12.07.2015 Views

BAB 4: PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGAN LAPORAN ...

BAB 4: PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGAN LAPORAN ...

BAB 4: PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGAN LAPORAN ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAB 4: PENYEDIAAN DAN PEMBENTANGANLAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN4.1 Kenyataan DasarPenyediaan dan pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewanganmengikut Seksyen 5(1) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan)1980 (Akta 240) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2007berdasarkan kepada prinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum.Penyata Kewangan PPUM hendaklah menepati keperluan Pendedahan Am(General Disclosure Requirements) dan berdasarkan kepada prinsip-prinsipperakaunan di bawah Private Entity Reporting Standards (PERS).4.2 TafsiranPrinsip-prinsip perakaunan yang diterima umum bermakna prinsip-prinsipdan amalan perakaunan yang standard, disedia dan diumumkan oleh badanprofesional yang ditubuhkan mengikut undang-undang.Dasar-dasar perakaunan meliputi prinsip-prinsip, asas, konvensyen, kaedahdan tatacara yang diamalkan oleh badan berkanun dalam penyediaan danpersembahan penyata kewangan.Memorandum Jemaah Menteri (MJM) adalah merupakan DokumenJemaah Menteri (DJM) yang dibentangkan untuk pertimbangan, keputusandan persetujuan Jemaah Menteri.Dokumen Jemaah Menteri (DJM) ialah hak milik kerajaan dan merupakan“Rahsia Rasmi” mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972. Keselamatannyahendaklah terpelihara setiap masa mengikut peruntukan-peruntukan aktatersebut dan Arahan keselamatan Kerajaan.

4.3 SkopPenyediaan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan mengikut Akta BadanBerkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240) dan PekelilingPerbendaharaan Bil. 4 Tahun 2007 untuk diaudit oleh Ketua Audit Negaraserta dibentangkan kepada Lembaga Pengurus, Jemaah Menteri dan diParlimen setelah berakhir suatu tahun kewangan.4.4 Kuasa dan TanggungjawabPegawai Pengawal bertanggungjawab dalam penyediaan Laporan Tahunandan Penyata Kewangan.4.5 Prosedur4.5.1 Penyediaan Laporan TahunanLaporan Tahunan disediakan dengan menyatakan objektif-objektifberikut:a) Membantu pemahaman mengenai PPUM, objektif, fungsi danoperasinya termasuk program, aktiviti dan projek yangdijalankan sepanjang tahun.b) Memberi maklumat mengenai matlamat dan faedah program,aktiviti dan projek serta sejauh mana ianya tercapai.c) Memberi maklumat mengenai tahap sumbangan dan bantuankerajaan.d) Memberi gambaran mengenai kedudukan kewangan secarakeseluruhan.e) Memberi maklumat mengenai kejayaan yang diperolehi dalammeningkatkan taraf hidup golongan sasaran khasnya dariaspek sosioekonomi.

4.5.2 Kandungan Laporan TahunanLaporan Tahunan harus mengandungi sekurang-kurangnya:a) Maklumat korporatb) Latar belakang PPUMc) Laporan Pengerusid) Laporan ke atas bantuan kerajaane) Analisis prestasi kewanganf) Laporan prestasig) Penyata kewangan yang telah diaudith) Maklumat-maklumat lain selain daripada di atas dan dianggapmustahak dan sekiranya tertinggal mungkin akan menjejaskanpemahaman pembaca mengenai kedudukan dan prestasiPPUM.4.5.3 Kandungan Penyata KewanganPenyata Kewangan yang disediakan termasuk :a) Lembaran Imbanganb) Penyata Pendapatanc) Penyata Perubahan Ekuitid) Penyata Aliran Tunaie) Nota-nota kepada Penyata Kewanganf) Sijil dan Penyata yang perlu disertakan dalam PenyataKewangan :i) Pengakuan oleh pegawai utama yangbertanggungjawab ke atas pengurusankewanganii) Penyata oleh pengerusi dan ahli LembagaPengurus

iii) Sijil Ketua Audit Negara dan Laporan KetuaAudit Negara (jika ada) ke atas PenyataKewangan yang telah diaudit.g) Penyata-penyata lain yang berkaitan4.5.4 Tarikh-tarikh penting dalam penyediaan dan pembentangan LaporanTahunan dan Penyata Kewangan adalah seperti berikut :a) Menyediakan draf laporan aktiviti - Tidak lewat dari31 Januarib) Penyediaan Penyata KewanganTahunan- Tidak lewat dari28 Februaric) Menyemak dan menyediakan PenyataKewangan dan Laporan Tahunan- Tidak lewat dari31 Macd) Membentangkan Penyata Kewangan danMemorandum Jemaah Menteri (BelumDiaudit) bagi Laporan Tahunan dalammesyuarat Lembaga Pengurus- Tidak lewat dari25 Aprile) Mengemukakan Penyata Kewangankepada Ketua Audit Negara danMemorandum Jemaah Menteri kepadaKementerian Pengajian Tinggi- Tidak lewat dari30 Aprilf) Menerima Penyata Kewangan yang telahdiaudit daripada Ketua Audit Negara- Tidak lewat dari31 Julai

g) Membentangkan Penyata Kewanganyang diaudit dan Memorandum JemaahMenteri, penjelasan mengenai perkarayang dibangkitkan oleh pihak auditkepada Lembaga Pengurus sertamenandatangani penyata yang perludisertakan dalam Penyata Kewangan- Tidak lewat dari15 Ogosh) Mengemukakan kembali LaporanTahunan dan Penyata Kewangan yangtelah lengkap ditandatangani kepadaKetua Audit Negara- Tidak lewat dari22 Ogosi) Ketua Audit Negara mengeluarkan SijilKetua Audit Negara -Tidak lewat dari30 Ogosj) Mengemukakan Laporan Tahunan danPenyata Kewangan yang telah diauditserta Memorandum Jemaah Menterikepada Kementerian Pengajian Tinggi- Tidak lewat dari30 Septemberk) Urusan pembentangan Laporan Tahunandan Penyata Kewangan di Parlimen.- Tidak lewat dari31 Disember

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!