12.07.2015 Views

TEK - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

TEK - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

TEK - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

11Tahukah Adik-adikKuda TidakTahukah Adik-adikBerkaki?Pengorbanan BapaPenguin Demi Anak23SubhanallahKehebatanCinta Ulat Ilmuwan Buku Perpustakaan yang Islam BaikCeloteh Celoteh Abang Abang Zul ZulMUTIARA HADITHAsal usul Azan 2FARDU AIN/KIFAYAHBELAJAR TAUHID: Al-Mu‘iz: Allah YangMemuliakan 3ADAB ISLAMIAH: Bahasa yang Baik, Diridipandang Menarik 4TAFHIMUL QURAN: Jom Cintai AlamSekitar 5ULUL ALBABPERUBATAN/KESIHATAN: Tulang:Kejuruteraan Terhebat Tubuh Kita 6TEKNOLOGI: Hari Lautan Sedunia 8DOA: Doa Kesejahteraan Ibu bapa 10MENGENAL CIPTAAN TUHANTAHUKAH ADIK-ADIK: Pengorbanan BapaPenguin Demi Anak 11AYRA & AIMANHari Ibu & Hari Bapa 13KISAH NABIMenyingkap Rahsia di Sebalik Perbuatan 15SOAL JAWAB AGAMABersama Ustazah Majidah 17AKTIVITIForum Hal Ehwal Islam Adik-adikku 18CELOTEH ABANG ZULKehebatan Prinsip Makan Rasulullah 20SUBHANALLAHKehebatan Ilmuwan Islam 21BERSAMA KAK KUSYIJom Jaga Kebersihan 22KEMBARA BUKUBahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan IslamMalaysia (Jakim) 23PEDOMANNyanyi Jangan Sampai Lalai 24KARYA PEMBACA 25FABELLuahan Hati Kami 27BELAJAR JAWI 30BELAJAR KHAT 33KEPUTUSAN SILANGKATA 34TEKA SILANGKATA 35BELAJAR BAHASATEMA: Makanan dan Minuman 36PERMAINAN UJI IQ 38PERADUAN MEWARNATEMA: Cintai Alam Sekitar 40KEPUTUSAN PERADUAN MEWARNA 41

HADITHAsal Usul AzanOleh: Ustazah Majidah Mat JusohDari Abdullah bin Umar katanya: “Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpulmenunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itubermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng sepertiNasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umarbin al-Khattab RA: “Bukankah lebih baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktusembahyang?” Bersabda Rasulullah SAW: “Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang.”(Riwayat Muslim)Ketika orang-orang Islam masih sedikit jumlahnya,kesulitan tidak timbul untuk mereka berkumpulbersama-sama bagi menunaikan solat secaraberjemaah. Namun, semakin hari semakin banyak bilanganorang-orang Islam sehingga timbullah masalah untukmemanggil atau mengingatkan mereka untuk menunaikansolat pada waktunya. Oleh sebab itu wujudlah mesyuaratyang membincangkan tentang keperluan bagaimana carayang harus dilakukan untuk mengingat dan memanggilsemua orang untuk solat tepat pada waktunya.Banyak cadangan yang diusulkan. Salah satu daripadausul itu datang dari Umar RA yang mencadangkanagar dilantik seorang pemanggil kaum muslimin untukbersolat pada setiap kali masuk waktu solat. Saranan inidipersetujui oleh kebanyakan orang, termasuk RasulullahSAW kerana banyak cadangan-cadangan yang lainmenyerupai kaedah yang digunakan oleh kaum kafir.Namun, yang menjadi persoalannya kini ialahbagaimana perlaksanaannya? Abu Dawud mengisahkanbahawa Abdullah bin Zaid RA meriwayatkan: “Ketika caramemanggil kaum muslimin untuk solat dibincangkan,suatu malam dalam tidur aku bermimpi melihat adaseseorang sedang memegang sebuah loceng. Akudekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah iaada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memangbegitu aku memintanya untuk menjual kepada akusaja. Orang tersebut malah bertanya, “Untuk apa?” Akumenjawabnya, “Bahawa dengan membunyikan loceng itu,kami dapat memanggil kaum muslimin untuk menunaikansolat.” Orang itu berkata lagi, “Adakah kau mahu jika kuajarkan cara yang lebih baik ?” Dan aku menjawab “Ya!”Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara yangamat lantang, “Allahu Akbar, Allahu Akbar....” Ketikaesoknya aku bangun, aku menemui RasulullahSAW dan menceritakan perihal mimpi itu kepadabaginda. Dan baginda bersabda: “Itu mimpi yangsebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal danajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu.Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dandia memiliki suara yang amat lantang.” Lalu aku punmelakukan hal itu bersama Bilal.” Rupanya, mimpiyang serupa dialami pula oleh Umar RA, beliau jugamenceritakannya kepada Rasulullah SAW. BagindaRasulullah SAW bersyukur kepada Allah SWT di atassemua petunjuk tersebut.Allahu Akbar!Allahu Akbar!

AIN/KIFAYAHADAB ISLAMIAHOleh: Mohd Hilmi bin Mohammad IsaAdik-adik, bagi menyambung perbincanganpada bulan yang lepas, kali ini kita akanmembincangkan bagaimana bahasa yangpositif boleh membuatkan diri kita dipandangsebagai individu yang mulia dan disegani?Kajian menunjukkan, gaya bahasa yangdigemari oleh manusia adalah gaya bahasayang mengandungi unsur-unsur pengiktirafan,penghargaan, pujian dan sanjungan. Oleh ituadik-adik, berilah pengiktirafan kepada rakanadik-adik walaupun hanya untuk bantuan yangsangat kecil.Gaya bahasa yang mengiktiraf keistimewaanseseorang adalah seperti berikut:“Saya suka bercakap dengan awak, penuhdengan nasihat dan pengajaran.”“Awak matang dan bijak.”“Bagus kerja awak.”Contoh gaya bahasa bagi menghargai orangadalah:“Jika saya tidak mempunyai kawan sepertiawak, mungkin pelajaran saya tidakcemerlang seperti hari ini.”Alhamdulillah, berkat pertolongan kawankawansemua, saya berjaya mencapaikeputusan yang cemerlang.”Namun adik-adik, kata-kata penghargaanboleh membawa kebaikan dan juga keburukan.Tidak kira pada peringkat usia mana sekalipun,kita perlu tahu bahawa kata penghargaan perluditunjukkan kepada perkara yang dilakukan,bukan kepada empunya diri.Contoh ayat:“Awak ini bijak.” (Salah)“Idea dan cadangan awak bernas.” (Betul)“Awak bagus.” (Salah)Bahasa yang Baik, Diri DipandangMenarik!“Awak rajin buat kerja rumah.” (Betul)Tentu adik tertanya-tanya apakah kesan pujianjika diberikan ke atas individu dan bukannya keatas perbuatan. Kesan-kesannya adalah:Boleh menimbulkan perasaan riya’.Individu yang menerima pujian itu takut untukmencuba lagi. Alasannya mudah, dirinyamendapat pujian kerana dirinya betul, jikadia buat salah, dia akan cepat menyalahkandirinya sendiri. Berbanding jika kita pujiperbuatannya, jika sesuatu perbuatan salah,ia boleh diganti dengan perbuatan yanglain.Adik-adik, komunikasi dalam kehidupan iniIbarat kata pepatah Arab, “Apa yang ditanamitulah yang dituai,” dan pepatah Inggeris jugaberbunyi, “What goes around comes around.”Oleh itu adik-adik, gunalah bahasa yang baikbaikyang disertakan dengan intonasi yang sopanapabila berkomunikasi dengan orang lain supayaadik-adik akan sentiasa disayangi dan disegani.Saya suka bercakapdengan awak...Saya juga...

JomTAFHIMUL QURANAIN/KIFAYAHOleh: Ahmad Yusuf YahayaSaya dilahirkan sebagai khalifah di bumi Allah ini. Salah satutanggungjawab sebagai khalifah ialah untuk memakmurkandan memelihara bumi ini dari segala kerosakan. Telah jelasAllah berfirman di dalam al-Quran, surah al-A’raf, ayat 56 yangbermaksud; “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumisesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikankepadanya.”Namun begitu, setiap hari saya melihat di kaca televisyen,ada sahaja berita mengenai pelbagai kerosakan yang di lakukanterhadap bumi ini dalam pelbagai bentuk pencemaran alam sekitar.Sungai mengalir bersama sampah, asap berkepul-kepul dari kilangmahupun kenderaan, tanah dikotori oleh sisa buangan beracun,dan hutan diteroka dengan rakus, serta bermacam-macam lagi jeniskerosakan yang dilakukan oleh tangan manusia. Tidakkah merekaberasa malu dengan tindakan mereka? Inikah tindakan manusiayang dikurniakan akal fikiran, dan dilantik menjadi khalifah Allah dimuka bumi ini?Persoalan demi persoalan hinggap dalam fikiran saya.Mampukah saya menjadi khalifah yang bertanggungjawab di bumiini? Sudah cukupkah saya bersyukur dengan nikmat yang Allahkurniakan? Tidakkah mereka berfikir bahawa kerosakan yangmereka lakukan itu hanya akan menghancurkan bumi ini kelak?Saya mengimbau kembali kepada pelbagai bencana alam yangsering melanda negara kita. Banjir kilat, banjir lumpur, tanah runtuh,jerebu, dan sebagainya. Kejadian bencana alam ini adalah kesansecara langsung, mahupun tidak langsung daripada pencemarandan kerosakan yang dilakukan oleh manusia.Saya teringat kepada firman Allah dalam surah Ruum, ayat41, yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala’bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yangtelah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian)kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasanperbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supayamereka kembali (insaf dan bertaubat).”Sungguh jelas peringatan yang Allah berikan kepada kita.Manusia hanya perlu sedar, dan mengambil pengajaran daripadakesilapan lalu. Bumi yang menjadi tempat tinggal kita ini bukanhanya satu tempat untuk kita lakukan sesuka hati. Ini merupakansatu nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebagai manusia.Seperti nikmat Allah yang lain, ia sepatutnya disyukuri dan dihargai.Tetapi, adakah saya sudah cukup mensyukuri nikmat Allah ini?Saya mahu terus tinggal di bumi sambil menghirup udarabersih dan nyaman. Saya mahu terus hidup di dalam persekitaranyang bersih, dikelilingi oleh pohon-pohon hijau, bersama makhlukmakhlukAllah yang lain. Saya mahu hidup di atas bumi yang bebasdaripada pencemaran dan bencana alam. Tidakkah kita semuamahu terus menikmati keindahan alam yang sama?Jika ya, kita semua hendaklah bekerjasama dari sekaranguntuk memelihara alam sekitar kita. Kesedaran dan perasaan cintaterhadap alam sekitar mesti ada dalam hati kita semua. Jika setiapindividu mempunyai perasaan cintakan alam sekitar di dalam hati,nescaya segala bentuk pencemaran alam sekitar dapat dibendung.Oleh itu, mulai hari ini, saya bertekad untuk lebih mencintai alamsekitar sebagai tanda saya bersyukur dengan nikmat Allah ini. Sayaberdoa semoga saya boleh terus hidup di dalam persekitaran yangbersih, dan indah.Jom kita cintai alam sekitar!

menarik. Tulang adalah himpunan selyang tersusun selari yang membentuksilinder berongga di tengah. Ronggaini dikenali sebagai sistem Havers atausistem Osteon. Di tengah-tengah sistemHavers terdapat terusan yang selaridengan kepanjangan tulang dikenalisebagai terusan Havers. Terusan Haversbertugas membawa bekalan darah dansaraf kepada tulang. Di ruang kosongdi celah Sistem Havers ini terdapat pulafragmen pelbagai bentuk dan saiz yangdikenali sebagai interstis. FragmenInterstis menyebabkan komponen tulangmenjadi semakin padat dan kuat.SternumUlnaRadiusTempurungkepalaTulang RusukHumerusTulang kita hidup dan ia perlu diberimakan. Tulang adalah keras keranadipenuhi mineral kalsium dan fosforus.Jadi, untuk memastikan tulang sentiasatumpat, perlulah selalu membekalkannyadengan kalsium. Tulang memerlukanvitamin D yang membantu kecekapannyamenyerap kalsium. Kalsium boleh didapatidaripada susu, keju, makanan bijirin, ikanbilis, budu, kacang soya dan sesetengahsayuran, manakala vitamin D daripadasinaran matahari.PatelaTibiaFibulaFemurKita patut bersyukur dengan tubuh badan yang diberikan Allah. Walaupun ia hanyalah pinjaman sementara,kita perlu menghargai dan menjaganya dengan baik. Tulang adalah amanah daripada Allah. Kelak, semuaamanah ini akan dipersoalkan.Di dalam proses penghasilan tulang, kalsium amat diperlukan. Sebab itu kita perlu mengambil sejumlahkalsium dengan kuantiti yang cukup. Baginda Rasulullah SAW mengajarkan umatnya akan hal ini. Bagindamengamalkan minum susu suam setiap malam sebelum tidur. Setiap apa yang dilakukan baginda adalah hadith,ikutan dan teladan yang bijaksana kerana meminum susu begini, selain menguatkan tulang juga membantukita tidur dengan lena. Selain itu, amalan bangun di pagi hari adalah sangat baik untuk menguatkan tulang.Sinar matahari tersebut membekalkan banyak vitamin D yang membantu tubuh menyerap kalsium kepadatulang. Dari sini, kita boleh mengelakkan diri daripada mendapat penyakit rapuh tulang seperti osteoporosisyang sangat menyakitkan.Kesimpulannya, tulang merupakan salah satu tanda daripada tanda-tanda kebesaran dan kehebatan AllahSWT yang terdapat di dalam diri kita. Ciptaan ini merupakan karya Tuhan yang sangat mengagumkan. Justerukita perlu membayar setiap lekuk sendi dan batang tulang ini dengan segala bentuk kesyukuran. Sesungguhnyasegala nikmat Allah yang ada pada kita tidak akan mampu kita hitung. Wallahu a‘lam.

SAINS TEKNOLOGI & ALAM SEKITARHari Lautan SeduniaOleh: Ustazah Majidah Mat JusohAdik-adik, manusia adalah makhlukyang diciptakan oleh Allah SWT untukmemelihara kesejahteraan bumi danalam semesta. Oleh yang demikian, kitaperlulah menanam perasaan cintakan alamsekitar dan mengambil tanggungjawabuntuk memelihara kesejahteraannya.Apabila disebut perkataan ‘alam sekitar’,pastinya perkataan ini perlu dekat dihatisetiap insan yang disebut penghuni alamini. Tetapi yang menjadi persoalannya,berapa ramaikah dikalangan kita yang pekadan sedar untuk sama-sama menjaga bumiyang dipinjamkan oleh Allah SWT ini?Ini kerana masih ramai dikalangan kitayang mengambil mudah dan mencemarkanalam sekitar dengan pelbagai cara. Adakahadik-adik masih membuang sampah dimerata-rata tempat? Jika ya, adik-adikperlu lebih prihatin dan menjaga kebersihandengan tidak membuat sampah danmembuangnya di dalam tong-tong yangdisediakan.Mencintai dan menjaga kesejahteraanalam sekitar boleh dikira sebagai ibadahdan tidak tertakluk pada hari-hari tertentusahaja. Kita perlu menjaganya setiap hari dansetiap masa. Namun, sempena Hari AlamSekitar Sedunia yang disambut pada 5hb Junsetiap tahun, adik-adik perlu belajar menjadiseorang insan yang cintakan alam semestadengan menambah ilmu tentang hidupanalam sekitar yang lain. Adik-adik perlu lebihpeka dengan setiap kesan yang berlaku hasildaripada tindakan manusia sendiri.Pada bulan Jun ini juga kita menyambut HariLautan Sedunia pada tanggal 8hb Jun setiaptahun. Tahukah adik-adik, di dalam lautan kitasekarang, terdapat sebilangan hidupan yangmengalami ancaman kepupusan? Oleh itu,adik-adik boleh menghindari daripada makanspesis hidupan tersebut bagi terus menjaganyasupaya tidak pupus. Mengikut hasil kajian,Majalah Pencinta Alam Malaysia (MalaysianNaturalist) keluaran bulan Jun 2010 telahmengklasifikasikan makanan laut kepada tigakategori. Hidupan yang berada dalam kategoriHindar adalah spesis yang sedang mengalamikepupusan. Semoga dengan usaha kecil inikita dapat membantu hidupan yang semakinpupus ini lebih membiak dan berada dalamkategori Disyorkan pada suatu hari nanti.(Sumber: Malaysian Naturalist, Volume 63-4, Jun 2010)ikan parangikan pariikan sebelah

kategori. Hidupan yang berada dalam kategori Hindar adalah spesis yang sedang mengalamikepupusan. Semoga dengan usaha kecil ini kita dapat membantu hidupan yang semakin pupus ini lebihmembiak dan berada dalam kategori Disyorkan pada suatu hari nanti.Bil Disyorkan Fikir Dua Kali HindarSpesis1 Lala Terubok Bawal Putih2 Ikan Bilis Siput Retak Seribu Bawal Hitam3 Selar Kuning Timun Laut Pari4 Sotong Mengabang Jenahak Kerisi5 Belanak Senangin Parang6 Tongkol Ketam Bunga Ikan Sebelah7 Kembong/Pelaling Ikan Merah Bulus8 Tenggiri Udang Putih Sotong Biasa9 Cencaru Kerapu Sunoh Sotong Katak10 Siakap Merah Siakap Udang Karang11 Kerapu Tikus Udang Harimau Udang Lobok12 Kerapu Kertang Udang Putih Mameng13 Bawal Emas Kerapu Harimau Udang Lipan14 Kerang Kerepoh15 Siput Sudu/Kupang Kunyit-kunyit16 Tiram Kerapu Bara17 Ketam Bakau/Batu Kerapu Ekor Gelap18 Pacific Salmon Kerapu Bintik Jingga19 Alaskan Pollock Kerapu Lumpur20 Hake Kerapu Bebek21 Ben Tre Clam22 Atlantic Cod23 Rock LobsterSumber: Malaysian Naturalist, Volume 63-4, Jun 2010

DOAKESEJAHTERAAN IBU BAPAWahai Tuhanku! Cucurilahrahmat kepada mereka berduasebagaimana mereka telahmencurahkan kasih sayangnyamemelihara dan mendidikkusemasa kecil.”-Amin-

CIPTAAN TUHANTAHUKAH ADIK-ADIK?PENGORBANAN BAPAPENGUIN DEMI ANAKOleh: Ustazah Majidah Mat JusohTahukah adik-adik, proses mengeram telur penguin dilakukan olehpenguin jantan? Selepas bertelur, penguin betina akan kembali ke lautdan meninggalkan telur itu untuk dieram oleh penguin jantan selamaempat bulan.Mereka mengeram pada musim sejuk. Selain cuaca sejuk sehinggamencecah paras beku -40 darjah celcius, penguin jantan juga berhadapandengan ancaman glasier ketika mengeram telur itu. Dengan cuaca yangsangat sejuk ditambah pula kawasan glasier yang menjadi semakin lebarketika musim sejuk, menyebabkan jarak antara tempat mengeram danpantai yang merupakan sumber makanan bagi mereka boleh mencapai lebihdaripada 100km.Selama proses pengeraman itu berlangsung, penguin jantan tidak akanmelakukan sebarang aktiviti memburu kerana menjaga telur yang dieram.Mereka meletakkan telur di atas kaki masing-masing dan bertahan daripadaribut salji yang boleh mencecah kelajuan 100km sejam untuk melindungitelur itu. Walau apa jua dugaan yang datang mereka tetap tidak berganjak.Mereka juga tidak makan dan menyebabkan mereka kehilangan hampirseparuh daripada berat badan. Semua ini dilakukan dengan penuh kasih dansayang tanpa sedikit pun rungutan.11

Cerita : Rafidah Abd.RahamanLukisan: Wanzu(www.alwancomics.com)Huda... Cikgu Nanakata seluruh dunia akanmenyambut Hari Ibu padahari Ahad minggu kedua padabulan Mei, bukan? Jadi, HariIbu pada tahun ini jatuhpada 9 Mei 2010.Maknanya…Hari Ibu jatuhpada hujungminggu ini.Hari Ibu &Hari BapaHUDAHmm… apayang saya hendakhadiahkan kepadaemak saya untukHari Ibu, ya?Saya adacadangan. Apa katakalau kita buat sendirikad Hari Ibu untukemak kita.Duit poketyang kita ada kitakumpulkan danbelikan bunga rosuntuk mereka?Setuju! Marikita pergi koperasiuntuk beli barangbaranguntukbuat kad.FIZAAYRABerhenti! Ke mana kamusemua mahu pergi? Tergesa-gesasaja nampaknya?AbangAyman, kamimahu cari hadiahuntuk Hari Ibu.Kamusemua takcari hadiah untukHari Bapa?Ha! HariBapa? Bila pulaHari Bapa, AbangHasbullah?AYMANHASBULLAH13

Cikgu Akmarberitahu tadi bahawaHari Bapa disambut padahari Ahad minggu keduapada bulan Jun.Oleh yangdemikian adik-adik,jangan lupa untuk meraikanbapa kamu semua padaHari Bapa sebagaimanakamu meraikan Hari Ibupada bulan ini, ya.Kawan-kawan...Ustaz Kasyah kata,di samping kita meraikanHari Ibu dan Hari Bapa denganmemberi kad dan hadiah, yanglebih utama adalah kita mendoakanibu-bapa kita setiapkali selepas solat.JOHARIBADRULOh ya, Ayradah hafal doa untukibu bapa. Tapi Ayratak hafal lagiterjemahannya.Ha! Saya takmahu hadiahkan kadatau bunga untuk ibu bapasaya. Saya ada idea yanglebih bernas untuk mereka.Jeng! Jeng! jeng!Beginiterjemahannya“Ya Allah ampunkanlahdosa kedua ibu bapa kamidan kasihanilah merekasebagaimana merekakasihankan kami sewaktukami kecil.” Amin yarabbal alamin.Apa ideaawak yangbernas sangat itu,Hasbullah?Saya nak masakkanresipi istimewa untukmereka.Resipiistimewa? Awakpandai memasakkah?Saya akanmasakkan mi segeraHasbullah perasa karidengan telur separuhmasak istimewa.He... he... he...Alaa…Resipi itukami semua puntahu masak!Ha ha ha!14

NABIOleh: Ummi NaLukisan: NurieNabi Khidir meneruskan katakatanya,“Ketahuilah hai Musabahawa kerosakan bahtera yangkita tumpangi itu adalah bertujuan untukmengelak atau menyelamatkannyadaripada diambil oleh seorang raja yangzalim yang sedang mengejar di belakangbahtera itu. Sedangkan bahtera itu sendiriadalah dimiliki oleh fakir miskin yangdigunakan untuk mencari rezeki menyarakehidupan mereka sehari-hari. Denganmembocorkannya sepertimana yang kaulakukan pada bahtera tersebut, raja yangzalim itu tentunya akan menganggapia sebagai bahtera yang rosak. Makaperbuatanku pada zahirnya adalahmerosakkan milik orang namun tujuannyaialah untuk menyelamatkan hak miliktuannya daripada dirampas sewenangwenangnya.”“Manakala tentang budak yang ku bunuhitu tujuannya adalah untuk menyelamatkankedua orang tuanya daripada gangguananak derhaka tersebut. Sedangkan keduaibu bapanya adalah seorang mukmin,soleh dan bertakwa kepada Allah SWT. Akukhuatir mereka akan melakukan kesesatandan hal-hal yang tidak baik akibatdorongan anak yang derhaka itu. Oleh itu,aku harapkan dengan kematiannya Allahakan mengurniakan zuriat lain sebagaipengganti berupa anak yang soleh danberjasa kepada kedua ibu bapanya.”*Sekadar gambar hiasan.“Sedangkan mengenai dinding rumahyang ku baiki dan ku tegakkan kembali itusebenarnya di bawah rumah itu tertanamharta peninggalan milik kedua orang anakyatim piatu itu. Bapa mereka adalah orangyang soleh dan ahli ibadah yang Allahmenghendaki agar warisan yang ditinggalkanitu sampai ke tangan kedua orang anaknyadengan selamat iaitu apabila merekameningkat dewasa sebagai ganjaran bagiayah mereka yang soleh dan bertakwa itu.”“Demikianlah wahai Musa seandainyaitu yang engkau mahu ketahui dan sangatingin ketahui iaitu tentang tujuan-tujuanperbuatan yang telah aku lakukan yangpada anggapanmu amat buruk dan tidakwajar sama sekali. Semua yang ku lakukanini bukanlah atas kehendakku sebenarnyatetapi atas tuntutan wahyu Allah kepadaku.”15

Begitulah adik-adik, kisah yang diceritakan ini sebenarnya ada tercatat di dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Kahfi ayat 60 hingga 82. Adik-adik boleh membacanya untuklebih jelas. Antara pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini ialah:Sehebat mana pun ilmu seseorang itu, masih ada lagi orang yang lebih hebatdaripadanya.Kesabaran amat penting dalam setiap urusan terutamanya dalam menuntut ilmu.Walaupun Nabi Musa AS telah berjanji akan bersabar dalam menuntut ilmu daripadaNabi Khidir, ternyata kerana fitrah manusia yang sentiasa ingin tahu dan kurang sabar,Nabi Musa AS telah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Nabi Khidirhingga menyebabkan pengembaraan mereka berakhir di situ sahaja.Jangan mengharapkan balasan yang cepat daripada setiap usaha yang kita lakukan.Sifat amanah amat penting iaitu apabila kita sanggup untuk menerima sesuatu, makakita perlu amanah terhadapnya. Di sini terdapat dua bentuk amanah, contohnyaamanah terhadap syarat-syarat yang telah dipersetujui dan amanah Nabi Khidir yangsangat berpegang teguh dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Kesabaran danamanah ini merupakan asas kejayaan bagi seorang penuntut untuk memperoleh ilmuyang berkesan buat dirinya.Ikhlas, yakin dan taat. Nabi Khidir ikhlas dalam melaksanakan perintah Allah. Setiapperintah dilakukan bukan mengikut kehendak atau kepentingan diri, tidak ragu-raguataupun memikirkan kebarangkalian lain. Semuanya dilakukan semata-mata keranaAllah. Sikap sebegini amat penting bagi menjaga hati kita supaya sentiasa beradadalam landasan yang benar apabila melakukan sesuatu kerana Allah. Tidak wajar bagikita mempersoalkan sesuatu yang diperintahkan atau disyariatkan Allah kepada kita,meskipun kita tidak menyukai atau senang dengan perkara tersebut. SesungguhnyaAllah yang lebih mengetahui baik dan buruk segala sesuatu dan tidaklah Allahmensyariatkan sesuatu melainkan demi kebaikan hamba-hamba-Nya.Berbaik sangka. Setiap perkara yang dilakukan oleh seseorang yang soleh dan baikakhlaknya pasti ada hikmah dan rahsia di sebalik perbuatan tersebut. Kita janganmudah berburuk sangka terhadap mereka kerana hidayah Allah sentiasa dekat denganorang yang selalu taat dan mengerjakan perintah serta menjauhi larangannya.* Sekadar gambar hiasan.16

akhlakmuliajujurbercita-citatinggicintakanilmupengetahuanJawapan 1penyayangbaikhatiSoalan 1Ustazah, apakah ciri-ciri orang yang bijak?Daripada:Mohd Shauqi bin SuhardiKg. Sungai Ramal Baru, Kajang, Selangor.Orang yang bijak dalam kehidupan adalah orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Setiapperbuatan mereka berlandaskan syariat dan sentiasa berhati-hati dalam pertuturan. Merekaakan sentiasa jujur dan cintakan ilmu pengetahuan serta mengamalkan ilmu yang merekamiliki. Orang yang bijak juga tidak emosional, (tidak mudah marah), tidak egois, tidak dengkidan iri hati dengan orang lain, sentiasa sukakan nasihat yang baik-baik, memiliki sifat kasihsayang, dan hidup mereka dipenuhi wawasan serta cita-cita yang tinggi.Soalan 2Ustazah, saya selalu mendengar orangmenyebut perkataan “global warming”.Bolehkah ustazah jelaskan maksudnya?Daripada:Puteri Nur Khyra binti JustinKota Damansara, Kuala Lumpur.ruang angkasalapisan ozonada bahang yang bolehmelepasi lapisan ozonatmosferapancaransuriapancaran suriamenembusilapisan ozonJawapan 2Global warming atau pemanasan globalmerupakan satu fenomena peningkatansuhu yang tinggi berbanding suhu normaldi bumi. Hal ini menyebabkan perubahaniklim yang tidak stabil dan berlakunyabencana alam seperti hujan ais, lapisanada bahang yang tidak bolehmenembusi lapisan ozon,justeru peningkatan kepadasuhu bumi.bumipancaran suria memanaskanpermukaan bumi dan bahangnaik semula ke atmosferaais di kutub utara dan kutub selatan mula cair dan seterusnya akan meninggikan permukaanair laut sehingga terjadi air pasang yang amat tinggi dan menenggelamkan beberapa kawasandi dunia. Peningkatan suhu bumi juga boleh menjejaskan kesihatan manusia dan jangkitanvirus, bakteria serta kuman pembawa penyakit akan semakin berleluasa. Pemanasan globalterjadi akibat berlakunya penipisan lapisan ozon. Oleh itu, kita perlu memelihara alam sekitarbagi mengurangkan penipisan ozon dan seterusnya pemanasan global dapat dikurangkan.17

FORUM PERDANAEHWAL ISLAMADIK-ADIKKUJabatan KemajuanIslam Malaysia(Jakim) telahberjaya menganjurkanRancangan Khas ForumPerdana Ehwal Islam :ADIK-ADIKKU pada 2 Mei2010 (Ahad) bertempatdi Dewan MuktamarKompleks Pusat Islam,Jabatan Agama IslamWilayah Persekutuan,Kuala Lumpur pada jam2.00 petang.Forum Perdana tersebut telah menampilkan para finalis rancangan realiti ADIK-ADIKKUselaku ahli panel. Antara para panelis yang diundang adalah adik Muhammad Wajih Zakwanbin Hanif, Johan program realiti ADIK-ADIKKU musim pertama, adik Amin Al-Hadi bin Ab.Hadi, adik Muhammad An-Naimbin Yasim dan empat orang panelisyang lain. Manakala Encik MohdNoor telah berjaya mempengaruhipenonton selaku pengerusi forum.Penganjuran forum initelah menarik minat lebih 1500penonton yang telah membanjiriDewan Muktamar, KompleksPusat Islam, Jabatan Agama18

Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Sebanyak duasiri rakaman forum yang berlangsung pada hari tersebutiaitu siri pertama dengan tema “Kasih Ibu” dan ditayangkansempena sambutan Hari Ibu pada 9hb Mei 2010, melaluiRTM1. Manakala rakaman siri keduayang bertemakan “Ramadhan” berlangsungdari jam 3.30 petang hingga4.30 petang.Penganjuran rancangan khasForum Perdana ini merupakanhasrat Ketua Pengarah dan Jabatansecara amnya sebagai landasan bagimengetengahkan bakat-bakat pesertafinalis ADIK-ADIKKU musim pertamayang telah berlangsung pada 18 Mac2010 yang lalu.Disediakan oleh:Bahagian MediaJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).19

ABANG ZU LCELOTEH ABANG ZULKehebatan PrinsipMakan Rasulullah SAWAssalamua’laikum adik-adik yang dikasihi.Diharapkan adik-adik sentiasa berada dalamnikmat ketenangan dan rahmat kemuliaan.Masihkah adik-adik ingat dalam keluaran yanglalu kita berkongsi tentang gaya hidup mulia yangdipamerkan oleh Rasulullah SAW ketika makan?Jadi, pada keluaran kali ini kita akan terus mengenaliperibadi junjungan besar yang amat kita kasihi ini.Selain daripada memiliki adab yang tinggi ketikamakan, Rasulullah SAW juga mempunyai prinsipmakan yang sangat hebat. Baginda mengajar kitatiga prinsip utama dalam soal makan.Makan dan minum tidak berlebih-lebihan, sesuaidengan perintah Allah SWT dalam surah al-A’rafayat 23.Makan apabila lapar dan berhenti sebelumkenyang.tidak elok. Ini kerana, tubuh hanya memerlukantenaga yang sedikit untuk mencerna buah-buahantetapi menghasilkan tenaga yang banyak untuktubuh. Tenaga ini amat diperlukan oleh tubuh untukmembuang sisa-sisa hasil metabolisme yang tidakdiperlukan supaya badan sentiasa kekal sihat.Disamping itu, sistem imunisasi akan menjadisemakin kuat dan apabila ia kuat, kita tidak mudahdiserang penyakit. Tenaga ini juga dapat berfungsiuntuk menurunkan berat badan.Rasulullah SAW adalah sebaik-baik contohyang dapat kita teladani. Oleh itu adik-adik, marilahkita sama-sama mempraktikkan segala adab dantatasusila yang menjadi amalan baginda di dalamkehidupan harian. Semoga kita semua tergolongdalam golongan umat yang mengasihi RasulullahSAW dengan mengamalkan segala sunnahbaginda.Makan mengisi lambung dengan sepertigamakanan, sepertiga minuman dan sepertigaudara.Tanpa kita sedari, apabila ketiga-tiga prinsip inidilaksanakan dengan baik ia dapat menjagakesihatan tubuh badan kita. Hal ini kerana ia dapatmengurangkan kadar kalori yang berlebihan danseterusnya meneutralkan toksin di dalam badan dandapat mengelakkan kegemukan. Apabila seseorangitu terlalu gemuk, ia akan mengundang pelbagaipenyakit yang tidak diingini.Selain itu Rasululullah SAW juga makan buahbuahanterlebih dahulu sebelum menikmati hidanganutama. Sikap ini terbukti dari sudut perubatan dapatmemberikan tenaga yang segera dan membersihkanperut kita daripada sisa-sisa pencernaan yang20

Kehebatan Ilmuwan IslamOleh: Ustazah Majidah Mat JusohAdik-adik, sejarah telah membuktikan betapadunia Islam telah melahirkan ramai golongansarjana dan ilmuwan yang cukup hebatdalam bidang falsafah, sains, politik, kesusasteraan,kemasyarakatan, agama, perubatan, dan sebagainya.Ketahuilah adik-adik, para ilmuwan Islam adalahtokoh yang sangat hebat. Mereka mempeloporipelbagai bidang ilmu dengan rekaan dan penemuanyang mengkagumkan. Salah satu ciri yang dapatdiperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialahmereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu tersebutpada usia yang muda, malah dalam masa yangsingkat dapat menguasai beberapa bidang ilmusecara serentak.Pernahkah adik-adik mengenali nama-namaberikut dengan lebih dekat?Ibn Battuta: Pengembara hebat dan pembukaBenua AsiaIbn Sinna: Pakar perubatan dan ahli falsafahIslamIbn Maskawaih: Pakar sains, pengasas teorievolusi, ahli sejarah, ilmuwan akhlak yang hebat,menguasai ilmu kesusasteraan, falsafah, kimia,bahasa, dan pelbagai ilmu klasik yang lain.Ibn Haitham: Pakar sains, falak, matematik,geometri, perubatan dan falsafah.Ibnu Tufail: Ahli falsafah, ahli politik, danmengusai ilmu metafizik, matematik, fizik dansebagainya.Ibnu Bajjah: Sasterawan dan ahli bahasa yangunggul, hafiz, doktor, ahli politik, dan menguasaiilmu fizik, matematik dan falak.Al-Biruni: Pakar matematik, astronomi, ahli fizik,cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah,ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, dahahli farmasi.Al-Farabi: Ahli falsafah dan ahli muzik,menguasai pelbagai bahasa dan memiliki ilmuyang mendalam dalam bidang perubatan, sains,matematik dan sejarah.Ibnu Khaldun: Pakar sejarah sosiologi, falsafah,sains politik, pendidik, dan ahli politik,Ibnu Qayyim: Ahli falsafah, ahli sufi, faqih,Menguasai ilmu tafsir al-Quran, hadith, usul al-Fiqh, fiqh, sejarah, tasawwuf, ekonomi Islam dansebagainya.Jabir Ibnu Haiyan: Pakar kimia dan digelar “BapaIlmu Kimia Dunia”.Ini hanyalah sebahagian kecil daripadatokoh-tokoh ilmuwan Islam yang hebat. Ilmudan penemuan mereka diguna pakai dandikembangkan hingga kini.Adik-adik, kenali dan pelajarilah contohkehidupan tokoh-tokoh ilmuwan Islam terdahuluyang bijaksana dan unggul untuk membolehkanadik-adik menjadi seorang yang hebat suatu harinanti. Bagi mengenali kehebatan tokoh-tokohilmuwan Islam yang unggul ini, nantikan majalahPendidik keluaran akan datang.bersambung...21

Jom Jaga Kebersihan!22E-mel kepada Kak Kusyi di kusyihirdan@gmail.compendapat adik tentang kebaikan yang adik ataupunsesiapa sahaja pernah lakukan tidak lebih dari 100 patahperkataan untuk dijadikan tauladan. Sertakan namapenuh, umur, alamat dan nombor telefon. E-mel terbaikakan menerima hadiah istimewa sebuah novel KusyiHirdan.

BAHAGIAN PENERBITAN JABATANKEMAJUAN ISLAM MALAYSIA(JAKIM)Aktiviti penerbitan media cetak Jakim mula digerakkan sejak awal penubuhanMajlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). YTMTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika itu mengarah Urus setia MKIsupaya menerbitkan sebuah kitab tafsir al-Quran dalam bahasa Melayu. Usaha awalini berjalan tanpa wujudnya satu organisasi yang kemas sehingga pada tahun 1974apabila unit Dokumentasi diwujudkan di Cawangan Pusat Penyelidikan Islam.Pusat Penyelidikan yang ditubuhkan pada tahun 1971 mempunyai objektifuntuk mengkaji dan menyelidik masalah semasa yang dihadapi oleh masyarakatIslam dan memberi pandangan serta perakuan bagi mengatasi masalah-masalahberkenaan. Dalam hal ini bidang penerbitan media cetak adalah salah satu aktivitiuntuk merealisasikan objektif tersebut.Antara tahun 1971 hingga 1978, selain meneruskan aktiviti mentafsirkan al-Quran, terdapat juga aktiviti mmenerbitkan kitab hadith, buku-buku agama, risalahpercuma yang dinamakan dengan “al-Yakin” dan “al-Risalah”, menganjurkanperaduan menulis cerpen berunsur Islam, menerbitkan jurnal tahunan Pusat Penyelidikan Islam yangdinamakan “Masa” dan menerbitkan bahan bacaan dalam pelbagai bentuk untuk bacaan masyarakat.Kini selepas 40 tahun, buku-buku terbitan Jakim meliputi pelbagai bidang agama, antaranya al-Quran dantafsir, hadith, akidah, syari`ah, undang-undang, tasawuf, akhlak, kemasyarakatan, ekonomi, politik, sejarah,pendidikan, falak, astronomi, pengurusan, biografi dan karya kreatif. Kebanyakan buku yang diterbitkanmempunyai pendekatan yang bersesuaian dan mencakupi keperluan semasa masyarakat di negara ini. Walaubagaimanapun, Jakim memberi keutamaan kepada bidang-bidang teras iaitu kitab-kitab tafsir dan hadith.Tidak ketinggalan, Jakim turut mengeluarkan majalah dwi bulanan iaitu Majalah Sinar Rohani untuk bacaangolongan dewasa, Majalah Cahaya untuk para remaja dan Majalah Pendidik untuk kanak-kanak.23

Tahukah adik-adik bahawa Islam membenarkan hiburan yang memuji-muji Allah, meningkatkansemangat jihad dan tidak keterlaluan? Tidak salah untuk berhibur asalkan Allah tetap ada dalamsanubari dan hati kita. Ini bermakna, apabila adik-adik mahu berhibur, pilihlah hiburan yang mendidikjiwa mengingati Allah dan ajaran Islam. Sebenarnya adik-adik, ada rasional disebalik batasan ini keranaketerlaluan akan menyebabkan seseorang itu lalai dan lupa kepada Allah. Sanggupkah kita sebagai umat Islamlupa kepada Tuhan, sedangkan Dialah yang memberikan kita segala nikmat di dunia tanpa bayaran apa pun?Sekiranya ada kawan-kawan yang berbuat baik kepada kita, sudah pasti jasanya akan kita kenang sampaibila-bila. Begitulah keadaannya dengan Allah yang Maha Esa. Malah Allah yang paling berhak untuk diingatisetiap masa.Kita pernah digembar-gemburkan dengan satu peristiwa yang amat menyedihkan apabila didedahkandalam media massa tentang perilaku abang-abang dan kakak-kakak kita yang terlibat dalam Kumpulan BlackMetal. Bermula daripada sebuah bentuk atau genre lagu yang dikenali sebagai Black Metal ini, peminat-peminattaksub muzik ini telah bertukar identiti mereka. Serpihan kumpulan ini turut dikenali sebagai Kumpulan JanganIkut Tuhan (JIT). Muzik jenis ini, sebahagiannya telah menggunakan lirik-lirik pemujaan dalam lagu-lagu yangdibawa.Lebih menyayat hati apabila terdapat sebilangan besar remaja Islam terlibat dalam kumpulan ini danterjebak dengan pemujaan syaitan dan iblis. Selain itu, mereka juga dikatakan telah membakar al-Quran danmemijak-mijaknya, meminum darah binatang yang dibunuh dengan kejam dan sebagainya.Bukan tujuan kita kali ini untuk mengimbau semula perlakuan buruk mereka. Tetapi sejarah ini mengingatkankita supaya janganlah sekali-kali membiarkan diri kita terus terbuaidengan perkara yang melalaikan. Kelalaian ini sebahagian daripadakegembiraan syaitan. Bukankah syaitan telah berjanji akan menghasutanak-anak adam untuk melupakan Tuhannya? Nah, sekarang marikita fikir-fikirkan adik-adik, mahu berhibur bersama-sama syaitan atauberhibur sekadarnya demi mengingati Allah? Mahu bersahabat dengansyaitan dan singgah di rumahnya yang panas membara atau mahu rapatdengan Allah dan tinggal selama-lamanya dalam istana indah habuanorang bertakwa?Peganglah sekuat-kuatnya dalam hati adik-adik, Allah ialah Tuhanku.Hidup dan matiku diserahkan segalanya kepada-Mu. Kegembiraan dankesedihanku hanyalah untuk-Mu. Duit, hiburan, kawan, nyanyian, artisdan segalanya bukan perhambaanku. Hanya Allah Tuhanku dan akuadalah hamba-Mu.Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan BagiHal Ehwal Ugama Islam MalaysiaMuzakarah:Kali Ke-72Tarikh: 23 Januari 2006Tajuk:Kumpulan Black Metal Serta Langkah-Langkah MenanganinyaKeputusan:Nyanyi JanganSampai LalaiOleh: Ustazah Taqwa ZabidiAmalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam yangsebenar. Oleh itu, umat Islam diminta untuk menjauhi Kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalanmereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.24

Cerita : Salina KartoLukisan: Reja27

BERSAMA PAK SYARIFJAWI30

BERSAMA USTAZ ILHAM33

Ingin MelangganMajalah Pendidik?Adik-adik yang berminat untuk melanggan majalahPENDIDIK boleh menghantar:1. Sampul surat beralamat sendiri.2. Ukuran sampul surat adalah 32cm x 23cm(saiz A4)3. Lekat setem RM1.00 bagi setiap sampul.4. Tuliskan perkataan PENDIDIK di bahagianatas sebelah kiri sampul surat berkenaan.5. Satu sampul surat hanya untuk satu keluaransahaja (2 naskah).Sila hantarkan sampul surat adik-adik kepada:Bahagian Penerbitan Jakim,Aras 4, Blok D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62519 Putrajaya.Tel: 03 - 8886 4000Faks: 03 - 8889 204623cmPENDIDIK32cmKepada:Nurul Hayati bt Mohd Zain1086, Jalan Ehsan, Kepong52100 Kuala Lumpur.SetemRakan Adik-adikAdik-adik ingin menambah kenalan? Adik-adik dapat berkenalan danberhubung antara satu sama lain serta bertukar-tukar fikiran tentangpelajaran, memberi pendapat, nasihat dan sebagainya melalui ruanganini. Adik-adik boleh menyertainya dengan mengisi borang dan sertakansekeping gambar berukuran pasport.Hantarkan borang adik-adik kepada:Pengarang,Majalah PENDIDIKBahagian Penerbitan JAKIMAras 4, Blok D9, Kompleks DPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62519 Putrajaya.Nama:Alamat:Cita-Cita:Hobi:E-mel:Blog:34Gambarberukuran pasportAmirun Naim bin Mohd AmirusNo.1, Blok 6, Jalan Meranti,Felda Serting Hilir 5,Bandar Seri Jempol,72120, Negeri Sembilan Darul Khusus.No.SB/KP:010517-05-0289Ikrimah Zaim bin HilmiSek. Men. Arab (JAIM) Al-Ehya El-Karim,Tanjung Bidara,78300 Masjid Tanah, MelakaN.SB/KP: AP 20288Muhammad Amin bin Abdullah SabriLot 609, Belakang Masjid Genting,Kampung Getting,16080 Tumpat, Kelantan.No.SB/KP: AI 78623

HadiahMisterimenantiadik-adik!TEKA SILANGKATAMei - Jun 2010SILANGK ATA16TEKA SILANGKATA MEI/JUN 201023 457 8MELINTANG1. Dengki3. Belas kasihan6. Perang (B.Inggeris)8. Tinggi (B.Arab)9. Senang tumbuh di tanah lapang11. Makhluk halus12. Diam-diam ___ berisi13. Tambah 2 jadi kereta Malaysia14. Surat atau bungkusan yang dihantarmelalui pos15.____ ayam nampak di kaki910 1112 131415MENEGAK1. Bangku kecil tempat meletak al-Quranuntuk dibaca4. Gelaran penghafaz al-Quran5. Doa yang dibacakan untuk orangyang baru mati selepas dikebumikan7. Utusan Allah yang wajib menyampai-kan wahyu10.Orang yang datang menziarah11. BosanNama:Alamat:Tel:Nombor SB/KP:Umur:SYARAT PERADUAN:1. Peraduan ini terbuka kepadakanak-kanak yang berumur dari 7hingga 12 tahun sahaja.2. Peserta boleh menghantar lebihdaripada satu penyertaan.Bagaimanapun, peserta yang dipilihhanya layak memenangi satu hadiahsahaja.3. Borang penyertaan hendaklah diisidengan HURUF BESAR dan tulisanyang kemas.4. Penyertaan hendaklah tiba kepadapengarang selewat-lewatnya sebelumkeluaran Pendidik yang akandatang.Hantarkan penyertaan adik-adik kepada:PERADUAN TEKA SILANGKATA (MEI/JUN 2010), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4,Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.35

HadiahMisterimenantiadik-adik!TEKA SILANGKATAJanuari 2010SILANGK ATATEKA SILANGKATA JANUARI 2010123456MELINTANG1. Sedekah yang tidak perlukanmodal3. Pisau potong padi4. Serangga yang dijadikan tajuksurahdalam al-Quran7. Perang pertama dalam Islam8. Sangat manis dan boleh dijadikanubat9. Sejenis ikan hiasan10. Keturunan81079MENEGAK1. Nabi yang berpangkat raja2. Huruf hijaiyyah kelima3. Bandingan5. Tanah sawah6. Makhluk yang akan dibunuh olehNabi Isa sebelum kiamat7. Untuk mendapatkan ilmuNama:Alamat:Tel:Nombor SB/KP:Umur:SYARAT PERADUAN:1. Peraduan ini terbuka kepadakanak-kanak yang berumur dari 7hingga 12 tahun sahaja.2. Peserta boleh menghantar lebihdaripada satu penyertaan.Bagaimanapun, peserta yang dipilihhanya layak memenangi satu hadiahsahaja.3. Borang penyertaan hendaklah diisidengan HURUF BESAR dan tulisanyang kemas.4. Penyertaan hendaklah tiba kepadapengarang selewat-lewatnya sebelumkeluaran Pendidik yang akandatang.Hantarkan penyertaan adik-adik kepada:PERADUAN TEKA SILANGKATA (JANUARI 2010), Majalah Pendidik, Bahagian Penerbitan Jakim, Aras 4,Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.37

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!