12.07.2015 Views

Akta 672

Akta 672

Akta 672

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 1UNDANG-UNDANGMALAYSIAAkta 672AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DANPEMBERSIHAN AWAM 2007

2Undang-Undang MalaysiaAKTA 672Tarikh Perkenan Diraja ... ... 29 Ogos 2007Tarikh penyiaran dalam Warta ... 30 Ogos 2007Hakcipta Pencetak HPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADSemua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalambentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi,rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada KerajaanMalaysia yang dilantik).

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 3UNDANG-UNDANG MALAYSIAAkta 672AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DANPEMBERSIHAN AWAM 2007SUSUNAN SEKSYENBAHAGIAN IPERMULAANSeksyen1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa2. Tafsiran3. Kerajaan Persekutuan hendaklah mempunyai kuasa eksekutif4. Perjanjian mengenai perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatanpengurusan pembersihan awamBAHAGIAN IIPENTADBIRAN5. Pelantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan pegawailain6. Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah7. Kuasa Menteri untuk memberikan arahanBAHAGIAN IIIKELULUSAN BAGI PEMBINAAN, PENGUBAHAN ATAUPENUTUPAN KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJALYANG DITETAPKAN8. Pembinaan atau pengubahan kemudahan pengurusan sisa pepejal yangditetapkan9. Syor oleh Perbadanan

4 Undang-Undang Malaysia AKTA 672Seksyen10. Pemberian atau keengganan memberikan kelulusan11. Kajian semula kelulusan12. Permohonan untuk menutup mana-mana kemudahan pengurusan sisapepejal yang ditetapkan13. Hak merayu kepada MenteriBAHAGIAN IV14. Kehendak bagi lesenPERUNTUKAN PELESENAN15. Kuasa untuk mengecualikan daripada kehendak bagi lesen16. Permohonan untuk lesen17. Maklumat atau dokumen tambahan18. Syor oleh Perbadanan19. Pemberian atau keengganan memberikan lesen20. Pematuhan syarat lesen21. Kuasa untuk mengenakan syarat tambahan, mengubah atau membatalkansyarat22. Pemindahmilikan lesen23. Penggantungan dan pembatalan lesen24. Tarikh berkuat kuasa pembatalan lesen25. Penyerahan balik lesen26. Pembaharuan lesen27. Kesan pembatalan, penyerahan balik atau tidak membaharui lesen28. Daftar lesen29. Hak merayu kepada MenteriBAHAGIAN V30. Kuasa untuk mengenakan caj, dsb.31. Mendapatkan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal32. Kegagalan atau keengganan untuk membayar caj, fi atau leviCAJ

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 5BAHAGIAN VITRIBUNAL PERKHIDMATAN PENGURUSAN SISA PEPEJALSeksyen33. Pengertian “orang yang berkepentingan”34. Penubuhan Tribunal Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal35. Keanggotaan Tribunal36. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi37. Pengosongan jawatan38. Pembatalan pelantikan39. Peletakan jawatan40. Pengisian kekosongan41. Saraan42. Setiausaha Tribunal dan pegawai lain43. Persidangan Tribunal44. Pemulaan prosiding45. Bidang kuasa Tribunal46. Batas bidang kuasa47. Peluasan bidang kuasa melalui perjanjian48. Peninggalan untuk membawa tuntutan dalam bidang kuasa49. Kausa tindakan tidak boleh dibahagi50. Penyingkiran bidang kuasa mahkamah51. Notis tuntutan dan pendengaran52. Rundingan penyelesaian53. Hak untuk hadir pada pendengaran54. Prosiding hendaklah terbuka55. Keterangan56. Tribunal boleh bertindak semasa ketidakhadiran pihak57. Award Tribunal58. Rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi atas persoalan undangundang59. Sebab keputusan60. Perintah dan penyelesaian hendaklah direkodkan secara bertulis61. Keputusan Tribunal adalah muktamad62. Penalti jenayah kerana kegagalan mematuhi

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 672Seksyen63. Tatacara jika tiada peruntukan dibuat64. Ketiadaan bentuk65. Pelupusan dokumen, dsb.66. Tindakan atau peninggalan yang dibuat dengan suci hati67. Peraturan-peraturan berkenaan dengan TribunalBAHAGIAN VIIPENGAMBILALIHAN KAWALAN68. Tafsiran69. Pemegang lesen hendaklah memaklumkan Perbadanan70. Tindakan Perbadanan berkenaan dengan pemegang lesen dalam halkeadaan tertentuBAHAGIAN VIIIKAWALAN KE ATAS PENGHASIL SISA PEPEJAL DAN ORANG YANGMEMILIKI SISA PEPEJAL TERKAWAL71. Larangan terhadap pelonggokan, pengolahan, dsb., sisa pepejal terkawaltanpa kebenaran72. Larangan terhadap pelepasan sisa pepejal terkawal yang tidakdibenarkan73. Sisa pepejal hendaklah diletakkan di dalam bekas atau di tapak pelonggokansisa pepejal terkawal74. Kuasa untuk mengarahkan supaya sisa pepejal terkawal diasingkan,dikendalikan dan distorkan75. Kuasa untuk mengarahkan supaya sisa pepejal terkawal dialihkan76. Kuasa untuk mengarahkan supaya sisa pepejal terkawal yang dilonggokkanatau dilupuskan dengan menyalahi undang-undang dialihkan77. Kesalahan kerana menyebabkan kerosakan kepada kenderaan, bekas ataukemudahan pengurusan sisa pepejal lainBAHAGIAN IX78. Pegawai diberi kuasa79. Kuasa penguatkuasaan80. Kuasa penyiasatanPERUNTUKAN PENGUATKUASAAN

SeksyenPengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 781. Menggeledah dan menyita dengan waran82. Menggeledah dan menyita tanpa waran83. Capaian kepada data berkomputer84. Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyita kenderaan85. Senarai benda yang disita86. Pemulangan sementara harta, dsb., yang disita87. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuantentang kes88. Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes89. Kebolehterimaan pernyataan90. Pelucuthakan atau pelepasan harta, dsb., yang disita91. Kos bagi memegang kelengkapan, dsb., yang disita92. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan bolehdidapatkan93. Halangan94. Pengkompaunan kesalahan95. Pemulaan pendakwaan96. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan97. Penyampaian dokumen98. Ketidaktepatan dalam dokumen99. Kebertanggungan pemindah hakmilik100. Kemudahan pengurusan sisa pepejal yang dipasang atau dibina tanpakebenaran sebelum permulaan kuat kuasa Akta iniBAHAGIAN XPENGURANGAN DAN MENDAPATKAN SEMULASISA PEPEJAL TERKAWAL101. Pengurangan, penggunaan semula dan pengitaran semula sisa pepejalterkawal102. Sistem terima balik dan sistem bayaran balik depositBAHAGIAN XIAM103. Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 672Seksyen104. Kuasa untuk mengecualikan105. Perlindungan Ketua Pengarah dan pegawai lain106. Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan107. Penalti am108. Peraturan-peraturanBAHAGIAN XIIKECUALIAN DAN PERALIHAN109. Kecualian dan peralihan110. Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sediaada111. Perjanjian dan perjanjian tambahan sedia ada112. Kemudahan pengurusan sisa pepejal sedia ada

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 9UNDANG-UNDANG MALAYSIAAkta 672AKTA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DANPEMBERSIHAN AWAM 2007Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi dan mengawalselia pengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awambagi maksud menyenggarakan kebersihan yang sepatutnya danbagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.[ ]BAHAWASANYA kebersihan ialah perkara dalam Senarai Bersamadalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan:DAN BAHAWASANYA perkara-perkara yang berhubungan denganpengurusan sisa pepejal terkawal dan pembersihan awam ditadbirkansekarang ini oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan:DAN BAHAWASANYA adalah suai manfaat bagi maksudmemastikan keseragaman undang-undang dan dasar untuk membuatundang-undang bagi pengawalan dan pengawalseliaan sepatutnyaperkara-perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejalterkawal dan pembersihan awam di seluruh Semenanjung Malaysiadan Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan:DAN BAHAWASANYA adalah juga suai manfaat bahawa peruntukandibuat untuk memberikan kuasa eksekutif kepada Persekutuan bagiperkara-perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejalterkawal dan pembersihan awam di seluruh Semenanjung Malaysiadan Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan:

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 672MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, mengikut Fasal (1) Perkara 74dan Fasal (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan, DIPERBUAToleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:BAHAGIAN IPERMULAANTajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengurusan Sisa Pepejaldan Pembersihan Awam 2007.(2) Akta ini terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.(3) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkanoleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteriboleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan—(a) bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di bahagian-bahagianyang berlainan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan;(b) bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yangberlainan Akta ini; atau(c) bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yangberlainan Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainandi Semenanjung Malaysia dan Wilayah-Wilayah PersekutuanPutrajaya dan Labuan.Tafsiran2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—“ditetapkan”, melainkan jika dinyatakan selainnya, ertinyaditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Aktaini;“jalan awam” ertinya mana-mana jalan awam yang sedangdiperbaiki atau disenggarakan oleh pihak berkuasa tempatan atauyang telah dipindahkan hakmilik kepada atau telah terletak hak

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 11pada pihak berkuasa tempatan di bawah mana-mana undang-undangbertulis dan termasuklah mana-mana jalan, medan, halaman, jalankecil, lorong, jambatan, siar kaki, haluan jejak, jalan enam kaki,jalan lalu, terowong, hentian sebelah, persimpangan, bulatan,pulau pembahagi lalu lintas, pembahagi jalan, lorong lalu lintas,lorong memotong, lorong perlahan, bahu jalan, jalur median,laluan atas, laluan bawah, jalan tuju, tanjakan masuk atau keluarsama ada jalan tembus atau tidak, yang orang awam berhak lalu,tetapi tidak termasuk mana-mana jalan Persekutuan, jalan Negeri,lebuh raya, jambatan, terowong atau apa-apa yang bersambungkepada jalan itu yang disenggarakan dan dijaga oleh mana-manapihak berkuasa Persekutuan atau Negeri atau mana-mana orangpersendirian atau badan persendirian;“kacau ganggu” mempunyai erti yang diberikan kepadanyadalam seksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];“kemudahan pengurusan sisa pepejal” ertinya mana-mana tanah,loji tetap atau bergerak dan sistem yang menggabungkan struktur,kelengkapan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagimengendalikan, menstor, mengasingkan, mengangkut, memindahkan,memproses, mengitar semula, mengolah dan melupuskan sisa pepejalterkawal dan termasuklah stesen pemindahan, tapak pelupusan,tambak tanah kebersihan, loji penunu dan loji pengolahan habalain, loji pengitar semula dan loji pengkomposan;“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah PengurusanSisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang dilantik di bawahseksyen 5;“mengitar semula” ertinya untuk memungut dan mengasingkansisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran;“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengantanggungjawab bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihanawam;“pasar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalamseksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976;“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai yang dilantikdi bawah seksyen 5, pegawai mana-mana pihak berkuasa tempatansebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Kerajaan Tempatan1976 atau pegawai Perbadanan yang diberi kuasa secara bertulisoleh Ketua Pengarah bagi maksud Akta ini;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 672“pelupusan” ertinya pelupusan apa-apa sisa pepejal melaluiapa-apa jua cara termasuk pemusnahan, penunuan, pelonggokanatau pengkomposan;“pemegang lesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawahAkta ini;“pemunya”—(a) berhubung dengan mana-mana premis, ertinya—(i) tuan punya berdaftar premis itu; atau(ii) penerima pajak, termasuk penerima pajak kecil,premis itu sama ada berdaftar atau tidak;(b) berhubung dengan mana-mana bangunan yang dipecahbahagi ertinya—(i) tuan punya berdaftar sesuatu petak yang dipegangdi bawah hakmilik strata yang berasingan;(ii) penerima pajak, termasuk penerima pajak kecil,bangunan yang dipecah bahagi sama ada berdaftaratau tidak; atau(iii) perbadanan pengurusan atau mana-mana badan lainyang seumpamanya yang diluluskan di bawahmana-mana undang-undang bertulis dan manamanatuan punya subsidiari;(c) ertinya ejen atau pemegang amanah mana-mana orangyang diperihalkan dalam perenggan (a) dan subperenggan(b)(i) atau, jika orang itu tidak dapat dikesani atau sudahmati, wakil dirinya di sisi undang-undang.(d) jika premis itu merupakan sebahagian daripada suatupembangunan yang baginya hakmilik yang berasingandikehendaki dipohon di bawah mana-mana undang-undangbertulis yang sedang berkuat kuasa tetapi hakmilik yangberasingan belum dikeluarkan lagi, ertinya—(i) orang yang dengannya pemaju telah membuat apaapaperjanjian bagi pembelian lot atau petak yangterkandung dalam premis itu; atau(ii) orang yang kepadanya harta itu telah diserahhakkandan penyerahakkan mengenainya telah diberitahukankepada pemaju;

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 13(e) berhubung dengan mana-mana premis di mana kerja-kerjabinaan sedang dijalankan, termasuklah pemaju;(f) berhubung dengan harta bersama mana-mana bangunanyang didirikan di atas tanah yang terkandung dalampelan pecah bahagian strata yang diluluskan oleh pihakberkuasa berwibawa, termasuklah—(i) perbadanan pengurusan atau mana-mana orang yangmempunyai kawalan ke atas bangunan itu;(ii) mana-mana ejen atau pekhidmat yang dilantikoleh perbadanan pengurusan itu atau mana-manaorang yang mempunyai kawalan ke atas bangunanitu;(iii) mana-mana orang, badan atau pentadbir yangdilantik menurut Akta Hakmilik Strata 1985[Akta 318] untuk menjalankan kuasa, ataumenjalankan kuasa bagi, perbadanan pengurusanitu; atau(iv) mana-mana orang atau badan yang dilantik menurutAkta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraandan Pengurusan) 2007 [Akta 663]; atau(g) berhubung dengan apa-apa kenderaan, ertinya pemunyaberdaftar kenderaan itu;“penghasil sisa pepejal” ertinya mana-mana orang yangmenghasilkan sisa pepejal terkawal;“penghuni”—(a) ertinya orang yang menghuni atau mengawal mana-manapremis; dan(b) berhubung dengan premis yang bahagiannya yang berlainandihuni oleh orang yang berlainan, ertinya masing-masingorang yang menghuni atau mengawal setiap bahagianpremis;“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejaldan Pembersihan Awam yang ditubuhkan di bawah AktaPerbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007[Akta 673];“perkhidmatan pengurusan pembersihan awam” ertinyaperkhidmatan yang berikut:(a) membersihkan jalan awam, tempat awam, tandas awamdan longkang awam;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(b) membersihkan—(i) pusat penjaja kecuali medan makan yang dipunyaidan disenggarakan secara persendirian; dan(ii) pasar kecuali pasar yang dipunyai dan disenggarakansecara persendirian;(c) membersihkan sisa pepejal terkawal yang dibuang denganmenyalahi undang-undang di atas jalan awam dan ditempat awam;(d) membersihkan pantai;(e) memotong rumput di tepi bebendul jalan awam;(f) memotong rumput di tempat awam; dan(g) mengalihkan bangkai,tetapi tidak termasuk pelandskapan dan penyenggaraan jalan awamdan tempat awam;“perkhidmatan pengurusan sisa pepejal” ertinya pengasingan,penstoran, pemungutan, pengangkutan, pemindahan, pemprosesan,pengitaran semula, pengolahan dan pelupusan sisa pepejalterkawal;“pihak berkuasa tempatan”—(a) ertinya mana-mana pihak berkuasa tempatan yangditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawahAkta Kerajaan Tempatan 1976;(b) berhubung dengan Wilayah Persekutuan Labuan, ertinyapihak berkuasa tempatan yang ditubuhkan di bawahOrdinan Kerajaan Tempatan 1961, Sabah, yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimanayang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah PersekutuanLabuan (Pengubahsuaian Ordinan Kerajaan Tempatan) 1984[P.U. (A) 169/1984];(c) berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantikdi bawah seksyen 3 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960[Akta 190]; dan(d) termasuklah mana-mana orang atau kumpulan orang yangdilantik atau diberi kuasa di bawah mana-mana undangundangbertulis untuk menjalankan dan melaksanakan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 15kuasa dan fungsi yang diberikan dan dikenakan ke ataspihak berkuasa tempatan di bawah mana-mana undangundangbertulis;“premis” termasuklah rumah, bangunan, tanah, isemen walau apapun jenis pemegangannya, sama ada terbuka atau tertutup, samaada dengan binaan atau tidak, sama ada awam atau persendirian,dan sama ada disenggarakan di bawah pihak berkuasa berkanunatau tidak;“pusat pengitaran semula” ertinya suatu tempat di mana orangawam boleh sama ada meletakkan atau menjual sisa pepejal yangboleh dikitar semula;“sisa pepejal” termasuklah—(a) apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidakdikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbuldaripada penggunaan apa-apa proses;(b) apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudahpecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak; atau(c) apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau manamanaundang-undang bertulis lain dikehendaki oleh pihakberkuasa supaya dilupuskan,tetapi tidaklah termasuk buangan terjadual sebagaimanayang diperihalkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974[Akta 127], kumbahan sebagaimana yang ditakrifkan dalamAkta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] atau sisaradioaktif sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta PelesenanTenaga Atom 1984 [Akta 304];“sisa pepejal awam” ertinya apa-apa sisa pepejal yang dihasilkanoleh tempat awam, yang di bawah penyeliaan atau kawalan manamanapihak berkuasa tempatan;“sisa pepejal import” ertinya apa-apa sisa pepejal yang dihasilkandi negara lain dan diimport ke Malaysia untuk diproses ataudilupuskan;“sisa pepejal isi rumah” ertinya apa-apa sisa pepejal yangdihasilkan oleh sesuatu isi rumah, dan daripada jenis yang biasanyadihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabiladihuni sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 672“sisa pepejal keinstitusian” ertinya apa-apa sisa pepejal yangdihasilkan oleh—(a) mana-mana premis yang diluluskan di bawah mana-manaundang-undang bertulis atau oleh Pihak Berkuasa Negeriuntuk digunakan keseluruhan atau sebahagian besarnyabagi maksud sembahyang atau bagi khairat;(b) mana-mana premis yang dihuni oleh mana-mana jabatanKerajaan Persekutuan atau Negeri, mana-mana pihakberkuasa tempatan atau mana-mana badan berkanun;(c) mana-mana premis pendidikan;(d) mana-mana kemudahan jagaan kesihatan termasuklahhospital, klinik dan pusat kesihatan; atau(e) mana-mana premis yang digunakan sebagai zoo awam,muzium awam, perpustakaan awam dan rumah anakyatim;“sisa pepejal khas” ertinya apa-apa jenis sisa pepejal terkawalyang ditetapkan yang—(a) berbahaya atau boleh membahayakan kesihatan awam;atau(b) sukar untuk diolah, disimpan atau dilupuskan,sehingga peruntukan khas dikehendaki bagi menguruskannya;“sisa pepejal komersial” ertinya apa-apa sisa pepejal yangdihasilkan daripada apa-apa aktiviti komersial;“sisa pepejal pembinaan” ertinya apa-apa sisa pepejalyang dihasilkan daripada apa-apa aktiviti pembinaan atauperobohan, termasuk kerja pemajuan, penyediaan, pembaikan ataupengubahan;“sisa pepejal perindustrian” ertinya apa-apa sisa pepejal yangdihasilkan daripada apa-apa aktiviti perindustrian;“sisa pepejal terkawal” ertinya apa-apa sisa pepejal yangtergolong dalam mana-mana kategori yang berikut:(a) sisa pepejal komersial;(b) sisa pepejal pembinaan;(c) sisa pepejal isi rumah;

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 17(d) sisa pepejal perindustrian;(e) sisa pepejal keinstitusian;(f) sisa pepejal import;(g) sisa pepejal awam; atau(h) sisa pepejal yang ditetapkan dari semasa ke semasa;“sisa pepejal yang boleh dikitar semula” ertinya sisa pepejalterkawal yang sesuai untuk dikitar semula sebagaimana yangditetapkan;“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini atau bahagian Aktaini mula berkuat kuasa;“tempat awam” ertinya mana-mana ruang terbuka, tempat letakkereta, taman, tempat atau medan rekreasi dan bersuka-suka, samaada terkepung atau tidak, yang dikhaskan atau diuntukkan bagikegunaan awam atau yang kepadanya orang ramai mempunyaiakses pada bila-bila masa;“Tribunal” ertinya Tribunal Perkhidmatan Pengurusan SisaPepejal yang ditubuhkan di bawah seksyen 34.Kerajaan Persekutuan hendaklah mempunyai kuasaeksekutif3. Kerajaan Persekutuan hendaklah, apabila Akta ini mulaberkuat kuasa, mempunyai kuasa eksekutif berkenaan dengansegala perkara yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejaldan pembersihan awam di seluruh Semenanjung Malaysia danWilayah-Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.Perjanjian mengenai perkhidmatan pengurusan sisa pepejaldan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam4. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulisyang berlawanan, Kerajaan Persekutuan hendaklah, apabila Aktaini mula berkuat kuasa, mempunyai kuasa untuk membuat apa-apaperjanjian dengan mana-mana orang yang memberi kuasa kepada

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 672orang itu untuk mengusahakan, menguruskan, mengendalikandan menjalankan apa-apa perkhidmatan pengurusan sisa pepejalatau perkhidmatan pengurusan pembersihan awam di bawahAkta ini.BAHAGIAN IIPENTADBIRANPelantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah danpegawai lain5. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua PengarahPengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, yang hendaklahmengetuai suatu jabatan, daripada kalangan anggota perkhidmatanawam selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syaratsebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan itu.(2) Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan TimbalanKetua Pengarah Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awamsebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini daripada kalangananggota perkhidmatan awam yang hendaklah, tertakluk kepadakawalan dan arahan Ketua Pengarah, mempunyai kuasa dan fungsiKetua Pengarah, selain kuasa pewakilan yang disebut dalamsubseksyen (4).(3) Menteri hendaklah melantik apa-apa bilangan Pengarah,Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan pegawai lainsebagaimana yang perlu bagi maksud Akta ini daripada kalangananggota perkhidmatan awam yang hendaklah tertakluk kepadakawalan, arahan dan penyeliaan Ketua Pengarah.(4) Ketua Pengarah boleh, berhubung dengan apa-apaperkara atau golongan perkara tertentu, secara bertulis di bawahtandatangannya, mewakilkan segala atau mana-mana kuasa ataufungsinya di bawah Akta ini, kecuali kuasa pewakilannya, kepadamana-mana Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah,atau pegawai lain termasuk mana-mana pegawai pihak berkuasatempatan atau mana-mana pegawai Perbadanan.(5) Suatu pewakilan di bawah subseksyen (4) boleh dibatalkanpada bila-bila masa oleh Ketua Pengarah dan tidak menghalangKetua Pengarah daripada menjalankan kuasa atau melaksanakanfungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen itu.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 19Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah6. (1) Tanpa menjejaskan mana-mana fungsi lain yang diberikankepada Ketua Pengarah oleh Akta ini, Ketua Pengarah hendaklahmempunyai fungsi yang berikut:(a) untuk mencadangkan, selepas mengambil kira syor daripadaPerbadanan, dasar, rancangan dan strategi berkenaandengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awamkepada Menteri;(b) untuk merumuskan, selepas mengambil kira syor daripadaPerbadanan, rancangan bagi pengurusan sisa pepejaltermasuk lokasi, jenis dan saiz kemudahan pengolahanbaru, kawasan lingkungan kemudahan pengurusan sisapepejal, skim pengurusan sisa pepejal untuk membekalkansisa pepejal terkawal kepada kemudahan pengurusan sisapepejal dan jangka masa bagi pelaksanaan rancanganitu;(c) untuk menetapkan, selepas mengambil kira syor daripadaPerbadanan, standard, spesifikasi dan tataamalan yangberhubungan dengan mana-mana aspek perkhidmatanpengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusanpembersihan awam;(d) untuk melaksanakan fungsi pengawalseliaan yang dinyatakandalam Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yangdibuat di bawah Akta ini;(e) untuk memberikan lesen dan kelulusan di bawah Aktaini; dan(f) untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain bagi maksudmenjalankan, atau berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinyadi bawah Akta ini.(2) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai segala kuasasebagaimana yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, ataubersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Aktaini.Kuasa Menteri untuk memberikan arahan7. Menteri boleh memberikan kepada Ketua Pengarah arahanyang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini yangberhubungan dengan penjalanan kuasa dan pelaksanaan fungsiKetua Pengarah dan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakanarahan itu.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 672BAHAGIAN IIIKELULUSAN BAGI PEMBINAAN, PENGUBAHAN ATAU PENUTUPANKEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG DITETAPKANPembinaan atau pengubahan kemudahan pengurusan sisapepejal yang ditetapkan8. (1) Tiada seorang pun boleh membina mana-mana kemudahanpengurusan sisa pepejal yang ditetapkan melainkan jika pelan atauspesifikasi yang berkaitan yang menghendaki kelulusan KetuaPengarah telah diluluskan terlebih dahulu secara bertulis olehKetua Pengarah.(2) Tiada seorang pun boleh mengusahakan apa-apa pengubahanmana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkanyang boleh—(a) menyentuh prestasi kemudahan pengurusan sisa pepejal;(b) mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar;(c) menghalang kualiti dan tahap perkhidmatan pengurusansisa pepejal;(d) memudaratkan kesihatan awam; atau(e) menyentuh keseluruhan perancangan perkhidmatanpengurusan sisa pepejal,melainkan jika pelan atau spesifikasi yang berkaitan yangmenghendaki kelulusan Ketua Pengarah telah diluluskan terlebihdahulu secara bertulis oleh Ketua Pengarah.(3) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan kelulusan KetuaPengarah di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah dikemukakankepada Perbadanan.(4) Sebagai tambahan kepada apa-apa kehendak lain dibawah mana-mana undang-undang bertulis lain, Perbadananboleh menghendaki mana-mana orang yang ingin mendapatkankelulusan Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) atau (2) untukmengemukakan kepada Perbadanan apa-apa maklumat dan dokumenmengikut bentuk dan cara dan dalam masa yang ditetapkan.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 21(5) Jika seseorang tidak mematuhi subseksyen (4), permohonanorang itu untuk mendapatkan kelulusan hendaklah disifatkan telahditarik balik tanpa menyentuh hak orang itu untuk mengemukakanpermohonan yang baru.(6) Perbadanan boleh memberikan arahan bertulis kepada orangyang ingin mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah di bawahsubseksyen (1) dan (2) berkenaan dengan pematuhan Akta iniatau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Aktaini.(7) Orang yang kepadanya apa-apa arahan bertulis diberikandi bawah subseksyen (6) hendaklah mematuhi arahan bertulisitu dan jika perlu, meminda pelan dan spesifikasi itu dengansewajarnya dan mengemukakan semula pelan dan spesifikasi yangtelah dipinda kepada Perbadanan mengikut cara dan dalam masayang dinyatakan oleh Perbadanan.(8) Jika orang yang disebut dalam subseksyen (7) tidakmematuhi arahan bertulis Perbadanan, permohonan orang ituhendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menyentuh hakorang itu untuk mengemukakan permohonan yang baru.(9) Seseorang yang—(a) membina atau mengubah mana-mana kemudahan pengurusansisa pepejal yang ditetapkan tanpa pelan dan spesifikasiyang menghendaki kelulusan Ketua Pengarah telahdiluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh KetuaPengarah; atau(b) membina atau mengubah mana-mana kemudahan pengurusansisa pepejal yang ditetapkan tidak mengikut pelan danspesifikasi yang diluluskan,melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.(10) Jika suatu kesalahan dibuktikan di bawah subseksyen (9),mahkamah hendaklah membuat suatu perintah yang menghendakiorang itu untuk mengubah kemudahan pengurusan sisa pepejalyang ditetapkan supaya mematuhi pelan dan spesifikasi yangdiluluskan dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu danjika orang itu tidak mematuhi perintah itu, orang itu melakukansuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 672melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan dalam hal suatukesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi limaribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada seharikesalahan itu berterusan selepas sabitan.Syor oleh Perbadanan9. (1) Perbadanan hendaklah dalam masa enam puluh haridari penerimaan permohonan di bawah subseksyen 8(3),mengemukakan suatu syor bertulis kepada Ketua Pengarah tentangsama ada atau tidak kelulusan patut diberikan kepada orangyang ingin mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah di bawahsubseksyen 8(1) atau (2).(2) Syor bertulis Perbadanan hendaklah menyatakan sebab bagisyornya dan apa-apa syarat khas yang patut dikenakan ke atasorang itu jika Perbadanan mengesyorkan kepada Ketua Pengarahsupaya kelulusan diberikan.Pemberian atau keengganan memberikan kelulusan10. (1) Ketua Pengarah boleh, selepas menimbangkan permohonanuntuk mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen 8(1) atau (2)dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Perbadanandi bawah seksyen 9, memberikan kelulusan atau enggan untukmemberikan kelulusan.(2) Dalam memberikan kelulusan kepada orang yang disebutdi bawah subseksyen 8(1) atau (2), Ketua Pengarah bolehmengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.(3) Keputusan Ketua Pengarah untuk memberikan atau tidakmemberikan kelulusan hendaklah disampaikan kepada orang yangdisebut di bawah subseksyen 8(1) atau (2) secepat yang dapatdilaksanakan.Kajian semula kelulusan11. (1) Perbadanan boleh dari semasa ke semasa mengemukakansyor bertulis kepada Ketua Pengarah tentang sama ada kelulusanyang diberikan di bawah seksyen 10 patut dikaji semula.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 23(2) Ketua Pengarah boleh, dengan mengambil kira dengansewajarnya syor Perbadanan di bawah subseksyen (1), mengkajisemula kelulusan yang diberikan di bawah seksyen 10 jika KetuaPengarah berpuas hati bahawa kemudahan pengurusan sisa pepejalyang diluluskan tidak menepati apa-apa kehendak mengenai kesanalam sekitar, kualiti dan tahap perkhidmatan pengurusan sisapepejal atau kesihatan awam.(3) Ketua Pengarah boleh menyampaikan kepada pemunya ataupenghuni kemudahan pengurusan sisa pepejal yang diluluskan itusuatu notis bertulis mengenai niatnya untuk menghendaki pemunyaatau penghuni supaya memohon suatu kelulusan yang baru.(4) Ketua Pengarah hendaklah memberi pemunya atau penghunisuatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalam tempohyang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang hendaklah tidakkurang daripada tiga puluh hari.(5) Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, KetuaPengarah hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa penghujahanbertulis yang dibuat oleh pemunya atau penghuni itu dan denganmengambil kira dengan sewajarnya syor Perbadanan, memutuskansama ada atau tidak untuk menghendaki pemunya atau penghuniitu supaya membuat permohonan yang baru.(6) Ketua Pengarah hendaklah memberi pemunya atau penghuninotis bertulis mengenai keputusannya di bawah subseksyen (5)secepat yang dapat dilaksanakan.Permohonan untuk menutup mana-mana kemudahan pengurusansisa pepejal yang ditetapkan12. (1) Mana-mana pemunya atau penghuni yang berhasratuntuk menutup mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejalyang ditetapkan, boleh memohon kepada Ketua Pengarah denganmengemukakan suatu permohonan bertulis dan suatu cadanganpelan penutupan kepada Perbadanan.(2) Perbadanan boleh, selepas menerima permohonan dibawah subseksyen (1), meminta pemunya atau penghuni itu untukmemberikan maklumat atau dokumen lanjut dalam tempoh yangdinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masayang diberikan oleh Perbadanan.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(3) Jika pemunya atau penghuni itu tidak mematuhi subseksyen(2), permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik tanpamenyentuh hak pemunya atau penghuni untuk membuat permohonanyang baru.(4) Perbadanan hendaklah dalam masa enam puluh hari daripenerimaan permohonan itu di bawah subseksyen (2), mengemukakansuatu syor bertulis kepada Ketua Pengarah tentang sama adapermohonan itu patut dibenarkan atau tidak.(5) Syor bertulis Perbadanan hendaklah menyatakan sebabbagi syornya dan apa-apa syarat khas yang patut dikenakan keatas pemunya atau penghuni itu jika Perbadanan mengesyorkankepada Ketua Pengarah supaya permohonan itu dibenarkan.(6) Ketua Pengarah hendaklah, selepas menimbangkanpermohonan di bawah subseksyen (1) dan dengan mengambilkira dengan sewajarnya syor Perbadanan—(a) membenarkan permohonan itu dengan atau tanpa syarat;atau(b) menolak permohonan itu dan mengarahkan pemunya ataupenghuni itu mengemukakan suatu permohonan dan pelanpenutupan yang baru.(7) Mana-mana pemunya atau penghuni yang menutup manamanakemudahan pengurusan sisa pepejal tanpa kelulusan KetuaPengarah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidakmelebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.Hak merayu kepada Menteri13. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusanKetua Pengarah di bawah Bahagian ini boleh merayu kepadaMenteri mengikut cara yang ditetapkan dalam masa empat belashari dari tarikh keputusan itu disampaikan kepada orang itu.(2) Keputusan Menteri atas sesuatu rayuan di bawahsubseksyen (1) adalah muktamad dan mengikat.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 25BAHAGIAN IVKehendak bagi lesenPERUNTUKAN PELESENAN14. (1) Tertakluk kepada seksyen 16, tiada seorang punboleh—(a) mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatanpengurusan sisa pepejal;(b) menguruskan atau mengendalikan apa-apa kemudahanpengurusan sisa pepejal; atau(c) mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatanpengurusan pembersihan awam,melainkan jika dia memegang suatu lesen yang diberikandi bawah Akta ini.(2) Pemegang lesen tidak boleh menyediakan apa-apa aktivitiyang dilesenkan yang disebut dalam subseksyen (1) kecualimengikut syarat lesen yang diberikan kepada pemegang lesenitu.(3) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurangdaripada lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu ratusribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi limatahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan yang berterusan,boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hariatau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepassabitan.Kuasa untuk mengecualikan daripada kehendak bagi lesen15. (1) Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah, melalui perintahyang disiarkan dalam Warta, mengecualikan seseorang daripadakehendak pelesenan di bawah seksyen 14 tertakluk kepada apaapaterma dan syarat yang difikirkan patut oleh Menteri.(2) Seseorang yang dikecualikan daripada kehendak pelesenandi bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi kewajipan dan

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 672obligasi pemegang lesen seolah-olah orang itu ialah pemeganglesen di bawah Akta ini melainkan jika dinyatakan selainnyadalam perintah pengecualian itu.Permohonan untuk lesen16. (1) Mana-mana orang boleh memohon kepada Ketua Pengarahsupaya suatu lesen diberikan kepadanya di bawah Akta ini denganmengemukakan permohonan bertulis kepada Perbadanan mengikutcara sebagaimana yang ditetapkan.(2) Setiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklahdisertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimanayang ditetapkan.(3) Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarikbalik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkanatau ditolak.Maklumat atau dokumen tambahan17. (1) Perbadanan boleh, secara bertulis pada bila-bila masaselepas menerima permohonan di bawah seksyen 16, memintapemohon memberikan kepada Perbadanan dalam tempoh yangdinyatakan dalam permintaan itu maklumat atau dokumen tambahanmengenai permohonan itu.(2) Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yangdikehendaki di bawah subseksyen (1) tidak diberikan oleh pemohondalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apapelanjutan masa yang diberikan oleh Perbadanan, permohonan ituhendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak lagi diteruskan,tetapi tanpa menyentuh hak pemohon membuat permohonan yangbaru.Syor oleh Perbadanan18. (1) Perbadanan hendaklah dalam tempoh enam puluh haridari penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen 16(1),mengemukakan suatu syor bertulis kepada Ketua Pengarah tentangsama ada lesen patut diberikan kepada pemohon atau tidak.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 27(2) Syor bertulis Perbadanan hendaklah menyatakan sebab bagisyornya dan apa-apa syarat khas yang patut dikenakan ke ataspemohon jika Perbadanan mengesyorkan kepada Ketua Pengarahsupaya lesen diberikan.Pemberian atau keengganan memberikan lesen19. (1) Ketua Pengarah boleh, selepas menimbangkan permohonanuntuk mendapatkan lesen di bawah seksyen 16, dan maklumatatau dokumen tambahan yang diberikan di bawah seksyen 17 dandengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Perbadanan dibawah seksyen 18, memberikan lesen atau enggan memberikanlesen.(2) Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk memberikan lesendi bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah—(a) menghendaki pemegang lesen itu membayar fi yangditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan; dan(b) mengenakan syarat yang difikirkannya patut.(3) Syarat-syarat yang boleh dikenakan di bawahsubseksyen (2) termasuklah—(a) jenis, takat dan kekerapan perkhidmatan yang hendaklahdisediakan oleh pemegang lesen;(b) tempoh lesen;(c) kawasan dan skim yang baginya pemegang lesen ituhendaklah menyediakan apa-apa perkhidmatan;(d) jenis sisa pepejal terkawal;(e) kemudahan pengurusan sisa pepejal yang kepadanya sisapepejal yang dipungut dihantar;(f) kehendak untuk mendeposit apa-apa amaun sebagaimanayang ditetapkan sebagai jaminan bagi penutupan selamatkemudahan pengurusan sisa pepejal;(g) fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh pemegang lesen,atau jika didapati suai manfaat oleh Ketua Pengarah,jumlah penuh fi lesen yang kena bayar oleh pemeganglesen bagi keseluruhan tempoh lesen itu; dan(h) hak dan kewajipan tertentu pemegang lesen berkenaandengan perkhidmatan yang disediakan oleh pemeganglesen itu.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(4) Keputusan Ketua Pengarah untuk memberikan lesen atautidak hendaklah disampaikan kepada pemohon melalui notisbertulis secepat yang dapat dilaksanakan.(5) Notis bertulis oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen(4) hendaklah menyatakan—(a) dalam hal jika lesen diberikan, hakikat mengenai pemberianitu dan kehendak dan syarat yang dikenakan di bawahsubseksyen (2); dan(b) dalam hal suatu keengganan untuk memberikan lesen,hakikat mengenai keengganan itu dan sebab bagikeengganan itu.Pematuhan syarat lesen20. (1) Pemegang lesen hendaklah mematuhi syarat yangdikenakan oleh Ketua Pengarah ke atas lesen itu.(2) Pemegang lesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat suatulesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,didenda tidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dantidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan dalamhal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi duaribu lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripadasehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.Kuasa untuk mengenakan syarat tambahan, mengubah ataumembatalkan syarat21. (1) Ketua Pengarah boleh, atas syor Perbadanan, pada bilabilamasa—(a) mengenakan apa-apa syarat tambahan ke atas lesen itu;atau(b) mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakanke atas lesen itu.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 29(2) Sebelum Ketua Pengarah membuat keputusan di bawahsubseksyen (1), Perbadanan hendaklah memberikan kepadapemegang lesen itu—(a) suatu notis bertulis mengenai niat Ketua Pengarah bersertadengan suatu salinan draf mengenai pengenaan, perubahanatau pembatalan itu; dan(b) suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalamtempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yanghendaklah tidak kurang daripada tiga puluh hari.(3) Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu,Ketua Pengarah hendaklah, selepas menimbangkan apa-apapenghujahan bertulis yang dibuat oleh pemegang lesen itu dandengan mengambil kira dengan sewajarnya apa-apa syor Perbadanan,memutuskan sama ada untuk mengenakan syarat tambahan ataumengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang sedia adaatau untuk tidak mengambil tindakan lanjut.(4) Perbadanan hendaklah memberi pemegang lesen itu suatunotis bertulis mengenai keputusan Ketua Pengarah di bawahsubseksyen (3) secepat yang dapat dilaksanakan dan keputusanitu hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang dinyatakan dalamnotis bertulis itu.Pemindahmilikan lesen22. (1) Pemberian suatu lesen di bawah seksyen 19 hendaklahbersifat peribadi bagi pemegang lesen dan lesen itu tidak bolehdiserahhakkan, disublesenkan atau dipindahmilikkan kepada manamanaorang lain kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahuludaripada Ketua Pengarah.(2) Pemegang lesen yang menyerahhakkan, mensublesenkanatau memindahmilikkan lesennya kepada mana-mana orang laintanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarahmelakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didendatidak kurang daripada dua puluh lima ribu ringgit dan tidakmelebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 672Penggantungan dan pembatalan lesen23. (1) Ketua Pengarah boleh, atas syor Perbadanan, menggantungatau membatalkan sesuatu lesen di bawah mana-mana hal keadaanyang berikut:(a) pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana peruntukanAkta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuatdi bawah Akta ini;(b) pemegang lesen itu tidak mematuhi mana-mana syaratlesen itu;(c) pemegang lesen itu telah mendapatkan lesen itu secaratidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang;(d) pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahandi bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturanyang dibuat di bawah Akta ini;(e) seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesaisementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantikke atas keseluruhan atau sebahagian besar daripada asetpemegang lesen itu dan pelantikan sedemikian tidakdibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluhhari dari tarikh pelantikan itu; atau(f) telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran pada pihakpemegang lesen itu atau telah wujud suatu perubahandalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemeganglesen itu tidak lagi berhak untuk diberikan lesen dibawah Akta ini.(2) Sebelum Ketua Pengarah membuat keputusan di bawahsubseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah memberi pemeganglesen itu—(a) suatu notis bertulis mengenai niatnya untuk menggantungatau membatalkan lesen itu; dan(b) suatu peluang untuk membuat penghujahan bertulis dalamsuatu tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis ituyang hendaklah tidak kurang daripada tiga puluh hari.(3) Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, KetuaPengarah hendaklah, selepas menimbangkan penghujahan bertulisyang dibuat oleh pemegang lesen itu di bawah subseksyen (2),sekiranya ada, dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya apaapasyor Perbadanan, memutuskan sama ada untuk menggantunglesen itu bagi tempoh tidak melebihi satu bulan atau membatalkanlesen itu.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 31(4) Ketua Pengarah hendaklah memberi pemegang lesen notisbertulis mengenai keputusannya di bawah subseksyen (3) dengansecepat yang dapat dilaksanakan.(5) Jika suatu lesen digantung di bawah subseksyen (3), KetuaPengarah boleh menghendaki pemegang lesen untuk meremedikankemungkiran atau perlanggaran itu dan jika didapatinya perlu untukberbuat demikian, menyebabkan perkhidmatan yang disediakanoleh pemegang lesen itu dijalankan oleh mana-mana orang lainyang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah atas terma dan syaratsebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.(6) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pemegang lesentidak meremedikan kemungkiran atau perlanggaran itu sebagaimanayang dikehendaki di bawah subseksyen (5), atau kemungkiran atauperlanggaran itu berterusan selepas lesen itu digantung di bawahsubseksyen (3), maka Ketua Pengarah hendaklah membatalkanlesen itu.(7) Pemegang lesen yang lesennya—(a) digantung atau dibatalkan tidak berhak kepada apa-apapampasan bagi apa-apa kerugian yang dialaminya keranapenggantungan atau pembatalan lesen yang diberikan dibawah Akta ini; dan(b) dibatalkan tidak berhak untuk kepada apa-apa bayaranbalik fi lesen yang dibayar di bawah seksyen 19.Tarikh berkuat kuasa pembatalan lesen24. Pembatalan suatu lesen di bawah seksyen 23 hendaklahberkuat kuasa pada—(a) pada suatu tarikh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarahdalam notis bertulis yang diberikan di bawah subseksyen23(4); atau(b) jika tiada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulisyang diberikan di bawah subseksyen 23(4), apabila habistempoh tiga puluh hari dari tarikh notis itu disampaikankepada pemegang lesen itu.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 672Penyerahan balik lesen25. (1) Pemegang lesen boleh menyerahkan balik lesennya denganmenghantar lesen itu kepada Ketua Pengarah dengan suatu notisbertulis mengenai penyerahan balik lesen itu.(2) Penyerahan balik lesen hendaklah berkuat kuasa enam bulandari tarikh Ketua Pengarah menerima lesen itu dan notis bertulisdi bawah subseksyen (1) atau pada tarikh lain yang dinyatakanoleh Ketua Pengarah.(3) Penyerahan balik lesen di bawah subseksyen (1) adalah tidakboleh batal melainkan jika Ketua Pengarah melalui notis secarabertulis kepada pemegang lesen itu membenarkan penyerahanbalik itu ditarik balik sebelum tarikh penyerahan balik lesen ituberkuat kuasa.Pembaharuan lesen26. (1) Pemegang lesen boleh memohon untuk membaharuilesennya tidak lewat daripada satu tahun sebelum tarikh habistempoh lesen yang sedia ada itu.(2) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh,tertakluk kepada pembayaran suatu penalti yang tidak melebihitiga ribu ringgit, yang boleh dikenakan ke atas pemegang lesen,membenarkan permohonan untuk membaharui lesen dibuatselepas tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), tetapitiada permohonan untuk pembaharuan boleh dibenarkan sekiranyapermohonan itu dibuat selepas tarikh habis tempoh lesen itu.(3) Ketua Pengarah hendaklah, atas syor Perbadanan, apabiladibayar fi yang ditetapkan, membaharui lesen yang sedia adamelainkan dalam keadaan yang berikut:(a) pemegang lesen itu telah tidak mematuhi mana-manaperuntukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturanperaturanyang dibuat di bawah Akta ini;(b) pemegang lesen itu telah tidak mematuhi mana-manasyarat lesen itu;(c) pemegang lesen itu telah mendapatkan lesen itu secaratidak wajar atau dengan menyalahi undang-undang;

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 33(d) pemegang lesen itu telah disabitkan atas suatu kesalahandi bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturanyang dibuat di bawah Akta ini;(e) seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesaisementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantikke atas keseluruhan atau sebahagian besar daripada asetpemegang lesen itu dan pelantikan sedemikian tidakdibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluhhari dari tarikh pelantikan itu; atau(f) telah berlaku apa-apa perbuatan atau keingkaran pada pihakpemegang lesen itu atau telah wujud suatu perubahandalam hal keadaan sehingga menyebabkan pemeganglesen itu tidak lagi berhak untuk diberikan lesen dibawah Akta ini.(4) Ketua Pengarah boleh meminta pemegang lesen itu untukmemberikan apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yangdikehendaki bagi permohonan pembaharuan itu dalam tempohyang dinyatakan dalam permintaan itu.(5) Walau apa pun subseksyen (3), jika maklumat ataudokumen yang diminta di bawah subseksyen (4) tidak diberikanoleh pemegang lesen itu dalam tempoh yang dinyatakan dalampermintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan,Ketua Pengarah boleh tidak membaharui lesen itu.(6) Jika Ketua Pengarah enggan membaharui lesen itu, KetuaPengarah hendaklah memaklumkan pemegang lesen itu melalui notisbertulis secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keengganannyauntuk membaharui lesen itu.(7) Pemegang lesen itu hendaklah diberi peluang untuk membuatpenghujahan bertulis kepada Ketua Pengarah dalam tempoh yangdinyatakan dalam notis bertulis yang disebut dalam subseksyen (6)yang hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari.(8) Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulisdi bawah subseksyen (7), Ketua Pengarah hendaklah, selepasmenimbangkan apa-apa penghujahan bertulis yang dibuat olehpemegang lesen itu dan dengan mengambil kira dengan sewajarnyaapa-apa syor Perbadanan, memutuskan sama ada membaharuilesen itu atau tidak.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(9) Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk tidak membaharuilesen itu, Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pemeganglesen secepat yang dapat dilaksanakan mengenai keputusan itudan alasan bagi keputusannya.Kesan pembatalan, penyerahan balik atau tidak membaharuilesen27. Jika pembatalan suatu lesen di bawah seksyen 23 ataupenyerahan balik suatu lesen di bawah seksyen 25 telah berkuatkuasa atau jika lesen itu tidak dibaharui di bawah seksyen26, pemegang lesen itu hendaklah dengan serta-merta berhentimenyediakan apa-apa perkhidmatan pengurusan sisa pepejal ataumengendalikan apa-apa kemudahan sisa pepejal yang ditetapkanyang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan.Daftar lesen28. (1) Ketua Pengarah hendaklah menyenggarakan suatu daftarlesen yang diberikan di bawah Akta ini yang mengandungi—(a) nama dan alamat pemegang lesen; dan(b) apa-apa butir lain yang difikirkan perlu oleh KetuaPengarah.(2) Daftar itu hendaklah dijadikan tersedia untuk diperiksasemasa waktu pejabat.(3) Mana-mana orang boleh, atas permohonan secara bertuliskepada Ketua Pengarah dan apabila dibayar fi yang ditetapkan,diberikan salinan atau cabutan daripada sesuatu catatan dalamdaftar itu.(4) Suatu salinan atau cabutan daripada sesuatu catatan dalamdaftar itu yang berupa sebagai diperakui di bawah tandatanganKetua Pengarah hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya,diterima dalam keterangan sebagai bukti catatan yang dinyatakandalam daftar itu.Hak merayu kepada Menteri29. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusanKetua Pengarah di bawah Bahagian ini boleh merayu kepadaMenteri mengikut cara yang ditetapkan dalam masa empat belashari dari tarikh keputusan itu disampaikan kepada orang itu.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 35(2) Keputusan Menteri atas apa-apa rayuan di bawahsubseksyen (1) adalah muktamad dan mengikat.BAHAGIAN VCAJKuasa untuk mengenakan caj, dsb.30. (1) Menteri boleh dari semasa ke semasa menetapkan, samaada secara berasingan atau sebagai suatu kadar yang disatukan,caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal yang hendaklah dibayaroleh—(a) pemunya;(b) penghuni;(c) pihak berkuasa tempatan; atau(d) mana-mana orang lain,yang kepadanya perkhidmatan pengurusan sisa pepejal diberikandi bawah Akta ini.(2) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,memberi kuasa kepada Perbadanan atau orang yang dengannyaperjanjian telah dibuat di bawah seksyen 4 untuk menuntut,memungut dan menyimpan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawalyang ditetapkan di bawah subseksyen (1) berkenaan denganperkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang disediakan oleh orangitu di bawah perjanjian itu.(3) Perbadanan atau orang yang dengannya perjanjian telahdibuat di bawah seksyen 4, boleh mendapatkan daripada pemunya,penghuni, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang lainyang daripadanya caj, fi atau levi bagi perkhidmatan pengurusansisa pepejal kena dibayar dan belum dibayar selepas tarikh genapmasa, caj tambahan bagi pembayaran lewat pada kadar yangditetapkan oleh Menteri.(4) Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2)hendaklah menyatakan—(a) jenis dan takat perkhidmatan yang berkenaan dengannyacaj, fi atau levi sisa pepejal terkawal boleh dituntut,dipungut dan disimpan;

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(b) orang yang diberi kuasa untuk menuntut, memungut danmenyimpan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal itu;dan(c) jangka masa pemberikuasaan itu untuk menuntut, memungutdan menyimpan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawalitu.(5) Mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (2)hendaklah—(a) menyenggarakan apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaandengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sisapepejal terkawal dan caj pembayaran lewat sebagaimanayang dikehendaki oleh Ketua Pengarah;(b) memberi Ketua Pengarah apa-apa maklumat, penyata danakaun berkenaan dengan pembayaran dan pemungutancaj, fi atau levi sisa pepejal terkawal dan caj pembayaranlewat sebagaimana yang dikehendaki oleh KetuaPengarah; dan(c) membenarkan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yangdiberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah—(i) untuk mendapat akses kepada, meneliti, memeriksaatau membuat salinan apa-apa dokumen; dan(ii) untuk mendapat akses kepada, meneliti ataumemeriksa apa-apa jentera atau kelengkapan,yang disenggarakan atau digunakan bagi pembayaran ataupemungutan caj, fi, levi atau caj pembayaran lewat sisa pepejalterkawal.(6) Pemberikuasaan kepada mana-mana orang di bawahsubseksyen (2) tidaklah menjadikan Kerajaan Persekutuanbertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apaapakecederaan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan olehkegagalan orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen itu untukmenjalankan obligasinya di bawah perjanjian yang berkenaandengannya caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal itu dituntut,dipungut atau disimpan.(7) Segala wang yang genap masa dan kena dibayar di bawahseksyen ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepadaorang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (2) dan hendaklah

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 37boleh didapatkan dengan sewajarnya daripada pemunya, penghuni,pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang yang disebutdalam subseksyen (1).(8) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (5)melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.Mendapatkan caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal31. (1) Jika caj, fi atau levi sisa pepejal terkawal boleh didapatkanoleh Perbadanan, atau oleh orang yang dengannya perjanjiantelah dibuat di bawah seksyen 4, Perbadanan atau orang ituboleh menyampaikan kepada pemunya, penghuni, pihak berkuasatempatan atau mana-mana orang lain suatu notis bertulis yangmeminta pembayaran jumlah wang yang kena dibayar dalam apaapatempoh, yang hendaklah tidak kurang dari empat belas haridari tarikh penyampaian notis itu, sebagaimana yang dinyatakandalam notis itu.(2) Jika pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis dibawah subseksyen (1) jumlah wang atau sebahagian daripada jumlahwang yang kena dibayar itu masih belum dibayar, Perbadananatau orang yang dengannya perjanjian telah dibuat di bawahseksyen 4 boleh menyampaikan kepada pemunya, penghuni, pihakberkuasa tempatan atau mana-mana orang lain suatu notis bertulisselanjutnya yang menuntut pembayaran jumlah wang yang kenadibayar itu dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaiannotis itu; dan jika selepas habis tempoh tersebut, jumlah wangyang kena dibayar itu masih belum dibayar, Perbadanan atau orangitu boleh memulakan prosiding dalam mana-mana mahkamahyang mempunyai bidang kuasa berwibawa atau Tribunal yangditubuhkan di bawah Akta ini untuk mendapatkan jumlah wangitu.Kegagalan atau keengganan membayar caj, fi atau levi32. Mana-mana orang yang, tanpa apa-apa sebab yang munasabah,gagal atau enggan membayar caj, fi atau levi sisa pepejal terkawalmelakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi lima ribu ringgit dan juga boleh didenda selanjutnyatidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahanitu berterusan selepas sabitan.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 672BAHAGIAN VITRIBUNAL PERKHIDMATAN PENGURUSAN SISA PEPEJALPengertian “orang yang berkepentingan”33. Bagi maksud Bahagian ini, “orang yang berkepentingan”ertinya Perbadanan, mana-mana pemegang lesen, pemunya,penghuni, pihak berkuasa tempatan dan penghasil sisa pepejalberkenaan dengan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yangdisediakan di bawah Akta ini.Penubuhan Tribunal Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal34. Suatu tribunal yang dikenali sebagai “Tribunal PerkhidmatanPengurusan Sisa Pepejal” hendaklah ditubuhkan bagi maksudAkta ini.Keanggotaan Tribunal35. (1) Tribunal hendaklah terdiri daripada anggota yang berikutyang hendaklah dilantik oleh Menteri:(a) seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusidaripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakimandan Perundangan; dan(b) tidak kurang daripada lima orang anggota lain yanghendaklah dilantik daripada kalangan orang yangmerupakan anggota atau yang pernah memegangjawatan dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundanganatau peguam bela dan peguam cara yang diterimamasuk dan didaftaraikan di bawah Akta ProfesionUndang-Undang 1976 [Akta 166], Ordinan PeguamBela Sabah [Sabah Bab 2] atau Ordinan Peguam BelaSarawak [Sarawak Bab 110] yang telah menjalankanamalan tidak kurang daripada tujuh tahun.(2) Anggota yang disebut dalam perenggan (1)(b)—(a) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihitiga tahun; dan(b) hendaklah layak untuk dilantik semula apabila habistempoh jawatannya tetapi tidak boleh dilantik bagi lebihdaripada tiga tempoh yang berturut-turut.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 39Penjalanan sementara fungsi Pengerusi36. Jika kerana apa-apa sebab Pengerusi tidak dapat melaksanakanfungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan dalam jawatanPengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsiPengerusi.Pengosongan jawatan37. Jawatan seseorang anggota Tribunal hendaklah menjadikosong—(a) apabila anggota itu mati;(b) apabila anggota itu meletakkan jawatannya dengan memberitiga bulan notis bertulis kepada Menteri;(c) apabila habis tempoh jawatannya; atau(d) apabila anggota itu terhenti menjadi seorang peguam beladan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976, Ordinan Peguam Bela Sabah atau OrdinanPeguam Bela Sarawak.Pembatalan pelantikan38. Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang anggotaTribunal yang dilantik di bawah perenggan 35(1)(b)—(a) jika kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannyasebagai anggota Tribunal atau selainnya, adalah sedemikianrupa sehingga memburukkan nama Tribunal;(b) jika dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankankewajipannya dengan sepatutnya sebagai anggotaTribunal;(c) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika diatelah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaandengan—(i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecuranganatau keburukan akhlak;(ii) suatu kesalahan di bawah suatu undang-undangyang berhubungan dengan rasuah;(iii) suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(iv) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum denganpemenjaraan selama tempoh lebih daripada duatahun;(d) jika dia menjadi bankrap;(e) jika dia didapati atau disahkan tidak sempurna akal atauselainnya tidak berupaya untuk menguruskan urusannya;atau(f) jika dia tidak menghadiri sidang Tribunal tiga kali berturutturuttanpa mendapat kebenaran daripada Pengerusi.Peletakan jawatan39. Seseorang anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan35(1)(b) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya denganmemberikan tiga bulan notis bertulis kepada Menteri.Pengisian kekosongan40. Jika seseorang anggota terhenti menjadi anggota Tribunal,Menteri boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosonganitu.Saraan41. (1) Anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan35(1)(a) hendaklah dibayar apa-apa elaun tetap dan elaun lainsebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.(2) Anggota Tribunal yang dilantik di bawah perenggan 35(1)(b)hendaklah dibayar—(a) elaun harian sidang semasa Tribunal bersidang; dan(b) apa-apa elaun penginapan, perjalanan dan sara hidup,sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.(3) Saraan yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) dan (2)hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 41Setiausaha Tribunal dan pegawai lain42. (1) Maka hendaklah dilantik seorang Setiausaha Tribunaldan apa-apa bilangan pegawai sebagaimana yang perlu untukmenjalankan fungsi Tribunal.(2) Pengerusi hendaklah mempunyai kawalan am ke ataspegawai Tribunal.(3) Bagi maksud Akta ini, Setiausaha kepada Tribunal hendaklahdisifatkan sebagai seorang pegawai Tribunal.Persidangan Tribunal43. (1) Bidang kuasa Tribunal hendaklah dijalankan oleh manamanaorang yang berikut yang bersidang sendirian:(a) Pengerusi Tribunal;(b) Timbalan Pengerusi Tribunal; atau(c) mana-mana anggota Tribunal yang ditentukan olehPengerusi.(2) Tribunal boleh bersidang dalam satu atau lebih sidangpada mana-mana hari dan pada bila-bila masa dan di mana-manatempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.(3) Jika orang yang mempengerusikan apa-apa prosiding berkenaandengan sesuatu tuntutan mati atau menjadi tidak upaya, atau atasapa-apa sebab lain tidak dapat menyelesaikan atau membereskanprosiding itu, tuntutan itu hendaklah didengar semula oleh seoranganggota lain Tribunal, melainkan jika pihak-pihak bersetuju supayatuntutan itu diteruskan oleh seorang anggota lain Tribunal.(4) Jika tempoh pelantikan mana-mana anggota Tribunal dibawah seksyen ini tamat semasa apa-apa prosiding belum selesaiberkenaan dengan sesuatu tuntutan, tempoh pelantikannya hendaklahdisifatkan telah dilanjutkan sehingga tuntutan itu dibereskandengan muktamad.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 672Pemulaan prosiding44. Mana-mana orang yang berkepentingan boleh memulakanprosiding dalam Tribunal dengan mengemukakan suatu tuntutandalam borang yang ditetapkan bersama dengan fi yang ditetapkandengan menuntut apa-apa perkara berkenaan dengan kepentingannyaatau apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung yangtermasuklah mendapatkan caj, fi atau levi di bawah Akta ini.Bidang kuasa Tribunal45. (1) Tertakluk kepada seksyen 46 dan 47, Tribunal hendaklahmempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sesuatu tuntutanyang dikemukakan di bawah seksyen 44 jika jumlah amaun yangberkenaan dengannya award Tribunal diminta tidak melebihi limapuluh ribu ringgit.(2) Tertakluk kepada subseksyen (1), seseorang penentangkepada sesuatu tuntutan atau pertikaian boleh membangkitkansuatu hutang atau tuntutan jumlah tertentu sebagai—(a) pembelaan; atau(b) tuntutan balas.(3) Jika penentang membangkitkan suatu hutang atau tuntutanjumlah tertentu di bawah subseksyen (2) dan hutang atau tuntutanitu dibuktikan, Tribunal hendaklah—(a) memberi kuat kuasa kepada pembelaan itu; atau(b) mendengar dan memutuskan tuntutan balas itu walaupuntuntutan asal telah ditarik balik, ditinggalkan ataudibatalkan.(4) Apa-apa tuntutan yang dikemukakan kepada Tribunal bolehtermasuk kerugian atau kerosakan yang berbangkit.Batas bidang kuasa46. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyatadi bawah Akta ini, Tribunal tidak mempunyai bidang kuasaberkenaan dengan apa-apa tuntutan—(a) bagi mendapatkan tanah, atau apa-apa estet atau kepentinganmengenai tanah; dan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 43(b) yang mengandungi pertikaian berkenaan dengan—(i) hak mana-mana orang di bawah suatu wasiat ataupenyelesaian, atau disebabkan kematian tidakberwasiat (termasuk kematian tidak berwasiatsepara);(ii) nama baik;(iii) apa-apa hak dalam tindakan; atau(iv) apa-apa rahsia perdagangan atau hak harta inteleklain.(2) Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatutuntutan yang berasaskan pada suatu kausa tindakan yang berbangkitdaripada—(a) apa-apa tuntutan bagi mendapatkan caj, fi atau leviperkhidmatan pengurusan sisa pepejal oleh pemeganglesen atau Perbadanan; atau(b) apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada apa-apa caj, fiatau levi yang dikenakan bagi perkhidmatan pengurusansisa pepejal antara pemegang lesen atau Perbadanandengan pemunya, penghuni, pihak berkuasa tempatanatau penghasil sisa pepejal;yang dibawa oleh orang yang berkepentingan dalam masa tigatahun dari tuntutan atau pertikaian itu.(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkansebagai membenarkan Tribunal mendengar suatu tuntutan yangberbangkit daripada kecederaan diri atau kematian.(4) Bagi maksud subseksyen (1), “tanah” tidaklah termasuklekapan.Peluasan bidang kuasa melalui perjanjian47. (1) Walaupun amaun atau nilai hal perkara yang dituntutatau yang dipertikaikan melebihi lima puluh ribu ringgit,Tribunal hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengardan memutuskan tuntutan jika pihak-pihak telah membuat suatuperjanjian secara bertulis bahawa Tribunal hendaklah mempunyaibidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan tuntutan itu.

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(2) Suatu perjanjian boleh dibuat di bawah subseksyen (1)—(a) sebelum tuntutan dikemukakan di bawah seksyen 44;atau(b) jika tuntutan telah dikemukakan di bawah seksyen 44,pada bila-bila masa sebelum Tribunal merekodkanpenyelesaian yang dipersetujui berkenaan dengan tuntutanitu di bawah subseksyen 52(3) atau telah memutuskantuntutan itu di bawah seksyen 57, mengikut mana-manayang berkenaan.Peninggalan untuk membawa tuntutan dalam bidang kuasa48. (1) Pihak yang menuntut boleh meninggalkan apa-apa amauntuntutan yang melebihi lima puluh ribu ringgit supaya dapatmembawa tuntutan itu dalam bidang kuasa Tribunal.(2) Jika sebahagian daripada sesuatu tuntutan telah ditinggalkandi bawah subseksyen (1), rekod Tribunal bagi penyelesaian yangdipersetujui di bawah subseksyen 52(3) atau award Tribunaldi bawah seksyen 57, mengikut mana-mana yang berkenaan,berhubung dengan tuntutan itu hendaklah berkuat kuasa bagimelepaskan—(a) orang yang menjadi pihak kepada penyelesaian yangdipersetujui itu; atau(b) orang yang terhadapnya tuntutan dibawa dan award yangberikutan dengannya dibuat, daripada tanggungan berkenaandengan amaun yang ditinggalkan sedemikian.Kausa tindakan tidak boleh dibahagi49. Tuntutan tidak boleh dibahagi, atau lebih daripada satutuntutan dibawa, berkenaan dengan perkara yang sama terhadappihak yang sama bagi maksud membawanya dalam bidang kuasaTribunal.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 45Penyingkiran bidang kuasa mahkamah50. (1) Jika sesuatu tuntutan dikemukakan kepada Tribunaldan tuntutan itu berada dalam bidang kuasa Tribunal, isu yangdipertikaikan dalam tuntutan itu, sama ada sebagaimana yangditunjukkan dalam tuntutan yang mula-mula atau muncul semasapendengaran, tidak boleh menjadi perkara dalam prosidingantara pihak yang sama dalam mana-mana mahkamah melainkanjika—(a) prosiding di hadapan mahkamah itu telah dimulakansebelum tuntutan itu dikemukakan kepada Tribunal;atau(b) tuntutan di hadapan Tribunal telah ditarik balik, ditinggalkanatau dibatalkan.(2) Jika perenggan (1)(a) terpakai, isu yang dipertikaikandalam tuntutan yang dimaksudkan oleh prosiding itu, sama adasebagaimana yang ditunjukkan dalam tuntutan yang mula-mulaatau muncul semasa pendengaran, tidak boleh menjadi perkaradalam prosiding antara pihak yang sama di hadapan Tribunalmelainkan jika tuntutan di hadapan mahkamah telah ditarik balik,ditinggalkan atau dibatalkan.Notis tuntutan dan pendengaran51. Apabila sesuatu tuntutan dikemukakan di bawah seksyen44, Setiausaha kepada Tribunal hendaklah memberi notis tentangbutir-butir mengenai hari, masa dan tempat pendengaran dalamborang yang ditetapkan kepada pihak yang menuntut danpenentang.Rundingan penyelesaian52. (1) Tribunal hendaklah, berkenaan dengan tiap-tiap tuntutandalam bidang kuasanya, menilai sama ada, dalam semua hal keadaan,wajar bagi Tribunal untuk membantu pihak-pihak merundingkansuatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan tuntutanitu.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(2) Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), dalam membuatpenilaian, Tribunal hendaklah mengambil kira apa-apa faktor yang,pada pendapat Tribunal, mungkin mencacatkan kemampuan salahsatu atau kedua-dua pihak untuk merundingkan penyelesaian yangdipersetujui.(3) Jika pihak-pihak mencapai penyelesaian yang dipersetujui,Tribunal hendaklah bersetuju dan merekodkan penyelesaian itu danpenyelesaian itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah penyelesaianitu ialah award Tribunal.(4) Jika—(a) Tribunal mendapati bahawa tidaklah wajar untuknyamembantu pihak-pihak merundingkan suatu penyelesaianyang dipersetujui berhubung dengan tuntutan itu; atau(b) pihak-pihak itu tidak dapat mencapai penyelesaian yangdipersetujui berhubung dengan tuntutan itu, Tribunalhendaklah meneruskan untuk memutuskan pertikaianitu.Hak untuk hadir pada pendengaran53. (1) Pada pendengaran sesuatu tuntutan tiap-tiap pihak adalahberhak untuk hadir dan didengar.(2) Tiada pihak boleh diwakili oleh seseorang peguam beladan peguam cara pada suatu pendengaran melainkan jika padapendapat Tribunal perkara yang dipersoalkan melibatkan isuundang-undang yang kompleks dan satu pihak akan mengalamikesusahan kewangan yang teruk jika dia tidak diwakili olehseorang peguam bela dan peguam cara; tetapi jika satu pihakdibenarkan kemudiannya untuk diwakili oleh seorang peguambela dan peguam cara maka pihak yang satu lagi itu hendaklahjuga berhak sedemikian.(3) Tertakluk kepada subseksyen (2), tetapi walau apa punseksyen 37 Akta Profesion Undang-Undang 1976—(a) sesuatu perbadanan atau kumpulan orang yang tidakdiperbadankan boleh diwakili oleh pekerja perbadananatau kumpulan orang itu yang bergaji sepenuh masa;

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 47(b) seseorang orang belum dewasa atau mana-mana oranglain yang tidak berupaya boleh diwakili oleh sahabatwakil atau penjaga ad litemnya.(4) Jika sesuatu pihak diwakili sebagaimana yang diperuntukkandi bawah subseksyen (3), Tribunal boleh mengenakan apa-apasyarat yang difikirkannya perlu bagi memastikan bahawa pihakyang satu lagi kepada prosiding itu tidaklah pada matannyadiletakkan dalam keadaan yang kurang baik.Prosiding hendaklah terbuka54. Semua prosiding di hadapan Tribunal hendaklah terbukakepada orang ramai.Keterangan55. (1) Tribunal boleh—(a) mendapatkan dan menerima semua keterangan bersumpahatau dengan ikrar, sama ada bertulis atau lisan, danmemeriksa semua orang sebagai saksi, sebagaimanayang difikirkan perlu oleh Tribunal untuk didapatkan,diterima atau diperiksa;(b) menghendaki pengemukaan buku, kertas, dokumen, rekodatau benda di hadapannya;(c) mengendalikan apa-apa sumpah, ikrar atau akuan berkanun,mengikut kehendak keadaan;(d) mendapatkan dan menerima apa-apa keterangan laindan membuat apa-apa siasatan lain sebagaimana yangdifikirkannya patut;(e) memanggil pihak-pihak kepada prosiding itu atau mana-manaorang lain supaya hadir di hadapannya untuk memberiketerangan atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekodatau benda lain dalam milikannya atau selainnya untukmembantu Tribunal dalam pertimbangtelitiannya;(f) menerima keterangan pakar; dan(g) secara umumnya mengarahkan dan melakukan segalaperkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepatpemutusan tuntutan itu.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(2) Sesuatu saman yang dikeluarkan di bawah seksyen inihendaklah disampaikan dan dikuatkuasakan seolah-olah samanitu merupakan suatu saman yang dikeluarkan oleh mahkamahrendah.Tribunal boleh bertindak semasa ketidakhadiran pihak56. Tribunal boleh mendengar dan memutuskan tuntutandi hadapannya walaupun mana-mana pihak kepada prosiding itutidak hadir jika dibuktikan sehingga Tribunal berpuas hati bahawanotis pendengaran telah diserahkan kepada pihak yang tidak hadiritu dengan sewajarnya.Award Tribunal57. (1) Tribunal hendaklah membuat awardnya tanpa kelengahandan, jika dapat dilaksanakan, dalam masa enam puluh hari darihari pertama pendengaran bermula di hadapan Tribunal.(2) Sesuatu award Tribunal di bawah subseksyen (1) bolehmenghendaki satu atau lebih daripada yang berikut:(a) supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wangkepada mana-mana pihak lain;(b) supaya wang diawardkan untuk memampasi bagi apa-apakerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh orangyang menuntut;(c) supaya kos untuk atau terhadap mana-mana pihakdibayar;(d) supaya bunga dibayar atas apa-apa jumlah wang atauaward kewangan pada kadar tidak melebihi lapan peratussetahun, melainkan jika telah dipersetujui selainnya antarapihak itu;(e) supaya tuntutan itu ditolak.(3) Tiada apa-apa jua dalam perenggan (2)(d) atau (e) bolehdisifatkan memberi Tribunal kuasa untuk mengaward apa-apaganti rugi bagi apa-apa kerugian atau kerosakan bukan wang.(4) Tribunal boleh pada bila-bila masa membaiki ataumembetulkan kesilapan taipan dalam apa-apa award atau ralatyang berbangkit daripada apa-apa kesilapan atau peninggalanyang tidak disengajakan.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 49Rujukan kepada Hakim Mahkamah Tinggi atas persoalanundang-undang58. (1) Sebelum Tribunal membuat sesuatu award di bawahseksyen 57, Tribunal boleh, mengikut budi bicaranya, merujukkankepada seorang Hakim Mahkamah Tinggi sesuatu persoalanundang-undang—(a) yang berbangkit semasa prosiding;(b) yang, pada pendapat Tribunal, adalah cukup penting untukmewajarkan rujukan itu; dan(c) yang penentuannya oleh Tribunal menimbulkan, padapendapat Tribunal, keraguan yang mencukupi untukmewajarkan rujukan itu.(2) Jika Tribunal merujukkan apa-apa persoalan undang-undangdi bawah subseksyen (1) bagi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi,Tribunal hendaklah membuat awardnya dengan menepati keputusanitu.(3) Peguam Persekutuan yang diberi kuasa oleh Peguam Negarabagi maksud itu boleh hadir bagi pihak Tribunal dalam apa-apaprosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi di bawah seksyenini.Sebab keputusan59. Tribunal hendaklah dalam semua prosiding memberikansebabnya bagi award yang diberikannya dalam prosiding itu.Perintah dan penyelesaian hendaklah direkodkan secarabertulis60. Tribunal hendaklah membuat atau menyebabkan supaya dibuatsuatu rekod bertulis tentang terma—(a) tiap-tiap penyelesaian yang dipersetujui yang dicapai olehpihak-pihak di bawah subseksyen 52(3); dan(b) tiap-tiap award yang dibuatnya di bawah seksyen 57.

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 672Keputusan Tribunal adalah muktamad61. (1) Tiap-tiap penyelesaian yang dipersetujui yang direkodkanoleh Tribunal di bawah subseksyen 52(3) dan tiap-tiap awardyang dibuat oleh Tribunal di bawah seksyen 57—(a) adalah muktamad dan mengikat semua pihak kepadaprosiding itu; dan(b) hendaklah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Sesyenatau Mahkamah Majistret, mengikut mana-mana yangberkenaan, dan dikuatkuasakan sewajarnya oleh manamanapihak kepada prosiding itu.(2) Bagi maksud perenggan (1)(b), dalam hal jika award yangdibuat oleh Tribunal tidak dipatuhi, Setiausaha kepada Tribunalhendaklah menghantar suatu salinan award yang dibuat olehTribunal kepada Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret,mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mempunyai bidangkuasa di tempat yang dimaksudkan oleh award itu atau di tempataward itu dibuat dan Mahkamah hendaklah menyebabkan salinanitu direkodkan.Penalti jenayah kerana kegagalan mematuhi62. (1) Mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu awardyang dibuat oleh Tribunal dalam tempoh yang dinyatakan olehTribunal melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebihdaripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.(2) Dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, pesalah boleh,sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen (1), didendatidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagiandaripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.Tatacara jika tiada peruntukan dibuat63. Tertakluk kepada Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturanyang dibuat di bawah Akta ini, Tribunal hendaklah menerimapakai tatacara yang difikirkannya sesuai dan wajar.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 51Ketiadaan bentuk64. Tiada prosiding Tribunal atau award atau dokumen lain Tribunalboleh diketepikan atau dibatalkan kerana ketiadaan bentuk.Pelupusan dokumen, dsb.65. (1) Tribunal boleh, pada penutup prosiding di hadapannya,memerintahkan supaya apa-apa dokumen, rekod, bahan atau hartalain yang dikemukakan semasa prosiding itu dihantarserahkankepada pemunyanya yang sah atau dilupuskan mengikut apa-apacara yang difikirkannya patut.(2) Jika tiada seorang pun menerima penghantarserahan dokumen,rekod, bahan atau harta lain yang disebut dalam subseksyen (1),selepas tempoh enam bulan, pemunyaan dokumen, rekod, bahanatau harta lain itu hendaklah disifatkan telah berpindah kepadadan menjadi terletak hak pada Kerajaan.Tindakan atau peninggalan yang dibuat dengan suci hati66. Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkandalam mana-mana mahkamah terhadap—(a) Tribunal;(b) anggota Tribunal; atau(c) seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi ataubagi pihak Tribunal,bagi apa-apa tindakan atau peninggalan yang dilakukan dengansuci hati dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanyadi bawah Akta ini.Peraturan-peraturan berkenaan dengan Tribunal67. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturanberkenaan dengan Tribunal sebagaimana yang perlu atau suaimanfaat.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturanperaturanboleh dibuat bagi—(a) menetapkan tanggungjawab anggota Tribunal;(b) menetapkan tatacara Tribunal;(c) menetapkan borang untuk digunakan dalam prosiding dibawah Bahagian ini;(d) menetapkan dan mengenakan fi dan memperuntukkan carabagi pemungutan dan pembayaran fi itu;(e) menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki supayaditetapkan di bawah Bahagian ini.BAHAGIAN VIITafsiranPENGAMBILALIHAN KAWALAN68. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—“pemegang lesen” termasuklah—(a) seseorang yang memegang suatu lesen di bawah Aktaini;(b) seseorang yang dikecualikan daripada memegang lesenyang diberikan di bawah Akta ini; dan(c) seseorang yang memegang, mengawal atau mengendalikanaset yang menjadi sebahagian daripada perkhidmatanpengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusanpembersihan awam.Pemegang lesen hendaklah memaklumkan Perbadanan69. Mana-mana pemegang lesen yang mendapati bahawa—(a) ia adalah tidak solven; atau(b) ia telah menggantungkan pembayaran hingga apa-apatakat yang menjejaskan pengendaliannya,hendaklah dengan segera memaklumkan Perbadanan mengenaihakikat itu.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 53Tindakan Perbadanan berkenaan dengan pemegang lesendalam hal keadaan tertentu70. (1) Jika Perbadanan—(a) telah dimaklumkan oleh pemegang lesen mengenaiapa- apa hal keadaan yang disebut dalam seksyen 69;atau(b) berpuas hati—(i) bahawa lesen itu atau pemberikuasaan pemeganglesen telah dibatalkan dan pemegang lesen terusmenyediakan perkhidmatan pengurusan sisapepejal dan perkhidmatan pengurusan pembersihanawam berlanggaran dengan Akta ini atau manamanaperaturan-peraturan yang dibuat di bawahAkta ini;(ii) bahawa telah berlakunya atau ada pelanggaranoleh pemegang lesen mengenai apa-apa arahanPerbadanan yang sebegitu serius sehinggamenjadikannya tidak wajar bagi pemegang lesenuntuk terus memegang lesennya;(iii) bahawa pemegang lesen tidak solven atau telahmenggantungkan pembayaran hingga apa-apatakat yang menjejaskan pengendaliannya ataubahawa terdapat fakta atau hal keadaan yangberkemungkinan akan membawa kepada pemeganglesen menjadi tidak solven atau kepada pemeganglesen menggantungkan pembayaran hingga apa-apatakat yang menjejaskan pengendaliannya; atau(iv) bahawa pemegang lesen telah melanggar mana-manaperuntukan Akta ini atau telah melanggar apa-apasyarat lesennya yang sebegitu serius sehinggamenjadikannya tidak wajar bagi pemegang lesenitu terus memegang lesennya,Perbadanan boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,menjalankan mana-mana satu atau lebih daripada kuasa yangberikut, sebagaimana yang disifatkannya perlu:(A) menghendaki pemegang lesen untuk mengambil apa-apalangkah, tindakan atau untuk melakukan atau tidakmelakukan apa-apa perbuatan atau benda berhubungdengan pemegang lesen itu atau perniagaan, pengarahatau pegawainya sebagaimana yang dinyatakan, dandalam tempoh yang dinyatakan, oleh Perbadanan dalamperintah itu;

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(B) walau apa pun apa-apa jua yang terdapat dalam manamanaundang-undang bertulis atau apa-apa had yangterkandung dalam dokumen penubuhan pemegang lesen,menyingkirkan seseorang pegawai pemegang lesen daripadajawatannya berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakandalam perintah itu;(C) walau apa pun apa-apa jua yang terdapat dalam manamanaundang-undang bertulis atau apa-apa had yangterkandung dalam dokumen penubuhan pemegang lesen,khususnya, had tentang bilangan minimum atau maksimumpengarah—(i) menyingkirkan mana-mana pengarah pemeganglesen daripada jawatannya berkuat kuasa daritarikh yang dinyatakan dalam perintah itu; atau(ii) melantik seorang atau lebih sebagai pengarahatau pengarah-pengarah pemegang lesen danmengadakan peruntukan bagi mana-mana orangyang dilantik sedemikian dibayar apa-apa saraanoleh pemegang lesen itu sebagaimana yangdinyatakan dalam perintah itu; atau(D) melantik seseorang untuk menasihati pemegang lesenberhubung dengan penjalanan sepatutnya perniagaannyadan mengadakan peruntukan bagi orang yang dilantiksedemikian dibayar apa-apa saraan oleh pemegang lesenitu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.(2) Kuasa Perbadanan di bawah perenggan (1)(B), (C) dan (D)hendaklah dijalankan hanya dengan persetujuan Menteri terlebihdahulu.(3) Jika mana-mana hal keadaan yang dinyatakan dalamperenggan (1)(a) dan (b) wujud berkenaan dengan pemegang lesendan Perbadanan berpendapat bahawa adalah perlu demi kepentinganawam, Perbadanan boleh, sama ada atau tidak Perbadanan telahmenjalankan mana-mana kuasanya di bawah perenggan (1)(A),(B), (C) atau (D), membuat syor kepada Menteri—(a) supaya Perbadanan mengambil alih kawalan ke ataskeseluruhan harta, perniagaan dan hal ehwal pemeganglesen itu dan menjalankan keseluruhan perniagaan danhal ehwalnya;

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 55(b) supaya Perbadanan mengambil alih kawalan ke atas apaapabahagian harta, perniagaan dan hal ehwal pemeganglesen itu sebagaimana yang dinyatakan oleh Perbadanandan menjalankan mana-mana bahagian perniagaan danhal ehwal itu;(c) supaya Perbadanan melantik mana-mana orang untukmenjalankan mana-mana kuasa Perbadanan di bawahperenggan (a) atau (b) bagi pihak Perbadanan; atau(d) supaya belanja Perbadanan, atau saraan orang yang dilantiksedemikian di bawah perenggan (c), mengikut manamanayang berkenaan, dibayar daripada aset pemeganglesen itu dengan diberikan keutamaan daripada semuatuntutan lain sama ada bercagar atau tidak bercagar.(4) Jika Menteri bersetuju dengan syor Perbadanan di bawahsubseksyen (3), dia hendaklah membuat suatu perintah yanghendaklah disiarkan dalam Warta yang menyatakan keputusannyadan tindakan yang hendaklah diambil oleh Perbadanan dengansewajarnya.(5) Suatu perintah Perbadanan di bawah subseksyen (1) atausuatu perintah Menteri di bawah subseksyen (4) boleh dipindaatau digantikan dari semasa ke semasa oleh suatu perintah lanjutdi bawah subseksyen (1) atau (4), oleh Perbadanan atau Menteri,mengikut mana-mana yang berkenaan.(6) Tiada perintah di bawah subseksyen (1), (4) atau (5) bolehdibuat melainkan jika—(a) pemegang lesen yang berkenaan dengannya perintah ituhendak dibuat; dan(b) dalam hal suatu perintah di bawah perenggan (1)(B) atausubperenggan (C)(i), pegawai atau pengarah yang hendakdisingkirkan daripada jawatan itu,telah diberi suatu peluang yang munasabah untuk membuatrepresentasi terhadap, atau selainnya berkenaan dengan, perintahyang dicadangkan itu.(7) Walau apa pun subseksyen (6), jika pada pendapatPerbadanan—(a) dalam hal suatu perintah yang dibuat oleh Perbadanandi bawah subseksyen (1) atau (5); atau

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(b) dalam hal suatu perintah yang dibuat oleh Menteridi bawah subseksyen (4) atau (5),apa-apa kelengahan akan memudaratkan kepentingan penghasilsisa pepejal atau orang ramai atau kepada mana-mana kumpulanorang ramai, perintah itu boleh dibuat dahulu dan peluang untukmembuat representasi terhadap atau selainnya berhubung denganperintah itu hendaklah, dalam hal itu, diberikan sebaik selepasperintah itu dibuat, dan perintah itu boleh, berikutan daripadarepresentasi sedemikian sama ada disahkan atau dipinda ataudigantikan di bawah subseksyen (5), atau dibatalkan di bawahsubseksyen (8).(8) Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), (4)atau (5), boleh dibatalkan oleh Perbadanan atau Menteri, mengikutmana-mana yang berkenaan, mengikut cara sebagaimana perintahitu dibuat.(9) Seseorang yang melanggar perintah Perbadanan di bawahperenggan (1)(A), (B), (C) atau (D) melakukan suatu kesalahandan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratusribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi duatahun atau kedua-duanya.BAHAGIAN VIIIKAWALAN KE ATAS PENGHASIL SISA PEPEJAL DAN ORANGYANG MEMILIKI SISA PEPEJAL TERKAWALLarangan terhadap pelonggokan, pengolahan, dsb., sisa pepejalterkawal tanpa kebenaran71. (1) Tiada seorang pun boleh melonggokkan, mengasingkan,menstorkan, menyimpan, memungut, memindahkan, mengangkut,mengolah atau melupuskan atau menyebabkan atau membenarkansupaya dilonggokkan, diasingkan, distorkan, disimpan, dipungut,dipindahkan, diangkut, diolah atau dilupuskan apa-apa sisa pepejalterkawal selain mengikut Akta ini.(2) Semua sisa pepejal terkawal hendaklah dilonggokkan,diolah, disimpan, distorkan atau dilupuskan hanya di kemudahanpengurusan sisa pepejal yang dilesenkan di bawah Akta ini.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 57(3) Walau apa pun subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh,melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta, menentukanapa-apa kategori sisa pepejal terkawal yang boleh dilonggokkan,diolah, disimpan, distorkan atau dilupuskan selain mengikut Aktaini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Aktaini atau di kawasan selain kemudahan pengurusan sisa pepejal.(4) Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (3),Ketua Pengarah hendaklah mengambil kira—(a) apa-apa sisa pepejal terkawal yang cukup kecil atausementara sifatnya sehingga sisa pepejal terkawal ituboleh dikecualikan daripada pemakaian subseksyen(2);(b) apa-apa cara pengolahan atau pelupusan apa-apa sisapepejal terkawal yang tidak begitu berbahaya sehinggasisa pepejal itu boleh dikecualikan daripada pemakaiansubseksyen (2); dan(c) hal yang baginya kawalan yang memadai diperuntukkandi bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.(5) Tiada seorang pun pemunya atau penghuni kemudahanpengurusan sisa pepejal yang dilesenkan boleh menerima,memproses atau mengolah apa-apa sisa pepejal terkawal selainmengikut Akta ini.(6) Mana-mana orang yang memiliki apa-apa sisa pepejalterkawal hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabahmemaklumkan Ketua Pengarah tentang apa-apa pelupusan sisapepejal terkawal yang tidak disengajakan atau tidak dimaksudkandi mana-mana tempat atau kawasan, selain tempat atau kawasanyang orang itu dibenarkan di bawah Akta ini untuk melupuskanapa-apa sisa pepejal terkawal.(7) Mana-mana pemunya atau penghuni mana-mana premishendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untukmengelakkan pelupusan sisa pepejal terkawal yang tidak dibenarkandi premisnya dan hendaklah tanpa kelengahan yang tidakmunasabah memaklumkan Ketua Pengarah mengenai pelupusantanpa kebenaran itu.

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(8) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (5)melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didendatidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi saturatus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurangdaripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau keduaduanya.Larangan terhadap pelepasan sisa pepejal terkawal yang tidakdibenarkan72. (1) Mana-mana orang yang mempunyai dalam milikannyaapa-apa sisa pepejal terkawal hendaklah mengambil segala langkahyang munasabah untuk mengelakkan terlepasnya apa-apa sisapepejal terkawal daripada milikannya.(2) Tiada seorang pun boleh menyebabkan, membantu,bersubahat atau membenarkan terlepasnya apa-apa sisa pepejalterkawal daripada milikan orang lain.(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didendatidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi saturatus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihilima tahun atau kedua-duanya.Sisa pepejal hendaklah diletakkan di dalam bekas ataudi tapak pelonggokan sisa pepejal terkawal73. (1) Apa-apa benda yang diletakkan di dalam apa-apa bekas,atau kebuk bekas sisa pepejal terkawal, dengan tujuan supayabekas itu dikosongkan atau dialihkan, atau yang dilonggokkandi mana-mana tempat yang disebabkan supaya disediakan olehKetua Pengarah atau Perbadanan untuk pemungutan dan pelupusansisa pepejal terkawal hendaklah disifatkan sebagai sisa pepejal,melainkan jika dibuktikan sebaliknya.(2) Tiada seorang pun, melainkan jika orang itu dilesenkandi bawah Akta ini untuk memungut sisa pepejal, boleh mengisih,mengusik atau selainnya mengganggu apa-apa bekas atau kebukbekas sisa pepejal terkawal, yang diletakkan dengan tujuansupaya bekas itu dikosongkan, ataupun dilonggokan di mana-mana

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 59tempat yang disebabkan supaya disediakan oleh Ketua Pengarahatau Perbadanan untuk pemungutan dan pelupusan sisa pepejalterkawal—(a) tanpa mengambil kira siapa yang menyediakan bekas ituatau menyebabkan bekas itu disediakan; dan(b) sama ada atau tidak bekas itu digunakan bagi maksudumum atau persendirian.(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukansuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidakmelebihi satu ribu ringgit.(4) Ketua Pengarah boleh mengecualikan pemungutansisa pepejal yang boleh dikitar semula yang dijalankan olehkumpulan amal atau mana-mana pertubuhan daripada peruntukansubseksyen (2).Kuasa untuk mengarahkan supaya sisa pepejal terkawaldiasingkan, dikendalikan dan distorkan74. (1) Ketua Pengarah boleh memberi arahan bertulis sebagaimanayang difikirkannya patut kepada mana-mana orang berkenaandengan pengasingan, pengendalian dan penstoran apa-apa sisapepejal terkawal dalam milikan orang itu bagi maksud memastikanpematuhan Akta ini.(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawahsubseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.Kuasa untuk mengarahkan supaya sisa pepejal terkawaldialihkan75. (1) Jika mana-mana orang mempunyai dalam milikannyaapa-apa sisa pepejal terkawal yang terkumpul atau apa-apakonsainan sisa pepejal terkawal di atas mana-mana tanah ataupremis yang berlanggaran dengan Akta ini, yang menyebabkankacau ganggu atau menjejaskan kesihatan atau gangguan kepadakawasan sekitarnya, Ketua Pengarah boleh, dengan notis secarabertulis yang disampaikan kepada orang itu, mengarahkan orangitu supaya menghantar sisa pepejal terkawal itu dalam masa yangdinyatakan dalam arahan itu ke mana-mana kemudahan pengurusansisa pepejal atau mana-mana kawasan yang ditentukan oleh KetuaPengarah untuk pengolahan atau pelupusan.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(2) Suatu arahan di bawah subseksyen (1) boleh menghendakiorang yang diarahkan itu untuk menghantar sisa pepejal terkawalitu membayar kos pengolahan atau pelupusan sisa pepejal terkawalitu.(3) Jika sisa pepejal terkawal itu tidak dihantar sebagaimanayang diarahkan di bawah subseksyen (1)—(a) Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan sisa pepejalterkawal itu dipungut oleh mana-mana orang yang diberikuasa oleh Ketua Pengarah; dan(b) kos yang ditanggung dalam memungut sisa pepejalterkawal itu oleh orang yang diberi kuasa di bawahperenggan (a) hendaklah menjadi hutang yang kenadibayar kepada Kerajaan dan hendaklah boleh didapatkandengan sewajarnya.(4) Ketua Pengarah boleh, apabila dibuat permohonan olehmana-mana orang dan dengan apa-apa syarat yang difikirkannyapatut membenarkan penstoran apa-apa jenis sisa pepejal yangboleh dikitar semula atau apa-apa konsainan sisa pepejal terkawaldi mana-mana premis.(5) Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawahseksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dantidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.Kuasa untuk mengarahkan supaya sisa pepejal terkawal yangdilonggokkan atau dilupuskan dengan menyalahi undangundangdialihkan76. (1) Jika apa-apa sisa pepejal terkawal dilonggokkan ataudilupuskan berlanggaran dengan Akta ini, Ketua Pengarah boleh,melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada—(a) pemunya atau penghuni premis;(b) orang yang melonggokkan atau melupuskan sisa pepejalterkawal; atau(c) penghasil sisa pepejal,mengarahkannya supaya mengalihkan sisa pepejal terkawal itudari premis itu dalam tempoh tidak lebih daripada tiga hari daritarikh penyampaian notis itu.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 61(2) Jika sisa pepejal terkawal itu tidak dialihkan sebagaimanayang diarahkan di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah bolehmenyebabkan sisa pepejal terkawal itu dialihkan oleh mana-manaorang lain yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah.(3) Jika Ketua Pengarah menjalankan kuasa yang diberikankepadanya di bawah subseksyen (2), kos yang ditanggung dalammengalihkan sisa pepejal terkawal itu hendaklah menjadi hutangyang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkandengan sewajarnya daripada—(a) pemunya atau penghuni tanah atau premis itu melainkanjika dia membuktikan bahawa dia tidak membuat ataumenyebabkan atau membenarkan pelonggokan sisapepejal terkawal itu dan dia telah mengambil segalalangkah yang munasabah untuk mengelakkan pelonggokandi premis itu;(b) orang yang melonggokkan atau melupuskan ataumenyebabkan atau membenarkan sisa pepejal terkawalitu dilonggokkan atau dilupuskan; atau(c) penghasil sisa pepejal.(4) Ketua Pengarah boleh memberikan arahan kepada pemunyaatau penghuni mana-mana premis supaya membenarkan akses kepremis itu bagi sisa pepejal terkawal yang dilonggokkan denganmenyalahi undang-undang dialihkan oleh mana-mana orang yangdiarahkan oleh Ketua Pengarah.(5) Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan di bawahsubseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dantidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.Kesalahan kerana menyebabkan kerosakan kepada kenderaan,bekas atau kemudahan pengurusan sisa pepejal lain77. (1) Mana-mana orang yang kerana perbuatan atau peninggalanyang sengaja atau terburu-buru atau cuai telah menyebabkankerosakan pada bekas, kenderaan atau kemudahan pengurusan sisapepejal melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidakmelebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(2) Mana-mana orang yang menyebabkan apa-apa kerosakandi bawah subseksyen (1) hendaklah, sebagai tambahan kepadapenalti di bawah subseksyen itu, membaiki atau bertanggunganuntuk membayar ganti rugi sepenuhnya bagi kerosakan yang telahdilakukannya dalam masa yang dinyatakan sebagaimana yangdifikirkan patut oleh mahkamah.(3) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), mana-manamahkamah yang di hadapannya seseorang dipertuduh atas suatukesalahan di bawah Akta ini—(a) boleh mentaksirkan pampasan yang kena dibayar di bawahseksyen ini; dan(b) boleh membuat perintah bagi pembayaran pampasanitu,dan mana-mana perintah sedemikian boleh dikuatkuasakan seolaholahperintah itu suatu penghakiman dalam tindakan sivil.(4) Tiada apa-apa jua boleh berkuat kuasa untuk melepaskanseseorang yang dengannya perjanjian telah dibuat di bawahseksyen 4 atau seorang pemegang lesen daripada tanggungan yangberbangkit di bawah subseksyen (1) dan orang atau pemeganglesen itu hendaklah juga bertanggungan atas apa-apa kerosakanyang ditunjukkan telah disebabkan oleh apa-apa tindakan ataupeninggalan yang sengaja atau terburu-buru atau cuai orang yangdiambil kerja olehnya, atau pekhidmat atau ejennya.BAHAGIAN IXPegawai diberi kuasaPERUNTUKAN PENGUATKUASAAN78. (1) Ketua Pengarah boleh, secara bertulis memberi kuasamana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 5, pegawaimana-mana pihak berkuasa tempatan atau pegawai Perbadananuntuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.(2) Mana-mana pegawai sedemikian hendaklah disifatkansebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan[Akta 574].

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 63(3) Pada menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaandi bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklahapabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnyadia bertindak kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh KetuaPengarah.(4) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai segala kuasa, fungsidan kewajipan seorang pegawai diberi kuasa.Kuasa penguatkuasaan79. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh bagi maksudmenguatkuasakan Akta ini—(a) meminta dan memeriksa apa-apa buku, dokumen, suratcara atau rekod dan membuat salinan atau mengambilcabutan daripada buku, dokumen, surat cara atau rekoditu yang ada dalam jagaan atau kawalan mana-manaorang berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Aktaini;(b) melawat, memasuki, meneliti dan memeriksa denganatau tanpa notis terlebih dahulu mana-mana kemudahanpengurusan sisa pepejal, tanah atau premis lain padabila-bila masa tetapi tidak boleh dengan tidakperlu menghalang atau mengganggu apa-apa kerjadalamnya;(c) menyiasat berkenaan dengan mana-mana kemudahanpengurusan sisa pepejal, tanah atau premis lain—(i) untuk memastikan penyenggaraan dan kebersihansepatutnya mana-mana kemudahan pengurusansisa pepejal, tanah atau premis lain;(ii) apa-apa perkara atau benda berkenaan dengan atauberhubung dengan keselamatan atau kesihatan manamanaorang yang tinggal di sekitar kemudahanpengurusan sisa pepejal itu atau yang menyebabkanatau berkemungkinan menyebabkan kerosakankepada harta;(iii) kesan apa-apa pengendalian atau amalan terhadapkeselesaan mana-mana kawasan atau tempat;atau(iv) sama ada terdapat kepadatan atau pengumpulangas atau cecair beracun; atau

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(d) mengambil sampel apa-apa bahan atau benda yangdijumpai di kemudahan pengurusan sisa pepejal, di atastanah atau di premis lain, dan sampel udara atau air di,di atas atau di sekitar kemudahan pengurusan sisa pepejal,tanah atau premis lain itu.(2) Jika, semasa pemeriksaan mana-mana kemudahan pengurusansisa pepejal oleh Ketua Pengarah, didapati oleh Ketua Pengarahbahawa keadaan kemudahan pengurusan sisa pepejal itu sebegiturupa sehingga keselamatan atau kesihatan mana-mana orang yangtinggal di sekitar kemudahan pengurusan sisa pepejal itu terdedahkepada bahaya, Ketua Pengarah—(a) boleh mengambil apa-apa langkah, sama ada di kemudahanpengurusan sisa pepejal yang terjejas atau di atas tanahyang bersempadanan, termasuk menutup kemudahanpengurusan sisa pepejal itu, sebagaimana yang didapatimunasabah oleh Ketua Pengarah untuk mengelakkanbahaya sedemikian; dan(b) berhak mendapatkan kos dan perbelanjaan yang dilakukandalam berbuat demikian daripada pemegang lesenkemudahan pengurusan sisa pepejal itu.Kuasa penyiasatan80. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyaikuasa untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Aktaini.(2) Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh seseorang pegawaidiberi kuasa untuk memberikan maklumat atau mengemukakanapa-apa dokumen atau barang lain yang berhubungan denganpelakuan apa-apa kesalahan yang orang itu berkuasa untukmemberikannya hendaklah terikat di sisi undang-undang untukmemberikan maklumat itu atau mengemukakan dokumen ataubarang lain itu.Menggeledah dan menyita dengan waran81. (1) Jika didapati oleh Majistret, berdasarkan maklumat bertulisbersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang didapatinya perlu,bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 65mana-mana premis telah digunakan atau hendak digunakan bagi,atau terdapat di dalam atau di mana-mana premis, keteranganyang diperlukan untuk membuktikan, pelakuan suatu kesalahan dibawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yangmemberi kuasa pegawai diberi kuasa yang kepadanya waran itudiarahkan, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada padawaktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—(a) untuk memasuki mana-mana premis dan menggeledah,menyita dan menahan apa-apa harta, kelengkapan, jentera,buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain;(b) untuk memeriksa, membuat salinan, atau mengambilcabutan daripada, mana-mana buku, rekod, dokumenatau barang lain yang disita dan ditahan;(c) mengambil milikan, dan mengalihkan dari premis itu, apaapaharta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen,bejana, bekas atau barang lain yang disita sedemikian ataumenahannya selama apa-apa tempoh yang diperlukan;(d) memeriksa mana-mana orang yang ada di dalam, atau dipremis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu, menahanorang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempatsebagaimana yang perlu untuk memudahkan penggeledahanitu, dan menyita dan menahan apa-apa harta atau dokumenyang dijumpai pada orang itu; atau(e) memecah buka, memeriksa dan menggeledah apa-apabejana, bekas atau barang lain.(2) Seseorang pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawahsubseksyen (1) boleh, jika perlu berbuat demikian—(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam manamanapremis dan masuk ke dalam premis itu;(b) dengan kekerasan masuk ke dalam mana-mana premisdan tiap-tiap bahagiannya;(c) dengan kekerasan mengalihkan apa-apa halangan kepadakemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahananatau pemindahan itu yang dia diberi kuasa untukmelaksanakannya; atau(d) menahan mana-mana orang yang ditemui di mana-manapremis yang digeledah di bawah subseksyen (1) sehinggapenggeledahan itu selesai.

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(3) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau jumlahnya, pengalihanmana-mana harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen,bejana, bekas atau barang lain yang disita di bawah seksyen initidak dapat dilaksanakan, pegawai diberi kuasa yang menyitahendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak harta, kelengkapan,jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lainitu.(4) Mana-mana orang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan,mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalamsubseksyen (3) atau mengalihkan harta, kelengkapan, jentera, bukurekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain yang dilak atau,cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh,apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgitatau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan ataukedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusanboleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hariatau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepassabitan.Menggeledah dan menyita tanpa waran82. Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati atas maklumatyang diterima bahawa dia mempunyai sebab yang munasabah untukmempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperolehsuatu waran geledah di bawah seksyen 81 penyiasatan akanterjejas teruk atau keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahanmungkin diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan,pegawai itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan dalam,di atas dan berkenaan dengan premis itu segala kuasa yang disebutdalam seksyen 81 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnyaseolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatuwaran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.Capaian kepada data berkomputer83. (1) Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatupenggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi capaian kepadadata berkomputer sama ada disimpan dalam suatu komputer atauselainnya.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 67(2) Bagi maksud seksyen ini, pegawai diberi kuasa ituhendaklah diberikan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan,perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yangdikehendaki bagi capaiannya untuk membolehkan data berkomputerdifahami.Kuasa untuk memberhentikan, menggeledah dan menyitakenderaan84. (1) Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebabyang munasabah untuk mengesyaki bahawa mana-mana kenderaanmembawa apa-apa benda yang berkenaan dengannya suatukesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturanyang dibuat di bawah Akta sedang atau telah dilakukan, dia bolehmemberhentikan dan memeriksa kenderaan itu dan boleh, jikaatas pemeriksaan dia mempunyai sebab yang munasabah untukmempercayai bahawa kenderaan itu sedang atau telah digunakanuntuk melakukan kesalahan itu, menyita kenderaan dan apa-apabenda yang dijumpai di dalam kenderaan itu yang semunasabahnyadipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahanitu.(2) Orang yang mengawal atau menjaga kenderaan ituhendaklah, jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai diberikuasa—(a) memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawaidiberi kuasa untuk memeriksanya; dan(b) membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa danmengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkanatau memudahkan penjalanan pemeriksaan sebagaimanayang didapati perlu oleh pegawai diberi kuasa.(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukansuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidakmelebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan dalam halsuatu kesalahan yang berterusan boleh didenda tidak melebihi saturibu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada seharikesalahan itu berterusan selepas sabitan.

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 672Senarai benda yang disita85. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawahsubseksyen (2), jika apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku,rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau apa-apakenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaanitu, disita di bawah Akta ini, pegawai yang menyita hendaklahmenyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan sertamertamenyerahkan suatu salinan senarai itu yang ditandatanganiolehnya kepada—(a) jika premis telah digeledah di bawah seksyen 81 atau 82,penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepadaejen atau pekhidmatnya, di premis itu; dan(b) jika kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalamkenderaan itu disita di bawah seksyen 84, orang yangmengawal atau menjaga kenderaan itu.(2) Jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai yang menyitahendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai benda yangdisita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.Pemulangan sementara harta, dsb., yang disita86. Jika apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen,bejana, bekas atau barang lain, atau apa-apa kenderaan atauapa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, disita dibawah Akta ini, Ketua Pengarah boleh, mengikut budi bicaranya,memulangkan buat sementara benda itu kepada pemunya atauorang yang daripada milikan, jagaan atau kawalannya benda itudisita—(a) tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakanoleh Ketua Pengarah; dan(b) tertakluk, dalam apa-apa hal, kepada jaminan yangmencukupi diberikan sehingga Ketua Pengarah berpuashati bahawa benda itu akan diserahkan kepadanya apabiladiminta atau dikemukakan di hadapan mahkamah yangmempunyai bidang kuasa berwibawa.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 69Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyaipengetahuan tentang kes87. (1) Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatupenyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui perintah secarabertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orangyang pada hemat pegawai diberi kuasa itu mempunyai pengetahuantentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklahhadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.(2) Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimanayang dikehendaki sedemikian, pegawai diberi kuasa itu bolehmelaporkan keengganan itu kepada Majistret yang hendaklahmengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orangitu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuatdi bawah subseksyen (1).Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentangkes88. (1) Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatupenyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisanmana-mana orang yang dikatakan mempunyai pengetahuan tentangfakta dan hal keadaan kes itu.(2) Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) itu adalahterikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yangberhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawaidiberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan menjawab manamanasoalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkannyakepada pertuduhan jenayah, atau penalti atau pelucuthakan.(3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawahseksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakanyang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secarakeseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan.(4) Seorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorangdi bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkanorang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orangdi bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubahke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yangmembuatnya atau dilekatkan cap ibu jarinya, mengikut mana-manayang berkenaan—(a) selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasadia membuatnya; dan(b) selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apapembetulan yang dia mahu.Kebolehterimaan pernyataan89. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyenini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepadaseseorang pegawai diberi kuasa semasa penyiasatan dibuatdi bawah Akta ini boleh digunakan dalam keterangan.(2) Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaanatau bagi pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, ataspermintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-manapernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada seseorang pegawaidiberi kuasa semasa suatu penyiasatan di bawah Akta ini danboleh kemudiannya, jika difikirkan patut oleh mahkamah demikepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikansuatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakanuntuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yangdiperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].(3) Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa suatupenyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keteranganbagi menyokong pembelaannya semasa perbicaraan.(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkanterpakai bagi mana-mana pernyataan yang dibuat semasasuatu perbarisan cam atau terangkum dalam seksyen 27 atauperenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta Keterangan 1950.(5) Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahanberhubung dengan—(a) pembuatan; atau(b) kandungan,

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 71apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seseorang pegawaidiberi kuasa semasa suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Aktaini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalamkes pendakwaan.Pelucuthakan atau pelepasan harta, dsb., yang disita90. (1) Apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod,dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atau apa-apa kenderaanatau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, yangdisita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan olehAkta ini boleh dilucuthakkan.(2) Jika pendakwaan dimulakan berkenaan dengan apa-apaharta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekasatau barang lain, atau apa-apa kenderaan atau apa-apa benda yangdijumpai di dalam kenderaan itu, di bawah Akta ini, mahkamahyang di hadapannya pendakwaan berkenaan telah dijalankan bolehmemerintahkan pelucuthakan atau pelepasan harta, kelengkapan,jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lainitu, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalamkenderaan itu.(3) Mahkamah hendaklah memerintahkan pelucuthakan harta,kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas ataubarang lain, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpaidi dalam kenderaan itu yang disebut dalam subseksyen (1) jikadibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahandi bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa benda itu ialahhal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu,walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.(4) Jika tiada pendakwaan akan dimulakan berkenaan denganapa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen,bejana, bekas atau barang lain, atau apa-apa kenderaan atauapa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, yangdisita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang dalamjagaannya benda itu dipegang hendaklah memberitahu orang yangdaripada milikan, jagaan atau kawalannya harta, kelengkapan,jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lainitu, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalamkenderaan itu, disita tentang hakikat itu dan tentang peruntukansubseksyen (7).

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(5) Suatu notis di bawah subseksyen (4) hendaklah secarabertulis dan hendaklah dihantar ke alamat yang terakhir diketahuiorang yang berkenaan.(6) Jika tiada tuntutan dibuat di bawah subseksyen (7) dalammasa tiga puluh dari tarikh penyampaian notis yang disebut dalamsubseksyen (4), harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen,bejana, bekas atau barang lain, atau kenderaan atau apa-apa bendayang dijumpai di dalam kenderaan itu, yang disita di bawah Aktaini hendaklah diambil dan disifatkan dilucuthakkan apabila habistempoh itu.(7) Seseorang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunyaharta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekasatau barang lain, atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpaidi dalam kenderaan itu, yang disebut dalam subseksyen (4) danbahawa benda itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiriatau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikannotis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam milikannyabenda itu dipegang bahawa dia menuntut benda itu.(8) Apabila diterima notis yang disebut dalam subseksyen(7), pegawai diberi kuasa itu hendaklah merujukkan tuntutan itukepada Ketua Pengarah yang—(a) boleh mengarahkan supaya harta, kelengkapan, jentera,buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain,atau kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpaidi dalam kenderaan itu, dilepaskan; atau(b) boleh mengarahkan secara bertulis pegawai diberi kuasa,supaya merujukkan perkara itu kepada Majistret untukdiputuskan.(9) Majistret yang kepadanya suatu perkara dirujukkandi bawah perenggan (8)(b) hendaklah mengeluarkan saman yangmenghendaki—(a) orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya harta,kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen, bejana,bekas atau barang lain, atau kenderaan atau apa-apabenda yang dijumpai di dalam kenderaan itu; dan(b) orang yang daripadanya harta, kelengkapan, jentera, buku,rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, ataukenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalamkenderaan itu, disita,

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 73supaya hadir di hadapan Majistret dan apabila mereka hadir atauapabila mereka tidak hadir, tetapi penyampaian saman dengansewajarnya dibuktikan, Majistret itu hendaklah meneruskanpemeriksaan perkara itu dan jika dibuktikan bahawa suatukesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa bendaitu merupakan hal perkara atau telah digunakan dalam melakukankesalahan itu hendaklah memerintahkan supaya harta, kelengkapan,jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, ataukenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalam kenderaanitu, dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian,memerintahkan pelepasannya.(10) Apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen,bejana, bekas atau barang lain, atau kenderaan atau apa-apa bendayang dijumpai di dalam kenderaan itu, yang dilucuthakkan ataudisifatkan dilucuthakkan hendaklah dihantarserahkan kepadaKetua Pengarah dan hendaklah dilupuskan oleh Ketua Pengarahmengikut arahan Majistret.(11) Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya apa-apabenda yang disita di bawah Akta ini dijual pada bila-bila masadan hasil jualan dipegang sementara menanti keputusan apa-apapendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini jika—(a) benda itu adalah daripada jenis yang mudah musnah ataumudah reput dengan cepat dan semula jadi;(b) penjagaan benda itu melibatkan belanja dan kesusahanyang tidak munasabah; atau(c) benda itu dipercayai menyebabkan halangan atau bahayakepada orang ramai.Kos bagi memegang kelengkapan, dsb., yang disita91. Jika apa-apa harta, kelengkapan, jentera, buku, rekod, dokumen,bejana, bekas atau barang lain, atau apa-apa kenderaan atau apaapabenda yang dijumpai di dalam kenderaan itu, yang disitadi bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Ketua Pengarah sementaramenunggu penyelesaian apa-apa prosiding yang berkenaan dengansuatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang dalamjagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati telahmelakukan suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayaroleh orang itu kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan dengansewajarnya.

74 Undang-Undang Malaysia AKTA 672Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaanboleh didapatkan92. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapanmana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa harta, kelengkapan,jentera, buku, rekod, dokumen, bejana, bekas atau barang lain, atauapa-apa kenderaan atau apa-apa benda yang dijumpai di dalamkenderaan itu, yang disita dalam menjalankan atau yang berupasebagai menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh Aktaini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa gantirugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpasebab yang munasabah.Halangan93. Mana-mana orang yang—(a) enggan memberikan mana-mana pegawai diberi kuasaakses ke mana-mana premis yang pegawai diberi kuasaitu berhak kepadanya di bawah Akta ini atau dalammelaksanakan apa-apa kewajipan yang dikenakan ataukuasa yang diberikan oleh Akta ini;(b) menyerang, menghalang, menggalang atau mengganggumana-mana pegawai diberi kuasa dalam melaksanakankewajipan atau kuasanya yang diberikan oleh Aktaini;(c) enggan memberikan mana-mana pegawai diberi kuasaapa-apa maklumat yang berhubungan dengan sesuatukesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta iniatau apa-apa maklumat lain yang semunasabahnya bolehdikehendaki daripadanya dan yang ada dalam pengetahuanatau dalam kuasanya untuk memberikannya,melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didendatidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan dalamhal suatu kesalahan yang berterusan boleh didenda tidak melebihisatu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada seharikesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 75Pengkompaunan kesalahan94. (1) Ketua Pengarah atau Perbadanan boleh, dengan keizinansecara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahanyang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini danyang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaunoleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini denganmembuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telahmelakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itudengan membayar suatu amaun wang yang tidak melebihi limapuluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahanitu kepada Ketua Pengarah atau Perbadanan dalam masa yangdinyatakan dalam tawaran itu.(2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat padabila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelumapa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yangdinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yangdinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh pelanjutanyang boleh diberikan oleh Ketua Pengarah atau Perbadanan,pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bilamasa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telahdibuat.(3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawahsubseksyen (1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakanberkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanyatawaran untuk mengkompaun kesalahan itu telah dibuat.Pemulaan pendakwaan95. Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Aktaini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan secarabertulis Pendakwa Raya.Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan96. Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahandi bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuatdi bawah Akta ini, mana-mana orang yang, pada masa kesalahanitu dilakukan merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausahaatau pegawai lain yang seumpamanya atau yang berupa bertindak

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 672atas apa-apa sifat sedemikian, atau yang dalam apa-apa cara atausehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apaapahal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantudalam pengurusan sedemikian—(a) boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalamprosiding yang sama bersekali dengan pertubuhanperbadanan itu; dan(b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukankesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukankesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kirajenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan,dia membuktikan—(i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpapengetahuan, persetujuan atau pembiarannya;dan(ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah yangmunasabah dan menjalankan segala usaha yangwajar untuk menghalang pelakuan kesalahanitu.Penyampaian dokumen97. (1) Penyampaian sesuatu dokumen kepada mana-mana oranghendaklah dilaksanakan—(a) dengan menghantarserahkan dokumen itu kepadaorang itu atau dengan menghantarserahkan dokumen itukepada seseorang anggota keluarganya yang dewasa ditempat kediaman orang itu yang terakhir diketahui;(b) dengan meninggalkan dokumen itu di tempat kediamanatau perniagaan orang itu yang lazim atau yang terakhirdiketahui dalam suatu sampul yang dialamatkan kepadaorang itu; atau(c) dengan menghantar dokumen itu melalui pos berdaftaryang dialamatkan kepada orang itu di tempat kediamanatau perniagaan orang itu yang lazim atau yang terakhirdiketahui.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 77(2) Sesuatu dokumen yang dikehendaki disampaikan kepadapemunya atau penghuni mana-mana premis—(a) hendaklah disifatkan telah dialamatkan dengan sepatutnyajika dialamatkan dengan perihalan “pemunya” atau“penghuni” premis itu tanpa nama atau perihalan lanjut;dan(b) boleh disampaikan—(i) dengan menghantarserahkan dokumen itu kepadaseorang dewasa yang berada di premis itu; atau(ii) jika tiada orang sedemikian di premis itu yangkepadanya dokumen itu boleh dengan usahayang munasabah dihantarserahkan, melaluipengiklanan sekurang-kurangnya dalam satu akhbartempatan.Ketidaktepatan dalam dokumen98. (1) Tiada kesilapan nama atau ketidaktepatan perihalanmana-mana orang atau premis yang dinamakan atau diperihalkandalam mana-mana dokumen yang disediakan, dikeluarkanatau disampaikan bagi maksud Akta ini atau mana-manaperaturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh denganapa-apa cara menyentuh kuat kuasa Akta ini atau mana-manaperaturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta in berkenaan denganorang atau tempat itu jika orang atau tempat itu dinyatakan dalamdokumen itu sedemikian rupa sehingga boleh dikenali pasti.(2) Tiada prosiding yang diambil di bawah atau menurutkuasa Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuatdi bawah Akta ini boleh menjadi tidak sah kerana ketidaktepatanbentuk.Kebertanggungan pemindah hakmilik99. (1) Tiap-tiap orang yang menjual atau memindahkan hakmilikmana-mana harta yang berkenaan dengannya kos dan belanja telahdilakukan oleh Ketua Pengarah atau pemegang lesen, mengikutmana-mana yang berkenaan, pada atau semasa melaksanakanapa-apa kerja yang, di bawah Akta ini, boleh didapatkan daripadapemilik harta itu hendaklah terus bertanggungan bagi pembayaransegala kos dan belanja yang kena dibayar berkenaan dengan harta

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 79(b) membuat suatu perintah perobohan kemudahan pengurusansisa pepejal itu dalam tempoh yang dinyatakan dalamperintah itu.(3) Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah yang dibuatdi bawah perenggan (2)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh,apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh riburinggit dan tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakanselama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.(4) Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam perintahdi bawah perenggan (2)(b), Ketua Pengarah boleh melaksanakanperintah itu dan kos bagi kerja itu hendaklah menjadi hutang yangkena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah boleh didapatkandengan sewajarnya.BAHAGIAN XPENGURANGAN DAN MENDAPATKAN SEMULASISA PEPEJAL TERKAWALPengurangan, penggunaan semula dan pengitaran semula sisapepejal terkawal101. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalamWarta, menghendaki—(a) mana-mana penghasil sisa pepejal untuk mengurangkanpenghasilan sisa pepejal terkawal mengikut apa-apa caraatau kaedah;(b) mana-mana orang untuk menggunakan bahan yang mesraalam;(c) mana-mana orang untuk menggunakan amaun tertentubahan yang dikitar semula bagi keluaran tertentu;(d) mana-mana orang untuk mengehadkan penghasilan,pengimportan, kegunaan, pengeluaran atau pelupusankeluaran atau bahan tertentu;(e) pelaksanaan sistem kod dan pelabelan bagi apa-apa keluaranatau bahan untuk menggalakkan pengitaran semula;(f) penggunaan apa-apa kaedah atau cara bagi maksudmengurangkan kesan buruk sisa pepejal terkawal padaalam sekitar; dan

80 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(g) penggunaan apa-apa kaedah atau cara lain bagi maksudmengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semulasisa pepejal terkawal.(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah yangdibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan danboleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh riburinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enambulan atau kedua-duanya.Sistem terima balik dan sistem bayaran balik deposit102. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalamWarta mewujudkan sistem terima balik yang—(a) menghendaki supaya keluaran atau barang tertentu yangtelah digunakan hendaklah diterima balik oleh pengeluar,pemasang, pengimport atau pengedar dan supaya pengeluar,pemasang, pengimport atau pengedar itu hendaklahmenanggung perbelanjaan dan kos sendiri untuk mengitarsemula atau melupuskan apa-apa keluaran atau barangyang diterima balik mengikut cara yang tertentu;(b) menghendaki supaya mana-mana orang hendaklahmenghantar keluaran atau barang kepada pengeluar,pemasang, pengimport atau pengedar itu; dan(c) menghendaki supaya mana-mana pengedar keluaran danbarang tertentu untuk menerima dan menstorkan keluarandan barang tertentu yang diterima balik.(2) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,mewujudkan sistem bayaran balik deposit dan menentukan—(a) keluaran dan barang tertentu;(b) amaun bayaran balik deposit;(c) pelabelan keluaran dan barang; dan(d) obligasi pengedar keluaran dan barang.(3) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana perintahyang dibuat di bawah subseksyen (1) dan (2) melakukan suatukesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihisepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 81BAHAGIAN XIAMKumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan PembersihanAwam103. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “KumpulanWang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam” ditubuhkandan hendaklah dikawal dan dikendalikan oleh Perbadanan.(2) Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan PembersihanAwam hendaklah terdiri daripada—(a) apa-apa jumlah wang yang disumbangkan oleh KerajaanNegeri dan pihak berkuasa tempatan di bawah apaapaperkiraan yang dibuat menurut PerlembagaanPersekutuan;(b) segala wang yang diterima daripada caj, fi atau levi yangdikenakan di bawah seksyen 30;(c) segala wang yang diuntukkan daripada KerajaanPersekutuan bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihanawam.(3) Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan PembersihanAwam hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:(a) membayar kos yang ditanggung berikutan dengan perjanjianyang dibuat di bawah seksyen 4; dan(b) membayar caj, fi atau levi berhubung dengan arahan yangdiberikan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 23(5)untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan sisa pepejaldan perkhidmatan pengurusan pembersihan awam.(4) Perbadanan hendaklah menyebabkan supaya akaun yangsepatutnya bagi Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal danPembersihan Awam dan laporan aktivitinya yang sepatutnyaberkenaan dengan Kumpulan Wang itu disimpan dan hendaklah,secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahunkewangan, menyebabkan supaya disediakan bagi tahun kewanganitu—(a) suatu penyata akaun yang hendaklah mengandungi suatukunci kira-kira dan akaun sumbangan dan perbelanjaan;dan

82 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(b) suatu pernyataan mengenai aktivitinya.(5) Perbadanan hendaklah dengan seberapa segera yangmungkin menghantar suatu salinan penyata yang diperakui olehjuruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri danMenteri hendaklah menyebabkan supaya penyata dan laporan itudibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.Kuasa untuk mengecualikan104. (1) Menteri boleh, jika didapatinya selaras dengan maksudAkta ini atau demi kepentingan awam, melalui perintah yangdisiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang, kenderaan,premis atau kemudahan pengurusan sisa pepejal atau mana-managolongan orang, kenderaan, premis atau kemudahan pengurusansisa pepejal daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Aktaini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahAkta ini bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syaratyang sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dan dia bolehmengubah atau menambah kepada syarat yang telah dinyatakansedemikian.(2) Menteri boleh pada bila-bila masa melalui perintah yangdisiarkan dalam Warta membatalkan mana-mana perintah yangdibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawapengecualian sedemikian tidak patut diberikan lagi.Perlindungan Ketua Pengarah dan pegawai lain105. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakanatau dikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap—(a) Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah,Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah atau mana-manapegawai lain yang dilantik atau diberi kuasa dengansewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas sebab atauberkenaan dengan apa-apa perbuatan yang diarahkanatau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini danmana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahAkta ini; dan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 83(b) mana-mana orang lain bagi apa-apa perbuatan yangdilakukan atau berupa sebagai dilakukan olehnyadi bawah perintah, arahan atau suruhan Ketua Pengarah,Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Timbalan Pengarah,Penolong Pengarah atau mana-mana pegawai lain yangdilantik sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatanitu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaanyang munasabah bahawa perbuatan itu perlu bagi maksudyang diniatkan untuk dicapai melaluinya.Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan106. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain yangberlawanan, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta iniatau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Aktaini, dan mengenakan hukuman penuh bagi mana-mana kesalahansedemikian.Penalti am107. Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawahAkta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyataboleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh riburinggit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahunatau kedua-duanya.Peraturan-peraturan108. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimanayang suai manfaat atau perlu bagi penjalanan lebih baik peruntukanAkta ini.(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturanperaturanboleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yangberikut:(a) menetapkan standard dan spesifikasi bagi reka bentuk,pembinaan, pengendalian dan penyenggaraan mana-manakemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan;

84 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(b) menetapkan kaedah atau cara pemungutan,pengangkutan, pengolahan atau pelupusan sisapepejal terkawal termasuk jenis sisa pepejal terkawalyang menghendaki olahan terlebih dahulu sebelumpelupusannya;(c) menetapkan skim bagi menjalankan perkhidmatan pengurusansisa pepejal termasuk kewajipan dan obligasi pemeganglesen dan penghasil sisa pepejal, kawasan geografi, jenissisa pepejal terkawal dan perkhidmatan yang hendakdisediakan;(d) menetapkan reka bentuk, jenis dan bilangan bekas yanghendaklah disediakan dan bahan atau benda yang bolehatau tidak boleh diletakkan di dalam bekas itu;(e) menetapkan spesifikasi dan kehendak bagi kenderaan yangdigunakan dalam pengangkutan sisa pepejal terkawal;(f) menetapkan kaedah atau cara dan tahap pengitaran semulaoleh mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejalyang ditetapkan;(g) menetapkan apa-apa sisa pepejal terkawal sebagai sisapepejal yang boleh dikitar semula dan kewajipan manamanaorang untuk mengasingkan sisa pepejal yang bolehdikitar semula;(h) menetapkan kewajipan mana-mana orang untuk mengasingkansisa pepejal khas dan kehendak bagi penstoran di manamanapremis;(i) menetapkan kaedah atau cara bagi menjalankan perkhidmatanpengurusan pembersihan awam;(j) menetapkan bentuk dan kandungan lesen yang hendaklahdiberikan di bawah Akta ini, syarat yang hendaklahdikenakan dan fi yang hendaklah dibayar bagi lesenitu;(k) menetapkan cara dan borang yang hendaklah digunakandan maklumat yang hendaklah diberikan bagi apa-apamaksud Akta ini;(l) menetapkan bentuk pemberitahuan, notis, perintah atauarahan yang hendaklah dibuat di bawah Akta ini dancara penyampaian pemberitahuan, notis, perintah atauarahan itu;(m) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan borangyang hendaklah digunakan dan kaedah dan tatacara untukpengkompaunan kesalahan;

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 85(n) menetapkan caj, fi, levi atau kadar bagi caj pembayaranlewat yang ditetapkan di bawah Akta ini;(o) menetapkan penyimpanan dan penyenggaraan daftar;(p) menetapkan pengemukaan data oleh pemunya atau penghunimana-mana premis yang menghasilkan apa-apa sisapepejal terkawal dan mana-mana pemegang lesen yangmenyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal;(q) menetapkan tatacara dalam mengambil dan menguruskansampel apa-apa sisa pepejal terkawal;(r) menetapkan cara dan bentuk berkenaan dengan pelan danspesifikasi bagi apa-apa kemudahan pengurusan sisapepejal yang hendaklah dikemukakan di bawah Aktaini;(s) menetapkan kelayakan yang khusus bagi mana-mana orangyang terlibat dalam apa-apa perkhidmatan pengurusansisa pepejal;(t) menetapkan semua perkara lain yang perlu atau suaimanfaat untuk ditetapkan bagi menguatkuasakan Aktaini atau bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitanyang diakibatkan oleh permulaan kuat kuasa Akta iniatau mana-mana peruntukannya.(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen(1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan atau peninggalan yangmelanggar mana-mana peraturan-peraturan itu menjadi suatukesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihisepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihienam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.BAHAGIAN XIIKecualian dan peralihanKECUALIAN DAN PERALIHAN109. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian ini, apa-apa pendaftaran,suruhan, perbuatan, perintah, arahan, kelulusan atau keputusanyang dilakukan, dibuat atau diberikan sebelum tarikh ditetapkan,di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungandengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang

86 Undang-Undang Malaysia AKTA 672selaras dengan Akta ini hendaklah disifatkan telah dilakukan,dibuat atau diberikan di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya yang berhubungan dengannyapendaftaran, suruhan, perbuatan, perintah, arahan, kelulusan ataukeputusan itu terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan di bawahAkta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahAkta ini atau sehingga tarikh habis tempoh pendaftaran, suruhan,perbuatan, perintah, arahan, kelulusan atau keputusan itu.Perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awamsedia ada110. (1) Semua agensi atau jabatan Persekutuan atau Negeri,pihak berkuasa tempatan atau mana-mana orang yang, sebelumtarikh ditetapkan, diberi kuasa di bawah mana-mana undang-undangbertulis untuk—(a) mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatanpengurusan sisa pepejal;(b) menguruskan atau mengendalikan apa-apa kemudahanpengurusan sisa pepejal; atau(c) mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatanpengurusan pembersihan awam,hendaklah terus diberi kuasa di bawah Akta ini untuk mengusahakan,menyediakan, menguruskan atau mengendalikan perkhidmatan dankemudahan yang disebut terdahulu selama tempoh satu tahun daritarikh ditetapkan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkan olehKetua Pengarah jika agensi atau jabatan Persekutuan atau Negeri,pihak berkuasa tempatan atau orang diberi kuasa itu berdaftardengan Ketua Pengarah dalam masa enam bulan atau apa-apatempoh lain yang dilanjutkan oleh Ketua Pengarah selepas tarikhditetapkan.(2) Pemberikuasaan yang diberikan kepada agensi atau jabatanPersekutuan atau Negeri, pihak berkuasa tempatan atau manamanaorang di bawah subseksyen (1) hendaklah luput jika merekatidak berdaftar dengan Ketua Pengarah dalam masa enam bulanatau apa-apa tempoh lanjutan yang disebut dalam subseksyen (1)selepas tarikh ditetapkan.

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 87(3) Agensi atau jabatan Persekutuan atau Negeri, pihak berkuasatempatan atau mana-mana orang boleh pada bila-bila masa sebelumhabis tempoh pemberikuasaan itu memohon untuk mendapatkansuatu lesen di bawah Akta ini untuk terus—(a) mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatanpengurusan sisa pepejal;(b) menguruskan atau mengendalikan apa-apa kemudahanpengurusan sisa pepejal; atau(c) mengusahakan atau menyediakan apa-apa perkhidmatanpengurusan pembersihan awam,selepas habis tempoh pemberikuasaan itu.Perjanjian dan perjanjian tambahan sedia ada111. (1) Seseorang hendaklah hanya diberi kuasa untukmenjalankan perkhidmatan dan aktiviti yang dinyatakan dalammana-mana perjanjian dan perjanjian tambahan berkenaan denganperkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan pengurusanpembersihan awam yang dibuat dengan mana-mana agensi ataujabatan Persekutuan atau Negeri atau pihak berkuasa tempatanselama tempoh satu tahun dari tarikh ditetapkan atau apa-apatempoh lain yang dilanjutkan oleh Ketua Pengarah jika orang itumenyerah simpan suatu salinan perjanjian dan perjanjian tambahanyang diperakui dengan Ketua Pengarah dalam masa enam bulandari tarikh ditetapkan atau apa-apa tempoh lain yang dilanjutkanoleh Ketua Pengarah.(2) Pemberikuasaan yang diberikan kepada orang yang diberikuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah luput jika merekatidak berdaftar dengan Ketua Pengarah dalam masa enam bulanatau apa-apa tempoh lanjutan yang disebut dalam subseksyen (1)selepas tarikh ditetapkan.(3) Orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1)hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin selepasmenyerah simpan perjanjian dan perjanjian tambahannya, tetapidalam apa-apa hal tidak lewat daripada enam bulan selepas tarikhpenyerahsimpanan itu, memulakan rundingan semula perjanjiandan perjanjian tambahannya dengan Kerajaan Persekutuan danpihak lain kepada perjanjian dan perjanjian tambahan itu supayadapat menangani apa-apa isu kepentingan negara yang berbangkitdari tarikh ditetapkan.

88 Undang-Undang Malaysia AKTA 672(4) Penentuan mengenai apa yang terjumlah sebagai isukepentingan negara yang berbangkit dari tarikh ditetapkan hendaklahdibuat oleh Menteri dan penentuan sedemikian hendaklah muktamaddan mengikat semua orang dan tidak boleh dicabar, dirayukan,dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-manamahkamah.(5) Jika pindaan dibuat apabila perjanjian atau perjanjiantambahan yang dirunding semula itu dimuktamadkan, KetuaPengarah hendaklah mendaftarkan perjanjian yang dipinda itu.(6) Walau apa pun peruntukan Akta ini atau mana-manaundang-undang bertulis lain, kegagalan seseorang yang diberikuasa di bawah seksyen ini untuk memulakan rundingan semulaperjanjian dan perjanjian tambahannya sebagaimana yang dikehendakidi bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi suatu alasan bagipemberikuasaan yang disebut dalam subseksyen (1) dibatalkanatau bagi suatu lesen di bawah Akta ini tidak diberikan kepadaorang itu.(7) Jika suatu pemberikuasaan telah dibatalkan di bawahsubseksyen (6) atau jika lesen tidak diberikan atas alasan yangdinyatakan dalam subseksyen (6), Kerajaan Persekutuan, Menteriatau Ketua Pengarah tidaklah bertanggungan—(a) untuk membayar apa-apa pampasan kepada; dan(b) bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atauyang ditanggung oleh,orang yang tersentuh oleh pembatalan pemberikuasaan itu ataukeengganan untuk memberikan lesen itu.Kemudahan pengurusan sisa pepejal sedia ada112. (1) Mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yangdiluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebelumtarikh ditetapkan hendaklah disifatkan telah diluluskan di bawahseksyen 10.(2) Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa jika dia berpuashati bahawa kemudahan pengurusan sisa pepejal yang diluluskantidak menepati kehendak semasa mengenai kesan alam sekitar,kualiti dan tahap perkhidmatan pengurusan sisa pepejal atau

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 89kesihatan awam, menyampaikan kepada pemunya atau penghunikemudahan itu suatu notis secara bertulis tentang niatnya untukmenghendaki pemunya atau penghuni supaya memohon suatukelulusan yang baru di bawah seksyen 11.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!