01.12.2012 Views

Ilham Dapur Moden - Reno Concept Sdn. Bhd.

Ilham Dapur Moden - Reno Concept Sdn. Bhd.

Ilham Dapur Moden - Reno Concept Sdn. Bhd.

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

DAPUR imPiAnA | Inovasi Dapur Terkini

68

DAPUR konDominiUm

Penyelaras PUTRI ADILA MIRZA SAARI

Teks MARLIANA SHAMSUDDIN

Foto AHMAD SHAHIR OSMAN

Ilham Dapur Moden

di ruang terhad

BAgAI SUDAH DITeNTUkAN PeNjeLMAAN kABINeT DAPUR BeRkONSePkAN MODeN TAMPIL

BegITU SeRASI DI keDIAMAN kONDOMINIUM MILIk ASMA SABRI. BIARPUN keLUASAN DAPUR INI

cUkUP TeRHAD NAMUN keMAMPUAN PeRekA kABINeT DARIPADA ReNO cONcePT BeRjAyA

MeNgILHAMkAN RUANg DAPUR yANg SeLeSA DAN MeNARIk.

Lakaran 3D Lakaran 3D

K

edudukan ruang dapur kondominium ini

terletak di sebelah kanan pintu masuk

menjadikan ruang pertama yang akan

dilihat oleh tetamu. Ini menjadikan pemilik ingin

memberikan persembahan yang terbaik untuk

menata hias ruang tersebut. Bukan sahaja sebagai

ruang memasak malah turut dijadikan sebagai sudut

pamer yang menarik untuk kediaman pemilik.

Pemilihan untuk bermain dengan rona hitam

berjaya menampilkan ruang dapur pemilik tampil

eksklusif. Biarpun sedar kelemahan warna hitam

boleh mengakibatkan ruang kelihatan sempit, namun

pemilik tetap inginkan penggayaan kabinet hitam

dijelmakan di ruang dapur mereka.

Menyuntik kelainan pembentukan kabinet daripada

material akrilik rona hitam ini, pemilik melengkapkan

panel pintu kabinet berbingkai aluminium. Kemudian

kabinet ini digabungkan bersama permukaan

padu rona kuning air untuk kemasan table top.

Percantuman dua warna ini memberi persembahan

yang istimewa kepada penampilan ruang dapur

secara keseluruhannya.

Mengekalkan suasana ruang dapur

yang kemas memerlukan disiplin

untuk direalisasikan. Pastikan

perletakan barang/perkakas yang

telah digunakan disimpan di

tempat asalnya.

Kabinet bentuk L membentuk pelan

lantai binaan berbentuk U memberi

bukan satu fungsi kepada pemilik

malah bersifat multi fungsi.

DAPUR imPiAnA | Inovasi Dapur Terkini

69

DAPUR imPiAnA | Inovasi Dapur Terkini

70

Bagi merealisasikan konsep dapur ini, pemilik banyak melakukan rujukan dengan menatap

majalah luar negara dan tempatan. Selain itu pemilik juga sering berkunjung ke ruang pamer

kabinet dapur untuk mendapatkan ilham terbaik sebelum membina kabinet dapur yang

diidamkan.

Akhirnya, pertemuan bersama dengan Eric Chan dari Reno Concept mencipta rasa kepuasan

dan yakin di hati pemilik berkenaan kemampuan pereka untuk merealisasikan dapur yang

diidamkan. Berpandukan keratan gambar kabinet dapur yang dipilih daripada majalah, Reno

Concept bukan sahaja berjaya menjelmakannya malah memberi sedikit kelainan agar selari

dengan keluasan dan keadaan ruang dapur.

KAuntER SARAPAn MultI fungSI

Pereka berjaya mengilhamkan ruang dapur sebagaimana dikehendaki oleh pemilik.

Perletakkan kaunter sarapan yang bercantum dengan kabinet bentuk l membentuk pelan lantai

binaan berbentuk u, memberi bukan satu fungsi kepada pemilik malah bersifat multi fungsi.

Selain dijadikan sebagai kaunter kerja dan kaunter sarapan, ruang tersebut turut digunakan

sebagai ruang makan rasmi buat pemilik kediaman ini.

Pereka Kabinet Dapur kediaman ini,

Eric Chan & Ling dari

RENO Concept Sdn Bhd,

Seksyen 13 Shah Alam

Keterbatasan ruang menuntut

pemilik membuat keputusan

untuk menjadikan ruang

dapur sebagai ruang makan.

Berhadapan dengan keterbatasan ruang, menuntut pemilik membuat

keputusan untuk menjadikan ruang dapur turut dijadikan sebagai

ruang makan. Ini secara tidak langsung menjadikan ruang tamu

kondominium ini lebih tampil luas dan amat selesa untuk menerima

kunjungan tetamu tanpa perlu lagi membahagikan ruang tersebut

kepada perletakkan meja makan dan sebagainya.

Di sudut kaunter sarapan juga ditempatkan tiga buah kerusi bar

dengan tempat duduk rona hitam menyokong tema warna dapur

pemilik. Manakala di bahagian siling digayakan lampu gantung

bercahaya kuning menyuntik mood istimewa di ruang makan secara

keseluruhannya.

Menggandakan fungsi kaunter sarapan, pemilik turut menjelmakan

beberapa unit laci di bawah kaunter sebagai ruang penstoran

yang cukup praktikal. Selain berfungsi ia turut menyuntik gaya

elegan dengan penataan pintu laci berganding dengan pemegang

berpotongan moden.

Pemilik turut memperagakan bakul boleh laras di dalam laci kabinet. DAPUR imPiAnA | Inovasi Dapur Terkini

71

DAPUR imPiAnA | Inovasi Dapur Terkini

72

Paip air boleh laras menjadikan

kerja mencuci lebih mudah.

APlIKASI SIStEM MoDEn lEBIh EfISIEn

Mengintai penggunaan sistem di ruang dapur ini, ternyata

pemilik selesa menggayakan aplikasi sistem yang moden.

Menurut pemilik, menggunakan sistem yang moden bukan

sahaja memudahkan malah mempunyai persembahan gaya

yang istimewa.

Pemilihan singki tunggal dan pemasangan paip air yang

boleh laras menonjolkan penampilan yang hebat di ruang

berhadapan dengan tingkap dapur pemilik. Menariknya

bila berbicara mengenai penggayaan singki tunggal

ini, ia cukup digemari oleh pemilik. Menurutnya, ruang

mencuci yang besar memudahkan untuk digunakan

semasa mencuci periuk atau kuali bersaiz besar. Begitu

juga penggunaan paip air yang boleh laras menyumbang

kepada faktor keselesaan untuk digunakan.

Melengkapi gaya dapur moden, pemilik turut

memperagakan bakul boleh laras di dalam laci kabinet.

Penggunaan sistem ini lebih menampilkan ruang kabinet

tersusun rapi dan ia juga memudahkan pemilik untuk

mencapai barang yang disimpan.

Perletakkan ketuhar gelombang mikro dan dapur

memasak berjenama Kitchen Queen menyerlah

kesempurnaan ruang dapur pemilik. Selain itu dapur

moden ini juga dilengkapi dengan ketuhar berjenama Bosh

dan hud berjenama fortile tampil menyuntik gaya dan

kesempurnaan ruang dapur.

Pemilik memilih dapur induksi

untuk melengkapi dapurnya.

Kabinet binaan dalam menempatkan peralatan memasak agar ruang dapur tampil kemas dan bergaya.

PRODUk PILIHAN

Pemilik

Periuk kukus ELBA yang dibeli sendiri

oleh pemilik sering digunakan tiap

kali menyediakan hidangan kukus

untuk famili.

Oven dan ketuhar gelombang

mikro jenama BOSH yang begitu

kerap digunakan.

Set pinggan rona hitam

dengan rekaan polka dot

yang dibeli di IKEA ini

cukup istimewa.

Periuk nasi PHILIPS

bersaiz kecil ini amat

digemari oleh pemilik.

Dapur induksi

berjenama Kitchen

Queen cukup digemari

pemilik. Memasak

dirasakan lebih cepat

dan mudah.

Perlu tahu:

SIAPA tInggAl DI SInI?

Asma Sabri, 34 tahun

PEKERJAAn?

Perniagaan sendiri

JEnIS KEDIAMAn?

Kondominium

KoS PEMASAngAn DAPuR tERMASuK (KABInEt,

PERMuKAAn PADu, huD, oVEn, SIngKI DAn

PAIP)?

RM 26,000

KonSEP DAPuR?

Moden

DAPUR imPiAnA | Inovasi Dapur Terkini

73

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!