12.07.2015 Views

RANGKA DASAR AUTOMOTIF NASIONAL A. PENGENALAN Sektor ...

RANGKA DASAR AUTOMOTIF NASIONAL A. PENGENALAN Sektor ...

RANGKA DASAR AUTOMOTIF NASIONAL A. PENGENALAN Sektor ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

RANGKA DASAR AUTOMOTIF NASIONALA. PENGENALANSektor automotif merupakan industri penting kepada ekonomi Malaysia. Sumbangan sektor inikepada ekonomi negara adalah besar, serta berkait rapat dengan sektor pembuatan danperkhidmatan. Sektor automotif bermula dengan pengimportan kenderaan yang kemudiannyaberkembang kepada operasi pemasangan serta pembangunan industri komponen automotif.Penubuhan Proton pada tahun 1985 diikuti dengan Perodua pada tahun 1993 bertindak sebagaipemangkin kepada perkembangan sektor automotif. Ini turut menyebabkan perkembangan industrikomponen automotif yang seiring. Ini menandakan bermulanya fasa baru bagi sektor automotifMalaysia di mana teknologi dan kemampuan tempatan dibangunkan sejajar dengan Pelan IndukIndustri Kerajaan. Dalam konteks ini, Malaysia berbangga menjadi satu‐satunya negara membangundi dunia yang memiliki kemampuan rekabentuk automotif dan kejuruteraannya sendiri.Memandangkan wujudnya cabaran‐cabaran yang mendepani industri automotif, terutamanyaglobalisasi, liberalisasi dan persaingan yang meningkat, adalah perlu untuk hala tuju strategik danrangka dasar untuk sektor automotif tempatan dikaji semula. Ini adalah penting untuk mengekalkandaya saing pihak‐pihak yang terbabit dalam sektor automotif, supaya mereka kekal berdaya majudalam jangka panjang.Bagi tujuan itu, Kerajaan akan mengekalkan langkah‐langkah yang difikirkan perlu, dan seterusnya,memperkenalkan langkah‐langkah baru bagi menggantikan langkah‐langkah sedia ada yang tidak lagibertepatan dengan kepentingan nasional, agar langkah‐langkah tersebut dapat terus merangsangpembangunan dan kemajuan sektor automotif. Kerajaan komited untuk menyediakan persekitaranyang kondusif untuk sektor automotif berkembang pesat dan menjadi sektor bertaraf dunia.B. LATAR BELAKANG SEKTOR AUTOMOTIFPada masa ini, sektor automotif terdiri daripada beberapa pihak terbabit yang merentasikeseluruhan rantaian nilai sektor ini. Terdapat empat pembuat kenderaan penumpang dan komersiltermasuk Proton dan Perodua. Terdapat satu pembuat motosikal iaitu Motosikal dan Enjin NasionalSdn Bhd (MODENAS).Di samping itu, terdapat 9 pemasang kenderaan bermotor dan 9 pemasang motosikal. Untukmenyokong pembuat dan pemasang kenderaan automotif, terdapat 343 pembuat komponenkenderaan bermotor di mana 23 daripadanya adalah berstatus Tahap 1 (Tier 1). Selain itu, terdapat100 pembuat komponen motosikal.Dari segi pengimport kenderaan, terdapat 76 pemegang Lesen Import (AP) Terbuka dan 37pemegang Lesen Import Francais. Dari segi jualan dan edaran pula, terdapat sejumlah 1,978pengedar kenderaan bermotor dan 158 pengedar motosikal diseluruh negara.

Berdasarkan rekod prestasi perkembangan dan kestabilannya selama ini, sektor automotif diMalaysia mempunyai potensi yang besar untuk berkembang pada masa hadapan. Dalam tahun2004, Malaysia merupakan pengeluar kereta penumpang terbesar di ASEAN, menyumbang 24.4peratus kepada jumlah pengeluaran ASEAN. Bagi kenderaan komersil, dalam tahun yang sama juga,Malaysia adalah pengeluar ketiga terbesar, menyumbang 11.0 peratus kepada jumlah pengeluaranASEAN.Kemampuan pengeluaran yang tinggi ini ialah hasil daripada pelaburan besar yang telah dibuat didalam sektor automotif. Setakat ini, sejumlah RM11.2 bilion telah dilaburkan oleh pem buat danpemasang sementara RM8.2 bilion telah dilaburkan oleh pembuat komponen automotif.Jumlah jualan di dalam pasaran automotif juga adalah memberangsangkan dan menunjukkan trenmeningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam tahun 2004, sejumlah 530,025 unitkenderaan bermotor telah dijual dengan kereta penumpang menyumbang lebih 420,000 unit.Jumlah eksport bagi sektor automotif telah meningkat di mana angka eksport bagi tahun 2004menunjukkan jumlah lebih RM2.5 bilion.Malaysia komited untuk melaksanakan komitmen pelbagai halanya di bawah WTO dan AFTA dantelah mengambil langkah‐langkah untuk meliberalisasikan struktur cukainya. Langkah‐langkah lainjuga telah turut diambil. Semenjak tahun 2001, dasar pemegangan ekuiti bagi sector automotif telahdilonggarkan bagi membenarkan pegangan ekuiti asing sehingga 51% berdasarkan pertimbangansatu persatu (case by case basis ).Di samping itu, pembuat dan pemasang tempatan diberi kebebasan untuk membeli daripada manamanapembekal global yang paling ko mpetitif, tanpa tertakluk kepada tuntutan dasar penggunaanbahan tempatan.C. OBJEKTIF RANGKA DASAR AUTOMOTIF NASIONALUntuk merangsang perkembangan sektor automotif negara seterusnya, pembagunan sektorautomotif Malaysia akan berteraskan lima objektif utama iaitu:1. Untuk menggalakkan sektor automotif yang kompetitif dan berdaya maju, terutamanyapembuat kereta nasional2. Untuk menjadi hab serantau untuk pembuatan, pemasangan dan pengedaran kenderaanautomotif3. Untuk meningkatkan nilai tambah dan keupayaan tempatan di dalam sektor automotif4. Untuk menggalakkan pembuat kenderaan dan vendor komponen Malaysia yangberorientasikan eksport5. Untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan meluas di dalam sektor

pembuatan, pengedaran dan pengimportan kenderaan serta di dalam pembuatan komponenD. RANGKA DASAR BAGI SEKTOR AUTOMOTIF1. Untuk menggalakkan sektor automotif yang kompetitif dan berdaya maju, terutamanyapembuat kereta nasionalKerajaan akan menyediakan sokongan dan insentif untuk meningkatkan daya saing pembuatkenderaan automotif di negara ini, terutamanya pembuat kereta nasional Proton dan Perodua, sertamemberi sokongan yang diperlukan kepada pemasang kenderaan automotif yang sedia ada untukterus berdaya maju di Malaysia.Kerajaan akan memastikan dasar yang mantap untuk meningkatkan daya saing jangka panjang dikalangan pembuat komponen automotif, memandangkan sumbangan penting mereka terhadapdaya saing pembuat dan pemasang kenderaan automotif.Pengimportan kenderaan automotif akan terus dibenarkan, tetapi apa‐apa perubahan yang perluakan dilaksanakan kepada dasar dan prosedur yang sedia ada. Sebaik‐baiknya, pengimport akandapat merintangi rantaian nilai dan menjadi pemasang ataupun pembuat di masa hadapan. Kerajaanakan menggalakkan peningkatan daya saing pembuat dan pemasang kenderaan automotif, dalamhal pilihan model, kualiti serta harga, bagi meningkatkan penawaran kenderaan yang mampu dimilikikepada orang ramai, termasuk golongan berpendapatan rendah.2. Untuk menjadi hab serantau untuk pembuatan, pemasangan dan pengedaran kenderaanautomotifKerajaan akan terus menyediakan insentif dan infrastruktur serta melaksanakan dasar yang sesuaibagi menarik para pembuat dan pemasang kenderaan automotif untuk terus bertapak atau untukmelabur di Malaysia.Keutamaan akan diberikan kepada pembuat dan pemasang yang berhasrat untuk menggunakanMalaysia sebagai landasan untuk membekal kepada pasaran serantau dan antarabangsa.Kerajaan juga akan terus menyediakan dasar dan insentif untuk menarik pembuat komponenautomotif untuk melabur di Malaysia. Ini penting kerana tren industri automotif global masa kinimenjurus kepada penggunaan perkhidmatan luaran (outsourcing).3. Untuk meningkatkan nilai tambah dan keupayaan tempatan dalam sektor automotifKerajaan akan terus melaksanakan dasar yang perlu bagi menggalakkan perkembangan nilai tambahdi sepanjang rantaian pembekalan automotif, serta meningkatkan keupayaan tempatan.Pembangunan nilai tambah dan keupayaan tempatan tersebut dapat dilaksanakan melaluipenambahbaikan aliran proses, teknologi dan modal insan.

4. Untuk menggalakkan pembuat kenderaan dan vendor komponen Malaysia yangberorientasikan ekspotKerajaan akan terus menyediakan hala tuju dan bantuan kepada mereka yang terbabit dalam sektorini untuk mempelopori atau mengembangkan pasaran eksport, terutamanya melalui insentifpromosi ekspot. Kerajaan juga akan memanjangkan sokongan untuk melengkapkan pembuat denganprasyarat yang diperlukan untuk berjaya di pasaran eksport, yang mana termasuk sijil kualiti,piawaian ujian dan lain ‐lain.Keutamaan akan diberikan kepada pembuat automotif serta vendor komponen milik tempatan,dalam usaha untuk membangunkan keupayaan tempatan.5. Untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan meluas di dalam sektorpembuatan, pengedaran dan pengimportan kenderaan serta di dalam pembuatan komponenKerajaan akan menyediakan sokongan dan insentif bagi meningkatkan penyertaan dan tahap dayasaing syarikat Bumiputera dalam sector automotif. Ini termasuk tahap ekuiti saham Bumiputera,memastikan perkembangan modal insan Bumiputera yang progresif dan memupuk keusahawananBumiputera dalam bidang‐bidang yang berkaitan.E. LANGKAH‐LANGKAH UNTUK PERLAKSANAAN SERTA‐MERTABagi mencapai objektif‐objektif bagi sektor automotif, langkah‐langkah berikut akan dilaksanakan:1. Memperkenalkan Dana Pelarasan Industri (Industrial Adjustment Fund)Dana Pelarasan Industri akan diperkenalkan untuk membantu pembuat tempatan menghadapicabaran‐cabaran yang dibawa oleh peningkatan persaingan dan liberalisasi. Insentif ini bolehdiberikan di dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman tanpa faedah dan geran sepadan (matchinggrant), dan meliputi aspek‐aspek seperti automasi, menaiktaraf mesin dan peralatan, kospembangunan komponen serta pembangunan teknologi. Dalam mengeluarkan dana ini, keutamaanakan diberikan kepada sektor automotif iaitu pembuat dan pemasang automotif serta pembuatkomponen.2. Pemberian Insentif kepada syarikat pembuat komponena) Projek KerjasamaProjek kerjasama dengan rakan dua hala Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement)(FTA) akan dimanfaatkan untuk meningkatkan dayasaing industri automotif tempatan, terutamanyapembuat komponen.Bidang‐bidang yang berpotensi untuk diwujudkan jalinan kerjasama tersebut ialah bidang‐bidangseperti peningkatan kualiti, peningkatan peluang pasaran, peningkatan kemahiran dan pewujudanpusat‐pusat ujian di Malaysia.

) Sokongan terhadap Program Bekalan Global (Global Supply Program)Program Bekalan Global ini akan dilaksanakan untuk membolehkan pembuat komponen tempatanberkembang dan menembusi rantaian bekalan global syarikat‐syarikat automotif utama. Program iniakan dilaksanakan melalui penglibatan di dalam sektor‐sektor keutamaan ASEAN selain daripadamelalui FTA‐FTA dan perundingan.3. Mewujudkan Geran‐Geran LatihanGeran‐geran latihan akan dipertimbangkan untuk pembuat dan pemasang automotif serta pembuatkomponen yang menyediakan peluang‐peluang latihan untuk kakitangan mereka bagi meningkatkantahap kemahiran dan kecekapan mereka. Latihan yang diberi boleh berbentuk ’in‐house’, ataulatihan yang dijalankan oleh institut‐institut tempatan dan luar negara yang diluluskan. Insentif iniakan diberi sebagai tambahan kepada geran latihan yang diperuntukkan melalui Dana PembangunanSumber Manusia (HRDF).4. Mewujudkan Geran Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)Geran Penyelidikan dan Pembangunan akan diberikan kepada pembuat automotif serta pembuatkomponen yang menjalankan aktiviti‐aktiviti penyelidikan dan pembangunan termasukmerekabentuk, membuat prototaip, serta bagi pembangunan dan penambahbaikan produk.5. Menetapkan Pusat‐Pusat Pengeluaran untuk Sektor AutomotifKawasan‐kawasan berikut akan ditetapkan sebagai kawasan pembuatan atau pengeluaranautomotif, iaitu:∙ Gurun (Kedah);∙ Bertam, Seberang Perai (Pulau Pinang);∙ Pekan (Pahang);∙ Tanjung Malim (Perak);∙ Shah Alam dan Rawang (Selangor).Syarikat berkaitan automotif akan diberi galakan dan insentif untuk beroperasi di kawasan‐kawasantersebut. Tertumpunya syarikat berkaitan automotif di kawasan tersebut akan menggalakkanperkongsian kos pembangunan infrastruktur dan kemudahan setempat, di samping membolehkanpengeluaran ’just‐in‐time’ yang lebih efisien. Dengan itu, Kerajaan tidak akan menggalakkanpenubuhan pusat‐pusat pengeluaran lain untuk sector automotif.6. Memastikan Pematuhan Standard dan TeknikalJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menjalankan ’Vehicle Type Approval’ (VTA), yang melibatkanpematuhan terhadap piawaian keselamatan antarabangsa. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS)akan menguatkuasakan piawaian emisi dan penggunaan bahan api. Penguatkuasaan terhadappiawaian mandatori bagi barangan pembuatan seumpama ini akan memastikan bahawa tiadaproduk yang tidak melepasi standard akan diimport.

7. Memperluaskan Dana Perolehan TeknologiDana Perolehan Teknologi (TAF) akan diperluaskan kepada sektor automotif. Setakat ini, syarikatmilik tempatan yang memerlukan teknologi baru untuk memperkukuhkan kemampuan teknologimereka boleh memohon geran sebahagian (partial grant) daripada dana ini.8. Mewujudkan Geran Pembangunan PasaranGeran Pembangunan Pasaran akan disediakan bagi Industri Kecil dan Sederhana untuk digunakanbagi usaha mengembangkan pasaran eksport. Dalam konteks ini, syarikat‐syarikat bolehmemperolehi geran sepadan sebanyak 50 peratus daripada kos aktiviti yang dibenarkan.9. Mewujudkan Insentif Khas (Customised Incentives)Insentif Khas akan disediakan bagi syarikat yang melabur di dalam industri automotif tempatan,setelah ianya diberi pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya. Insentif ini akan diberikanbertepatan dengan keperluan spesifik pelabur berkenaan. Pada masa ini, Insentif Khas ini, termasukinsentif cukai dan bukan cukai, akan hanya diberikan kepada projek yang layak di dalam sektorpembuatan. Insentif ‐insentif ini termasuklah pengecualian cukai korporat, geran latihan dan R&Ddan juga pinjaman kadar rendah (soft loans). Pemberian Insentif Khas ini akan dipertimbangkanberdasarkan criteria berikut:∙ nilai tambah yang tinggi;∙ tahap pemindahan teknologi;∙ peningkatan dalam tahap kepakaran;∙ tahap pendapatan tukaran asing;∙ pengukuhan rantaian nilai pembuatan;∙ pembangunan jaringan di dalam industri; dan∙ tahap R&D yang dijalankan.10. Pindaan terhadap Lesen Import (AP )Kajian yang mendalam terhadap isu berhubung Lesen Import telah dijalankan. Lesen Import yangsecara asasnya digunakan untuk pemantauan dan pengumpulan data, akan dilupuskan dalam jangkamasa panjang. Buat masa ini, langkah‐langkah berikut akan dilaksanakan:a) Membekukan pengeluaran AP francais untuk pengimportan kereta berjenama baru∙ Pertukaran pegangan ekuiti dalam syarikat pemegang AP francais bagi jenama sedia ada, dapatdipertimbangkan untuk kelulusanb) Menghentikan pengeluaran AP francais untuk pe ngimportan kenderaan ’tuned‐up’, bermula 1Januari 2006

∙ Pemegang AP francais bagi kenderaan ’tuned‐up’ tidak akan dibenarkan untuk meneruskanperniagaan di dalam bidang ini selepas 1 Januari 2006;∙ Pemegang AP terbuka boleh mengimport kenderaan ’tuned‐up’ dengan menggunakan kuota APterbuka mereka, tetapi kenderaan‐kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan rapi olehJabatan Pengangkutan Jalan bagi memastikan tahap dan pematuhan terhadap spesifikasi ’tuned‐up’itu.c) Membenarkan Syarikat Awam Berhad kawalan Bumiputera untuk memohon AP secara langsung∙ Syarikat Awam Berhad kawalan Bumiputera akan dikecualikan daripada memenuhi syaratpegangan ekuiti Bumiputera tidak kurang dari 70 peratus bagi AP francais;∙ Sebelum ini, Syarikat Awam Berhad kawalan Bumiputera terpaksa menggunakan pengimportperantaraan untuk mengimport kenderaan. Dengan pengecualian ini, Kerajaan menjangkakansyarikat seperti DRB Hicom Bhd dan Sime Darby Bhd, yang pada masa ini merupakan pemegangfrancais jualan eksklusif untuk jenama kenderaan tertentu, akan mengimport kenderaan secaralangsung tanpa perlu menggunakan pengimport perantaraan.d) Menghadkan pengimportan kenderaan terpakai melalui AP terbuka kepada kenderaan yangberusia satu (1) hingga lima (5) tahun sahaja∙ Kenderaan terpakai yang berusia kurang daripada satu (1) tahun tidak boleh diimport.Pengimportan seumpama ini pada masa lalu ada melibatkan penyelewengan.F. PENUTUPRangka Dasar Automotif Nasional menggariskan objektif dan langkahlangkah bagi sektor automotif,dengan tujuan untuk memberikan garis panduan am serta arah hala tuju pembangunan masahadapan sektor ini kepada semua pihak yang terlibat. Rangka Dasar Automotif Nasional ini akandisusuli dan diperlengkap oleh Dasar Automotif Nasional yang komprehensif, yang akan diumumkansetelah kajian menyeluruh yang sedang dijalankan siap dan lengkap.Kajian menyeluruh ini amat penting memandangkan Kerajaan sedar perlunya objektif dan langkahyang terkandung di dalam Rangka Dasar ini diselaraskan, memandangkan semua pihak yang terbabitmempunyai keperluan dan objektif yang pelbagai. Adalah menjadi matlamat Kerajaan agar DasarAutomotif Nasional tersebut akan menjadi penentu dan panduan yang optimal namun fleksibel,yang akan menjajarkan semula segala objektif dan langkah, demi masa depan sektor automotifkhasnya dan ekonomi Malaysia amnya.Jabatan Perdana Menteri19 Oktober 2005

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!