurus berdasarkan kepada prinsip pengurusanhasil secara berkekalan untuk memaksimumkan faedah sosial, ekonomi danalam sekitar. Pengawasan yang rapi terhadap kawasan hutan haruslahdijalankan secara sistematik dan berterusan.Hutan Simpanan Kekal hendaklah diusahasil berdasarkan kepada keupayaansemulajadi hutan, penggunaannya yang optimum dan penggunaan tanah hutanyang komprehensif.3

DASAR PERHUTANAN NEGARA (PIN 92)Bagi tujuan pengusahasilan sumber-sumber hutan secara berkekalan,pengeluaran kayu balak akan dikawal berdasarkan kepada keseimbangan antarapermintaan dengan pengeluaran serta penggunaan maksimum. Regimpengurusan hutan yang terbaik akan diamalkan ke atas Hutan Berhasil yangdugubal berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui pengurusan hutan dankajian operasi yang bersepadu dan sistematik.Untuk memastikan amalan pengurusan secara berkekalan, Hutan Berhasil akandiusahasil secara komprehensif melalui tebangan memilih dan meninggalkanstok dirian yang mencukupi untuk pusingan tebangan seterusnya. Semuarancangan pengurusan hutan bagi hutan darat dan hutan paya laut hendaklahsentiasa diselia dan dikemaskinikan bersesuaian dengan prinsip pengurusansecara berkekalan. Pada masa yang sama, rancangan pemeliharaan danpemuliharaan ke atas hutan yang telah diusahasil hendaklah dilaksanakan dandiselia.Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan• Satu program pembangunan hutan secara teratur melalui operasipemeliharaan dan pemuliharaan hutan berasaskan amalan silvikultur yangsesuai hendaklah dijalankan bagi mencapai produktiviti yang maksimumdaripada Hutan Simpanan Kekal.• Pelaburan dalam program pembangunan hutan hendaklah dipertimbangkanselaras dengan kemajuan pembangunan hutan• Hutan yang telah dipulih tidak boleh diusahasilkan sebelum ianya mencapaiperingkat kematangan.Pengusahasilan Hutan• Pengusahasilan hutan dan pembangunan infrastruktur yang berkaitan didalam Hutan Simpanan Kekal dan lain-lain kawasan hutan akan diselarasdan dikawal berasaskan kepada rancangan pengurusan hutan dan/ataurancangan pengusahasilan hutan yang telah ditentukan bagi mengekalkanparas pengeluaran kayu balak yang berpatutan, mengurangkan kerosakanterhadap dirian tinggal, anak benih serta mengawal kualiti alam sekitar dankeseimbangan ekologi.• Pengusahasilan hutan yang cekap adalah digalakkan untuk semua jeniskeluaran bagi faedah pembangunan negara.4

DASAR PERHUTANAN NEGARA (PIN 92)• Ladang hutan dari spesis-spesis cepat tumbesaran dan ladang hutan darispesis-spesis bermutu tinggi akan digalakkan ditubuh di tapak-tapak yangsesuai.• Pihak swasta akan digalak untuk melabur di dalam penubuhan danpembangunan ladang hutan.Hutan Tani• Menggalakkan penglibatan masyarakat yang tinggal di pinggiran hutandalam penanaman pokok buah-buahan hutan untuk pemeliharaan danpengekalan sumber hutan.• Untuk mengekalkan penglibatan mereka dalam program hutan tani danmemberi keutamaan dalam mengutip hasil di musim buah kepada mereka.Keluaran Hutan Bukan Kayu• Tanaman rotan akan digalakkan di samping menguruskan sumber rotanyang sedia ada secara saintifik dan berkekalan.• Tanaman buluh akan digalakkan di samping menguruskan sumber buluhyang sedia ada secara saintifik dan berkekalan.Penyelidikan Perhutanan• Sektor awam dan swasta adalah digalakkan untuk meningkatkanpenyelidikan perhutanan bagi mencapai kestabilan alam sekitar, pengurusansumber hutan secara berkekalan dan hasil yang maksimum.Pembangunan Tenaga Manusia dan Latihan• Tenaga manusia yang mahir dan mencukupi perlu dibekalkan untukmelaksanakan semua aktiviti perhutanan.• Usaha perlu diambil untuk mengadakan kemudahan latihan yang lebihlengkap bagi meningkatkan kemahiran tenaga manusia di semua peringkatoperasi perhutanan dan industri hutan.• Satu program latihan yang komprehensif dalam pelbagai bidang perhutanandan industri hutan akan terus dilaksanakan untuk menampung keperluansektor awam dan swasta.6

DASAR PERHUTANAN NEGARA (PIN 92)Pendidikan dan Pengembangan PerhutananMeningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perhutanan melalui:• pelbagai program media massa;• mendidik masyarakat untuk menghayati fungsi-fungsi hutan; dan• memperkenalkan sains perhutanan di dalam kurikulum sekolah.Pemeliharaan Kepelbagaian Hayat• Pengurusan hutan negara hendaklah mengambilkira keperluan pemeliharaanflora dan fauna.• Perhutanan Masyarakat, Rekreasi dan Pelancongan.• Mempertingkatkan program perhutanan masyarakat untuk memenuhikeperluan awam dalam rekreasi dan pelancongan.• Mempergiatkan aktiviti penanaman pokok buah-buahan dan lain-lain spesisdi tepi Hutan Simpanan Kekal. Sementara itu, aktiviti penanaman pokok dikawasan bandar digalakkan untuk penghijauan, teduhan, membekalkanudara bersih dan nilai estetik.Nilai Khusus Saintifik• Mewujudkan kawasan hutan yang khusus bagi tujuan pendidikan,perlindungan dan kajian-kajian saintifik.Kerjasama Antarabangsa• Menjalin hubungan antarabangsa yang lebih erat untuk meningkatkanpersefahaman dalam pengurusan dan pembangunan hutan.3.0 SinopsisObjektif Dasar Perhutanan Negara, 1978 (Pindaan 1992) adalah untukmemelihara dan mengurus hutan melalui amalan pengurusan hutan secaraberkekalan serta mengekalkan peranan pentingnya dalam ekonomi negara dankestabilan alam sekitar.Secara ringkas, Dasar Perhutanan Negara adalah bertujuan untuk mencapaiobjektif berikut:7

DASAR PERHUTANAN NEGARA (PIN 92)• Pengwartaan Hutan Simpanan KekalUntuk memperuntukkan kawasan tanah yang mencukupi bagi HutanPerlindungan, Hutan Berhasil, Hutan Lipur dan Hutan Pendidikan danPenyelidikan sebagai Hutan Simpanan Kekal.• Perundangan HutanUntuk memastikan sumber hutan dikekal dan diuruskan secara berkekalanmelalui penguatkuasaan undang-undang hutan yang cekap.• Pengurusan Hutan Secara BerkekalanUntuk mengurus hutan melalui amalan prinsip pengurusan hasil secaraberkekalan bagi mencapai faedah sosial, ekonomi dana alam sekitar yangmaksimum• Pemeliharaan dan Pemuliharaan HutanUntuk meningkatkan program pembangunan hutan melalui operasipemeliharaan dan pemuliharaan hutan berasaskan amalan-amalan silvikulturyang sesuai bagi mencapai produktiviti yang maksimum.• Pengusahasilan HutanUntuk menggalakkan cara-cara pengusahasilan hutan yang cekap melaluirancangan pengurusan dan pengusahasilan hutan yang ditetapkan bagipenghasilan keluaran hutan secara berterusan.• Keluaran dan Industri HutanUntuk mencapai keseimbangan yang rasional antara kapasiti keupayaanindustri pemprosesan dengan bekalan sumber hutan.• Penyertaan BumiputraUntuk terus menggalakkan penyertaan kaum Bumiputra dalam lapanganperusahaan kayu sejajar dengan Dasar Pembangunan Nasional Kerajaan.• Ladang HutanUntuk menubuh dan menguruskan ladang hutan untuk menampung bekalankayu balak dari kawasan hutan asli serta juga menggalakkan pelaburansektor swasta yang aktif dalam penubuhan dan pembangunan ladang hutan.• HutanTaniUntuk menggalakkan penglibatan aktif masyarakat setempat dalam programhutan tani.8

DASAR PERHUTANAN NEGARA (PIN 92)• Pengeluaran Hutan Bukan KayuUntuk meningkatkan keluaran hutan bukan kayu bagi menampungpermintaan tempatan serta keperluan industri pemprosesan yang berkaitan.• Penyelidikan PerhutananUntuk menggalakkan sektor awam dan swasta dalam perlaksanaan semuaaspek penyelidikan perhutanan.• Pembangunan Tenaga Manusia dan LatihanUntuk menambah bilangan tenaga manusia yang terlatih bagi menampungkeperluan perhutanan dan industri berasaskan kayu.• Pendidikan dan Pengembangan PerhutananUntuk menggalakkan perkhidmatan pengembangan, publisiti dan pendidikanperhutanan.• Pemeliharaan Kepelbagaian HayatUntuk melaksanakan program-program yang sesuai bagi mengekalkankepelbagaian hayat dan memelihara jenis-jenis flora dan fauna yang unik.• Perhutanan Masyarakat, Rekreasi dan PelanconganUntuk menggubal program-program perhutanan masyarakat sertamenyediakan kemudahan berekreasi dan pelancongan.• Nilai Khusus SaintifikUntuk mewujudkan kawasan yang sesuai bagi tujuan pendidikan dankeperluan sains.• Kerjasama AntarabangsaUntuk menjalinkan perhubungan dan kerjasama antarabangsa yang lebiherat bagi meningkatkan kefahaman dalam pengurusan dan pembangunanhutan hujan tropika.9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!