12.07.2015 Views

ggulnya - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

ggulnya - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

ggulnya - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Dapatkan Cahaya secara langganan (percuma)Cahaya@islam.gov.myJika anda ingin melanggan majalah Cahaya sila hantarkankepada kami:1. Sampul surat beralamat sendiri.2. Sampul surat berukuran 23cm x 32cm.3. Lekatkan setem RM1.00 bagi setiap sampul surat.4. Tuliskan perkataan CAHAYA di bahagian atas sebelahkiri sampul berkenaan.5. Satu sampul surat hanya untuk satu naskhahsahaja.Hantarkan sampul surat anda kepada:Pengarah Majalah CahayaBahagian Penerbitan,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,Aras 4, Blok D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62519 Putrajaya.Borang SumbanganMajalah Cahaya mengalu-alukan sumbangandaripada pembaca. Ganjaran berpatutan.Sila yang mana berkenaan.FOKUSSEMASARENCANAKERJAYATOKOHCAHAYA ITSIHAT DIRINILAI MURNICERPENSIRAHLAIN-LAIN,NYATAKAN………..Nama:Nama Samaran (Jika Ada):Poskod:No. K/P:Tahap Pendidikan:No. Akaun:Bank:Cawangan:Tarikh:Negeri:No. Tel:Perhatian: Borang ini boleh difotostat.Alamatkan sumbangan anda kepada: Pengarang Majalah CahayaBahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,Aras 4, Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62519 Putrajaya.Adakah Anda Seorang Penulis?Mungkin dari sini anda akan menjadi penulis terkenal.• Atau ingin cuba menulis.• Atau berhasrat memberi sumbangan dalam Majalah Cahaya.• Anda boleh menulis dari sekarang• Hantar sumbangan anda segera!!• Bayaran akan dibuat setelah artikel anda terpilih dan disiarkan.2 Cahaya

Sidang RedaksiDari Meja PengarangPenaungDato’ Hj. Othman bin MustaphaKetua Pengarah JakimPenasihatTn. Hj. Razali bin ShahabudinTimbalan Ketua Pengarah(Pembangunan Insan Jakim)Ketua PengarangFatimah bt Hj. SaadPengarangFadhilah bt AhmadMajidah bt Mat JusohPenyuntingNorhashimah bt EmbongMohd Yusof bin ShamMajidah bt Mat JusohPembantu PengarangAbdul Halim bin IsmailRekabentuk & PercetakanReka Cetak Sdn. Bhd.Pengurus EdaranNurul Hafizah bt MuhammadMokhtarPembantu EdaranMohd Suhaimi bin AbasMohd Fauzi bin Hosni© Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Hak cipta terpelihara.Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagianartikel, ilustrasi dan isi kandungan majalah ini dalam apajua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama adasecara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, ataucara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada KetuaPengarah Jakim.Majalah CAHAYA diterbitkan secara dwibulanan olehJakim mulai tahun 1989/1410H. Sidang pengarangberhak melakukan perubahan ke atas karya yang dikirimselagi tidak mengubah isi kandungannya. Karya yangdisiarkan tidak semestinya mencerminkan pendapatdan pendirian Jakim. Segala sumbangan yang dikirimtidak akan dikembalikan, sama ada disiarkan ataupuntidak. Sidang pengarang juga tidak bertanggungjawabatas kehilangan tulisan atau karya yang dikirim melaluiTakutTerasingSabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Islam mula tersebar dalamkeadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Makaberuntunglah orang-yang asing”. (Riwayat Muslim)Pada zaman sekarang hakikatnya, ramai yang berusaha untukberubah ke arah kebaikan. Tetapi masing-masing takut untukmelakukan perubahan, kerana siapa yang melakukan perubahan akandianggap ‘makhluk asing’ dan berlawanan dengan peredaran duniasekarang.Ramai yang sentiasa bermonolog sendiri mahu jadi baik. Mahututup aurat dengan sempurna. Mahu jadi anak yang sopan santundan pelajar yang jujur. Tetapi, segalanya sekadar cita-cita yangterpendam jauh dalam lubuk hati. Mereka tidak ada keberanian untukmelaksanakannya kerana nanti takut dianggap ’makhluk asing’. Bilamana maksiat sudah tidak lagi asing dalam kehidupan manusia, makamereka yang ingin melakukan kebaikan menjadi lebih takut daripadaorang yang mahu melakukan kejahatan. Seolah-olah takut denganbayang-bayang sendiri.Oleh itu, bagaimanakah caranya jika mahu terus teguh untukberubah ke arah kebaikan dan tidak menjadi ‘makhluk asing’?Jawapannya mudah... Dekatilah Allah SWT. Berubahlah keranaAllah, kerana Dialah sumber kekuatan dan Pencipta kita. Apabila kitamerasakan Allah sedang ’memerhati’ kita, maka bermuhasabahlah dantanyakan pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk dunia?Hakikat yang tidak dapat kita nafikan, kita semua sedang melaluiproses perubahan. Cumanya, adakah kita sedang berubah ke arahkebaikan ataupun hanya sekadar menjadi mangsa perubahan atautakut terasing dengan dunia yang semakin berubah maju denganpantasnya.Wallahua’lam.Pengarangpos dan e-mel. Cahaya 1

Kandungan1 Dari meja PengarangTakut Terasing3 Jati DiriUmat Terbaik6 FokusDengki vs Dendam8 SemasaJAKIM beri Penghargaankepada Pelajar CemerlangSTAM, UPKK10 RencanaCara Mudah TulisRingkasan Karangan12 Tinta Kreatif Aku, Abahdan Pengorbanan18 Zon Gajet19 Kenali KerjayaDentist: One ‘Touch’Relieves a Pain25 Nilai MurniLawan Kemalasan26 Cahaya ITEvolusi Sejarah Blog31 Novel BersiriDia Khairunnisa’ siri 1534 Lembaran SirahImam Al-Suyuti: PenulisBerkaliber35 Santai MindaMat Selamat36 Kemusykilan Agama38 Sesuatu Tentang KitaTunggu-Tunggu?40 Fikir ZikirTakut?41 SajakLagu Buku22 Personaliti RemajaAurat23 Sihat DiriBatuk Kokol Bawa Maut2 Cahaya

Jati DiriUmatTerbaikOleh Panel Penulis JakimDi samping isu pembentukan sahsiah remajaMuslim pada diri dan tanggungjawabnyadalam keluarga, satu lagi aspek penting yangperlu difahami dan dihayati oleh remaja ialahperanannya dalam masyarakat. Ibnu Khaldunmenyebut, “Manusia adalah bertabiat madani”.Ini bermaksud manusia tidak mungkin hidupsendiri tanpa bergaul dengan orang lain. Islamtelah menetapkan garis panduan supaya insandapat memahami dengan jelas mengenai hak,tanggungjawab dan adab ketika bergaul dalammasyarakat.Remaja, sama ada lelaki atau perempuan,wajib berganding bahu memberi sumbanganbagi mewujudkan masyarakat yang menghayatinilai-nilai Islam yang suci. Remaja yangbaik tidak hanya membataskan masa dantenaga untuk dirinya sahaja, tetapi dia jugahendaklah memberi manfaat kepada oranglain. Pengalaman umum menunjukkan bahawakeadaan persekitaran, sedikit sebanyak memberikesan yang mendalam kepada kehidupanindividu.As-sirah an-Nabawiyah berjaya memaparkanbanyak contoh remaja atau golongan mudayang wajar menjadi idola kepada kita. Merekamerupakan tulang belakang kepada usahadakwah dan perjuangan Rasulullah SAW.Contohnya ialah Ali bin Abi Talib k.w yangmerupakan antara orang pertama menyahutseruan Islam. Dalam peristiwa Hijrah, beliaumerelakan diri beliau menggantikan RasulullahSAW di tempat tidur baginda meskipun beliauamat menyedari risiko akan dibunuh olehCahaya 3 Cahaya 3

orang-orang kafir Musyrikin yang telahbertekad untuk membunuh RasulullahSAW.Apa yang dimaksudkan denganumat yang terbaik ialah umat cemerlangdan berkualiti dalam segenap aspekkehidupan dan berupaya menjadimodel atau contoh ikutan yangterbaik bagi umat yang lain. Dalammasa yang sama, ajaran Islam yangmenjadi tonggak kepada umat Islamsebagai umat terbaik mampu menjadipenyelamat kepada manusia sejagatdaripada segala kerosakan dankemusnahan.Firman Allah SWT dalam surahali-Imran ayat 110 yang bermaksud,“Kamu (wahai umat Muhammad)adalah sebaik-baik umat yangdilahirkan bagi (faedah) umatmanusia, (kerana) kamu menyuruhberbuat segala perkara yang baikdan melarang daripada segalaperkara yang salah (buruk dan keji)dan kamu pula beriman kepadaAllah.”Firman-Nya lagi dalam surah al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud,“Dan demikianlah (sebagaimanaKami telah memimpin kamu ke jalanyang lurus). Kami jadikan kamu(wahai umat Muhammad) satuumat yang pilihan lagi adil, supayakamu layak menjadi orang yangmemberi keterangan kepada umatmanusia tentang yang benar danyang salah) dan Rasulullah(Muhammad) pula akanmenjadi orang yangmenerangkan kebenaranperbuatan kamu….”4CahayaCahaya

FokusOleh Hashim AhmadDengkivsDendamDendam dalam bahasa Arab yang disebut ”hiqid” mengandungi permusuhandalam batin dan menanti-nanti waktu yang terbaik untuk melepaskandendamnya, menunggu kesempatan yang tepat untuk membalas sakit hatidengan mencelakakan orang yang didendaminya.Berbahagialah orang yang berlapang dada, berjiwa besar dan pemaaf.Tidak ada sesuatu yang menyenangkan dan menyegarkan pandangan mataseseorang, kecuali hidup dengan hati yang bersih dan jiwa sihat, bebasdaripada rasa kebingungan dan bebas daripada rasa dendam yang sentiasamenggoda manusia.Orang yang berhati bersih danberjiwa sihat adalah merekayang apabila melihat sesuatunikmat yang diperoleh orang lain,dia merasa senang dan merasakankurnia itu ada pula pada dirinya.Apabila ia melihat musibah yangmenimpa seseorang hamba Allah,dia merasakan sedihnya danmengharapkan kepada Allah untukmeringankan penderitaan danmengampuni dosanya.Seorang Muslim hendaknyaselalu hidup dengan hati yang bersihdan jiwa yang sihat, rela terhadapketentuan Allah SWT didalamkehidupannya. Jiwanya bebasdaripada perasaan dengki dandendam. Sesungguhnya perasaandengki dan dendam itu merupakanpenyakit hati yang dapat mengikisiman keluar daripada hati.Islam sangat memperhatikankebersihan hati kerana hati yangkotor dapat merosakkan amalsoleh, bahkan menghancurkannya.Sedang hati yang bersih, jernih danbersinar dapat menyuburkan amaldan dorongan semangat untukmeningkat amal ibadah.Allah SWT memberkati danmemberikan segala kebaikankepada orang yang hatinya bersih.Oleh itu, berusahalah menjadiorang-orang yang bersih jiwanya dansihat hatinya, saling cinta mencintai,saling kasih mengasihi, sayangmenyayangi di atas pergaulan yangbaik dan kerjasama yang salingmenguntungkan.Firman Allah SWT dalam surahal-Hasyr, ayat 10 yang bermaksud,“Orang-orang yang datang sesudahmereka (muhajirin dan Ansar),mereka berdoa ‘Ya Tuhan kami,beri ampunlah kami dan saudarasaudarakami yang telah berimanlebih dahulu daripada kami,dan janganlah Engkau biarkankedengkian dalam hati kamiterhadap orang-orang beriman,Ya Tuhan kami, sesungguhnyaEngkau Maha Penyantun lagi MahaPenyayang’.”S e s u n g g u h n y a r a s apermusuhan yang tumbuh dengansubur dan sampai berakar bolehmengakibatkan hilangnya rasa kasihsayang dan akan mengakibatkanrosaknya perdamaian. Ia akan dapatmenghilangkan keseimbangan yangpada mulanya menjurus ke arahperbuatan dosa-dosa kecil, danakhirnya mengarah kepada dosadosabesar yang mengakibatkanturunnya kutukan Allah SWT.6 Cahaya

Perasaan iri hati keranaorang lain memperoleh nikmatkadangkala dapat menimbulkankhayalan yang bukan-bukansampai membuat kedustaan. Islammembenci perbuatan demikian danmemperingatkan jangan sampaiterjerumus ke dalamnya.Menurut Islam, mencegahberlakunya ketegangan danpermusuhan merupakan satu ibadahyang besar. Sabda Rasulullah SAWyang bermaksud, “‘Mahukah akuberitahu kepadamu perkara yanglebih utama daripada puasa, solatdan sedekah?’ jawab sahabat,‘Tentunya mahu,’. Sabda NabiSAW, ‘iaitu mendamaikan di antarakamu, kerana rosaknya perdamaiandi antara kamu adalah menjadipencukur yakni perosak agama,’”(Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).Syaitan kadangkala tidak mampumenggoda orang-orang yang pandaiuntuk menyembah berhala tetapisyaitan sering mampu menggodadan menyesatkan manusia, melaluipergaulan dengan cara merosakkanperdamaian di antara merekasehingga dengan hawa nafsunyayang tidak terkendalikan, merekatersesat dan tidak mengetahui hakhakTuhannya.Di sinilah syaitan mulaimenyalakan api permusuhan di hatimanusia dan jika api permusuhanitu telah menyala, ia senang melihatapi itu membakar manusia sehinggaturut terbakarnya hubungan dansegala keutamaan manusia.Sesungguhnya manusia ituberbeza tabiat dan watak sertaberbeza kecerdasan akal dan dayatangkapnya. Sebab itu dalampergaulan dan pertemuan dilapangan kehidupan, kadangkalamereka membuat kesilapan yangmengakibatkan perselisihan danpermusuhan.Islam telah menggariskan caraberakhlak yang baik yang membuathati mereka luluh dan saratberpegang kepada kasih sayang.Islam melarang memutuskanhubungan dan berbantahbantahan.Kita sering merasakan bahawakeburukan dilemparkan kepadakita, sehingga kita sering tidakmampu mengendalikan perasaandan kekesalan kita. Apabila fikirankita sempit, maka timbullah niatuntuk memutuskan hubungandengan si pemeluknya. Tetapi AllahSWT tidak rela perbuatan yangdemikian.Memutuskan hubungan sesamaMuslim adalah dilarang. SabdaRasulullah SAW yang bermaksud,“Janganlah kamu memutushubungan, belakang membelakangi,benci membenci, hasut menghasut.Hendaknya kamu menjadi hambaAllah yang bersaudara satu samayang lain (yang Muslim) dan tidaklahhalal bagi (setiap) Muslim tidakbertegur sapa saudaranya lebihdari tiga hari.” (Riwayat Bukhari danMuslim).Dalam hadith ini dinyatakanbatas tiga hari kerana pada waktutiga hari kemarahan sudah dapatreda. Setelah itu wajib bagi seorangMuslim, untuk menyambung kembalihubungan tali persaudaraaanyadengan saudara-saudaranya sesamaMuslim, dan membiasakan perilakuyang utama ini.Sesungguhnya, putusnya talipersaudaraaan ini tidak ubahseperti awan hitam atau mendung.Apabila ditiup angin, makahilanglah mendungnya dan cuacapun menjadi bersih dan terangkembali.Ringkasnya, hendaknya orangorangyang mempunyai penyakithati seperti rasa dendam, iri hatidan dengki selalu ingat bahawakekuasaan Allah SWT mengatasisegala kekuasaan. Oleh itu, diahendaklah ingat bahawa hartabenda dan kedudukan yang bersifatduniawi itu selamanya tidak kekal.Paling jauh dan lama, sepanjanghidupnya sahaja, bahkan mungkinsebelum itu.Firman Allah SWT dalam surahAn-Nisa’ ayat 32 yang bermaksud,“Dan janganlah kamu iri hatiterhadap apa yang dikurniakan Allahkepada sebahagiaan kamu lebihbanyak daripada sebahagian yanglain. (Kerana) bagi seorang laki-lakiada bahagian daripada apa yangmereka usahakan, dan bagi parawanita (pun) ada bahagian daripadaapa yang mereka usahakan, danmohonlah kepada Allah yang MahaMengetahui segala sesuatu.”Cahaya 7

SemasaJakimOleh Mohd Yusof ShamBeri Penghargaan kepadaPelajar Cemerlang STAM, UPKK“Tahun 2011 merupakan tahun ke-12 STAM dilaksanakan. Ia menggunakan kurikulum daripada MaahadBu’uth al-Islamiah, al-Azhar dan menggunakan bahasa Arab sepenuhnya sebagai bahasa pengantar.Sementara KAFA pula telah dilaksanakan sejak tahun 1990 dan UPKK diperkenalkan pada 1994 semasapelajar berada dalam darjah lima. Ia menggunakan kurikulum khas yang dikeluarkan oleh Jakim.”Demikian menurut Menteri diJabatan Perdana Menteri, YBSenator Mejar Jeneral Dato’ SeriJamil Khir Haji Baharom (B) dalamucapan perasmian sempena MajlisAnugerah Kecemerlangan STAMdan UPKK Peringkat KebangsaanTahun 2012 yang diadakan di HotelDynasty, Kuala Lumpur pada 2 April2012.Dato’ Seri Jamil Khir melahirkanrasa bangga kerana STAM bukans a h a j a m e l aya k ka n p e l a j a rmemohon masuk ke program ijazahpertama di Universiti al-Azhar, STAMturut diterima di universiti-universititempatan. Malahan STAM diiktirafsetaraf dengan STPM daripadaaspek pengajian dan gred skim yangsama.Dato’ Seri Jamil Khir menambah,Jakim akan memperkenalkan KAFAperingkat menengah mulai tahun2013. Modul KAFA menengah initelah siap digubal dan pelaksanaanrintis KAFA menengah dilaksanakanpada tahun ini. Manakala kurikulumDini/Azhari yang telah diselaraskanoleh Jakim akan dilaksanakandi semua sekolah agama secaraberperingkat-peringkat bermulatingkatan satu mulai 2012.Secara umumnya, seramai50 orang pelajar STAM tahun2011 daripada 8499 calon berjayamendapat gred mumtaz dalamsemua 10 mata pelajaran. KeputusanUPKK 2011 pula menunjukkanhampir semua negeri mencapaikelulusan 100% iaitu 99.996%daripada 189,590 orang calon.Hadir sama dalam majlis tersebutialah Timbalan Menteri di JabatanPerdana Menteri, YB Senator Dato’Dr. Mashitah Ibrahim, PengerusiLembaga Penasihat PenyelarasanPelajaran dan Pendidikan AgamaIslam (LEPAI), Tan Sri Dr. Mohd YusofNoor dan Timbalan Ketua Pengarah(Pembangunan Insan) Jakim, TuanHaji Razali Shahabudin.Majlis ini diadakan bagi memberipenghargaan dan pengiktirafankepada pelajar yang cemerlangdalam peperiksaan STAM danUPKK tahun 2011. AnugerahPelajar Cemerlang STAM diberikankepada 12 orang pelajar cemerlang(mumtaz) dalam STAM dari 12negeri yang dipilih oleh LembagaPeperiksaan berdasarkan kriteriayang ditetapkan oleh Jakim danseorang daripada mereka menerimaAnugerah Perdana CemerlangSTAM.Manakala Anugerah CemerlangUPKK diberikan kepada 14 orangpelajar cemerlang UPKK dari 14buah negeri berdasarkan kriteriayang ditetapkan oleh Jakim danseorang daripada mereka menerimaAnugerah Perdana CemerlangUPKK.Majlis turut meraikan duatokoh guru STAM dan KAFA yangdipilih berdasarkan kriteria-kriteriaseperti mempunyai sahsiah terpuji,berketerampilan, menguasai danmenghayati mata pelajaran, tahapkemahiran komunikasi yang tinggi,berwawasan dan sebagainya.8 Cahaya

Berikut adalah senarai penerima anugerah:Anugerah Perdana UPKK 2011Bil. Nama Calon Nama Sekolah / Institusi1 Muhammad Taslimbin Abd RasyidSekolah Rendah AgamaAnwiriyah, Parit Jawa, Muar,Johor.Anugerah Perdana STAM 2011Bil. Nama Calon Nama Sekolah / Institusi1 MuhammadAl- Firdaus binAwang KesahSekolah Menengah Agama(ARAB) Yayasan Khairiah,Kupang, Baling, KedahAnugerah Cemerlang UPKK 2011Bil. Nama Calon Nama Sekolah / Institusi1 Nur Hidayah btAzmidi2 Nur FatimahSyahindah btSuhairie3 Nureen Humairahbt Ahmad Fahizal4 Fatin Liyana btSuaimi5 Aiman Nabilah btAbd Aziz6 Nurwirda Husnabt Abd Rani7 Nur DiyanaKamilah bt Shobri8 Situ Nursyauqinabt Ahmad Yani9 Mazni btSabardin10 Nur Annisa btAzman11 Nur Fatehah btMuhammad12 Dayang NurAmira bt AbgHalim13 Nurul Hidayu btHj. YahyaSekolah Kebangsaan PutraJaya, Setiu, TerengganuSekolah Agama RakyatGedong Lalang 162,Seremban, Negeri SembilanSekolah Rendah Agama IslamMasjid Haji Saad, Lot 163,Mukim Tanah Liat, BukitMertajam, Pulau PinangSekolah Agama Rakyat Kaha(1) Darul Muhajirin, TamanSelasih Fasa 2, Batu Caves,SelangorSekolah Rendah AgamaRakyat Al-Munir, Kg. PadangTembak PerakSekolah Agama Rakyat Alif,Sungai Isap Perdana, PahangKafa Putra Presint 9, PutrajayaSekolah Tengku Budriah, JlnBesar, Arau, PerlisSekolah Agama PekanSamporna, Sabah Kafa Kg.Menteritip,Sekolah Kebangsaan Salor,Kota Bharu, KelantanSekolah Kebangsaan Peremba,KedahSekolah Agama Sri Aman,SarawakSekolah Kebangsaan DatukThamby Chik Karim, MelakaAnugerah Pelajar Cemerlang STAM 2011Bil. Nama Calon Nama Sekolah / Institusi1 MuhammadMuhaimin binIdris2 Khairulamirin binKhabir3 Maizatul Husna btMohd Radzi4 MuhammadNur Firdaus binMohamad Noor5 Noor Fatihah btIbrahim6 Mohamad Azrulbin Raf’an7 MuhammadIrfansyah binMahdi Farid8 Hudzaifah binYusopTokoh GuruSek. Men. Raja Dr. NazrinShah, Kg. Gajah, PerakSekolah Agama MenengahTinggi Tengku AmpuanJemaah, Shah Alam, SelangorSekolah Agama MenengahTinggi Tengku AmpuanJemaah, Shah Alam, SelangorMaahad Muhammadi Lelaki,Kota Bharu, KelantanMaahad MuhammadiPerempuan, Kota Bharu,KelantanSekolah Menengah TinggiArab (Maahad Johor)Sekolah Menengah TinggiArab (Maahad Johor)Maahad Ahmadi Gemencheh,Negeri SembilanBil. Nama Tokoh Nama Sekolah / Institusi1 Tuan HajiMuhammadKafa Integrasi Hidayatul Iman,SelangorSalim binAbdullah2 Tuan Haji Adenanbin YahayaMaahad Ahmadi Gemencheh,Negeri SembilanCahaya 9

RencanaCaratulisMudahRingkasanKaranganOleh Izani Hj. DaudRingkasan karangan adalah soalan yang dikemukakandi bahagian A(i) Bahasa Melayu kertas 2 PMR.Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 20 markah.Dalam bahagian ini, calon diberi masa selama 24minit untuk menyiapkannya dengan jumlah perkataanyang dihadkan kepada 80 patah perkataan. Isi yangdiperlukan sekurang-kurangnya lima.Dalam menulis ringkasan karangan, calon-calondikehendaki menggunakan isi atau fakta yang tersediadalam petikan tetapi calon-calon mesti menggunakanayat sendiri tanpa mengubah fakta asal yang terdapatdalam petikan. Menyalin bulat-bulat daripada petikanakan menyebabkan calon tidak lulus dalam bahagian ini.Hal ini berlaku disebabkan dalam suasana peperiksaanpara calon tertekan yang menyebabkan mereka menulisdengan cara menyalin terus daripada petikan asal.Makalah ini cuba memberi sedikit panduan kepadapelajar dan calon PMR untuk menulis ringkasankarangan dengan cara yang mudah. Sebagaimana yangpelajar-pelajar sedia mengetahui, penulisan ringkasankarangan tidak boleh dilakukan dengan cara meniruatau menyalin bulat-bulat fakta daripada petikan asal.Pengalaman di bilik darjah menemui dua cara untukmenulis ringkasan karangan dengan menggunakanayat sendiri. Pertama, dengan mengubah strukturayat dan kedua, penggunaan perkataan bersinonim,iaitu menggantikan perkataan yang sama erti denganperkataan yang terdapat dalam petikan.Contohnya, jika petikan yang diberikan berkaitandengan isu jerebu yang menghendaki calon menulisringkasan berkaitan dengan langkah-langkah menanganimasalah jerebu. Apa yang perlu dilakukan oleh calonialah menyenaraikan lima isi berkaitan yang terkandungdalam petikan. Katakan isi-isi yang diperoleh daripadapetikan seperti berikut;Langkah-langkah menangani masalah jerebu(isi-isi yang disalin daripada petikan)1) Jabatan Alam Sekitar perlu melakukanpemantauan secara berterusan.2) Sikap manusia hanya akan mematuhi sesuatutindakan apabila denda dikenakan ke atasmereka.3) Pihak media massa seperti akhbar dantelevisyen boleh menjalankan kempenmencegah kebakaran terbuka.4) Orang ramai boleh melaporkan sesuatuaktiviti pembakaran secara terbuka dengansegera.5) Kerjasama semua pihak akan dapatmenyelesaikan masalah ini dengan baik.10 Cahaya

Dengan cara mengubah struktur ayat telahmenghasilkan ayat baru yakni, yang berlainan daripadaayat yang dipetik daripada petikan. Pelajar mestibijaksana dalam menyusun struktur ayat supaya tidakmenampakkan peniruan bulat-bulat daripada ayat yangasal.Mengubah struktur ayat1) Jabatan Alam Sekitar perlu melakukanpemantauan secara berterusan.Pemantauan secara berterusan olehJabatan Alam Sekitar perlu dilakukan.2) Sikap manusia hanya akan mematuhisesuatu tindakan apabila denda dikenakanke atas mereka.Denda yang dikenakan boleh mengubahsikap manusia untuk mematuhi sesuatutindakan.3) Pihak media massa seperti akhbar dantelevisyen boleh menjalankan kempenmencegah kebakaran terbuka.Kempen mencegah kebakaran bolehdijalankan oleh akhbar dan televisyen.4) Orang ramai boleh melaporkan sesuatuaktiviti pembakaran secara terbukadengan segera.Laporan segera oleh orang ramai tentangaktiviti pembakaran secara terbuka bolehmembantu.5) Kerjasama semua pihak akan dapatmenyelesaikan masalah ini dengan baik.Masalah ini dapat diselesaikan denganbaik jika mendapat kerjasama semuapihak.Penggunaan perkataan bersinonim1) Jabatan Alam Sekitar perlu melakukanpemantauan secara berterusan.Pihak berwajib hendaklah menjalankanpemeriksaan sepanjang masa.2) Sikap manusia hanya akan mematuhisesuatu tindakan apabila dendadikenakan ke atas mereka.Tabiat manusia hanya akan akurterhadap sesuatu tindakan apabiladenda dikenakan ke atas mereka.3) Pihak media massa seperti akhbar dantelevisyen boleh menjalankan kempenmencegah kebakaran terbuka.Pihak media cetak dan elektronikboleh melaksnakan kempen mencegahkebakaran.4) Orang ramai boleh melaporkan sesuatuaktiviti pembakaran secara terbukadengan segera.Anggota masyarakat boleh membuataduan sesuatu kegiatan pembakaransecara terbuka dengan segera.5) Kerjasama semua pihak akan dapatmenyelesaikan masalah ini dengan baik.Kesepakatan semua pihak akan dapatmerungkaikan masalah ini dengan baik.Penggunaan perkataan yang sinonim untuk menggantikan perkataan yang terdapat dalampetikan digunakan untuk ringkasan karangan bagi menggelakkan penyalinan bulat-bulat ayatyang terdapat dalam petikan. Cara kedua ini lebih mencabar bagi mereka yang `miskin’ kosakata. Walau bagaimanapun jika latihan berterusan dibuat kaedah ini lebih menyeronokkan keranadapat menambahkan perbendaharaan kata para pelajar.Kedua-dua kaedah yang digunakan ini bukan sahaja memudahkan pelajar menulis ringkasankarangan, tetapi dalam masa yang sama dapat memberi kemahiran kepada pelajar untuk membinaayat dan menambahkan kosa kata. Kaedah ini menarik perhatian pelajar kerana aktiviti ini seolah-olahseperti permainan bahasa yang menyeronokkan.Cahaya 11

Tinta KreatifAku,AbahdanSuluhan mentari duha pagi itu mengetuk pintumimpi Fatimah. Dia lalu terjaga. Istighfar yangpanjang mengalir dari bibir mungilnya keranaterlena di tikar sejadah selepas menunaikan solat sunatdhuha. Fatimah bangkit mengemas pakaian solatnya. Diamenghampiri tingkap biliknya mencari sedikit hiburanbuat sekeping hati. Seakan mengerti keinginannya,burung-burung mula berkicauan menyanyikan lagu alamdiiringi hembusan bayu dhuha yang membawa seribukeberkatan buat setiap makhluk Tuhan.Keasyikan itu terhenti apabila Fatimah terdengarnamanya dipanggil. “Abah”, bisik hati kecilnya.Dia lalu berlari anak menuruni tangga ke dapur.Terkejut bukan kepalang apabila dilihatnya abahterbaring di muka pintu dengan kaki yang berlumurandarah. Dicapainya sehelai kain lalu menghampiriabah.“ Ya Allah... Abah, macam mana boleh jadi begini?Kita ke klinik ye.”“ Tak payah. Sikit saja ni. Bagi abah kain tu. Kamupergi ambil ubat sapu”. Fatimah akur.Malam itu Fatimah solat Maghrib dan lsya’berjemaah dengan abah. Luka di kaki abah akibattertusuk kaca di sawah menghalang abah untuk ke surauseperti biasa. Selesai solat, Fatimah menuntun abah kedapur untuk menikmati makan malam. Makan malammereka cukup sederhana. Nasi putih bersama ikanpuyu goreng dan gulai pucuk ubi. Namun bagi Fatimah,santapan itu yang paling enak pernah dijamahnya.Kesempitan hidup mengajar dia erti bersyukur denganapa yang ada.Seperti yang telah dirancang Tuhan, sang hujanmerembes membasahi bumi pada malam 1 Muharamyang pekat likat. Namun sedikitpun tiada getar dalamhati Muhammad yang dalam perjalanan ke rumahMak Piah, bidan kampung. Dalam hatinya hanya satu,Zainab.12 Cahaya

Nor Saidah Abd Manan @ AwangPengorbananOlehHatinya terus berdoa agar Allah menyelamatkanisterinya yang sedang bertarung dengan maut. Sejamyang dihabiskan dengan solat sunat dan bacaan al-Quran dirasakan cukup lama. Resah dan gelisah yangmenjadi temannya sedari tadi bertempiaran lari tatkalatelinga menangkap tangisan anak kecil. Muhammadbergegas mendapatkan Mak Piah. Ada satu perasaanhalus pada saat dia menyentuh bayi perempuan itu.Muhammad makin pasti itulah yang dinamakan kasihsayang. Dikucupnya bertalu-talu kening si anak selepasberazan di telinga kanan dan di telinga kirinya.Mungkin inilah takdir Tuhan. Bunga hatinya yangsedang berkembang mekar terus layu di saat MakPiah mengkhabarkan tentang Zainab. Jasad tanpanyawa isterinya ditatap sayu. Kata-kata isterinya ketikasarat mengandung kembali bermain-main di kotakingatannya.“Abang, kalau ditakdirkan Allah Nab pergi pada saatanak ini lahir, abang jaga dia baik-baik ya.Belum pun sempat Zainab menghabiskan kata, jaritelunjuk Muhammad pantas hinggap di bibirnya.Setelah menunaikan solat Asar dan zikir petang,Fatimah duduk di bangsal belakang rumahnyamenikmati keindahan alam. Padi kehijauan di bendangberlatar belakangkan sinaran mentari senja melambailambairiang. Sesekali dibetulkan tudung putih dikepalanya yang diusik angin.“Tudung ini...” ungkapannya terhenti seketika.Kenangan lalu mula diulang tayang dalam panggungingatannya. Beberapa anak kecil sedang girang bermainlayang-layang di tengah sawah. Semuanya lelaki kecualiseorang. Muhammad yang baru naik dari tali airmengambil bubu mengecilkan matanya.Makin lama makin kecil. Muhammad yang keletihanjadi berang lalu menuju ke arah anak-anak tersebut.Ditariknya lengan anak kecil perempuan itu denganrakus.Cahaya 13

“Fatimah! Balik! “ Bentaknya. Suasana yang tadinyagirang bertukar muram.Di dapur, Muhammad ke sana ke mari mencarisesuatu tanpa menghiraukan ratap tangis si anak.“Abah cakap apa, ha? Kalau nak keluar mesti pakaitudung, kan? Kenapa degil sangat?”Rambut pada paras pinggang si anak ditariknyalalu digunting tanpa belas. Air mata si kecil berusia10tahun itu keluar tanpa henti. Tangisnya makin menjadijadidi saat tangan merangkul rambut-rambut yangbertaburan.Sudah dua hari peristiwa itu berlalu, namun Fatimahmasih bersedih. Dua hari jugalah hati Muhammaddibalut penyesalan. Namun bukan niatnya sengajamahu menghukum. Dia ingin memenuhi janjinya denganZainab dan yang paling utama janjinya dengan Allah.Almari lama di dalam biliknya dibuka. Rindu mula datangmenyapa. Diambilnya sehelai tudung berwarna putih.Fatimah yang bersugul di suatu sudut dihampirinya.“Fatimah, tudung ini untuk Fatimah. Lain kali kalaumahu keluar rumah, pakai tudung ya, nak,” pujukMuhammad.Secara spontan, Fatimah merangkul leher abahnyadiiringi tangisan. Hati Muhammad melahirkan rasasyukur kerana Fatimah mengerti.“Mad, kamu tak nak cari pengganti Zainab?” soalMak Ton.Mak Ton sudah seperti keluarga sendiri padaMuhammad dan arwah Zainab. Begitu juga pada MakTon. Dia simpati dengan nasib mereka yang merantau,lalu disedekahkan tanah di tengah bendang yangkini didiami Muhammad dan anaknya. Melihat airmuka Muhammad yang sedikit berubah, Mak Tonmenyambung. “Aku bukan apa, kesian aku tengok budakini. Menyusu pun tidak. Dia perlukan seorang ibu”.Muhammad membetulkan duduknya.“Saya dah berjanji dengan arwah akan jaga Fatimahbaik-baik, Mak Ton. Saya bimbang kalau beristeri lain,wanita itu tak dapat jaga anak saya macam anak sendiri.Lagipun saya namakan anak itu Fatimah kerana dia takdisusukan,” jelas Muhammad lembut. Dia tidak mahumenyinggung perasaan Mak Ton. Sepi melingkari hatikedua-duanya.“Fatimah, keputusan PMR kamu cemerlang. Padacikgu, kamu ada potensi untuk ke sekolah yang lebihbaik. Maksud cikgu, sekolah di bandar yang lengkapdengan segala kemudahan.” Kata-kata Cikgu Samsiahdi sekolah tadi masih berlegar di minda Fatimah.“Cikgu, maaf. Saya akui kata-kata cikgu betul.Tapi pada saya, kejayaan saya bukan terletak padadi mana saya belajar tapi usaha dan doa saya, cikgu.Kalaupun saya belajar di sekolah yang penuh dengankemudahan, tapi usaha saya sikit, tiada gunanya, kancikgu?” jawapan bernas Fatimah mengalirkan air mataCikgu Samsiah. Dipeluknya pelajar harapan sekolahitu.Peluang ini bukan yang pertama dilepaskan. Dulu,ketika mendapat keputusan UPSR yang cemerlang, pihaksekolah telah mencadangkan agar Fatimah ke sekolahberasrama penuh. Waktu itu, Muhammad menolakkerana padanya Fatimah terlalu muda untuk tinggal diasrama lebih-lebih lagi berjauhan darinya. Sekarang,Fatimah sendiri yang menolak peluang itu kerana diaingin terus berada di kampung halamannya.Senja makin melabuhkan tirainya. Namun, kelibatabah masih tidak kelihatan. Resah mula berkeliarandalam hati Fatimah. Jika mampu, dia ingin menghalangmentari daripada masuk ke ufuk barat. Kebiasaannya14 Cahaya

abah yang ke sawah semula selepas menunaikan solatAsar akan pulang sekitar jam enam petang. AzanMaghrib mula berkumandang. Fatimah sujud lemahmenghadap Ilahi. Doanya agar abah baik-baik sahaja.Selepas menyempurnakan solat Maghrib diiringi solatsunat rawatib, dia nekad mencari abah. Fatimah berjalandalam kelam ditemani lampu suluh menuju ke sawah.la memisahkan rumah mereka dan rumah orang-orangkampung. Hanya sebatang jalan tanah merah yang tidakberturap menghubungkannya. Takut, sedih semuanyabercampur gaul dalam hati Fatimah ketika itu. Setiaplangkahnya diderap berhati-hati.Di pertengahan perjalanan, mata Fatimah tertumpukepada suatu objek seakan tangan manusia di dalam taliair. Disuluhnya untuk mencari kepastian. Dia terdudukkerana pasti itu adalah tangan abah. Tenaga gadisnyadigunakan sepenuhnya untuk menarik tubuh abahnaik ke darat. Namun hanya air mata yang mampumengalir.Tok Ngah cukup akrab dengan Muhammad. Diaseorang imam yang sangat prihatin akan kebajikanjemaah suraunya. Malam itu, Allah Yang Maha Berkuasatelah menggerakkan hati Tok Ngah untuk ke rumahMuhammad. Selepas bersalaman dengan jemaah surauyang lain, dia menghidupkan motosikalnya.Tok Ngah memberhentikan motosikal apabiladilihatnya Fatimah duduk bersimpuh di atas tanahmenghadap tali air.“Kenapa, Cu?” tanya Tok Ngah yang bergegas turundari motosikal.“Abah...” hanya itu yang mampu dirintih Fatimah.Tok Ngah menyingsing sedikit lengan jubahnya. SelepasTok Ngah berjaya menarik Muhammad ke atas, Fatimahsegera merangkul abahnya yang tidak sedarkan diri.“Cu tunggu di sini. Tok balik ambil kereta. Kita bawaabah kamu ke hospital,” putus Tok Ngah cemas melihatkeadaan Muhammad.Dua hari lagi Fatimah bakal menduduki peperiksaanSPM, namun dia sedikit pun tidak tertumpu kepadanya.Hanya abah dalam tumpuan Fatimah pada saat itu.Keadaan abah yang agak kritikal menyebabkan Fatimahgelisah sentiasa. Namun hatinya tidak mengikutjejak syaitan yang sentiasa bersangka buruk. Diamenenangkan hatinya dengan memohon pertolongandari Yang Maha Esa. Melihat abah yang terbaringkaku di atas katil dengan kepala yang berbalutsentiasa mengalirkan air mata Fatimah. Kunjunganorang kampung yang tidak pernah putus serba sedikitmenghiburkan hatinya yang lara. Nek Ngah, isteri TokNgah tetap setia menemaninya. Fatimah rasa bersalahkerana menyusahkannya. Berkali-kali dia memintaagar Nek Ngah pulang dan berehat. Tetapi Nek Ngahtetap degil kerana ingin menemani Fatimah yang sudahdianggap seperti cucu sendiri.Tanpa persediaan apa-apa kecuali sekalung doadalam sujud Tahajud, Fatimah melangkah longlai kedewan peperiksaan. Kalau diikutkan hati, dia tidakmahu meninggalkan abah walau sesaat pun. Penjelasandoktor tentang keadaan paru-paru abah yang dimasukiair sentiasa berlegar dalam mindanya. Dua jam di dalamdewan peperiksaan cukup lama bagi Fatimah. Diamencurahkan semua jawapan semampunya walaupunpada masa yang sama fikirannya berada di hospital.Selepas tamat peperiksaan, dia bergegas keluar tanpamenghiraukan rakan-rakan. Tujuannya hanya abah.Setiap hari sepanjang peperiksaan SPM, itulah yangberlaku. Sama.Fatimah menuruni tangga mengiringi kepulangananak-anak kecil yang datang mengaji dirumahnya. Saatitu juga, keriuhan beransur hilang. Kini sepi kembalibertandang. Cuti panjang selepas peperiksaan SPMdiisi dengan menolong penduduk kampung. MelihatCahaya 15

pengetahuan agama yang ada pada Fatimah, merekamenaruh kepercayaan kepadanya untuk mengajaranak-anak mereka mengaji al-Quran. Bukan secarapercuma tetapi ada habuannya. Sebolehnya Fatimahtidak mahu menerima apa-apa kerana niatnya ikhlas.Dek kerana ingin menjaga hati penduduk kampung, diamenerimanya dengan hati yang terbuka.Seawal 7 tahun, Fatimah telah tamat mengajial-Quran. Rahsianya adalah ketegasan abah. Setiapmalam, dia akan membuka al-Quran selepas maghribditerangi pelita ayam di depan abah. Rotan buluh yangpanjangnya sedepa sentiasa menjadi teman karib abah.Direnungnya tapak tangan kirinya di saat kenangan itukembali menggamit. Tangan putih itulah yang bakalbertukar merah setiap kali dia tersilap membacawalaupun satu huruf.Keadaan di perkarangan sekolah pagi itugamat. Pelbagai ragam pelajar ketika menerimakeputusan peperiksaan SPM. Ada yang bangga, adayang kecewa. Namun Fatimah tidak menunjukkanreaksi apa-apa. Mungkin keputusan peperiksaanyang berada di tangannya bukan suatu yang bolehdibanggakan. Keputusan itu juga bukanlah sesuatu yangmenghinakan.Puas. ltu yang berlingkar dalam hatinya. Diatelah berusaha semampunya pada saat dirinyadiduga. Sekurang-kurangnya dia mampumelakukan yang terbaik walaupunmungkin tidak secemerlang sepertiyang diharapkan.Fatimah mengayuh basikalpulang penuh debar.Bimbang keputusanpeperiksaan yangbersahajamengecewakan hati si tua yang belum sepenuhnyapulih dari kemalangan lalu. Debarnya berderai bersamaair matanya tatkala abah mendakapnya bangga.“Fatimah dah lakukan yang terbaik. Walaupun diuji,kamu masih mampu. Tak mengapa nak. Bukan ini yangdinilai Allah, tapi usahamu mencapainya dan baktimupada abah.”Fatimah mengatur langkah ke sawah. Ada perkarayang perlu dibincangkan dengan abah. Otaknyaberputar ligat menyusun kata untuk diluahkan padaabah.“Assalamualaikum abah.”“Wa’alaikummussalam. Fatimah buat apa ke sini.Panas ni nak.”Walaupun bergelar anak pesawah, tapi Fatimahtidak pernah dibenarkan oleh abah untuk turun kebendang. Lebih-lebih lagi untuk membantunya.“Fatimah ada benda nak cakap dengan abah.”“Apa dia? Cakaplah, abah dengar.”“Abah, Fatimah ingat nak ambit STPM tahun depan.Boleh abah?”Selepas seminggu solat sunat Istikharah, Fatimahyakin dengan keputusannya. Namun dia juga perlumeminta pandangan dan izin abah.“Kamu dah fikir masak-masak? Apa yang kamu fikirbaik, baiklah bagi abah. Lagipun itu saja yang mampuabah bagi pada kamu,” ujar Muhammad yang sudahduduk berehat.“ Fatimah dah fikir masak-masak, abah. InsyaAllah,Fatimah yakin dengan keputusan ini, abah.”Dia lalu duduk di sebelah abah dan memeluknya.Muhammad mengucup lembut ubun-ubun Fatimah.16 Cahaya

Fatimah binti Muhammad. Nama yang mungkinringkas namun cukup dia banggai. Bukan dia banggadiri tetapi dia berbangga dengan segores nama yangcukup hebat. Mungkin namanya tidak segah deretannama-nama artis tempatan mahupun antarabangsa.Tapi cukuplah dia bangga kerana meminjam nama puterikesayangan Rasulullah SAW yang menjadi salah satutonggak perjuangan Islam.Buku berkulit tebal bertajuk “Fatimah bintiMuhammad” disimpan kemas di dalam beg bajunya.Buku itu pemberian Cikgu Samsiah atas kecemerlanganSTPMnya yang lalu. Sudah berkali-kali dia khatam bukuitu, namun dia tidak pernah jemu menelusuri perjalananhidup serikandi tersebut. Terkadang air matanyamengalir kerana sedih dengan ketidakmampuannyamenjadi sehebat az-Zahra’. Sekali lagi diteliti senaraibarang yang perlu dibawanya. Fatimah berkali-kalimembelek failnya. Dia bimbang ada dokumen-dokumenpenting yang tertinggal. Surat tawaran dari UniversitiPutra Malaysia (UPM) itu direnungnya. Ada air jernihyang berlumba-lumba membasahi pipinya.Fatimah segera menyeka air matanya ketikabunyi hon kereta kedengaran di depan rumahnya.Dia lalu keluar. Cikgu Samsiah segera mengambil begpakaian yang agak kusam di tangan Fatimah. Fatimahmembalasnya dengan senyuman tanda terima kasih. Diamenaiki semula anak tangga satu per satu mendapatkanabah. Tangan tua yang berurat itu dikucupnya lama.Muhammad mengangkat perlahan wajah Fatimah.Disapunya air hangat yang bercucuran. Muhammadlalu mencium ubun-ubun dan dahi Fatimah tanda restu.Tubuh tua abahnya didakap erat Fatimah. Tulang empatkerat itulah yang banyak berjasa padanya. Dialah ayah,dialah ibu. Kesedihan dan doa mengiringi pemergianFatimah yang ingin mengubah masa depannya danabah.“Umi,” sapaan si kembar Asiah dan Aishahmematikan lamunan panjang Fatimah. Tangan Fatimahmenjamah lembut kepala keduanya. Sekuntumsenyuman dihadiahkan buat mereka.“Jom umi. Asiah dan Kak Aishah dah siap,” tuturAsiah petah.“Dik, abah suruh kita masuk dalam kereta dulu.”Ujar Aishah sambil menarik lembut tangan adikkembarnya.“ Fatimah, mari sayang.”Fatimah lalu menyambut tangan yang dihulurAli Zulkarnain. Perutnya yang makin membesaragak menyukarkan pergerakan Fatimah. Namun,Alhamdulillah semuanya dipermudahkan denganbantuan suami yang cukup memahami keadaannyayang sarat mengandungkan anak ketiga mereka. Hariini, mereka telah merancang untuk menziarahi abah.Lebih tepat lagi, menziarahi pusara abah.Selepas berjaya menamatkan pengajian di UPM,Fatimah telah mendapat tawaran bekerja sebagaipegawai dalam jabatan penyelidikan MARDI. Di sanajugalah, dia dipertemukan Allah dengan Ali Zulkarnain.Fatimah telah membawa abahnya tinggal bersama diKuala Lumpur.Selepas dia diijab kabulkan dengan Ali, abahmenghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuanFatimah akibat sakit tua.Cahaya 17

Zon GadgetZon GadgetZon GadgetOleh Nur Hidayah MusaSamsung Galaxy S Wifi Media Mudah AlihSamsung Galaxy S WiFi 4.2 model yang diperbaharui yang dikeluarkan oleh SamsungElectronic Co. telah di umumkan di Mobile World Congress (MWC). Ia adalahproduk media mudah alih dan permainan video yang berasaskan sistem Android2.3 menandingi Ipod Touch keluaran Apple. Saiz skrin 4.2 inci TFT IPS memainkanvideo 400x800 resolusi. Bahan luaran diperbuat daripada plastik dan berciri logammembuatkannya berkualiti premium. Dilengkapi dengan kamera utama 2 megapikseldan kamera kedua VGA. Mempunyai dua model memori dalaman 8gb dan 16gb.Berkelajuan pemproses teras tunggal 1Ghz dan 512mb ram membuatkannya prestasiyang hebat menyamai telefon mudah alih masa kini.Ipad 3 Berteknologi TinggiIpad keluaran terbaru Apple dilengkapi ciri-ciri yang jauh lebih hebat dariIpad 2. Dilengkapi paparan retina yang menakjubkan dengan resolusi2048x1536 dimana mencapai 3.1 juta piksel membolehkan andamenyaksikan video 1080HDTV dengan baik serta berketebalan hanya9.4mm dan berat sekadar 1.4 paun. Lebih memberansangkan apabila Ipadterbaru ini beroperasi menggunakan pemproses A5X quad core grafik CPUdengan integrasi dalaman GPU yang tersendiri. Pemproses ini 2 kali lebihlaju berbanding pemproses Tegra 3 yang digunakan kebanyakan tabletlain. Ia juga dilengkapi dengan 5 megapiksel iSight kamera bersamacermin optik yg lebih canggih mampu menangkap gambaryang menarik dan juga merakam video 1080p HDserta penggunaan bateri bertahan sehingga 10jam. Ipad WiFi+4G menyokong rangkaianberkelajuan tinggi 4G LTE dan akanberada di pasaran Malaysia tidaklama lagi.Samsung Galaxy Beam Telefon Projektor NipisProduk yang memberansangkan daripada Samsung Elctronic Co. di manaSamsung Galaxy Beam menyediakan aplikasi projektor menyediakan15 lumen pencerahan cukup untuk memancarkan gambar berdefinisitinggi sehingga mecapai seluas 50 inci. Dilengkapi dengan pemproses1Ghz dual core dan 768Mb ram melengkapkan lagi teknologi ini. SkrinWVGA bersaiz 4 inci juga dilengkapi bateri berkapasiti 2000mAH supayamemberi kuasa yang dapat bertahan lama. Semestinya spesifikasi yanglain tidak menarik perhatian bakal pengguna melainkan aplikasi projektoryang disertakan.Samsung Electronic Co. menggelarkannya sebagai ‘telefonprojektor nipis’. Samsung Galaxy Beam bakal berada di pasaran tetapitidak dapat dijangka tarikh yang tepat kerana Samsung Elctronic masihtidak membuat sebarang makluman yang tepat.18 Cahaya

Kenali KerjayaZon GadgetDentistOne ‘Touch’Relieves A PainOleh Zemirah LutfiThe most popular person tosee when we got toothache isdefinitely a dentist. In thesemodern days, these people are notfeared that much as compared tothe olden days as new technologyhelps a lot in pulling decay teethfrom its gum. I remembered an oldP. Ramlee’s movie showing howkids were feared of going to seethe false dentist when they werehaving toothache and there wasonly a boy who wanted to get thetreatment as he could not bear withthe pain. The fake dentist showeda rough and cruel act when pullingout their teeth out of his mouth withan improper tool like a spanner. Itwas such the scariest act yet maybethat was the only solution to reducethe pain. And how far is that truea ‘dentist’ was behaving like thatduring those days remained aquestion. Or maybe this job wasnot that popular at that time andthose unqualified people took theadvantage. Apart from that, it wasfunny when I remembered how mysiblings were running around thetable when our father wanted topull our broken teeth using a smallthread. I guess most parents at thattime were doing the same. Duringthat time, most parents rarely tooktheir children to see the dentistsdue to the expensive treatment andlimited options of dentists, I guess.On the other hand, kidsnowadays are lucky. They havea lot of opportunities to get freetreatment in school twice a yearat least. Most kids are now braveenough to face the dentists. Iremembered the time when I tookmy 6 year old kid to see a dentistto get a treatment. My other 4 yearold kid was also eager to watch hisbrother getting the treatment andeven she insisted to get the sametreatment even though she hasno problem. I guess the mood ofthe clinic, with a nice soft spokendentist encouraged her that much.It is now clearly shown howthis profession is needed in ourcountry. More and more dentistsare produced each year toaccommodate the needs of mostpeople regardless ages. Who arethese people anyway? And howimportant they are will definitelybe clarified in this article. The mostimportantly is how you can be adentist will be also highlightedhere.First of all, you should know whodentists are and the nature of thework. They are those who practicedentistry. Dentistry is the branchof medicine that is involved in thestudy, diagnosis, prevention, andtreatment of diseases, disordersand conditions of the oral cavity,maxillofacial area and the adjacentand associated structures and theirimpact on the human body. Thedentists aid in providing all oralhealth services. As a dentist, you willdefinitely experiencing the scope ofthis job. You will diagnose and treatproblems with teeth and tissues inthe mouth, along with giving adviceand administering care to helpprevent future problems.Dentists also need to provideinstruction on diet, brushing,flossing, the use of fluorides, andother aspects of dental care. Forsome cases, you will get experienceof removing tooth decay, fillingCahaya 19

Kenali Kerjayacavities, examining x-rays, placingprotective plastic sealants onchildren’s teeth, straighten teeth,and repairing fractured teeth. Insome occasion, you also need toperform corrective surgery on gumsand supporting bones to treat gumdiseases. Extracting teeth andmaking models and measurementsfor dentures to replace missingteeth are some work that need tobe expected. As a routine, you willneed to administer anesthetics andwrite prescriptions for antibioticsa n d o t h e rmedications.As a dentist,you need tobe familiarisedwith such importantequipment such asx-ray machines, drills,mouth mirrors, probes,forceps, and brushes.Lasers, digital scanners,and other computertechnologies also maybe used. You will be alsowearing masks, gloves, andsafety glasses to protect themselvesand their patients from infectiousdiseases. In reality, most dentistsnowadays are known as solopractitioners, meaning that theypossess own businesses and workalone or with a small staff. Somedentists also may have partners,and a few work for other dentists asassociate dentists. Small numberswork as the government dentists ingovernment clinics in some selectedareas.The working hour for a dentistwill of course vary. Most dentistswork 4 or 5 days a week and mostfull-time dentists work between 35and 40 hours a week. Thosewho own a businesswill definitely workeve n i n g s a n dweekends tomeet theirpatients’needs. However,others, especially thosewho are trying to establish anew practice, work more. Also,experienced dentists often workfewer hours. It is common fordentists to continue in part-timepractice so earn lot of money formaking a living.Imagine an average cost of onesmall tooth is about RM20 andthat is the cost at a clinic in a townarea. How about big cities? It willcost more definitely and imagineif one dentist can get about 20patients per day? You can imaginehow much they can get in a month,can’t you? Obviously thosedentists who have own clinicsget more salaries from theprofits they make. Likeany other jobs, earningsmay vary accordingto number of years inpractice, location, hoursworked, and specialty.Self-employed dentistsin private practice tend toearn more than salarieddentists. It is well said thatmost dentists in the publicservice in Malaysia startoff with a monthlysalary of aboutR M 2 , 8 0 0and uponstarting apractice in theprivate sector, ayoung dentistcan earn up toRM8,000 permonth.D e n t i s t s w h oa re s a l a r i e d o f t e nreceive benefits paid by theiremployers, with health insuranceand malpractice insurance beingamong the most common. However,like other business owners, selfemployeddentists must providetheir own health insurance, lifeinsurance, retirement plans, andother benefits.20 Cahaya

Kenali KerjayaAs usual, before you get into thisline, I advise you to look at students’prospectus for every institution oruniversity you wish to apply for.Similar to any other courses, therewill be definitely extra specialhigher education that caters goodprogrammes on this career. Since2008, it is said that most studentsin Malaysia can now able to get aworld-class dentistry qualificationwith the option of completingtheir degree at a partner dentalschool overseas or spending thefull five years locally. The mostpopular dentistry programme inMalaysia comes from an establisheduniversity like University Malaya.Under the Faculty of Dentistry,there are other eight departmentsdealing with this field. This facultyis being categorised as remarkableproducer of excellent dentists. Underobservation,most dentistsgot formal traininghere. Other recognised institutionsinclude University KebangsaanMalaysia (UKM) and UniversityPutra Malaysia (UPM). InternationalMedical University (IMU) is nowbeing renowned as a new yet wellproducer of good programme suchas Bachelor of Dentistry. Under thisprogramme, students have chancesto complete their degree in MU’srenowned partner dental schoolsin Australia and New Zealand, orreceive the Bachelor of DentalSurgery (BDS) degree from IMU. Ialso heard that Asian Institute ofMedicine, Science and Technology(AIMST) now offers excellenteducation. With most taught byforeign lecturers who have vastexperiences, this institution is mostlyfavoured by local students comparedto MAHSA University College(MAHSA). However, I think, it is upto the students’ decision where tostudy.I guesst h e r eare manym o r elearningc e n t re s w h i c hcater this field locallyor abroad. It is your ownchoice to search and findout the best for you.Along the course, do expect tolearn basic science such as anatomy,physiology, biochemistry. Thoseare the basic dentistry. Deeperdentistry such as prosthodontics(learning how to make complete andpartial dentures), dental materials,periodontology (the tartar/calculusbetween your teeth, scaling etc)and other more detailed stuff likeoral anatomy (learn about themicrostructure of the tooth andits surrounding tissues) and oralbiochemistry (How your teethfunctions, how your mouth functionsare also being taught. Small project,simulation labs, practical andtraining can be a norm for dentistrystudents throughout these 5 yearcourse.With a shortage of dentistsin Malaysia despite of needs ofpopulation who are now concernedof their oral health, this job isrewarding enough for those wholove this field. Definitely you arethe one whom the government islooking for. Grab the opportunityand you will definitely find what youare aiming for in your life!Cahaya 21

Personaliti RemajaPersonalitiZon GadgetRemajaPenampilan Remaja IdealMenurut IslamPemakaian Menutup Aurat bagiLelaki dan PerempuanMenampakkanmuka sahajaMelabuhkantudungmenutupi dadaMenutuphingga kepergelangantanganPakaian tebal,longgar dantidak menyerupailelakiTidak terlalunipis dan ketathinggamenampakkanbentuk badanMemakai stokinMenutup Aurat adalahWAJIB...Saya menyeru kepadasemua sahabat2agar ikutlah panduanagama...insyaAllahkita akan selamatdunia akhirat. Pakaianadalah lambang hatikita. Hati yang baikakan memakai pakaianyang baik sahajabegitu juga sebaliknya.Jangan mempertikaikankewajiban ini...Berubahlah sekarang!!!Saya SayangIslamTidak terlalunipis dan ketathinggamenampakkananggota tertentuMenutupaurat antarapusat kelututPakaiantidakmenyerupaiperempuanKalau benar sayangkan diri, agama dan umat Islam, tolonglahikut apa yang Islam sarankan. Tinggalkan pemikiran negatif kitapada agama kita sendiri dengan mengagungkan pakaian tajaanbarat yang tidak menepati tuntutan agama.22 Cahaya

KesihatanBatuk KokolBawa MautOleh Afrah AzharBatuk kokol atau lebih dikenali sebagaipertussis atau whooping cough adalahpenyakit yang mudah berjangkit dan merupakansalah satu penyakit bervaksin penyebab utamakematian. Terdapat 30-50 juta kes setiap tahunsekitar 300,000 kematian setahun hampir 90peratus kes berlaku di negara membangun.Penyakit batuk kokol berpunca daribacteria Bordetelia Pertussis dan daripadapunca jangkitan saluran pernafasan yangtersekat-sekat. Tanda-tandanya adalah batuksekali-sekala dan melarat menjadi batuk kokolberpanjangan dan akhirnya muntah. Menurutpakar perunding pediatrik dan PresidenPersatuan Pediatrik Asia Pasifik, Datuk Dr.Zulkifli Ismail, Malaysia belum ada dataterkini mengenai batuk kokol sehingga 2005,namun laporan kes penyakit ini menunjukkanpeningkatan.Profil Imunisasi Malaysia oleh PertubuhanKesihatan Sedunia (WHO) menunjukkanhanya enam kes batuk kokol dilaporkanpada 2006. Semua bayi di Malaysia wajibmendapatkan vaksin DTP (Difteria, Tetanusdan Pertussis). Keberkesanan vaksin ini berjayamengekang penularan jangkitan batuk kokol.Keimunan penuh terhadap batuk kokol bagibayi hanya diperoleh selepas dos ketigavaksin diberikan apabila bayi berusia 5 bulan.Pendedahan kepada bacteria pada bila-bilamasa sebelum keimunan penuh diperoleh bolehmenyebabkan jangkitan dan membawa kesanmemudaratkan.Daya tahan terhadap penyakit tak kekalkerana tahap imuniti semakin berkuranganapabila kanak-kanak mencecah usia 11 tahunatau 12 tahun. Mereka boleh diberi suntikanpenggalak untuk mencegah batuk kokol,agar tidak menghidap penyakit itu ataupunmenyebarkannya kepada bayi baru lahir.Sebahagian besar jangkitan batuk kokol dalamkalangan bayi baru lahir memang berpuncadaripada orang dewasa yang dijangkiti.Vaksin DTP ialah salah satu daripadavaksin dalam program Imunisasi KementerianKesihatan yang bermatlamat memberi vaksinkepada setiap kanak-kanak di Malaysia. Bayimenerima vaksin suntikan DTP pada usia 2bulan, 3 bulan dan akhirnya 5 bulan dengansatu dos tambahan pada usia 18 bulan. Vaksinpenggalak atau tambahan untuk dewasaberbeza daripada vaksin untuk bayi kerana iamempunyai komponen difteria dan pertussisyang lebih rendah ( DTP ). Vaksin DTP untukorang dewasa digalakkan khasnya bagi orangdewasa yang sentiasa berdekatan dengankanak-kanak seperti guru tadika dan pekerjakesihatan. Terbaru, terdapat vaksin baru yanglebih lama jangka hayatnya iaitu bertahanselama 10 tahun iaitu DTPA untuk kanak-kanakdan DTPA untuk dewasa.Orang dewasa disarankan mendapatkansuntikan tambahan setiap 10 tahun untukmengekalkan imuniti. Vaksin orang dewasadapat mengurangkan beban klinikal, ekonomidan meningkatkan kesejahteraan persekitaran.MautBawa Cahaya 23

Ciri-ciri batuk kokol adalah demam, batuk, bersin danhidung berair. Selepas beberapa minggu, batuk bertukardengan batuk yang tak dapat dibendung diikuti dengan bunyi“whooping”.Bawa MautBawa MautVaksin DTPA untuk orang dewasa setiap 10tahun khusus untuk mereka yang beradadalam lingkungan usia 19 hingga 64 tahun.Bagi mereka yang pernah mengambil vaksinDTP semasa bayi imunisasi melawan batukkokol akan berkurangan. Namun, jangkitanterhadap batuk kokol oleh golongan iniakan berterusan terhadap bayi dan kanakkanakdi sekeliling mereka. Batuk kokol jikadiabaikan boleh mengakibatkan kerosakanotak. Terdapat 40 juta kes baru setiap tahundan mengakibatkan 340 ribu kematian dan1 peratus daripadanya dalam kalangan bayiberumur kurang setahun.Bakteria batuk kokol sensitif kepadafaktor alam sekitar seperti kekeringan,kepanasan dan sinaran matahari dan mudahtersebar melalui pernafasan. Batuk kokolboleh menyebabkan pneumonia, konvulsi,pendarahan dan kekeringan. Pengarah KananKebajikan Perubatan Global Sanofi Pasteur, Dr.David Johnson memberitahu, WHO melaporkansebanyak 16 juta kes pertussis seluruh duniapada tahun 2008. Daripada jumlah itu, seramai195 ribu kematian melibatkan kanak-kanak.Tambah Dr. David, masalah klinikal yangdialami pesakit ialah batuk berterusan iaitu97 peratus pesakit akan batuk berpanjanganlebih daripada 3 minggu dan 52 peratus batukpanjang kurang daripada sembilan minggu.Ciri-ciri batuk kokol adalah demam, batuk,bersin dan hidung berair. Selepas beberapaminggu, batuk bertukar dengan batuk yangtak dapat dibendung diikuti dengan bunyi“whooping”. Gejala batuk coughing fits diikutidengan muntah. Kes teruk boleh menyebabkankekurangan zat (malnutrition), paru-paru berair(pneumonia), encep halitis, dan superinfeksi.Penyakit ini merebak melalui semburan udaradaripada selaput hingus (mucous membranes)pesakit. Rawatan penyakit kokol melaluiantibiotik (erythromycin atau chloramphenicol)menyebabkan pesakit kurang berjangkit tetapiberkemungkinan tidak mengurangkan penyakitbatuk kokol dengan berkesan.Diagnosis batuk kokol sukar pada peringkatpermulaan jangkitan walau hakikatnya ubatyang diambil lebih berkesan pada peringkatawal. Doktor akan melakukan sapuan tekakuntuk membuat diagnosis batuk kokol keranabayi jarang hasilkan bunyi whoop. Doktorjuga akan melakukan pemeriksaan darisemasa ke semasa dan jika penyakit masihteruk, pakar perubatan akan mengesyorkanbayi dimasukkan ke hospital untuk mengelakberlakunya penyahidratan.Tips mudah untuk mengelakkan batukkokol iaitu mengekalkan amalan cara hidupsihat, kebersihan diri dan persekitaran yangbaik. Teruskan penyusuan ibu dan mengambilimunisasi boleh mencegah jangkitan kumanpada paru-paru. Contohnya vaksin batukkokol (pertussis). Langkah rawatan segeramendapatkan rawatan doktor, rehat yangsecukupnya, minum air yang banyak. Sekiranyajangkitan menjadi lebih serius ubat akandiberikan melalui suntikan. Jika jangkitankuman pada paru-paru ini berlarutan ataumenjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkanke hospital untuk mendapatkan oksigen,antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.24 Cahaya Cahaya 24Cahaya 24

Nilai MurniTakutgagal?CARI PUNCAKENAPATak sukatugas andaTakutberjayaAnda MESTILAKSANAKANwalaupun tak sukaTEKNIKPROMODOROSet masa25 minitJADI SESEORANGPROFESIONAL(DALAM SIKAP)Sekurang-kurangnya3 PromodorosehariFOKUSSATUtugasHINDARI GANGGUANLaksanakan tugasseolah-olah tugaskecemasanBUATJAMINANUMUMBeritahu seseoranganda sedangmenyiapkan tugasSeseorangyang andapercayaiBERWUDHU‛ &SOLAT 2 RAKAATMOHONPERLINDUNGAN ALLAH& INGAT-NYA SELALUIa sepertiset semulabutton“ Ya Allah,sesungguhnya akuberlindungkepada-Mu dariduka & kesedihan,kebakhilan &penakut, bebananhutang &penindasan orang”Cahaya 25

Cahaya ITEvolusiSejarahOleh Hairunnaja Hj. NajmuddinDalam laman web ensiklopedia bebas WikipediaBahasa Melayu, “blog” didefinisikan sebagaisebuah laman web yang mana artikel-artikel ataukemasukan - kemasukannya (entries) ditulis menuruturutan kronologi dan dipaparkan dengan tertibsusunan terbalik. Blog memberikan ulasan atauberita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya tentangmakanan, politik atau berita tempatan. Sesetengah bloglebih berfungsi sebagai buku catatan harian peribadidalam talian.Blog yang tipikal menggabungkan teks, imej danpautan (link) ke dalam blog, laman web dan medialain yang berkaitan dengan topiknya. Ciri utamabagi kebanyakan blog adalah ia berupaya untukmembolehkan para pembacanya memberikan ulasandan komen mereka pada isu-isu yang diketengahkan.Kebanyakan blog yang ada sekarang adalah blog teks.Walau bagaimanapun, ada juga blog yang memberitumpuan kepada gambar foto (blog foto), video (vlog),muzik (blog MP3) ataupun audio (podcasting). (dalamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Blog)Secara amnya, terdapat dua jenis blog yang wujuddi dalam internet, iaitu blog yang berfungsi sebagaipenyaring maklumat dan blog yang berfungsi sebagaijurnal pendek. Blog jenis penyaring maklumat adalahblog yang bertema yang memberi pautan dan komentarkepada sumber-sumber dalam talian yang bersesuaiandengan temanya. Manakala blog berbentuk jurnal pulaadalah berupa pemikiran penulis blog dan catatannyadaripada pengamatannya terhadap kehidupanyang dilaluinya sehari-hari. Namun begitu, banyakjuga blog yangmenggabungkankedua-dua gaya yangada, iaitu memberikan pautan ke laman webatau blog yang berkaitan dengan tajuk-tajuk yangdibincangkan dengan disertakan komentar dari penulisblog sendiri. (Blood, 2000)Perkataan blog adalah singkatan dari perkataan“weblog”, iaitu suatu istilah yang telah dimulakanpenggunaannya oleh Jorn Barger pada Disember1997. Pada awal tahun 1999, Peter Merholz pulatelah memperkenalkan istilahnya sendiri bagi weblogiaitu “wee-blog” dalam laman blognya, Peterme.com.Kemudiannya, perkataan wee-blog tersebut telahdipendekkan lagi menjadi “blog” sahaja dan telahmendapat sambutan daripada para pembaca hinggadijadikan sebagai kata nama dan kata kerja dalambahasa lnggeris (a blog or to blog). Daripada perkataanblog tersebut, orang yang menulisnya pula dikenalisebagai “blogger”. (dalam http://ms.wikipedia.org/wiki/Blog dan http://www.rebeccablood.net/essays/26 Cahaya

weblog_history.html). Menurut Paquet (2003), Pulapenggunaan perkataan “blog” telah menjadi sangatmeluas dan perkataan tersebut telah didrafkan untukdimasukkan ke dalam Oxford English Dictionary.Menurut Barger (1999) blog yang pertama wujuddalam Internet adalah dari halaman ‘What’s New’ pada‘browser’ “Mosaic” yang dibuat oleh Marc Andreessen.Pautan Justin Hall “Links from the Underground”, pulaboleh dianggap sebagai prototaip blog pertama dalamsejarah kemunculan weblog(dalam http://robotwisdom.com/weblogs). Walaubagaimanapun, Paquet (2003)yang menulis dalam laman web Knowledge Board(http://www.knowledgeboard.com) berpendapat,blog yang pertama wujud dalam Internet adalah darihalaman What’s New oleh Tim Berners-Lee pada lamanweb http://info.cern.ch/. Weblog Marc Andreessen, iaituhalaman What’s New pada laman web National Centrefor Supercomputing Applications pula adalah weblogyang kedua.Menurut Blood (2000), sehingga tahun 1998,jumlah blog yang ada di dalam internet tidaklah banyakseperti yang kita ketahui hari mi. Pada bulan November1998 Jesse James Garrett, seorang editor di Infosifttelah berusaha membuat senarai laman blog yang wujuddi dalam internet dan menghantarnya kepada CameronBarrett untuk diterbitkan dalam Camworld. Hasilnya,beliau cuma menemui sebanyak 23 buah blog sahajayang telah disiarkan senarainya dalam Camworld padaawal tahun 1999.Enda (2005) yang telah menulis mengenaisejarah blog dalam http://belajarblog.blogsome.commenyatakan bahawa jumlah blog masih sedikit sehingga1998 kerana pada masa itu untuk membina blog, parapenulis blog perlu mempunyai ilmu dan pengetahuanyang khusus tentang pembuatan laman web, HTML,dan web hosting untuk membuat blog. Oleh itu, orangyang memang berkecimpung dalam dunia teknologikomunikasi berkaitan dengan internet sahaja sepertiindividu - individu yang bekerja sebagai pentadbirsistem (system administrator) atau pereka laman web(web designer) sahaja yang pada waktu itu menciptablog-blog mereka sendiri.Blog mula bercambah dengan banyak pada tahun1999 apabila muncul beberapa perkhidmatan weblog(weblogging services) yang percuma ataupun murahseperti Pitas, Pyra Labs’ Blogger, dan UserLand’sEditThisPage.com. (dalam http://www.knowledgeboard.com).Selain itu, ada lagi perkhidmatan weblog (webloggingservices) yang lain yang dinyatakan oleh Blood (2000),iaitu Groksoup dan Velocinews. Menurut beliau,perkhidmatan-perkhidmatan weblog ini adalah percumadan ia dicipta untuk membolehkan mana-manaCahaya 27

individu menerbitkan sendiri weblog dengan cepat danmudah.Dalam laman web ensiklopedia bebas WikipediaBahasa Melayu dinyatakan bahawa laman web Xangayang dilancarkan pada tahun 1996 mempunyai hanya100 kemasukan (entries) sahaja menjelang tahun 1997.Tetapi, jumlahnya telah meningkat melebihi 20 jutapada bulan Disember 2005. Penggunaan blog telahmeningkat pada tahun1999 dansetiap 40 saat, iaitu wujud kira-kira lebih dari 60,000blog baru dalam tempoh masa sebulan (Levy, (2002)dalam Paquet, (2003)). Apa yang jelas berlaku denganperkembangan pesat weblog adalah, ia telah menjadisuatu media perhubungan antara manusia. Blogmenjadi tempat di mana penulis blog membincangkanperkara-perkara yang telah dibincangkan oleh bloggerlain dan menyertakan pautan kepada blog atau lamanweb yang lain yang juga membincangkan perkara yangsama.s e s u d a h n y aselepas muncul hampirserentak beberapa perkhidmatanweblog (weblogging services) yang awalseperti yang telah dinyatakan sebelum mi.Pada pertengahan tahun 2000, terdapat kirakiraseribu blog di internet. Pada pertengahan tahun2002 pula dianggarkan wujud kira-kira setengah jutablog di internet. Perkhidmatan-perkhidmatan weblogmerekodkan ada lebih dari 350,000 penggunaberdaftar dan berlakunya penciptaan blog baru bagiPa q u e t( 2 0 0 3 ) t e l a hm e m b e r i k a npandangannyaberhubung denganperkembangan yang sangat pesatpada blog. Beliau menyatakan bahawateknologi dan amalan dalam dunia blog dan sumbersumberyang menyokong kewujudannya telah berevolusidengan sangat cepat dalam tempoh masa sebulanataupun beberapa minggu. la disebabkan faktor-faktorberikut:• Komuniti blog wujud tanpa kawalan oleh manamanapihak. Operasi blog tidak bergantung kepadahanya satu jenis perisian ataupun spesifikasi yangdikawal oleh satu-satu organisasi tertentu. Parapenulis blog bebas mencuba sesuatu yang baruterhadap laman web mereka, mengubah susunaturnya, memasukkan ciri-ciri baru dalam blog dan28 Cahaya

seumpamanya tanpa perlu mendapat kebenaranmana-mana pihak dan tidak akan merosakkansistem yang sedia ada. Kurangnya kawalan dansekatan membolehkan ciri-ciri pembaharuan daninovatif dicuba serentak dan bebas oleh parapenulis blog tanpa membahayakan keseluruhansistem.• Terdapat populasi penulis blog yang besar danpelbagai yang mahu untuk menimba pengalamandengan blog, memberi maklum balas dan belajardari pengalaman satu sama lain. Oleh keranablog merupakan suatu jaringan komunikasi, ceritatentang inovasi-inovasi yang menarik mudah sampaikepada para penulis blog dan pembaca blog.• Ramai para penulis blog adalah juga individuindividuyang bekerja membangunkan perisianlaman web. Dengan adanya pengalaman sebagaiseorang penulis blog bagi sebuah blog, mudah bagimereka mengenalpasti ciri-ciri baru yang yang bolehdipertingkatkan bagi blog yang ada. Pengalamansebagai seorang pembangun perisian laman webjuga membolehkan mereka mencipta sendiri alatalatbaru bagi mempertingkatkan blog mereka.• Komuniti blog sering mengamalkan falsafahperkongsian maklumat. Banyak alat-alat baru yangwujud diedarkan secara percuma oleh penciptanyadalam blog mereka. Ini membolehkan orang ramaimendapat manfaat dari teknologi baru yang adadan memperkembangkan lagi teknologi dalamblog.Pada tahun 1999, Brigitte Eaton telahmengumpulkan senarai setiapblog yang diketahuinyadan membangunkandaftar blog yang dikenalisebagai E a to nwe bPortal. Blood (2000)beranggapan bahawalaman web tersebutadalah satu daftar blog yang paling lengkap pada masaini jika dibandingkan dengan daftar blog lain. MenurutEnda (2005), usaha untuk mengikuti perkembanganpertumbuhan blog menjadi sukar kerana ribuan blogmuncul di dalam internet selepas kaedah membuatnyamenjadi mudah. Masing-masing memilih topikperbincangannya sendiri, dimulai dari bagaimanamenjadi orang tua yang balk, hobi menonton filem,topik politik, kesihatan, seks, olahraga, buku komik danmacam-macam lagi.Enda (2005) dalam tulisannya tentang sejarah blogjuga ada menyebut beberapa blog yang terkenal danbermanfaat dan sering dikunjungi oleh ramai pembacaseperti berikut :• Blog Robot Wisdom (http://vvww.robotwisdom.com)milik Jorn Barger yang disebut-sebut merupakanblog terbesar dan paling berguna kerana setiaphari dia menyalurkan sebanyak mana pautan (link)yang berkaitan dengan minatnya pada seni danteknologi.• Blog Camworld (http://www.camworld.com) iaitublog milik Cameron Barret seorang pereka interaktif(interactive designer). Beliau telah membahagikantopic-topik blognya kepada 3 bahagian, iaituRandom Thoughts, Web Design dan New Media.Camworld dapat disebut sebagai blog klasik keranablog tersebut memberi gambaran tepat tentangCahaya 29

karakter dan pendapat peribadi pemiliknya. Sebablain yang menjadikan blog tersebut dikira sebagaiklasik adalah pemilihan pautan (link) yang dibuatoleh pemiliknya pada blognya itu.• Blog Obscure Store (http://www.obscurestore.com)milik Jim Romenesko yang menyediakan pautan(link) bertemakan berita dan gosip serta hal-hal kecilyang sedikit mengarah pada pergerakan bawahtanah (underground movement).• Blog Tomalak’s Realm milik Lawrence Lee yangsetiap hari dikemaskinikan dengan pautan (link)kepada berita tentang web design dan netbusiness.• Blog Kottke.org milik Jason Kottke seorang webdesigner yang tinggal di San Francisco. Blog beliautelah menjadi suatu cara bagi beliau mengisiwaktu lapang dengan menyusun kembali tulisantulisan,rekaan-rekaan dan kemahiran-kemahiranmengkritiknya.• Blog Scripting News milik Dave Winer. Blog iniadalah salah satu blog yang terawal yang banyakmemberikan pautan (link) kepada kemahiranprogramming.Sebagai kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawablog adalah singkatan dari perkataan weblog, iaituistilah yang digunakan untuk merujuk kepada lamanweb peribadi yang selalu dikemas kini dan dipautkan(link) ke laman web lain yang di anggap menarik dengandisertakan dengan komen-komen penulis blog sendiri.Blog kemudian berkembang dalam bentuk yang barudan lebih inovatif sesuai dengan kemampuan parapenulis blog.Blog yang pada mulanya merupakan rentetan ceritaperibadi seseorang di internet dan diberikan pautan(link) ke laman web yang dikunjungi dan dianggapmenarik, kemudian menjadi jauh lebih menarik daripadahanya sebuah daftar pautan (link). Perkara ini terjadidisebabkan para penulis blog biasanya memberikankomen-komen mereka, pendapat-pendapat peribadidan mengekspresikan fakta mereka pada pautan (link)yang mereka buat.Selain itu, blog juga telah menjadi jendela yangmemungkinkan kita mengetahui pemikiran dankehidupan sehari-hari penulis blog. Blog adalah caramudah untuk mengenali keperibadian seseorangpenulis blog berdasarkan kepada penelitian tentangtopik-topik apa yang dia sukai dan tidak dia sukai sertatanggapannya pada sesuatu isu. Keseluruhan peribadiseseorang penulis blog biasanya jelas tergambardaripada blognya kerana blog itu bersifat sangatpersonal.Dalam erti kata yang lain, blog telah membukapeluang untuk individu mengutarakan pendapatnyadan pemikirannya tentang sesuatu secara bebas. Blogjuga membolehkan individu berinteraksi secara mayaantara satu sama lain. Blog adalah suatu ciptaan baruyang telah berevolusi dengan sangat pantas. Ramaiyang telah mendapat manfaat dengan wujudnya blogini kerana ia memberi peluang kepada individu untukberkongsi maklumat dan belajar dari satu sama yanglain.30 Cahaya

Novel BersiriOleh Salina IbrahimDiaKhairunnisaSiri 15PETANG SELASAPetang Selasa datang dengan amatcepat. Sebenarnya petang Selasa,malah petang-petang lain datangseperti biasa sahaja, tidak tercepatdan tidak terlambat walaupunsetengah saat. Namun disebabkanpetang Selasa minggu itu adalahpetang Selasa bermulanya hukumanbuat dia, itu yang membuatkandia terasa petang Selasa itu begitucepat.Khairunnisa’ tidak dapatmenahan debar yang kuat menampardadanya. Andai tidak kuat semangat,dia boleh jatuh pitam. Tetapi malulahjika dia jatuh pitam di sekolah. Apatahlagi hendak berpura-pura jatuhpitam semata-mata mahu mengelakhukuman yang belum diketahui beratatau ringan.“Berani berdepan kenyataan.Kalau Nisa’ yakin tak salah,mengapa takut?” itu suara papayang kerap memberikan dia motivasikebelakangan ini. Pesanan papaitu terlontar buat kesekian kalinyaketika dia menghantar Khairunnisa’ke sekolah pagi tadi.“Sebab Nisa’ tak salahlah, Nisa’tak kuasa nak terima hukuman!” diamembalas dengan suara merengus.Papa tersenyum lembut. “Walauapapun, Nisa’ tetap kena berdepanCikgu Suri, bukan? Jadi, hadapi diadengan berani. Tunjukkan bahawaNisa’ tak takut apa juga cabaran,”papa semacam membetulkankenyataannya.Khairunnisa’ terdiam mendengarsuara itu. Dalam kepalanya banyakyang bolak-balik, bercangkaliwangtidak menentu.“Apa pun, papa percaya hukumanCikgu Suri tidaklah seberat mana.Cikgu-cikgu sekarang mana beraninak hukum pelajar teruk-teruk. Nantitak pasal-pasal ada ibu bapa yangsaman guru dan sekolah!” papatergelak kecil, terputus-putus dihujung bicaranya.Khairunnisa’ terangkat kepala. Diasukar mentafsirkan maksud ketawapapa yang terputus-putus itu.“Kalau Cikgu Suri hukum Nisa’dengan teruk, papa akan saman CikguSuri?” Khairunnisa’ sengaja menguji.Papa terdiam tetapi bibirnyamasih menguntum senyuman. “Papatak fikir Cikgu Suri sekejam itu nakmenghukum pelajarnya denganteruk!” Agak tegas suara papa.Khairunnisa’ mendengus.Terasa sakit hati apabila mendengarpapa semacam mempertahankanCikgu Surihana pula. Ketika keretaberhenti di hadapan pintu pagar, diaterus membuka pintu kereta tanpamenoleh pada papa, tanpa bersalamdengan papa seperti biasa. Papamemanggilnya namanya sekali dankemudian barulah dia teringat diaterlupa akan kebiasaannya itu.“Jangan marah. Senyum apabilamasuk ke sekolah barulah ilmuberkat,” papa mengusiknya lagi.Sepagi ini, hatinya benar-benarsirna sentosa. Segala yang diajarguru masuk telinga kanan, keluar ikuttelinga kiri. Dia lebih senang melayandebaran hatinya daripada mendengarguru mengajar atau membebel.“ B e r s e d i a u n t u k t e r i m ahukuman?” Nuur Schakyra Addyna@ Cha mengusiknya apabila wajahnyaketat seharian.Ta m b a h m a s a m w a j a hKhairunnisa’.“Berani buat berani tanggung!”sebaris ayat itu buat Khairunnisa’membulatkan mata.“Aku patut heret kau sekali. Sebabkau yang beri kad itu pada aku!” diabersuara tegas sambil membeliakkanmata ke arah sahabat baiknya itu.Cha tidak kurang membalasdengan beliak mata besar juga.“Memang aku yang bagi tapi kautak pandai jaga. Yang kau cicirkanmerata-rata, siapa suruh?” Gadis itutidak kurang mengalah.Cahaya 31

Khairunnisa’ tambah merenyukmarah. Namun Cha hanya tersenyumsenyum.Sudah-sudahnya diaangkat kaki meninggalkan Chayang tidak habis dengan senyumanmengusiknya.Petang Selasa tiba dengan cepat.Sesudah solat Zuhur di surau sekolah,dia berdoa lama memohon segalagalanyalancar belaka. Dia tidaktahu bentuk hukuman yang bakalditerimanya tetapi biarlah sesuatuyang tidak menyusahkannya dantidak memalukannya.Cikgu Surihana yang berada dibilik guru menyambut kedatangannyadengan wajah tenang. Guru itumengajaknya ke bilik mesyuarat.Cikgu Surihana memberi salam dansalamnya disambut oleh beberapaorang pelajar yang berada di sana.Khairunnisa’ diburu aneh. CikguSurihana mengambil tempat di kepalameja. Ada sebuah komputer bimbit dihadapannya. Di hujung meja paparanslide sedang dipancarkan tetapi skrinkosong tidak menunjukkan apaapa.Ada hampir sepuluh orang beradadi situ. Khairunnisa’ ambil tempatdi hujung sekali. Senyap-senyapKhairunnisa’ perhatikan seorangdemi wajah yang berada di situ.Semua mereka pelajar senior; pelajartingkatan empat dan lima. Hanyadia seorang pelajar tingkatan tiga.Ya Allah, apa yang berlaku di sini?Adakah Cikgu Suri akan mengarahkanpelajar senior itu melakukan sesuatukepadaya sebagai hukuman?“Kita ada ahli baru hari ini iaituKhairunnisa’ Khusyairi,” tiba-tiba diaterdengar namanya disebut.Semua mata tertuju ke arahnya.Malu-malu Khairunnisa’ memberikansenyuman. Senyuman yang sedayaupaya diikhlaskan. Mereka yanglain juga tersenyum dan ada yangmengangguk padanya.Hati Khairunnisa’ kekal berdebar.Dup-dap tidak menentu, terasajantung seperti mahu gugur. Diateringat kata-kata Cikgu Surihana. Ahlibaru? Ahli apa? Kumpulan apa ini?Bunyinya seperti ahli kumpulan kongsigelap sahaja! Hisy! Dia memarahidiri sendiri. Hati dan akalnya masihberperang sesama sendiri.“Okey, sekarang cikgu hendaktunjukkan sesuatu,” Cikgu Surihanakemudian menumpukan perhatianpada komputer bimbit yang beradadi sebelahnya. Dan beberapa minitkemudian, paparan putih di hadapanmereka terbentang sesuatu.Ada gumam semacam kagumdari mulut para pelajar. Khairunnisa’sama terkagum.“Cantik!” dua patah kataterlantun dari mulut pelajar yangduduk paling dekat dengan CikguSurihana. Khairunnisa’ kenal pelajaritu. Namanya Siti Mulia, pelajartingkatan empat yang juga salahseorang pengawas.“Ini hasilnya selepas sumbangsaran kita beberapa kali sebelum ini.Selepas beberapa kali tukar, tambahdan tentunya ada idea pengetua juga.Ini yang dipersetujui pengetua,” CikguSurihana bersuara lembut, sambilmemandang seorang demi seorangpelajarnya.“Kami setuju, cikgu,” bagaikanada sebulat suara di situ.“Dinding kita pun dah bersediacikgu!” ada suara lain menambah,diriingi suara gelak tawa semuapelajar termasuk Cikgu Surihanajuga. Hanya Khairunnisa’ yang tidakketawa kerana dia masih kaburdengan perbincangan manusia disekelilingnya itu.O h ! K e m u d i a n b a r u l a hKhairunnisa’ faham. Inilah yangdikatakan Cikgu Melati dan UstazHakim mengenai projek CikguSurihana. Projek mural sekolah. Duaminggu lepas dia melihat dindingbangunan berhadapan Rock Gardendicat semula oleh Uncle Siva. Semuapelajar pun tahu dan nampak UncleSiva tukang kebun yang rajin itumengecat dinding tetapi tiada sesiapauntuk apa dinding itu dicat semula.Jadi, mulai hari ini Khairunnisa’akan jadi sebahagian daripadapasukan muralist di sekolahnya.Mereka memulakan tugasdengan ‘memindahkan’ lakaran yangsudah dibuat oleh Cikgu Surihana kedinding. Lakaran dalam komputer‘dipancarkan’ ke dinding yang bersihitu dan mereka dapat membuatproses peniruan dengan lebih mudah.Pelajar senior nampaknya bersungguhsungguhmelukis. Khairunnisa’ hanyamembantu menghulurkan apa yangpatut terutamanya untuk pelajar yangberada di atas tangga.Khairunnisa’ kagum juga dengankeupayaan kreatif Cikgu Surihana.Lakaran itu ringkas sahaja tetapisarat pelbagai tafsiran. Pohon besarrendang menggambarkan kekuataniman, ilmu dan amal. Ada kanak-kanaksedang membaca di bawah pohonrendang, bertemankan buku-buku.Rumput hijau dengan bunga-bungakecil melatari suasana. Warna latarhampir keseluruhannya hijau putihkerana warna-warna bersih begitulahyang dimahukan oleh pengetua.“Idea siapa lakaran ni? CikguSuri yang buat semua?” Khairunnisa’memberanikan diri bertanya pada SitiMulia.“Idea semua orang yang terlibat.Kami, Cikgu Suri dan pengetua.Pengetua mahu lakaran yang ringkasdan tak serabut. Cikgu Suri nakwarna-warna yang lembut. Kamisama-sama cadangkan konsep.”Gadis itu menerangkan denganlancar.Khairunnisa’ terdiam. Diapandang keliling, cuba mencarikelibat Cikgu Surihana tetapi guruitu tidak lagi kelihatan. Lakaran didinding sudah separuh dipindahkan.Beberapa orang pelajar yang tidakterlibat ada singgah melihat merekabekerja, melihat beberapa minit dankemudian berlalu pergi.“Mengapa awak berminat nakikut projek ni?” tiba-tiba Siti Muliamelontar soalan.32 Cahaya

Novel BersiriKhairunnisa’ terdiam sejenak,kemudian dia tersenyum. “Cikgu Suriyang bawa saya masuk”Siti Mulia tersenyum. “Awak adabuat salah dengan Cikgu Suri ya?”suaranya separuh mengusik.Khairunnisa’ terasa wajahnya panassejenak.“Biasalah!” Siti Mulia menepukbahunya sekali.“Sebenarnya CikguSuri tu tidaklah sebengkeng yangorang sangka. Dia baik, kami semuasuka dia,” gadis itu bangun agaktiba-tiba melayani panggilan seorangtemannya yang meminta sesuatu.Hampir dua jam kemudian,Cikgu Surihana datang semula padamereka. Langkahnya panjang-panjangtetapi wajahnya ceria.“Kita berhenti dulu. Singgah kekantin, ada minuman dan makananuntuk kamu semua,” suara CikguSurihana tidak kurang lantang.“Cikgu belanja?” entah suara siapayang lantang itu.Cikgu Surihana tersenyum. Parapelajar bersorak riang. Selepasmengemaskan peralatan, merekaberamai-ramai beredar ke kantin.Hanya air sirap dingin dan sedikitkuih-muih tetapi itu sudah cukupnyaman buat mereka mengisi perut.Cikgu Surihana juga kelihatan tidakkekok melayan pelajar-pelajarnyaberbual, terutamanya seputar projekmural yang mereka usahakan ini.Khairunnisa’ hanya diam danmenikmati minumannya dengansenyap. Diam-diam dia memerhatikankeakraban Cikgu Surihana denganpelajar-pelajar senior itu. Tidaknampak pula sifat bengkeng CikguSurihana seperti yang selalu dikatakanpara pelajar.Cikgu Surihana juga membenarkanpelajar menyambung tugas merekaesok. Hanya empat orang pelajaryang berkelapangan esok keranayang lain terlibat dengan aktivitiko-kurikulum lain. Khairunnisa’ jugaditanya, dia memang lapang esok,dia tiada alasan untuk menolak danhanya mengangguk apabila ditanyamahu atau tidak ikut serta bersamapelajar lain esok petang.“Cikgu akan sediakan jadual.Nanti kamu singgah ke tempat cikgudi bilik guru dan pilih masa yangsesuai dengan kamu, waktu yang tidakbertembung dengan jadual kamu.Faham?” Guru itu mengingatkanmereka.Selesai hari pertama bertugasdi bawah seliaan Cikgu Surihana.Khairunnisa’ lega teramat. Malamitu papa bertanya perkembangannyabekerja dengan guru disiplin itu tetapidia hanya menjawab, “Okey saja.”Papa buat muka tidak puas hati tetapidia malas melayan mata papa yangsarat rasa mahu tahu.Sahabat baiknya, Cha, jugasibuk benar mahu tahu mengenaiperkembangannya. Di YM, sahabatitu mendesak mahu tahu. Tetapisekali lagi dia hanya menjawab, “Okeysaja.”“Takkan okey saja?” Cha tidakpuas hati. Ayatnya dihurufbesarkansemua. Itu kelaziman Cha apabila diatidak berpuas hati dengan sesuatupenjelasan.“Ya, okey saja!” demikian,Khairunnisa’ mengulangi kenyataan.“Okey, esok kau update aku!” Chatidak tahu erti mengalah.Dan sehingga esoknya,Khairunnisa’ sengaja tidak membukamulut banyak-banyak. Dia masihdengan kenyataannya, “Okey saja.”Cha sibuk benar hendak mengetahuisama ada Khairunnisa’ terderamenerima hukuman Cikgu Surihana.Adakah Cikgu Surihana melayanKhairunnisa’ dengan kejam atausebalikya. Adakah Cikgu Surihanabengkeng seperti yang mereka kenaliselama ini?“Okey saja,” balas Khairunnisa’dengan suara seperti orang tidakkuasa.“Hmmph!” Cha mencebik. Tidakkuasa juga mendengar jawapan yangbegitu-begitu juga.Petang Rabu itu sekali lagiKhairunnisa’ bergabung denganseniornya untuk menyambung tugasmereka. Keseluruhan lakaran sudahdipindahkan petang semalam, lalupetang ini, mereka memulakan kerjamewarna pula. Cikgu Surihana sepertibiasa memantau mereka dengan baik,tidak lokek mengajar dan memberinasihat secara tidak langsung.“Lorekkan sedikit warna kuningpada daun hijau,” Cikgu Surihanamenunjukkan hujung sudut daun yangsiap bercat hijau.“Kuning? Daun mati?” Ada pelajarmenoleh dengan kerut di dahi.“Cubalah, kita tengok hasilnya!”Cikgu Surihana menggalakkan.Dan beberapa minit kemudian,ada decapan kagum dalam kalanganbeberapa orang peserta.“Wah, cikgu hebatnya. Banyakyang cikgu tahu!” ada suaramengusik.Cikgu Surihana tersenyum, tidakmengulas lagi.“Dah hari kedua, macam mana?”Cikgu Surihana menyoal Khairunnisa’ketika mereka berhenti rehatsebentar.“Okey!” sepatah balasKhairunnisa’.“Gunakan peluang ni untukbelajar sesuatu. Kalau tak tahu, tanyasenior-senior kamu. Mereka bukansaja boleh tolong dalam projek nitapi dalam pelajaran juga. Semuatu pelajar cemerlang, mereka taklokek mengajar kalau kamu sendiritak segan bertanya,” Cikgu Surihanasempat menabur nasihat.Khairunnisa’ diam dan dalamdiam menganalisis pesanan nasihatitu. Dia mula rasa senang denganCikgu Surihana yang tidaklah se‘singa’yang disangka kawan-kawannya.Walaupun dia tidaklah mendapatlayanan istimewa daripada CikguSurihana tetapi sekurang-kurangnyadia melihat guru itu melayan semuapelajar sama rata.Okey, dia rasa dia perlu mengubahtanggapannya pada Cikgu Surihanamulai sekarang!Cahaya 33

Lembaran SirahOleh Afrah AzharImam Al-SuyutiPenulis BerkaliberNama sebenar Imam Suyuti adalahal-Hafizh Abdurrahman Ibn al-KamalAbi Bakr bin Muhammad bin Sabiq al-DinIbn al-Fakhr Uthman bin Nazhir al-Dinal-Hamam al-Khudairi al-Suyuti. Beliaumuncul pada abad pertengahan, ImamJalaluddin al-Suyuti adalah seorang yangkuat kemahuan, teramat luas ilmunya danpaling banyak menyerlah dalam bidangpenulisan.Beliau dilahirkan pada 849 Hijrah(1445 Masihi) di Asyuth iaitu satu wilayahdi Mesir. Ulama ini kehilangan ayah ketikausia menjangkau enam tahun. Kepahitankehidupan tanpa ayah tidak mematahkansemangat beliau untuk meneruskanperjalanan hidup. Cinta dan minat yangmendalam terhadap ilmu pengetahuandengan sokongan tambahan iaitu memilikihati yang terang serta minda yang tajamdan kuat daya ingatan, usaha untukmenimba ilmu tidak terlalu sukar.Menjangkau usia lapan tahun, Imam al-Suyuti sudah menghafal al-Quran dengansempurna dan baik. Gurunya, Basirahdapat melihat masa depan muridnya danberusaha untuk melatih Imam al-Suyutimenghafaz beberapa buah kitab yangpopular seperti kitab Al-Umdah, MinhajFiqh, Al-Usul dan Alfiyah Ibn Malik.Dalam usia belasan tahun, beliau sudahmenguasai ilmu fiqh, nahu, faraid, tafsirdan usul. Ditokok tambah dengan ilmubahasa dan ma’ani. Beliau turut menyusunbuku-buku ringkas tentang ilmu-ilmutersebut.Beliau tidak merasa puas menadahilmu dari satu tempat sahaja. Tradisi orangberilmu suka merantau dari satu tempatke tempat yang lain. Maka telah jauhperantauan beliau ke India dan Maghribi.Imam al-Suyuti pernah berguru denganImam Ibn Hajar mengkaji kitab SahihMuslim. Keseluruhan gurunya mengajarpelbagai jurusan ilmu pengetahuan. Ketikausia mencecah 40 tahun, beliau mulagemar bersendiri. Minat yang diasah lebihditumpukan pada bidang penulisan. Beliaubersungguh-sungguh mempelajari bidangpenulisan tersebut. Berkat kegigihan beliaudan kesungguhan yang tidak berbelahbahagi, beliau berjaya menghasilkan 300judul kitab serta risalah-risalah kecil yangdikarang selama 22 tahun.Imam al-Suyuti banyak bersendiridalam kamar di rumahnya yang diberinama Raudhah al-Miqyas. Beliaumenderita sakit tangan kirinya danlumpuh berlanjutan selama seminggudan mengakhiri hidupnya pada usia60 tahun. Walaupun beliau menguasaipelbagai cabang ilmu, namun beliausangat cenderung ke arah pembersihanjiwa. Imam Suyuti mencurahkan perananmendidik dan membangkitkan kembalijiwa masyarakat Islam.34 Cahaya

Santai Lembaran MindaSirahCahaya 35

Kemusykilan AgamaNiat Puasa GantiSoalanBenarkah jika kita mahu puasa ganti, kitatidak boleh berniat selepas matahari terbit?Bolehkah kita niat puasa ganti dan puasa sunatsekaligus?ADAKAH HARIIBU HARAMJawapanPuasa ganti atau wajib disyaratkan berniat sebelum terbitfajar atau sebelum masuk waktu Subuh. manakala puasasunat dibolehkan berniat sebelum masuknya waktu zohordengan syarat tidak melakukan perkara-perkara yangmembatalkan puasa. Orang yang berniat puasa wajibdengan sendirinya akan mendapat pahala puasasunat tetapi lebih afdhal baginya menghabiskanpuasa wajib terlebih dahulu kemudian diikutidengan puasa sunat.SoalanAssalamu’alaikum, adakah benar hari ibu itu haram? Harap mendapat penjelasan terima kasih.JawapanHari ibu adalah satu hari yang dipilih di dalamsetahun khusus untuk mengenang dan menghargaijasa dan pengorbanan seorang ibu. Di dalam Islam,kaum ibu mendapat penghormatan dan tempat yangtinggi berbanding kaum ayah. Hal ini dapat dilihatmelalui beberapa hadith Rasulullah Sallallahu ‘AlaihiWassalam yang menyatakan mengenai ketinggiandarjat seorang ibu. Salah satu daripadanya, sabdaRasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, maksudnya:“Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, adaseorang anak lelaki bertemu dengan RasulullahSallallahu ‘Alaihi Wassalam, lalu beliau bertanyakepada Baginda; ’Wahai Rasulullah, siapakah diaorang yang paling berhak untuk saya buat baik?’Nabi menjawab, ’Ibumu.’ Beliau bertanya lagi;’Kemudian siapa?’. Baginda menjawab, ’Ibumu.’Kemudian beliau bertanya lagi; ’Kemudian siapa?’Nabi menjawab, ’Ibumu.’ Beliau masih bertanyalagi; ’Kemudian siapa lagi?’, Baginda menjawab:’Bapamu’”. (HADITH RIWAYAT Imam Al-Bukharidan Muslim).Selain daripada riwayat ini, terdapat sebuahhadith lain yang turut menggambarkan kemuliaanseorang ibu sehinggakan Rasulullah SAWmeletakkan kedudukan syurga sebuah tempatyang penuh dengan nikmat balasan bagi seoranghamba yang taat kepada ibu.Demikianlah kedudukan dan martabat yangbegitu tinggi seorang ibu di dalam syariat Islam.Oleh itu, adalah tidak menjadi kesalahan kepadaseorang Muslim untuk menyambut hari ibu dengansyarat ia tidak dikaitkan dengan mana-mana ajaranagama yang lain dan tetap menganggap ibunyasebagai seorang insan biasa dan menghormatinyatidak lebih daripada penghormatan seoranganak kepada seorang ibu. Ringkasnya, hari ibuboleh disambut oleh masyarakat Islam denganmelaksanakan segala ajaran Islam yang menyuruhsemua anak-anak berbuat baik, menjaga hati danperasaannya, membantu jika berada didalamkesusahan, memeliharanya ketika ia telah tua atauuzur dan sebagainya . Wallahu ‘alam.36 Cahaya

Qadha Solat Semasa ImamBerkhutbahSoalanAssalamualaikum. Bolehkah saya menunaikan solatqadha subuh atau qadha maghrib dan sebagainyasemasa khatib membaca khutbah solat Jumaat.sekian, terima kasih.JawapanWaalaikumussalam,Kesempurnaan ketika solat Jumaat seseorang itu perlumendengar khutbah yang disampaikan oleh para khatibdi samping menunaikan solat Jumaat. Andaikata andaqadha solat yang tertinggal contohnya solat Subuh atauZohor, ini bermakna pahala Jumaat anda tidak sempurna.Perkara ini disebabkan anda tidak memberi sepenuhtumpuan kepada khutbah yang sedang disampaikanoleh khatib. Sedangkan solat qadha tersebut boleh andalakukan pada waktu selain daripada waktu khatib sedangmenyampaikan khutbah. Panel nasihatkan adalah lebihbaik anda beri tumpuan kepada khutbah. Ini keranapahala mendengar khutbah itu menyamai 2 rakaat solatZohor dan dicampur dengan 2 rakaat solat Jumaat,menjadikan sempurna seolah-olah anda menunaikansolat Zohor sebanyak 4 rakaat. Wallahu a’lamSYARAT SAH SOLATJUMAATSoalanApakah syarat sah solat Jumaat?JawapanSyarat sah solat Jumaat adalah sepertiberikut:1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.2. Tempat mendirikan solat Jumaat ituhendaklah di suatu tempat yang telahditetapkan seperti masjid, dewan,padang dan sebagainya.3. Mestilah berjemaah dengan sekurangkurangnya40 orang yang tinggal tetapdi kawasan itu.4. Didahului dengan dua khutbah.Cahaya 37

Sesuatu tentang KitaSesuatu Tentang KitaTungguTunggu?Oleh Suzana binti Haji Mohamed AliLAFAZ ini sudah sebati benar dengan kita, masyarakat Melayu. Tunggu-tunggu!Jarang benar kita cepat-cepat dan bersegera.Sebelum kita membincangkan perkara ini, wajar penulis mengucapkan terima kasihkerana membenarkan mata kalian mengekori susunan huruf yang membentuk perkataanmenjadi ayat ini. Terima kasih juga kepada hati kalian yang menuturkan ayat-ayat ini.Terima kasih kepada Tuhan yang menggerakkan segala jentera yang ada di jasad kaliandan penulis ketika ini. Terima kasih!Saya menanti kalian memulangkan segala rasa berterima kasih tadi pada Penciptanya.Sudahkah kalian? Belum? Bila lagi? Tunggu lagi? Nanti?Aduh! Inilah sikap kita. Kita tidak segan untuk mengumumkan ‘nanti’ dan ‘tunggudulu’ dalam melakukan kebaikan.Saya ‘mengimani’ pesanan para sufi, “Menunda-nunda melakukan kebaikan dantaubat bererti memanjangkan usia dalam dosa dan murka Allah.”Ayuh kita hitung perkara ini bersama-sama. Manusia ini ada sahaja yangditungguinya sepanjang bernafas. Dari dalam rahim ibu, menunggu untuk dilahirkan.38 Cahaya

Setelah lahir, menunggu untukdibesarkan. Dibesarkan, menungguuntuk disekolahkan. Tamat sekolahmahu menunggu tamat pengajiandi universiti pula. Selesai pengajian,menunggu tawaran dan peluangkerjaya pula. Dapat kerja masihmenunggu hari berumahtangga.B e r u m a h t a n g g a , l a n g s u n gmenunggu kelahiran cahaya mata.Kita akan terus menungguhingga nyawa sudah kosong daribadan!Kerana menunggu.Tunggu-tunggu!Masa sakaratul maut tiba, masihbisakah kita menyogokkannyadengan kalimah ‘tunggu-tunggu’?Tertangguhkah urusan Izrailtatkala kita melaung dan meraung“tunggu-tunggu”?Sungguh! Sifarnya kantung amaldi kanan kita hari ini kerana sikap kitayang “tunggu-tunggu”. Barangkalikematian akan mendatangi kitadahulu sebelum kita mengotakanjanji pada yang kita biarkan “tunggutunggu”.Taubat. Buatlah kebaikan.Janganlah tunggu-tunggu. Matiberkunjung secara tiba-tiba sahaja.Entah dalam “tunggu-tunggu”,rupanya Izrail yang menunggu untukmembawa kita, entah ke nerakaentah ke syurga.Bertindak sekarang. BukankahAllah sudah berjanji, “Apabilakamu melakukan kebaikan,sesungguhnya kamu melakukanuntuk diri kamu sendiri. Dana p a b i l a ka m u m e l a ku ka nkejahatan (juga) adalah untuknya(dirimu).”Buang azam “tunggu-tunggu”kita. Gantikan dengan “sekarangdan sehabis cemerlang”.Kita seringkali memanjangkanangan-angan lantaran dibisikkannafsu dan syaitan. Natijahnya, kitaterlalai. Sudahlah TERlalai, apabilatersedar, sengaja membiarkan diriterus lalai. Alangkah ‘insan’nyakita!Kita mesti sentiasa bukansetakat selalu, mempersiapkandiri untuk menyongsong kematian.Barangkali kita merancang untukmenangguhkan kebaikan ke esokhari, dengan harapan esok masihada kesempatan.Tunggu-tunggu?Jangan tunggu-tunggu!Kitakah yang menongkatlangit dan mempasakkan bumi?Hingga yakin matahari akan terbitdi ufuk timur lagi seperti kehendakkita? Kemuliaan apakah yang kitamiliki hingga nanti kita mungkindapat melengahkan urusankematian sendiri? Sedangkan NabiMuhammad SAW sendiri tidakterdaya untuk itu.Saya tinggalkan kalian bersamahimpunan persoalan ini. Jawablahdan jangan tunggu-tunggu!Terima kasih dan sekali lagi,jangan tunggu-tunggu!Cahaya 39

Zikir FikirTAKUT?Oleh Mohd Salehudin Abdul AzizFirman Allah SWT yangbermaksud:” M a k a s e s i a p a y a n gmengerjakan perkara yangbaik sedang dia beriman,maka tidaklah seharusnya iamerasa takut dianiaya ataudikurangkan sedikit pun daripahalanya.” (Taha : 112)HIKAYATSuatu hari Imam Aba Hasan binSunan RA telah masuk berjumpadengan hakim Mesir Ahmad binThalun yang zalim lalu berkatakepadanya ”Wahai ibnu Thaluntakutlah kamu kepada Allah.”Ibnu Thalun sangat marah dengannasihat yang diberi oleh ImamAba Hasan lantas beliau berkatakepada pengawalnya ”Laparkanbeberapa ekor singa selama tigahari sehingga ia akan memakan apasahaja di hadapannya dan kamumasukkan orang alim ini ke dalamkandangnya.”Pengawal tersebut melakukanseperti apa yang diperintahkan olehIbnu Thalun dengan membiarkanImam Aba Hasan di dalam kandangsinga lapar itu dan menguncinyadari luar. Selepas beberapa haripara pengawal itu datang untukmelihat Imam Aba Hasan yangdisangka hanya tinggal ketulandaging. Apabila pengawal membukapintu penjara itu didapati Imam AbaHasan sedang sujud dan singa itududuk di sebelahnya.Imam Aba Hasan datangmengadap Ibnu Thalun yang inginberjumpa dengannya setelahdiberitahu mengenai keadaannya didalam penjara. Ibnu Thalun bertanya,“Bagaimana keadaan kamu?” ImamAba Hasan menjawab, “Aku sihatseperti yang kamu lihat sekarang.”Ibnu Thalun bertanya lagi, “Apakahyang kamu takuti ketika singabersama dengan kamu di dalampenjara?” “Aku takut jika singa itumenjilat bajuku lalu ia bernajisdan tidak dapat aku menunaikansolat kerananya.” Jawab Imam AbaHasan. Setelah mendengar jawapanImam Aba Hasan itu, Ibnu Thalunmembebaskannya dan menerimanasihatnya.40 Cahaya

SajakLagu Buku(buat tunas baru, bakal pencinta buku)(1)LAGU bukudidendang ibusepanjang waktubuat anak asyik menunggu.Tidurlah sayang,malam yang tenangibu bacakan kisah pejuangmoga nanti hidupmu terbilang.Buku tebal atau nipisjadikan santapan paling maniskelak musuh dapat ditangkisakhlak buruk dapat dikikis.(2)KALAU berteman huruf dan kataseperti pelita menerangi semestakalau malas menggapai citaibarat mata yang sudah buta.Kalau mahu pandai berhujahbuku senjata paling berhikmahkhusyuk dan tekun di kutubkhanahdirimu bermaruah tidak akan lemah.Anakku yang belum bergigimembeli buku tidaklah rugiandai dihayati petang dan pagisetiap malam dibaca lagi.(3)MAMAI anakku mamaitidurlah dengan damaimembaca beramai-ramainanti anakku lekas pandai.Buku memang sahabat sejatiilmu yang banyak sudahlah pastimenjadi bekal dewasa nantikepada nusa taburlah bakti.(4)MENGENAL abjad dan angkabertekad untuk tetap berjayamasa hadapan cerah sentiasadi hati terus berusaha.Bila anakku sudah bertatihdengan perpustakaan kita berkasihhati yang kotor menjadi jernihbersama keluarga tidak tersisih.Kenal juga siapa pengarangotak tajam malam dan siangShahnon Ahmad dan Usman Awangantara sasterawan masyhur dijulang.(5)BERSAHABAT dengan al-Qurankalbu tetap akan berimanmashaf agung sebagai panduanhidup tidak tersesat jalan.Jangan lupakan syair pantungurindam seloka yang tersusunmengajar kita supaya santunke rumah Allah kita dituntun.Bersahabat baik dengan sasteradiri tidak berpura-puraseni yang indah tiada taratidakkan undur terus mara.(6)TIDURLAH sayang,lihat bulan dan bintangmalam yang terangibu dodoikan hikayat perang.Lagu buku kekal di hatibuat anak sedang bermimpidengan doa yang sucipetunjuk Allah sepanjang hari.Tuah SujanaBesut, Terengganu.Cahaya 41

Dapatkan Buku Terbitan JakimUnggulnyaSeorang Alim Quraish…Abu ‘Abdullah Muhammadbin Idris al-Muttalibi al-Shafi’i(150H. – 204H.)Penulis DR. MAT SAAD BIN ABD RAHMANTentu Anda ingin Tahu…• Lakaran kehidupan seorang pendiri Mazhab;• Siri penjelajahannya dalam mencari ilmu;• Kader yang terdiri daripada para sahabat dan murid-muridnya;• Analisis terhadap karya tulisan dan keintelektualan dalam pelbagai bidang;dan• Pandangan Ulama’ terhadap dirinyaKhusus kepada anda, keunggulan ulama’ ini dari sudut keilmuannya dankeperibadiannya dapat dijadikan contoh. Manakala mutiara kata yangditinggalkannya dalam bentuk nasihat dapat dijadikan pedoman dalamkehidupan.Hubungi kami dan dapatkan naskhah anda di :Aras 1, Blok D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 PutrajayaTel: 03-88864575 • Faks: 03-88892046www.islam.gov.my42 Cahaya

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!