12.07.2015 Views

Ketetapan Umum No. 4/2011 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Ketetapan Umum No. 4/2011 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

Ketetapan Umum No. 4/2011 - Lembaga Hasil Dalam Negeri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKANDUNGANKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Muka surat1. Pendahuluan 12. Peruntukan berkaitan 13. Interpretasi 14. Penyewaan harta tanah sebagai satu punca perniagaan 1- 45. Penyewaan harta tanah sebagai satu punca bukan perniagaan 4 - 56. Tarikh permulaan penyewaan harta tanah 5 - 77. Kesemua harta tanah dikumpulkan sebagai satu punca 7 - 138. Perbelanjaan berkaitan pendapatan penyewaan harta tanah 14 - 199. Pendapatan sewa diterima sebagai pendahuluan 19 - 2210. Elaun modal 22 - 2511. Elaun bangunan industri 2512. Kos gantian kelengkapan 25 - 2613. Penyewaan sebahagian daripada bangunan yang digunakan untukperniagaan 2614. Tarikh kuat kuasa 26KETETAPAN UMUM KETUA PENGARAHKetetapan Umum seperti diperuntukkan di bawah seksyen 138A Akta CukaiPendapatan 1967 dikeluarkan bertujuan memberi panduan kepada orang awamdan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Ia menggariskan interpretasiKetua Pengarah Hasil Dalam Negeri berhubung peruntukan tertentu UndangundangCukai dan polisi serta prosedur yang terpakai mengenainya.Ketetapan Umum boleh ditarikbalik, sama ada keseluruhan atau sebahagian,melalui notis penarikanbalik atau dengan penerbitan ketetapan baru yang tidakkonsisten dengannya.Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri,Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 20111. Ketetapan ini menerangkan:(a)Penyewaan harta tanah sebagai suatu punca perniagaan di bawahperenggan 4(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP); dan(b)Penyewaan harta tanah sebagai suatu punca bukan perniagaan di bawahperenggan 4(d) ACP.2. Peruntukan ACP yang berkaitan dengan Ketetapan ini adalah perenggan 4(a) dan4(d), subseksyen 33(1) dan 39(1).3. Perkataan yang digunakan dalam Ketetapan ini mempunyai maksud berikut:3.1 “Asas selengan” merujuk kepada keadaan, keputusan atau hasil yang akandicapai jika orang yang tiada hubungan atau kaitan berurusan antara satusama lain secara bebas tanpa pengaruh peribadi.3.2 “Harta tanah” termasuk mana-mana tanah dan kepentingan, opsyen atau haklain dalam atau atas tanah tersebut dan termasuk mana-mana bangunanatas tanah.3.3 “Orang” termasuk suatu syarikat, koperasi, perkongsian, kelab, persatuan,keluarga sekutu Hindu, amanah, harta pesaka dan individu tetapi tidaktermasuk unit amanah.3.4 “Penyewaan harta tanah” bermaksud mengizinkan kegunaan harta tanahatau membenarkan harta tanah itu diduduki di bawah suatu perjanjian atauterma kontrak dan termasuk penyewaan sebahagian daripada harta tanahyang dimiliki atau disewa.3.5 "Perbadanan pengurusan" bermaksud suatu perbadanan pengurusan yangditubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318), Enakmen(Hakmilik Subsidiari) Tanah 1972 (Sabah No. 9 Tahun 1972) atau OrdinanHakmilik Strata 1995 (Undang-Undang Sarawak, Bab 18).3.6 “Sewa” atau “pendapatan sewa” atau “pendapatan daripada penyewaan”termasuk mana-mana amaun yang diterima dari kegunaan atau mendudukimana-mana harta tanah atau sebahagian daripadanya termasuk premiumdan terimaan lain berhubung dengan kegunaan atau menduduki harta tanahtersebut.3.7 “Syarikat berkaitan” bermaksud keadaan di mana suatu syarikat memegangtidak kurang daripada 20% saham biasa atau saham keutamaan syarikat lain.4. Penyewaan harta tanah sebagai suatu punca perniagaan4.1 Penyewaan harta tanah dianggap sebagai suatu punca perniagaan danpendapatan yang diterima dikenakan cukai di bawah perenggan 4(a) ACPKeluaran: B Muka surat 1 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011sekiranya perkhidmatan penyelenggaraan atau perkhidmatan sokongandisediakan berhubung harta tanah tersebut.4.2 Perkhidmatan penyelenggaraan atau perkhidmatan sokongan hendaklahdisediakan secara komprehensif dan aktif.4.2.1 Perkhidmatan penyelenggaraan atau perkhidmatan sokongandisediakan secara komprehensif bermaksud perkhidmatan meliputi:(a) melaksanakan secara am semua kerja yang perlu dilakukan(contohnya kerja membersih atau pembaikan) untukpenyelenggaraan dan pengurusan harta tanah seperti strukturbangunan, tangga, tangga kecemasan, laluan masuk dan keluar,lobi, koridor, lif/eskalator, kawasan halaman, longkang, tangki air,pembetung, saluran paip, pendawaian, kabel atau lekapan dankelengkapan lain; dan(b) melaksanakan secara am semua kerja yang perlu dilakukanuntuk penyelenggaraan dan pengurusan bahagian luar hartatanah seperti taman permainan, kawasan rekreasi, jalan masuk,tempat letak kereta, kawasan lapang, lanskap, dinding dan pagar,lampu bahagian luar atau lekapan dan kelengkapan luar yanglain.Sekiranya seseorang hanya menyediakan perkhidmatan kawalankeselamatan atau kemudahan lain, maka orang itu tidak menyediakanperkhidmatan penyelenggaraan atau perkhidmatan sokongan secarakomprehensif.4.2.2 Penyediaan perkhidmatan secara aktif bermaksud orang yang memilikiatau yang menyewakan harta tanah:(a)Contoh 1:menyediakan sendiri; atau(b) mengupah firma atau orang lain untuk menyediakanperkhidmatan penyelenggaraan atau perkhidmatan sokongan yangdimaksudkan dalam perenggan 4.2.1 Ketetapan ini.Suai Sdn Bhd memiliki tiga buah blok kondominium yang terdiri daripada 324unit dan menyewakan unit-unit tersebut kepada penyewa. Suai Sdn Bhdmenyediakan sendiri perkhidmatan penyelenggaraan lif, perkhidmatanpembersihan, perkhidmatan kawalan keselamatan, penyaman udara sentraldan penyelenggaraan taman permainan dan tempat letak kereta.Penyewaan unit-unit kondominium dianggap sebagai punca perniagaan SuaiSdn Bhd kerana perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongandisediakan secara komprehensif dan aktif oleh Suai Sdn Bhd.Keluaran: B Muka surat 2 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Contoh 2:Wahida memiliki sebuah bangunan 4 tingkat yang terdiri daripada 32 unityang boleh digunakan sebagai pejabat dan lot kedai. Kesemua unitdisewakan kepada beberapa penyewa. Wahida mengupah Ali Enterpriseuntuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan struktur bangunan,penyelenggaraan lif dan perkhidmatan pembersihan bangunan dan kawasanluar bangunan.Penyewaan unit-unit di bangunan ini adalah punca perniagaan Wahidakerana perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongandisediakan secara komprehensif dan aktif oleh Wahida.Contoh 3:Yes Property Sdn Bhd menyewa satu blok bangunan pejabat yang terdiridaripada 42 unit daripada Zura Sdn Bhd. Kesemua unit disewakan kepadabeberapa penyewa. Yes Property Sdn Bhd menyediakan sendiriperkhidmatan pembersihan bangunan dan kawasan luar bangunan,penyaman udara sentral, penyelenggaraan tempat letak kereta serta kawalankeselamatan.Penyewaan unit-unit pejabat dianggap sebagai punca perniagaan YesProperty Sdn Bhd kerana perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatansokongan disediakan secara komprehensif dan aktif oleh Yes Property SdnBhd.4.3 Selagi perkhidmatan penyelenggaraan atau perkhidmatan sokongandisediakan secara komprehensif dan aktif berhubung harta tanah yangdisewakan, penyewaan adalah punca perniagaan di bawah perenggan 4(a)ACP walaupun penyewaan adalah antara pihak yang ada kaitan. Walaubagaimanapun jika bayaran sewa yang dikenakan kepada penyewa bukanpada asas selengan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia akanmelaraskan bayaran sewa sewajarnya.Bagi maksud Ketetapan ini “pihak yang ada kaitan” berhubung dengan:(a)(b)(c)individu, bermaksud kedua-dua individu mempunyai tali persaudaraansyarikat, bermaksud kedua-dua syarikat adalah syarikat berkaitansyarikat dan inidividu, bermaksud salah satu pihak mempunyaikedudukan untuk mempengaruhi atau dipengaruhi oleh pihak yangsatu lagi, atau mengawal atau dikawal oleh pihak yang satu lagi.4.4 Layanan khas bagi penyewaan bangunan kepada syarikat berstatus KoridorRaya Multimedia (MSC) yang diluluskanDi bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Elaun Bangunan Industri)(Syarikat Berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) yang Diluluskan) 2006[P.U.(A) 202/2006], mulai tahun taksiran 2006, penyewaan bangunan di ZonKeluaran: B Muka surat 3 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Kemegahan Cyberjaya kepada syarikat MSC yang diluluskan dianggapsebagai menjalankan suatu perniagaan dan pendapatan yang diterimadikenakan cukai di bawah perenggan 4(a) ACP.Bangunan yang disewakan hendaklah:bangunan baru yang menyediakan infrastruktur fizikal dan maklumatbertaraf dunia sebagaimana ditentukan oleh Perbadanan PembangunanMultimedia Sdn Bhd;bangunan tidak pernah diduduki oleh mana-mana syarikat sebelumtahun taksiran 2006; dantidak termasuk bangunan bagi maksud tempat kediaman.5. Penyewaan harta tanah sebagai suatu punca bukan perniagaan5.1 Penyewaan harta tanah dianggap sebagai suatu punca bukan perniagaandan pendapatan yang diterima dikenakan cukai di bawah perenggan 4(d)ACP sekiranya seseorang menyewakan harta tanah dengan tidakmenyediakan perkhidmatan penyelenggaraan atau perkhidmatan sokongansecara komprehensif dan aktif.Contoh 4:Unggas Property Sdn Bhd menyewakan satu blok bangunan pejabat kepadasuatu syarikat. Unggas Property Sdn Bhd hanya menyediakan perkhidmatankawalan keselamatan.Penyewaan bangunan pejabat dianggap sebagai punca bukan perniagaankerana Unggas Property Sdn Bhd hanya menyediakan perkhidmatan kawalankeselamatan semata-mata. Unggas Property Sdn Bhd dianggap tidakmenyediakan perkhidmatan penyelenggaraan atau perkhidmatan sokongansecara komprehensif.. Contoh 5:Azran Sdn Bhd menyewakan sebuah bangunan 5 tingkat kepada Aloy SdnBhd tanpa menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan atau perkhidmatansokongan.Penyewaan bangunan tersebut adalah satu punca bukan perniagaan sebabtiada perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan yangdisediakan oleh Azran Sdn Bhd. Pendapatan yang diterima daripadapenyewaan tersebut adalah dikenakan cukai sebagai pendapatan sewa dibawah perenggan 4(d) ACP.Contoh 6:Fakta adalah sama seperti di contoh 3 tetapi perkhidmatan penyelenggaraandan perkhidmatan sokongan disediakan oleh Zura Property Sdn Bhd.Keluaran: B Muka surat 4 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Penyewaan unit-unit pejabat dianggap sebagai punca bukan perniagaan YesProperty Sdn Bhd kerana perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatansokongan tidak disediakan oleh Yes Property Sdn Bhd tetapi disediakan olehZura Property Sdn Bhd.5.2 Penyewaan harta tanah juga dianggap sebagai suatu punca bukanperniagaan sekiranya seseorang menyewakan harta tanah dan perkhidmatanpenyelenggaraan atau perkhidmatan sokongan hanya terbit secara pasifdisebabkan pemilikan harta tanah tersebut. Pendapatan yang diterimadaripada penyewaan harta tanah itu dikenakan cukai sebagai pendapatansewa di bawah perenggan 4(d) ACP.Contoh 7:Azrie memiliki 2 unit pangsapuri dan menyewakan unit-unit itu kepada 2orang penyewa. Penyewa pangsapuri boleh menggunakan kolam renang,gelanggang tenis dan kemudahan lain yang disediakan di pangsapuritersebut. Kesemua kemudahan disediakan dan diselenggarakan olehperbadanan pengurusan pangsapuri. Azrie hanya membayar fipenyelenggaraan kepada perbadanan pengurusan pangsapuri tersebut.Perkhidmatan yang dinikmati oleh penyewa pangsapuri adalah semata-matalanjutan penggunaan hak Azrie sebagai pemilik unit pangsapuri tersebut danbukan disediakan secara aktif oleh Azrie. Oleh itu, penyewaan unit-unitpangsapuri bukan merupakan punca perniagaan dan pendapatan yangditerima adalah dikenakan cukai sebagai pendapatan sewa di bawahperenggan 4(d) ACP.6. Tarikh permulaan penyewaan harta tanah6.1 Tarikh permulaan penyewaan harta tanah yang dianggap sebagai suatupunca pendapatan sewa di bawah perenggan 4(d) ACP ialah pada tarikhharta tanah pertama kali disewakan.Contoh 8:Nora membeli satu unit pangsapuri pada 1.10.2009. Nora melakukanbeberapa pengubahsuaian dan mengiklankan penyewaan pangsapuri pada1.1.2010. Pangsapuri hanya disewakan pada 1.7.2010.Penyewaan pangsapuri bermula pada 1.7.2010 iaitu pada tarikh ia pertamakali disewakan.6.2 Tarikh permulaan penyewaan harta tanah yang dianggap sebagai suatupunca perniagaan di bawah perenggan 4(a) ACP ialah pada tarikh hartatanah sedia untuk disewakan. Harta tanah sedia untuk disewakan apabila iasedia untuk diduduki oleh penyewa dan tindakan untuk menyewakan hartatanah telah diambil seperti mengiklankan harta tanah untuk disewa ataumelantik ejen harta tanah bagi mengendalikan urusan penyewaan.Keluaran: B Muka surat 5 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Contoh 9:Muhibbah Sdn Bhd membeli sebuah bangunan pejabat 12 tingkat pada1.1.2010. Syarikat mengiklankan penyewaan bangunan pada 1.4.2010.Syarikat menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan lif, pembersihanbangunan dan kawasan luar bangunan, penyelenggaraan tempat letak keretabagi bangunan tersebut dan penyaman udara sentral. Bangunan sedia untukdisewakan pada 1.6.2010 iaitu selepas pengubahsuaian bangunan siap.Bangunan hanya disewakan pada 1.8.2010. Syarikat menutup akaun pada31 Disember setiap tahun.Penyewaan bangunan bermula pada 1.6.2010 iaitu pada tarikh bangunansedia untuk disewakan.Contoh 10:Fakta adalah sama seperti di contoh 9 tetapi bangunan hanya disewakanpada 1.1.2011.Penyewaan bangunan bermula pada 1.6.2010 iaitu pada tarikh bangunansedia untuk disewakan. Oleh itu perbelanjaan yang dilakukan dalammenghasilkan pendapatan sewa untuk tahun taksiran 2010 boleh dibenarkandan dihantar hadapan ke tahun taksiran 2011 (dengan andaian syarikatmempunyai pendapatan perniagaan sewa ini sahaja). Walau bagaimanapunperbelanjaan iklan yang dilakukan pada 1.4.2010 tidak boleh dibenarkankerana perbelanjaan tersebut dilakukan untuk mendapatkan penyewa yangpertama.Contoh 11:Syazril Property Sdn Bhd memiliki sebuah kompleks yang terdiri daripadabangunan pejabat di Blok A dan pusat membeli belah di Blok B. Syarikatmenyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongansecara komprehensif dan aktif di kompleks tersebut. Syarikat mengiklankanpenyewaan kompleks tersebut pada 1.6.2010. Bangunan pejabat di Blok Asedia untuk disewakan dan mula disewakan pada tarikh yang sama iaitu1.7.2010. Manakala pusat membeli belah di Blok B sedia untuk disewakanpada 1.1.2011 tetapi hanya disewakan pada 1.2.2011. Syarikat menutupakaun pada 31 Disember setiap tahun.Penyewaan bangunan pejabat bermula pada 1.7.2010. Manakala penyewaanpusat membeli belah bermula pada 1.1.2011 iaitu pada tarikh ia sedia untukdisewakan.Contoh 12:Kengo Sdn Bhd membeli sebuah bangunan pejabat 10 tingkat di KualaLumpur, sebuah kompleks membeli belah di Johor Bahru dan 5 buah rumahkedai di Kota Bharu pada tahun 2010. Kedua-dua bangunan di Kuala LumpurKeluaran: B Muka surat 6 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011dan Johor Bahru disewakan dan perkhidmatan penyelenggaraan danperkhidmatan sokongan disediakan secara komprehensif dan aktif ke atasbangunan itu. Manakala rumah kedai disewakan tanpa menyediakanperkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan. Maklumattarikh pengiklanan, tarikh harta tanah sedia untuk disewa dan harta tanahdisewakan adalah seperti berikut:Harta tanahTarikhdiiklankanTarikh sediauntukdisewakanTarikhdisewakanBangunan di Kuala Lumpur 1.6.2010 1.9.2010 1.12.2010Bangunan di Johor Bahru 1.8.2010 1.11.2010 1.1.2011Rumah kedai di Kota Bharu 1.9.2010 1.11.2010 1.2.2011Tarikh permulaan penyewaan bangunan adalah seperti berikut:Harta tanahTarikh mula sewaPerniagaan penyewaan [perenggan 4(a)]Bangunan di Kuala Lumpur 1.9.2010Bangunan di Johor Bahru 1.11.2010Penyewaan [perenggan 4(d)]Rumah kedai di Kota Bharu 1.2.20117. Kesemua harta tanah dikumpulkan sebagai satu punca7.1 Beberapa harta tanah yang disewakan boleh dikumpulkan sebagai satupunca sama ada sebagai punca perniagaan di bawah perenggan 4(a) ACPatau punca bukan perniagaan di bawah perenggan 4(d) ACP. Sekiranyaseseorang menyewakan beberapa harta tanah dalam suatu tahun taksirandan penyewaan -(a)kesemua harta tanah merupakan punca perniagaan, kesemua hartatanah boleh dikumpulkan sebagai satu punca perniagaan di bawahperenggan 4(a) ACP;Keluaran: B Muka surat 7 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011(b)(c)kesemua harta tanah merupakan punca bukan perniagaan, kesemuaharta tanah boleh dikumpulkan sebagai satu punca bukan perniagaandi bawah perenggan 4(d) ACP;sebahagian harta tanah merupakan punca perniagaan manakalasebahagian lagi punca bukan perniagaan, pendapatan daripadakedua-dua punca hendaklah ditaksir secara berasingan. Pendapatandaripada punca perniagaan dan punca bukan perniagaan masingmasingditaksir di bawah perenggan 4(a) ACP dan perenggan 4(d)ACP.Contoh 13:AJ Sdn Bhd memiliki sebuah bangunan 4 tingkat di Damansara dan sebuahbangunan 6 tingkat di Bangsar. Kedua-dua bangunan mula disewakan sejak2008 dan penyewaan bangunan tersebut dianggap sebagai puncaperniagaan di bawah perenggan 4(a) ACP. Pendapatan kasar, perbelanjaanyang dibenarkan dan elaun modal ke atas perabot dalam setiap bangunanbagi tahun taksiran 2010 adalah seperti berikut:Harta tanahPendapatankasar(RM)Perbelanjaandibenarkan(RM)Elaun modal(perabot)(RM)Bangunan di Damansara 60,000 14,000 7,000Bangunan di Bangsar 10,000 12,000 3,000Jumlah 70,000 26,000 10,000Penyewaan kedua-dua harta tanah merupakan punca perniagaan. Oleh itukedua-dua harta tanah boleh dikumpulkan sebagai satu punca perniagaan dibawah perenggan 4(a) ACP. Pendapatan berkanun AJ Sdn Bhd daripadaperniagaan penyewaan harta tanah bagi tahun taksiran 2010 dikira sepertiberikut:(RM)Pendapatan kasar sewa 70,000Tolak: Perbelanjaan dibenarkan 26,000Pendapatan larasan 44,000Tolak: Elaun modal (perabot) 10,000Pendapatan berkanun sewa 34,000Keluaran: B Muka surat 8 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Contoh 14:Margaret memiliki beberapa harta tanah yang mula disewakan sejak tahun2008 dan penyewaan kesemua harta tanah tersebut merupakan punca bukanperniagaan di bawah perenggan 4(d) ACP. Pendapatan kasar danperbelanjaan yang dibenarkan bagi setiap harta tanah bagi tahun taksiran2010 adalah seperti berikut:Harta tanahPendapatan kasar(RM)Perbelanjaan dibenarkan(RM)Rumah teres 12,000 3,000Pangsapuri 9,000 11,000Rumah kedai 24,000 8,000Tanah kosong 1,500 1,800Jumlah 46,500 23,800Pendapatan berkanun Margaret daripada penyewaan harta tanah bagi tahuntaksiran 2010 dikira seperti berikut:(RM)Pendapatan kasar sewa 46,500Tolak: Perbelanjaan dibenarkan 23,800Pendapatan berkanun sewa 22,700Contoh 15:Theodore Lim telah membeli sebuah bangunan pejabat dan sebuahbangunan perniagaan di Taman Anggerik, Ampang pada Ogos 2009.Pembelian kedua-dua buah bangunan tersebut dibiayai melalui pinjamanbank. Bangunan pejabat telah mula disewakan pada 1.1.2010 manakalabangunan perniagaan hanya disewakan pada 1.2.2011. Pendapatandaripada penyewaan kedua-dua bangunan tersebut ditaksir sebagai puncaperniagaan di bawah perenggan 4(a) ACP. Pendapatan kasar danperbelanjaan faedah atas pinjaman bagi setiap bangunan dalam tahuntaksiran 2010 dan 2011 adalah seperti berikut:Keluaran: B Muka surat 9 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Harta tanahPendapatan kasar(RM)Perbelanjaan faedah(RM)TahunTaksiran2010TahunTaksiran2011TahunTaksiran2010TahunTaksiran2011Bangunan pejabat 120,000 120,000 45,000 40,000Bangunan perniagaan - 165,000 55,000 50,000Dalam tahun taksiran 2010, bangunan perniagaan belum menjadi suatupunca kerana belum lagi menghasilkan pendapatan. Oleh itu bangunanperniagaan dan bangunan pejabat tidak boleh dikumpulkan menjadi satupunca. Perbelanjaan faedah berhubung bangunan perniagaan sebanyakRM55,000 tidak dibenarkan potongan daripada pendapatan kasarpenyewaan bangunan pejabat.Pendapatan berkanun daripada sewa bagi tahun taksiran 2010 dikira sepertiberikut:(RM)Pendapatan kasar sewa [perenggan 4(a)] 120,000Tolak: Perbelanjaan faedah 45,000Pendapatan berkanun sewa 75,000Nota: Sekiranya pendapatan penyewaan daripada bangunan pejabat danbangunan perniagaan ditaksir sebagai punca bukan perniagaan dibawah perenggan 4(d) ACP, layanan cukai yang sama terpakai.Dalam tahun taksiran 2011, bangunan perniagaan boleh dikumpulkan denganbangunan pejabat sebagai satu punca sebab bangunan perniagaan telahmenjadi suatu punca apabila mula menghasilkan pendapatan. Walaupunbangunan perniagaan hanya mula disewakan pada 1.2.2011, keseluruhanperbelanjaan faedah sebanyak RM50,000 boleh dibenarkan potongan sebabpunca perniagaan penyewaan bagi tahun taksiran 2011 telah wujud dari1.1.2011.Keluaran: B Muka surat 10 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Pendapatan berkanun daripada sewa bagi tahun taksiran 2011 dikira sepertiberikut:(RM)Pendapatan kasar sewa (perenggan 4(a)) 285,000Tolak: Perbelanjaan faedah 90,000Pendapatan berkanun sewa 195,000Nota: Sekiranya pendapatan sewa daripada bangunan pejabat danbangunan perniagaan ditaksir sebagai punca bukan perniagaan dibawah perenggan 4(d) ACP, perbelanjaan faedah yang berkaitandengan bangunan perniagaan hendaklah dilaraskan mengikut tempohbangunan disewakan. Oleh itu perbelanjaan faedah berkaitan dengantempoh 1.1.2011 hingga 31.1.2011 tidak boleh dibenarkan.Contoh 16:Fakta adalah sama seperti di contoh 13 dengan tambahan maklumat iaitu AJSdn Bhd memiliki dan menyewakan sebuah rumah kediaman dan satu unitpangsapuri. Penyewaan rumah kediaman dan pangsapuri adalah puncabukan perniagaan kerana tiada perkhidmatan penyelenggaraan atauperkhidmatan sokongan disediakan. Syarikat bukan syarikat pemegangpelaburan.Pendapatan kasar, perbelanjaan yang dibenarkan dan elaun modal ke atasperabot dalam setiap bangunan bagi tahun taksiran 2010 adalah sepertiberikut:Harta tanah –punca perenggan 4(a)Pendapatankasar(RM)Perbelanjaandibenarkan(RM)Elaun modal(perabot)(RM)Bangunan di Damansara 60,000 14,000 7,000Bangunan di Bangsar 10,000 12,000 3,000Jumlah 70,000 26,000 10,000Harta tanah –punca perenggan 4(d)Pendapatankasar(RM)Perbelanjaandibenarkan(RM)Elaun modal(RM)Rumah kediaman 8,000 11,000 -Pangsapuri 6,000 4,000 -Jumlah 14,000 15,000 -Keluaran: B Muka surat 11 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Penyewaan bangunan di Damansara dan Bangsar merupakan puncaperniagaan. Oleh itu kedua-dua bangunan boleh dikumpulkan sebagai satupunca perniagaan di bawah perenggan 4(a) ACP. Manakala, penyewaanrumah kediaman dan unit pangsapuri merupakan punca bukan perniagaandan boleh dikumpulkan sebagai satu punca bukan perniagaan di bawahperenggan 4(d) ACP.Jumlah pendapatan AJ Sdn Bhd bagi tahun taksiran 2010 dikira sepertiberikut:(i)Pendapatan berkanun sewa - perenggan 4(a)(RM)[ 70,000 - 26,000 - 10,000 ] 34,000(ii)Pendapatan berkanun sewa - perenggan 4(d)[ 14,000 - 15,000 ] TiadaPendapatan agregat/Jumlah pendapatan 34,000Kerugian larasan daripada punca bukan perniagaan berjumlah RM1,000 tidakdibenarkan ditolak daripada pendapatan berkanun perniagaan penyewaandan tidak dibenarkan di hantar hadapan ke tahun taksiran berikutnya.7.2 Sekiranya seseorang mempunyai punca perniagaan penyewaan harta tanahdi bawah perenggan 4(a) ACP dan punca perniagaan daripada perniagaanlain dalam tahun taksiran yang sama, punca perniagaan penyewaan hartatanah hendaklah diasingkan daripada punca perniagaan lain.Contoh 17:Syarikat MJ Sdn Bhd (SMSB) menjalankan perniagaan pemborong barangbarangkeperluan rumah. SMSB memiliki sebuah bangunan 4 tingkat yangdisewakan dan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan danperkhidmatan sokongan secara komprehensif dan aktif. SMSB juga memilikisebuah rumah teres yang disewakan tanpa menyediakan perkhidmatanpenyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan. Pendapatan penyewaandaripada bangunan 4 tingkat layak ditaksir sebagai punca perniagaan(perenggan 4(a) ACP) manakala pendapatan sewa daripada rumah teresditaksir sebagai punca bukan perniagaan (perenggan 4(d) ACP) bagi tahuntaksiran 2010.Pendapatan larasan, kerugian larasan dan elaun modal ke atas loji danjentera bagi setiap punca pendapatan SMSB bagi tahun taksiran 2010 adalahseperti berikut:Keluaran: B Muka surat 12 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Punca pendapatanPendapatanlarasan(RM)Kerugianlarasan(RM)Elaun modal(loji dan jentera)(RM)Perniagaan pemborong 100,000 - 15,000Penyewaan bangunan 4tingkat (perenggan 4(a)ACP)Sewa rumah teres(perenggan 4(d) ACP)- 10,000 5,000- 3,000 -Jumlah pendapatan SMSB bagi tahun taksiran 2010 dikira seperti berikut:(i)Perniagaan pemborong (perenggan 4(a) ACP)(RM)(RM)Pendapatan larasan 100,000Tolak: Elaun modal (loji dan jentera) 15,000Pendapatan berkanun 85,000(ii)Penyewaan harta tanah (perenggan 4(a) ACP)Kerugian larasan (10,000)Elaun modal (loji dan jentera) 5,000Pendapatan berkanunTiada(iii)Penyewaan harta tanah (perenggan 4(d) ACP)Kerugian larasan (3,000)Pendapatan berkanunTiadaPendapatan agregat 85,000Tolak: Kerugian tahun semasa 10,000Jumlah pendapatan 75,000Elaun modal berjumlah RM5,000 berhubung dengan penyewaan harta tanahdi bawah perenggan 4(a) ACP yang tidak dapat diserap dalam tahun taksiran2010 dihantar hadapan ke tahun taksiran berikutnya.Kerugian larasan daripada penyewaan harta tanah di bawah perenggan 4(d)ACP berjumlah RM3,000 tidak dibenarkan ditolak daripada pendapatanagregat dan tidak dibenarkan di hantar hadapan ke tahun taksiran berikutnya.Keluaran: B Muka surat 13 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 20118. Perbelanjaan berkaitan pendapatan penyewaan harta tanah8.1 Perbelanjaan yang kesemua dan semata-mata dilakukan dalammenghasilkan pendapatan di bawah subseksyen 33(1) ACP dan tidaktergolong di bawah subseksyen 39(1) ACP boleh dibenarkan potongandaripada pendapatan perniagaan penyewaan harta tanah yang dikenakancukai di bawah perenggan 4(a) ACP.8.2 Perbelanjaan yang boleh dibenarkan potongan daripada pendapatan sewaharta tanah yang dikenakan cukai di bawah perenggan 4(d) ACP adalahperbelanjaan langsung yang kesemua dan semata-mata dilakukan dalammenghasilkan pendapatan di bawah subseksyen 33(1) ACP. Contohperbelanjaan langsung yang boleh dibenarkan potongan daripadapendapatan kasar sewa adalah seperti berikut:(a)(b)(c)(d)(e)(f)Cukai pintu dan cukai tanahCukai pintu tahunan yang dibayar kepada pihak berkuasa tempatandan cukai tanah yang dibayar kepada pejabat tanah.Faedah atas pinjamanFaedah yang dibayar berhubung pinjaman yang diambil bagimembiayai pembelian harta tanah yang di sewakan.Premium insurans kebakaranPremium insurans kebakaran yang dibayar berhubung polisi insuranskebakaran yang diambil ke atas harta tanah yang di sewakan.Perbelanjaan mengutip sewaUpah kutipan sewa dan perbelanjaan guaman yang dilakukan untukmenguatkuasakan pungutan sewa.Perbelanjaan memperbaharui sewaPerbelanjaan yang dilakukan untuk memperbaharui penyewaan ataumenukar penyewa.Perbelanjaan pembaikanPerbelanjaan pembaikan biasa yang bertujuan untuk menjaga hartatanah dalam keadaan yang sedia wujud.8.3 Perbelanjaan permulaanPerbelanjaan permulaan tidak boleh dibenarkan potongan daripadapendapatan sewa harta tanah yang ditaksir di bawah perenggan 4(a) atauperenggan 4(d) ACP kerana perbelanjaan tersebut dilakukan untukmewujudkan punca pendapatan sewa dan bukan dilakukan dalammenghasilkan pendapatan sewa. Contoh perbelanjaan tersebut adalah kosmendapatkan penyewa yang pertama seperti kos iklan, kos guaman bagiKeluaran: B Muka surat 14 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011menyediakan perjanjian sewa, duti setem dan komisen kepada ejen hartatanah.Contoh 18:Sarah Property Sdn Bhd membeli bangunan pejabat pada 1.9.2009 untukdisewakan. Syarikat membelanjakan sejumlah RM600 untuk mengiklankanpenyewaan bangunan pada 1.1.2010 dan kos guaman sebanyak RM1,800yang dibayar kepada Reganathan & Co pada 12.2.2010 bagi penyediaanperjanjian sewa. Bangunan mula disewakan pada 1.3.2010 tanpa memberiperkhidmatan penyelenggaraan atau perkhidmatan sokongan. Penyewaanbangunan pejabat adalah suatu punca bukan perniagaan dan pendapatansewa dikenakan cukai di bawah perenggan 4(d) ACP.Kos iklan sejumlah RM600 dan kos guaman sebanyak RM1,800 tidakdibenarkan potongan daripada pendapatan penyewaan bangunan pejabatbagi tahun taksiran 2010 kerana perbelanjaan tersebut dilakukan untukmendapatkan penyewa yang pertama.Contoh 19:Fakta adalah sama seperti di contoh 18 kecuali bangunan pejabat sediauntuk disewakan pada 1.2.2010 dan Sarah Property Sdn Bhd menyediakanperkhidmatan penyelenggaraan lif, kawalan keselamatan, perkhidmatanpembersihan dan penyelenggaraan penyaman udara sentral. Penyewaanbangunan pejabat adalah suatu punca perniagaan dan pendapatan sewadikenakan cukai di bawah perenggan 4(a) ACP.Kos iklan sejumlah RM600 dan kos guaman sebanyak RM1,800 tidakdibenarkan potongan daripada pendapatan penyewaan bangunan pejabatbagi tahun taksiran 2010 kerana perbelanjaan tersebut dilakukan untukmendapatkan penyewa yang pertama.8.4 Perbelanjaan dalam tempoh harta tanah tidak disewakan8.4.1 Perbelanjaan yang dilakukan ke atas harta tanah dalam tempoh tidakdisewakan adalah tidak dibenarkan dalam mengira pendapatanlarasan daripada penyewaan harta tanah. Walau bagaimanapun,jika tempoh tidak disewakan berlaku selepas harta tanah telahdisewakan dan jelas ia tersedia untuk disewakan semula,perbelanjaan dalam tempoh tidak disewakan boleh dibenarkanpotongan tertakluk kepada subseksyen 33(1) dan 39(1) ACP.Contoh 20:Farhan telah menyewakan rumah teres dua tingkat pada 1.1.2010dengan sewaan sejumlah RM1,000 sebulan. Pada 1.9.2010penyewa rumah berpindah dan rumah itu disewakan kepadapenyewa lain pada 1.12.2010 dengan kadar sewa yang sama sepertisebelumnya. Cukai pintu untuk setahun adalah sebanyak RM500manakala cukai tanah adalah sebanyak RM50 setahun. PenyewaanKeluaran: B Muka surat 15 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011rumah merupakan punca bukan perniagaan dan pendapatan sewadikenakan cukai di bawah perenggan 4(d) ACP.Pendapatan larasan sewa bagi tahun taksiran 2010 dikira sepertiberikut:(RM) (RM)Pendapatan sewa (kasar)Tempoh 1.1.2010 – 31.8.2010 (8 x RM1,000) 8,000Tempoh 1.12.2010 – 31.12.2010 1,000 9,000Tolak:Cukai pintu 500Cukai tanah 50 550Pendapatan larasan sewa 8,450Sebagai konsesi perbelanjaan cukai pintu dan cukai tanahdibenarkan sepenuhnya walaupun rumah tidak disewakan dalamtempoh 1.9.2010 hingga 30.11.2010.8.4.2 Sekiranya penyewaan berhenti buat sementara waktu disebabkanperkara berikut:(a)(b)(c)(d)pembaikan atau pengubahsuaian bangunan;ketiadaan penyewa untuk tempoh 2 tahun selepas penamatanpenyewaan;arahan guaman atau kuasa rasmi lain; ataukeadaan di luar kawalan orang yang menyewakan hartatanah;perbelanjaan dalam tempoh harta tanah tidak disewakan bolehdibenarkan potongan dengan syarat harta tanah diselenggaradengan baik dan tersedia untuk disewakan semula.Contoh 21:Sinar Ria Sdn Bhd memiliki bangunan 4 tingkat yang disewakankepada Deena Holding Bhd sejak tahun 2008. Penyewaan hartatanah telah dianggap sebagai suatu punca perniagaan. Sinar RiaSdn Bhd menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun. Pada31.12.2010, penyewaan ke atas bangunan tersebut tamat. Syarikatberusaha mendapatkan penyewa baru tetapi hanya berjayamenyewakan bangunan kepada syarikat lain pada 1.4.2013(ketiadaan penyewa untuk tempoh 27 bulan).Keluaran: B Muka surat 16 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Perbelanjaan semasa ketiadaan penyewa untuk tempoh 2 tahunboleh dibenarkan potongan. Oleh itu perbelanjaan dalam tempoh1.1.2011 hingga 31.12.2012 boleh dibenarkan potongan. Walaubagaimanapun perbelanjaan bagi tempoh 1.1.2013 sehingga31.3.2013 tidak boleh dibenarkan potongan memandangkan tempohitu melebihi tempoh 2 tahun yang ditetapkan.Contoh 22:Syarafina mempunyai 2 buah rumah yang disewakan sejak tahun2009. Pendapatan sewa ditaksir sebagai punca bukan perniagaan dibawah perenggan 4(d) ACP. Pendapatan kasar dan perbelanjaanyang dibenarkan bagi setiap harta untuk tahun taksiran 2010 dan2011 adalah seperti berikut:Harta tanahPendapatan kasar(RM)TahunTaksiran2010TahunTaksiran2011Perbelanjaan cukaipintu,cukai tanah dan faedah(RM)TahunTaksiran2010TahunTaksiran2011Rumah I 12,000 12,000 3,550 3,550Rumah II 9,600 - 1 2,500 2,5001 Rumah II tidak disewakan sebab pihak berkuasa tempatanmengarahkan rumah tersebut dikosongkan daripada 1.1.2011sehingga 31.12.2011 untuk kerja-kerja pemantauan lereng bukitselepas berlaku tanah runtuh di kawasan berdekatan. Rumahtersebut disewakan semula pada 1.1.2012.Pendapatan berkanun daripada sewa bagi tahun taksiran 2010 dikiraseperti berikut:(RM)Pendapatan penyewaan (perenggan 4(d)) 21,600Tolak: Perbelanjaan dibenarkan 6,050Pendapatan berkanun sewa 15,550Pendapatan berkanun daripada sewa bagi tahun taksiran 2011 dikiraseperti berikut:(RM)Pendapatan penyewaan (perenggan 4(d)) 12,000Tolak: Perbelanjaan dibenarkan 6,050Pendapatan berkanun sewa 5,950Keluaran: B Muka surat 17 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 20118.5 Perbelanjaan sebelum harta tanah disewakanPerbelanjaan berkaitan dengan tempoh sebelum harta tanah disewakan tidakdibenarkan potongan dan hendaklah dilaraskan secara bersekadar.Contoh 23:Michael mula menyewakan rumah kedai pada 1.5.2010 dengan sewaansejumlah RM2,500 sebulan. Beliau membayar cukai pintu tahunan sebanyakRM1,200, cukai tanah tahunan sebanyak RM120 dan premium insuranskebakaran tahunan sebanyak RM600 bagi tahun 2010. Penyewaan rumahkedai merupakan suatu punca bukan perniagaan dan pendapatan sewadikenakan cukai di bawah perenggan 4(d) ACP.Pendapatan larasan sewa bagi tahun taksiran 2010 dikira seperti berikut:Pendapatan sewa (kasar)(RM)Tempoh 1.5.2010 – 31.12.2010 (8 x RM2,500) 20,000Tolak:Perbelanjaan bagi tempoh 1.5.2010 – 31.12.2010Cukai pintu (8/12 x RM1,200) 800Cukai tanah (8/12 x RM120) 80Premium insurans kebakaran (8/12 x RM600) 400 1,280Pendapatan larasan daripada sewa 18,7208.6 Sekatan perbelanjaan faedahJika seseorang mengambil pinjaman untuk tujuan perniagaan dan membiayaipembelian harta tanah yang disewakan, perbelanjaan faedah yangdibenarkan daripada punca perniagaan hendaklah disekat di bawahsubseksyen 33(2) ACP. Perbelanjaan faedah atas pinjaman membiayaipembelian harta tanah yang disewakan boleh dibenarkan daripadapendapatan sewa.Contoh 24:Azalea Property Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju harta menutup akaunpada 31 Disember setiap tahun. Pada 9.6.2009 syarikat mengambil pinjamansejumlah RM2 juta daripada sebuah bank untuk digunakan dalamperniagaannya dan untuk membiayai pembelian sebuah banglo berhargaRM450,000. Syarikat menuntut perbelanjaan faedah sejumlah RM120,000Keluaran: B Muka surat 18 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011dalam akaun untung dan rugi bagi tahun taksiran 2010. Banglo tersebutdisewakan mulai 1.1.2010 dan pendapatan daripada penyewaan banglodikenakan cukai di bawah perenggan 4(d) ACP.Sekatan faedah dikira seperti berikut:RM450,000------------------- x RM120,000 = RM27,000RM2,000,000Amaun RM27,000 ditambah balik dalam menentukan pendapatan larasanperniagaan syarikat. Walau bagaimanapun syarikat boleh menuntutperbelanjaan faedah RM27,000 tersebut daripada pendapatan sewa banglo.Nota: Memandangkan kos banglo tidak melebihi RM500,000, sekatan faedahdi bawah subseksyen 33(2) ACP dikira berasaskan baki akhir tahundalam kunci kira-kira.9. Pendapatan sewa diterima secara pendahuluan9.1 Sewa yang diterima secara pendahuluan dianggap sebagai pendapatankasar untuk tempoh asas di mana ia diterima.9.2 Apabila pendapatan sewa yang diterima secara pendahuluan ditaksir dalamtempoh asas ia diterima, perbelanjaan berkaitan dengan pendapatan sewaitu yang dilakukan selepas tempoh asas tersebut boleh dibenarkan dalamtempoh asas pendapatan tersebut ditaksir. Oleh itu pindaan hendaklahdibuat ke atas taksiran bagi tahun taksiran berkenaan.Contoh 25:Kelvin Ong menyewakan rumah teres dua tingkat bagi tempoh 1.1.2010sehingga 31.12.2012. Sewa untuk tiga tahun tersebut sebanyak RM36,000telah diterima dalam tahun 2010. Perbelanjaan yang dilakukan ke atas rumahtersebut adalah seperti berikut:Pendapatan/perbelanjaan31.12.2010(RM)Tahun berakhir31.12.2011(RM)31.12.2012(RM)Pendapatan sewa 36,000 - -Perbelanjaan 4,000 5,000 3,000Keluaran: B Muka surat 19 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Pendapatan larasan daripada sewa bagi tahun taksiran 2010 dikira sepertiberikut:Pendapatan sewaTolak: PerbelanjaanPendapatan larasanTolak: Perbelanjaan bagi tempoh berakhir 31.12.2011Pendapatan larasan dipindaTolak: Perbelanjaan bagi tempoh berakhir 31.12.2012Pendapatan larasan dipindaTahun Taksiran 2010(RM)36,0004,00032,0005,00027,0003,00024,000Perbelanjaan yang dilakukan dalam tahun 2011 dan 2012 dibenarkanpotongan daripada pendapatan sewa yang ditaksir dalam tahun taksiran2010. Oleh itu taksiran bagi tahun taksiran 2010 hendaklah dipinda apabilaperbelanjaan dilakukan dalam tahun 2011 dan 2012.9.3 Dalam kes terdapat lebih daripada satu harta tanah dan pendapatan sewadaripada satu atau beberapa harta tanah tersebut diterima secarapendahuluan, perbelanjaan berkaitan punca tersebut boleh dibenarkanpotongan daripada pendapatan sewa lain dalam tempoh asas perbelanjaandilakukan. Layanan ini hanya terpakai sekiranya pendapatan sewa daripadasemua harta tanah ditaksir sebagai satu punca.Contoh 26:Fortune Sdn Bhd menyewakan dua buah bangunan mulai 1.1.2010. Syarikattelah menerima sewa untuk tempoh tiga tahun sebanyak RM300,000 dalamtahun 2010 berhubung dengan bangunan pertama. Bangunan keduadisewakan pada kadar RM10,000 sebulan. Penyewaan bagi kedua-duabangunan diberi layanan sebagai punca sewa di bawah perenggan 4(d) ACP.Pendapatan diterima dan perbelanjaan yang dibenarkan bagi bangunanberkenaan adalah seperti berikut:TahunberakhirBangunan pertamaPendapatan(RM)Perbelanjaan(RM)Bangunan keduaPendapatan(RM)Perbelanjaan(RM)31.12. 2010 300,000 20,000 120,000 30,00031.12. 2011 - 15,000 120,000 30,00031.12. 2012 - 18,000 120,000 30,000Keluaran: B Muka surat 20 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Pendapatan larasan sewa bagi tahun-tahun taksiran 2010 hingga 2012 dikiraseperti berikut:Tahun taksiran2010(RM)2011(RM)2012(RM)Pendapatan sewa420,000120,000120,000Tolak: Perbelanjaan50,00045,00048,000Pendapatan larasan370,00075,00072,000Contoh 27:Fakta adalah sama seperti di contoh 26 tetapi penyewaan bangunan pertamadiberi layanan sebagai punca perniagaan di bawah perenggan 4(a) ACPmanakala penyewaan bangunan kedua diberi layanan sebagai punca sewabukan perniagaan di bawah perenggan 4(d) ACP.Pendapatan larasan sewa bagi tahun-tahun taksiran 2010 hingga 2012 dikiraseperti berikut:Punca sewa di bawah perenggan 4(a) ACPTahun Taksiran 2010(RM)Pendapatan sewaTolak: PerbelanjaanPendapatan larasanTolak: Perbelanjaan bagi tempoh berakhir 31.12.2011Pendapatan larasan dipindaTolak: Perbelanjaan bagi tempoh berakhir 31.12.2012Pendapatan larasan dipinda300,00020,000280,00015,000265,00018,000247,000Perbelanjaan yang dilakukan dalam tahun 2011 dan 2012 dibenarkanpotongan daripada pendapatan sewa yang ditaksir dalam tahun taksiran2010. Oleh itu taksiran bagi tahun taksiran 2010 hendaklah dipinda apabilaperbelanjaan dilakukan dalam tahun 2011 dan 2012.Keluaran: B Muka surat 21 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Punca sewa di bawah perenggan 4(d) ACPTahun taksiran2010(RM)2011(RM)2012(RM)Pendapatan sewa120,000120,000120,000Tolak: Perbelanjaan30,00030,00030,000Pendapatan larasan90,00090,00090,00010. Elaun modal10.1 Sekiranya penyewaan harta tanah diberi layanan sebagai suatu puncaperniagaan, elaun modal boleh dituntut bagi perbelanjaan modal yangdilakukan ke atas loji atau jentera. Peruntukan dalam Jadual 3 ACPberkaitan dengan elaun modal terpakai bagi perniagaan penyewaan hartatanah.10.2 Sekiranya penyewaan harta tanah diberi layanan sebagai suatu puncaperniagaan dan penyewaan harta tanah berhenti buat sementara waktudisebabkan oleh perkara yang dinyatakan dalam perenggan 8.4.2 Ketetapanini, elaun modal masih boleh dituntut untuk tempoh harta tanah tidakdisewakan dengan syarat harta tanah diselenggara dengan baik dan tersediauntuk disewakan semula.Contoh 28:Saravanan Sdn Bhd menyewakan bangunan lot kedai sejak 2008.Penyewaan dianggap sebagai suatu perniagaan. Pada 1.4.2010 bangunandibaiki dan tidak dapat diduduki sehingga 31.5.2010. Bangunan tersebuthanya disewakan semula pada 1.6.2010. Elaun modal yang layak dituntutbagi tahun taksiran 2010 adalah sebanyak RM30,000.Walaupun penyewaan bangunan lot kedai terhenti dari 1.4.2010 hingga31.5.2010, kesemua elaun modal sebanyak RM30,000 boleh dituntut bagitahun taksiran 2010 kerana penyewaan terhenti sementara disebabkan olehpembaikan bangunan.Contoh 29:Harris Property Sdn Bhd memiliki bangunan 5 tingkat yang disewakan kepadaFetty Holding Bhd sejak tahun 2007. Penyewaan harta tanah telah dianggapsebagai suatu punca perniagaan. Harris Property Sdn Bhd menutup akaunpada 31 Disember setiap tahun. Pada 1.3.2010, penyewaan bangunanKeluaran: B Muka surat 22 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011tersebut tamat dan Fetty Holding Bhd tidak memperbaharui penyewaan itu.Bangunan ditinggalkan kosong sehingga 31.12.2011, walaupun syarikat telahmengambil langkah untuk mendapatkan penyewa baru (termasukmengiklankan penyewaan dalam pelbagai surat khabar). Harris Property SdnBhd hanya dapat menyewakan bangunan tersebut kepada syarikat lain pada1.1.2012 (ketiadaan penyewa untuk tempoh 22 bulan). Elaun modal dituntutsejak tahun taksiran 2007.Walaupun penyewaan bangunan terhenti dari 1.3.2010 hingga 31.12.2011,elaun modal boleh dituntut dalam tahun taksiran 2010 dan 2011 keranapenyewaan terhenti sementara disebabkan oleh ketiadaan penyewa bagitempoh kurang daripada 2 tahun.Contoh 30:Fakta adalah seperti di contoh 29 kecuali bangunan masih tidak dapatdisewakan sehingga 31.3.2012. Harris Property Sdn Bhd hanya dapatmenyewakan bangunan tersebut kepada syarikat lain pada 1.4.2012(ketiadaan penyewa untuk tempoh 25 bulan).Harris Property Sdn Bhd layak menuntut elaun modal bagi tahun taksiran2010 dan 2011. Harris Property Sdn Bhd juga layak menuntut elaun modalbagi tahun taksiran 2012 sekiranya penyewaan bangunan dianggap sebagaisatu punca perniagaan bagi tahun taksiran tersebut.10.3 Apabila terdapat perubahan layanan cukai bagi penyewaan satu harta tanahdaripada punca perniagaan di bawah perenggan 4(a) ACP kepada puncabukan perniagaan di bawah perenggan 4(d) ACP dalam tempoh asas untuksuatu tahun taksiran, orang yang menyewakan harta tanah mempunyai duapunca pendapatan daripada harta tanah yang sama dalam tempoh asastersebut, iaitu punca perniagaan di bawah perenggan 4(a) ACP dan puncabukan perniagaan di bawah perenggan 4(d) ACP. Sekiranya akibat daripadaperubahan itu:10.3.1 syarikat menjadi syarikat pemegang pelaburan (IHC), pendapatansewa (punca perniagaan) ditaksir sebagai pendapatan di bawahperenggan 4(d) ACP. Oleh itu, syarikat itu tidak layak menuntutelaun modal ke atas loji dan jentera kerana tidak digunakan untuktujuan perniagaan pada akhir tempoh asas untuk tahun taksirantersebut.10.3.2 syarikat tidak menjadi IHC, syarikat kekal mempunyai pendapatansewa di bawah perenggan 4(a) dan 4(d) ACP berhubung harta tanahitu. Walaupun syarikat bukan IHC, syarikat masih tidak layakmenuntut elaun modal ke atas loji dan jentera kerana tidakdigunakan untuk tujuan perniagaan pada akhir tempoh asas untuktahun taksiran tersebut.Keluaran: B Muka surat 23 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011Nota: Penentuan sama ada syarikat merupakan IHC atau bukanditerangkan dalam Ketetapan Umum No. 3/2011 (SyarikatPemegang Pelaburan).10.4 Jika syarikat mempunyai punca perniagaan dan punca sewa (tidak perlutentukan sama ada IHC atau bukan kerana aktiviti utama bukan pemeganganpelaburan) dan terdapat perubahan layanan cukai bagi penyewaan hartatanah daripada punca perniagaan di bawah perenggan 4(a) ACP kepadapunca bukan perniagaan di bawah perenggan 4(d) ACP dalam tempoh asasuntuk suatu tahun taksiran, syarikat kekal mempunyai pendapatan sewa dibawah perenggan 4(a) dan 4(d) ACP. Syarikat tidak layak menuntut elaunmodal ke atas loji dan jentera dalam harta tanah kerana tidak digunakanuntuk tujuan perniagaan pada akhir tempoh asas untuk tahun taksirantersebut.Nota: Dalam keadaan di mana elaun modal tidak layak dituntut,perbelanjaan baki loji dan jentera akan dikurangkan dengan elaun „notional‟bagi tahun taksiran tersebut dan tahun-tahun taksiran berikut.Contoh 31:Menara Sdn Bhd memiliki sebuah bangunan pejabat yang terdiri daripada 20unit dan menyewakan kesemua unit tersebut lengkap dengan perabot sejaktahun 2006. Penyewaan diberi layanan sebagai suatu punca perniagaankerana perkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongandisediakan secara komprehensif dan aktif oleh Menara Sdn Bhd. Elaunmodal telah dituntut atas perabot dalam bangunan pejabat. Walaubagaimanapun mulai Jun 2010, Menara Sdn Bhd tidak lagi menyediakanperkhidmatan penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan. Menara SdnBhd menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.Menara Sdn Bhd tidak layak menuntut elaun modal ke atas perabot dalambangunan pejabat bagi tahun taksiran 2010 kerana perabot tidak digunakanuntuk tujuan perniagaan pada akhir tempoh asas untuk tahun taksirantersebut. Elaun ‘notional’ akan ditolak untuk mengira perbelanjaan bakiperabot bagi tahun taksiran 2010 dan tahun-tahun taksiran berikut.10.5 Sekiranya lebih daripada satu harta tanah disewakan dan berlaku perubahanlayanan cukai ke atas mana-mana harta tanah daripada punca perniagaan dibawah perenggan 4(a) ACP kepada punca bukan perniagaan di bawahperenggan 4(d) ACP dalam tempoh asas untuk suatu tahun taksiran, elaunmodal layak dituntut ke atas loji dan jentera bagi harta tanah yang kekalsebagai punca perniagaan di bawah perenggan 4(a) ACP.Keluaran: B Muka surat 24 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 201110.6 Apabila terdapat perubahan layanan cukai bagi penyewaan harta tanahdaripada punca bukan perniagaan di bawah perenggan 4(d) ACP kepadapunca perniagaan di bawah perenggan 4(a) ACP dalam tempoh asas untuksuatu tahun taksiran, orang yang menyewakan harta tanah mempunyai duapunca pendapatan daripada harta tanah yang sama dalam tempoh asastersebut, iaitu punca bukan perniagaan di bawah perenggan 4(d) ACP danpunca perniagaan di bawah perenggan 4(a) ACP. Elaun modal layak dituntutke atas loji dan jentera dalam harta tanah kerana digunakan dalamperniagaan pada akhir tempoh asas untuk tahun taksiran tersebut. Untukmaksud mengira elaun modal, perbelanjaan layak bagi loji dan jentera adalahnilai pasaran pada hari pertama digunakan dalam perniagaan.Contoh 32:Teguh Sdn Bhd menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun dan aktivitiutamanya adalah pemegangan pelaburan. Syarikat memiliki danmenyewakan bagunan pejabat 10 tingkat yang lengkap dengan perabot.Penyewaan tersebut diberi layanan sebagai punca sewa di bawah perenggan4(d) ACP. Mulai 1.3.2010 syarikat menyediakan perkhidmatanpenyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan secara komprehensif danaktif. Syarikat bukan IHC dalam tahun taksiran 2010 sebab pendapatandaripada pemegangan pelaburan kurang 80% daripada pendapatan kasarsyarikat.Teguh Sdn Bhd layak menuntut elaun modal ke atas perabot dalambangunan pejabat bagi tahun taksiran 2010 kerana perabot digunakan untuktujuan perniagaan pada akhir tempoh asas untuk tahun taksiran tersebut.Bagi tujuan mengira elaun modal untuk tahun taksiran 2010, perbelanjaanlayak bagi perabot adalah nilai pasaran pada 1.3.2010. Tiada elaunpermulaan diberikan.11. Elaun bangunan industri11.1 Sekiranya seseorang yang memiliki bangunan menyewakan bangunan itudan bangunan digunakan sebagai bangunan industri, elaun bangunanindustri boleh dituntut oleh pemilik bangunan walaupun penyewaanmerupakan punca bukan perniagaan.11.2 Sekiranya penyewaan harta tanah diberi layanan khas seperti dijelaskan diperenggan 4.4 Ketetapan ini, pemilik bangunan layak menuntut elaunbangunan industri ke atas perbelanjaan bangunan yang layak yangdilakukannya.12. Kos gantian kelengkapanJika penyewaan harta tanah yang dilengkapkan dengan perabot diberi layanansebagai punca bukan perniagaan, kos gantian kelengkapan seperti perabot dan alatKeluaran: B Muka surat 25 daripada 26

PENDAPATAN DARIPADASEWAAN HARTA TANAHLEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIAKetetapan Umum No. 4/2011Tarikh Keluaran: 10 Mac 2011penyaman udara boleh dituntut sebagai potongan daripada pendapatan kasarpenyewaan.13. Penyewaan sebahagian daripada bangunan yang digunakan untuk perniagaanJika suatu bangunan, sama ada dimiliki atau disewa, digunakan untuk tujuanperniagaan dan sebahagian daripada bangunan itu disewakan, pendapatan sewayang terbit daripada penyewaan itu dianggap sebagai sebahagian pendapatandaripada perniagaan yang sedia ada.14. Tarikh kuat kuasaKetetapan ini berkuat kuasa untuk tahun taksiran 2011 dan tahun-tahun taksiranseterusnya. Ketetapan ini menggantikan Ketetapan Umum No. 1/2004 yang telahdikeluarkan pada 30 Jun 2004.Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri,Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.Keluaran: B Muka surat 26 daripada 26

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!