12.07.2015 Views

Teks Ucapan Presiden Hari Keluarga 2006 - Open University Malaysia

Teks Ucapan Presiden Hari Keluarga 2006 - Open University Malaysia

Teks Ucapan Presiden Hari Keluarga 2006 - Open University Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Teks Ucapan Alu-aluanKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan METEOR Sdn. Bhd.dan Presiden /Naib Canselor Open University MalaysiaYBhg Profesor Tan Sri Datuk Dr Anuwar Alidi Hari Keluarga METEOR/OUM 2006pada 3 Jun 2006 jam 8:30 pagidi Taman Wetlands PutrajayaBismillahir Rahmanir Rahim.Yang Berbahagia Profesor Dr Ansary AhmedNaib Presiden Kanan OUMdan Isteri, Puan Munirah Maun Yaacob serta AnakanakYang Berbahagia Profesor Dr Mansor FadzilNaib Presiden OUMdan Isteri, Puan Norizan Nuruddin serta Anak-anakYang Berusaha Encik Repin IbrahimKetua Pegawai Operasi METEOR dan Pengurus Besar(Pembangunan Perniagaan & PengurusanPerkhidmatan) OUMmerangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja HariKeluarga METEOR/OUM 2006dan Isteri, Puan Khatija Mohd Tahir serta Anak-anakPegawai-pegawai Kanan serta KakitanganMETEOR/OUM dan Keluarga yang dihormati sekalian1

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh danSalam Sejahtera.1. Terlebih dahulu marilah kita bersyukur ke hadratAllah subhanahu wata’ala kerana atas limpahkurnia-Nya jua kita dapat menganjurkan majlisHari Keluarga MSB/OUM 2006. Pada hari ini kitamenyaksikan keseluruhan kakitanganMETEOR/OUM berkumpul sebagai satu keluargayang sangat besar. Jangkamasa 5 tahunmenyaksikan bilangan kakitanganMETEOR/OUM hampir mencecah 500 orang.Jika angka yang menjadi ukuran ianyamerupakan angka yang cukup besar, bukansahaja besar pada bilangan, tetapi juga besarpada tanggungjawab yang harus dipikul olehpihak pentadbiran METEOR/OUM dalammemastikan setiap kakitangan terjaga kebajikanmereka.2

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,2. Keteguhan institusi keluarga kakitanganMETEOR/OUM adalah satu elemen yang pentingdalam kesinambungan nilai-nilai kekeluargaanyang cuba diterapkan kepada wargaMETEOR/OUM. Keperluan untuk mewujudkanrasa kekeluargaan di kalangan kakitangan dansaling berkomunikasi serta saling bantumembantu antara sama lain perlu sentiasadipupuk. Keperluan untuk merapatkanhubungan antara kakitangan dirasakan perlusebagai mengurangkan rasa perbezaan yangwujud sesama kita, selisih faham antarakakitangan, mengikis jurang perbezaan sertameningkatkan rasa kekitaan dan nilai-nilaibersama dan rasa sayang kepadaMETEOR/OUM.3

3. Idea ini perlu diteruskan supaya kakitanganlebih bermotivasi dan berusaha memperbaikidiri agar menjadi teladan kepada pelajar-pelajaryang belajar di METEOR/OUM. Sesungguhnyasemua aktiviti sosial seperti Majlis JamuanTahunan, Hari Terbuka dan Hari Keluargaseperti yang diadakan pada hari ini sangatlahdialu-alukan kerana ianya dapat memberikanruang dan peluang kepada warga METEOR/OUMuntuk menyertai dan berada dalam satu majlisyang diatur khas dengan tujuan mengeratkanhubungan silaturrahim dan kemesraan di antarasemua kakitangan METEOR/OUM.Saudari-saudara yang dihormati sekalian,4. Acara-acara bersifat informal yang melibatkansemua peringkat warga METEOR/OUMsesungguhnya memberikan impak yang positifke arah pengukuhan dan pemantapan semangat4

kerjasama dalam organisasi serta mampumencetuskan perasaan kasih sayang dansemangat kekeluargaan yang lebih tinggikepada warga METEOR/OUM. Saya percayabahawa hubungan akrab yang terjalin erat diantara semua anggota dan suasana harmoniyang sedia wujud di organisasi ini akanmemudahkan pelaksanaan program-programpembangunan yang telah dirancang olehMETEOR/OUM sebagaimana yang terkandung didalam Pelan Korporat 2006.5. Perlu diperingatkan bahawa bagi mencapaimatlamat organisasi bukanlah satu perkaramudah. Apatah lagi untuk mengekalkankecemerlangan yang sedia dikecapi. Akantetapi ianya bukan pula satu perkara mustahiluntuk diperolehi andainya setiap warga kerja5

menanamkan semangat kerjasama yang padu,bersatu hati, memberikan sepenuh komitmenterhadap tanggungjawab yang diamanahkanberusaha meningkatkan keupayaan, kecekapandan kepakaran kerja juga mengamalkan nilainilaimurni dalam pelaksanaan tugasanseharian. Nilai-nilai ini pula perlu disokong puladengan visi, misi dan strategi-strategiorganisasi yang lebih jelas dan lebih fokus.6. Sehubungan itu, kita harus mengambil iktibardan berusaha untuk mengukuhkan kembaliinstitusi kekeluargaan dengan menjalin danmengeratkan hubungan mesra antara ahli-ahlikeluarga yang semestinya bermula di rumah kitasendiri. Pada prinsip asasnya, semangatkekeluargaan akan berputik dalam keadaandimana wujudnya sifat dan sikap hormatmenghormati antara satu sama lain, bantu6

membantu, menghargai dan memberikanpenghargaan ke atas setiap amalan baik,bertolak ansur, mempamerkan ketelusan,keamanahan serta kejujuran dalam semuaaspek kehidupan.7. Dalam konteks yang lebih besar pula saya inginmenekankan di sini bahawa pihakMETEOR/OUM perlu mengambil usaha danmemainkan peranan yang lebih gigih untukmembudayakan semangat kekeluargaan yanglebih mantap di kalangan PPW/PPU, KampusInduk dan METEOR. Saya percaya denganwujudnya semangat dan kerjasama yang eratdan interaksi berterusan di antara pelbagaiJabatan dan Unit di bawah METEOR/OUM iniakan membolehkan METEOR/OUMmelaksanakan peranannya dengan berkesan.7

8. Selaku Ketua Eksekutif METEOR danPresiden/Naib Canselor OUM yangbertanggungjawab secara langsung dalam halehwalMETEOR /OUM, saya ingin menyerukepada semua ahli keluarga METEOR/OUMuntuk terus bekerja dengan penuh iltizam sertaberdisiplin, sentiasa mengamalkan semangatkerjasama dalam melaksanakan tugas dantanggung jawab, berusaha mengekalkankeharmonian sepanjang masa, setia kepadaorganisasi dan bersedia memberikanperkhidmatan yang terbaik. Saya mempunyaikeyakinan yang tinggi bahawa METEOR/OUMakan mampu menjadi sebuah agensi cemerlangsekiranya setiap warga METEOR/OUMmemberikan sokongan dan khidmat cemerlangyang tidak berbelah bagi kepada organisasi ini.8

9. Kepada Jawatankuasa Kerja Hari KeluargaMETEOR/OUM 2006, saya mengucapkan syabasdan tahniah atas kejayaan dalam menganjurkanHari Keluarga pada tahun ini. BersemepenaSambutan Hari Keluarga kita yang meriah ini,saya dengan ini melancarkan Tabung BencanaGempabumi Yogjarkarta supaya kutipan amalndapat disalurkan kepada para mangsa yangamat memerlukan sumbangan ikhlas kita.Semoga segala usaha kita ini terus diberkatiAllah Subhanahuwataala, InsyaAllah.Sekian, Wabilahi Taufik Wal Hidayah,Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.9

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!