12.07.2015 Views

UCAPAN PERASMIAN - SPA Malaysia

UCAPAN PERASMIAN - SPA Malaysia

UCAPAN PERASMIAN - SPA Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

TEKS UCAPAN PERASMIANOLEHYBHG. DATO' ABD RAHMAN BIN HUSINANGGOTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIAMENUNAIKAN FUNGSI PENGERUSI SPA MENGIKUT PERKARA142(3A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN)SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PUSAT TEMU DUGA SPA,MELAKAPADA 19 MAC 2012 (ISNIN)BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIMAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan SalamSejahtera.Yang Berusaha Saudara/i Pengerusi Majlis,Yang Berhormat Datuk Wira Omar bin KasehSetiausaha Kerajaan Negeri MelakaAhli-Ahli SuruhanjayaYang Berbahagia Dato’ Lamien bin Sawiyo,Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam MalaysiaDato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.1. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggikesyukuran kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah izinnya kita1

semua dapat berkumpul di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah inisempena Majlis Perasmian Pusat Temu Duga SPA, Melaka.2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkanucapan terima kasih kepada semua tetamu jemputan yang turuthadir bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini. Sesungguhnyamajlis pada hari ini amat bermakna memandangkan usaha SPAmewujudkan pusat temu duga ini merupakan matlamat SPA untukmendahulukan pelanggan dan mendekatkan lagi perkhidmatan SPAke peringkat negeri. Sesungguhnya pembukaan Pusat Temu DugaSPA di Melaka ini akan memberi kemudahan dan keselesaankepada calon-calon yang berurusan dengan SPA khususnya bagianak-anak negeri Melaka yang menghadiri temu duga. SPA percayalokasi pusat temu duga yang amat strategik ini tentunya akanmemberi kemudahan kepada calon menghadiri temu duga yangdikendalikan oleh SPA.3. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkansetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan-Jabatan dan Agensi Persekutuan dan Negeri di Melaka yang banyakmembantu SPA dari segi menyediakan bilik temu duga dankeperluan logistik sebelum pembukaan pusat temu duga ini. Walaubagaimanapun, SPA memahami kekangan dan masalah yangdihadapi oleh Jabatan dan Agensi Persekutuan dan Negeri di Melakauntuk menyediakan bilik temu duga yang sesuai terutama apabila2

urusan temu duga diadakan dengan kerap dari semasa ke semasayang melibatkan pelbagai jawatan.Hadirin dan hadirat sekalian4. Pusat Temu Duga Melaka ini dilengkapi infrastruktur modendan lengkap dan dapat menampung sehingga 60 calon bagi satusatumasa. Pusat temu duga ini juga dilengkapkan dengankemudahan dan peralatan ujian fizikal bagi jawatan-jawatan yangmensyaratkan lulus ujian fizikal sebelum ditemu duga. Dengankemudahan dan kelengkapan yang disediakan ini menunjukkanbahawa SPA amat prihatin dengan keperluan calon-calon yangdijemput menghadiri temu duga.5. Bagi memberi nilai tambah, pembukaan pusat temu duga inibukan sahaja dikhususkan untuk urusan temu duga sahaja, malahianya turut menjadi pusat rujukan bagi pelanggan dan orang awamuntuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh SPA.Antaranya kemudahan permohonan jawatan secara online yangdiberikan secara percuma. Selain itu, pusat temu duga ini jugaberperanan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan panduanyang tepat mengenai jawatan yang bersesuaian berdasarkankelayakan akademik melalui khidmat nasihat daripada pegawaibertugas. Panduan dan tatacara menghadiri temu duga anjuran SPAjuga boleh didapati di pusat temu duga ini.3

6. Berdasarkan perkembangan semasa, adalah menjadi hasratSPA untuk memberikan khidmat terbaik dengan menjadikan pusattemu duga ini sebagai One Stop Centre yang berkeupayaan untukmenyalurkan maklumat kepada pelanggan seperti untuk pelajarpelajarsekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta sertapertubuhan-pertubuhan. Dengan kata lain, rakyat akan mendapatfaedah dan nilai tambah daripada pembukaan pusat temu duga SPAini bersesuaian dengan hasrat pucuk pimpinan negara iaitu “RakyatDidahulukan, Pencapaian Diutamakan”.Hadirin dan hadirat sekalian.7. Sebagai Pihak Berkuasa Melantik yang bertanggungjawabmenguruskan pelantikan pegawai-pegawai awam dalamperkhidmatan awam am persekutuan, cabaran utama yang dihadapioleh SPA ini adalah untuk memilih pegawai awam yang terbaik dikalangan calon yang terbaik bagi melaksanakan agendapembangunan negara. Peranan SPA ini perlu sentiasa seiringdengan hala tuju dan hasrat kepimpinan negara yangmengkehendaki pegawai yang dipilih merupakan pegawai yangberkualiti dan responsif serta mampu menggalas transformasipersekitaran kerja dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan demikesejahteraan rakyat. Justeru itu sejajar dengan aspirasi kerajaanyang menekankan supaya pendekatan baru sentiasa diterokai dalamsemua urusan jentera pentadbiran kerajaan, maka SPA telahmelaksanakan pelbagai penambahbaikan dan perubahan dalamproses kerja di SPA.4

8. Proses transformasi terbesar bagi SPA ialah melaksanakanKaedah Pengambilan Secara Profiling atau MyRecruitment dalamurusan pengambilan. Pelaksanaan kaedah ini bermakna, dalammelaksanakan urusan pengambilan, SPA bukan hanya berdasarkankecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga menitik beratkanaspek kompetensi yang sesuai dengan jawatan yang akandisandang. MyRecruitment juga bertujuan untuk mengesan calonyang mempunyai profil yang sesuai dari aspek personaliti, minat,sikap, kecerdasan dan kemahiran. Padanan antara keperibadian dantugas serta jenis pekerjaan adalah penting bagi melahirkan pegawaiawam yang ideal iaitu memiliki kemahiran yang sesuai dan berfikiranstrategik supaya sentiasa relevan dengan keperluan semasa.9. Di samping itu, SPA juga telah memperkenalkan perkhidmatansecara online sepenuhnya. Melalui cara ini, sebarang semakanberkaitan urusan temu duga termasuk urusan peperiksaan bolehdibuat secara online dengan melayari Portal di www.spa.gov.my.Kaedah ini lebih memudahkan calon untuk mendapatkan maklumatmengenai temu duga dan peperiksaan dengan lebih cepat, tepat danmudah. SPA juga turut memperkenalkan kemudahan SistemPesanan Ringkas atau Short Messaging Service (SMS) untukmembolehkan calon mendapatkan beberapa maklumat asasberhubung dengan permohonan mereka.5

10. Manakala mulai 21 Februari 2011 lalu, SPA telahmemperkenalkan penggunaan MyID dan Kata Laluan di dalamBorang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i). Kaedah inidiperkenalkan untuk memastikan keselamatan maklumat pemohonterjamin serta memberi kemudahan kepada calon seperti untukmengemas kini maklumat permohonan dan membuat semakanstatus permohonan, semakan keputusan temu duga danpeperiksaan pada bila-bila masa.11. SPA turut melakar sejarah apabila telah berjaya mendapatpenarafan Portal 5 Bintang buat pertama kalinya di mana penilaianini telah dibuat oleh Multimedia Development Corporation (MDeC).SPA telah berada di tempat ke-13 daripada sejumlah 285 Agensi/Kementerian/ Jabatan di seluruh Negara yang mendapatpenganugerahan Portal 5 Bintang. Pencapaian ini amatmembanggakan SPA sejajar dengan aspirasi kerajaan yangmenekankan pendekatan baru perlu diterokai oleh setiap agensikerajaan dalam semua urusan jentera pentadbiran kerajaan untukkepentingan rakyat.Hadirin dan hadirat sekalian.12. Jika dilihat dari statistik pelantikan yang dijalankan oleh SPApada tahun 2011, jumlah calon yang telah dilantik ke perkhidmatanawam adalah seramai 36,810 orang. Bagi statistik di kalangan anakanaknegeri Melaka pula bagi tahun 2011 menunjukkan seramai6

8,846 calon telah ditemu duga dan seramai 1,886 calon telah berjayadilantik ke pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam.13. Pada kesempatan ini sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuanterima kasih kepada semua yang hadir pada majlis pada hari ini danterima kasih juga kepada Urus Setia dan semua pihak yang terlibatdalam menjayakan Majlis Perasmian Pusat Temu Duga SPA, Melakapada hari ini.14. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapanribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada majlis pada hariini dan semua pihak yang terlibat seperti Jabatan Penerangan, MajlisBandaraya Melaka Bersejarah dan semua agensi kerajaan yangterlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakanMajlis Perasmian Pusat Temu Duga SPA, Melaka pada hari ini.Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan inimerasmikan Pusat Temu Duga SPA Melaka.Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah WassalamualaikumWarahmatulahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.7

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!