12.07.2015 Views

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 17 Tahun 2008 - Portal Pencen ...

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 17 Tahun 2008 - Portal Pencen ...

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 17 Tahun 2008 - Portal Pencen ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

JPA 43/7 Klt.7 (85) No. Siri :KERAJAAN MALAYSIASURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2008PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGICUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKANOLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK(CONTRACT OF SERVICE)TUJUAN1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusanKerajaan mengenai pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehatyang tidak dapat dihabiskan kepada pegawai lantikan secara kontrak (contractof service).LATAR BELAKANG2. Kemudahan Cuti Rehat bagi pegawai lantikan secara kontrak adalahsebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2Tahun 2008 - Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract OfService) (PP 2/2008). Mengikut Pekeliling Perkhidmatan tersebut, baki Cuti1

Rehat yang tidak diambil oleh seseorang pegawai lantikan secara kontrak akanluput apabila sesuatu tempoh kontrak pegawai yang berkuat kuasa tamat.3. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab kepentingan perkhidmatan,terdapat pegawai lantikan secara kontrak tidak dapat menghabiskan kemudahanCuti Rehat yang diperuntukkan kepadanya. Sehubungan dengan itu, sebagaitanda penghargaan dan pengiktirafan atas jasa dan sumbangan yang telahdiberikan, Kerajaan bersetuju supaya kemudahan Cuti Rehat yang tidak dapatdihabiskan oleh pegawai lantikan secara kontrak diberi gantian dalam bentukwang tunai.DASAR BARU4. Kerajaan telah memutuskan supaya kemudahan Cuti Rehat yang tidakdapat dihabiskan oleh pegawai lantikan secara kontrak (contract of service)diberi gantian dalam bentuk wang tunai, tertakluk kepada pematuhan terhadapsyarat-syarat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam Surat PekelilingPerkhidmatan ini.PELAKSANAANPegawai Yang Layak5. Pegawai lantikan secara kontrak layak diberi wang tunai sebagai gantianbagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskannya tertakluk kepada pematuhanterhadap syarat-syarat berikut:5.1 pegawai dilantik secara contract of service berdasarkanPP 2/2008;2

5.2 tempoh sesuatu kontrak yang berkuat kuasa hendaklah tidakkurang daripada satu (1) tahun; dan5.3 persetujuan untuk pemberian wang tunai sebagai gantian bagiCuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan dimasukkan sebagaiperuntukan baru yang ditambah dalam syarat perjanjian kontraktetapi peruntukan itu hanya dimasukkan bagi kontrak baru yangditandatangani mulai 1 Januari 2009. Contoh peruntukan tersebutadalah seperti di Lampiran A.Pegawai Yang Tidak Layak6. Pegawai lantikan secara kontrak (contract of service) tidak layak diberiwang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskansekiranya ditamatkan/ diberhentikan perkhidmatan atas sebab-sebab berikut:6.1 penamatan oleh Kerajaan sebelum tempoh kuat kuasa sesuatukontrak tamat atas sebab cuai atau enggan atau kerana apa-apajua sebab atau tidak memenuhi apa-apa perintah yang diberi olehseseorang pegawai Kerajaan yang berkuasa ke atasnya ataumembocorkan apa-apa maklumat berkenaan hal ehwal Kerajaankepada sesiapa jua yang tidak berkuasa menerimanya ataudengan apa-apa jua cara berkelakuan salah atau tidak mematuhimana-mana peruntukan perjanjian kontrak;6.2 penamatan oleh Kerajaan sebelum tempoh kuat kuasa sesuatukontrak tamat atas sebab ketidakupayaan kesihatan setelahdiperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, kecuali bagipegawai yang telah berkhidmat bagi kontrak tersebut untuktempoh sekurang-kurangnya satu tahun;3

6.3 penamatan perkhidmatan atas sebab dijatuhkan hukuman buangkerja oleh Pihak Berkuasa Tatatertib; dan6.4 penamatan perkhidmatan atas permohonan atau pilihan pegawaisendiri.Peraturan7. Pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapatdihabiskan oleh pegawai lantikan secara kontrak adalah tertakluk kepadaperaturan seperti berikut:7.1 maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberianwang tunai bagi sesuatu kontrak adalah sebanyak lapan (8) hariatau satu per empat (¼) daripada kadar Cuti Rehat untuk setahun,mengikut mana yang lebih rendah. Sekiranya bilangan haritersebut melibatkan angka perpuluhan, pengiraan hendaklahdibundarkan kepada angka bulat terhampir;7.2 maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberianwang tunai bagi sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai secarakontrak dengan Kerajaan (sama ada perkhidmatan secara kontrakdengan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan AwamNegeri, Pihak Berkuasa Berkanun [Persekutuan dan Negeri] atauPihak Berkuasa Tempatan) adalah sebanyak 75 hari. Tempohperkhidmatan tersebut boleh terdiri daripada tempoh kontrakkontrakyang berterusan atau yang terputus-putus;4

7.3 pengiraan pemberian wang tunai adalah berdasarkan formulaberikut:1/30 xJumlah Gaji DanImbuhan TetapBulanan (Yang AkhirDiterima BagiKontrak Berkaitan)xBilangan CutiRehat YangDibenarkan UntukTujuan PemberianWang Tunai7.4 pemberian wang tunai adalah diberi selepas tamatnya tempohkuat kuasa sesuatu kontrak; dan7.5 pemberian wang tunai adalah diluluskan dan dibayar oleh KetuaJabatan terakhir pegawai berkhidmat secara kontrak.Pegawai Lantikan Secara Kontrak Yang Sedang Berkhidmat8. Bagi kontrak yang masih berkuat kuasa pada tarikh berkuatkuasanyaSurat Pekeliling Perkhidmatan ini, pegawai yang berkaitan layak diberi wangtunai sebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskannya tertaklukkepada pematuhan terhadap semua syarat dan peraturan yang ditetapkan dalamSurat Pekeliling Perkhidmatan ini. Pegawai layak dipertimbangkan pemberianwang tunai di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan ini tanpa perlu menambahperuntukan baru mengenainya dalam syarat perjanjian kontrak yang telahditandatangani.Tanggungjawab Ketua Jabatan9. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan pemberian wang tunaisebagai gantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan kepada pegawailantikan secara kontrak adalah teratur seperti berikut:5

9.1 pemberian wang tunai di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatanini hendaklah direkodkan menggunakan format sepertidi Lampiran B dan dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan;9.2 rekod pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehatyang tidak dapat dihabiskan kepada pegawai lantikan secarakontrak hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa; dan9.3 bagi pegawai lantikan baru secara kontrak, Ketua Jabatanhendaklah menyemak dan memastikan sama ada pegawai pernahberkhidmat secara kontrak dengan Kerajaan (sama adaperkhidmatan secara kontrak dengan Perkhidmatan AwamPersekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak BerkuasaBerkanun [Persekutuan dan Negeri] atau Pihak BerkuasaTempatan) sebelum tarikh kuat kuasa pelantikan tersebut.Sekiranya pegawai pernah berkhidmat secara kontrak denganKerajaan sebelum tarikh kuat kuasa pelantikan tersebut, KetuaJabatan hendaklah mendapatkan rekod sama ada berdasarkansalinan Buku Perkhidmatan dan/ atau akuan pegawai berkenaanberkaitan pemberian wang tunai sebagai gantian bagi Cuti Rehatyang tidak dapat dihabiskan yang pernah diterimanya. Akuanpegawai hendaklah menggunakan format seperti di Lampiran C.PINDAAN10. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, peraturanberkaitan Cuti Rehat yang tidak diambil akan luput apabila sesuatu kontrakyang berkuat kuasa tamat sebagaimana yang ditetapkan di perenggan 54.1 dimuka surat 59 dan perenggan 5 dalam Lampiran G di muka surat 85 dalamPP 2/2008 adalah dipinda. Pegawai adalah layak dipertimbangkan pemberianwang tunai di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bagi Cuti Rehat yang6

tidak dapat dihabiskannya mengikut bilangan hari yang dibenarkan. Cuti Rehatyang melebihi daripada had tersebut adalah luput apabila sesuatu kontrak yangberkuat kuasa tamat.TARIKH KUAT KUASA11. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2009.PEMAKAIAN12. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing,Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepadasemua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan PihakBerkuasa Tempatan.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”( TAN SRI ISMAIL ADAM )Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysia.JABATAN PERKHIDMATAN AWAMMALAYSIAPUTRAJAYA11 November 2008Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan PersekutuanSemua Y. B. Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Pihak Berkuasa BerkanunSemua Pihak Berkuasa Tempatan7

Lampiran ASURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2008PERUNTUKAN BERKAITAN PEMBERIAN WANG TUNAI SEBAGAIGANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN OLEHPEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE)Versi Bahasa Malaysia:Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian Bagi Cuti Rehat Yang Tidak DapatDihabiskanTertakluk kepada arahan Kerajaan dari semasa ke semasa, apabila pegawai atas sebabkepentingan perkhidmatan tidak dapat mengambil cuti rehatnya yang dia layak dibawah atau mengikut Kontrak ini, pegawai layak diberi wang tunai sebagai gantian.Kelayakan itu hendaklah tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yangditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 ataupekeliling atau arahan lain Kerajaan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.Versi Bahasa Inggeris:Cash Award For Vacation Leave That Cannot Be AvailedSubject to the instructions by the Government from time to time, where due toexigency of service an officer cannot avail his vacation leave that he is eligible underor in accordance with this Contract, the officer is entitled for a cash award inreplacement of it. The entitlement shall be subject to the terms and conditionsspecified in Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 or otherGovernment circulars or instructions issued from time to time.

Lampiran BSURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2008PENGESAHAN KETUA JABATAN BERKAITAN PEMBERIAN WANGTUNAI SEBAGAI GANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPATDIHABISKAN OLEH PEGAWAI LANTIKAN SECARA KONTRAK(CONTRACT OF SERVICE)Saya adalah dengan ini mengesahkan bahawa ....................................................(nama pegawai)nombor kad pengenalan/ pasport ............................................ :i. telah berkhidmat bagi kontrak yang berkuat kuasa mulai .......................hingga ......................;ii.telah diberi wang tunai yang pegawai berkelayakan di bawah SuratPekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 untuk sebanyak................ hari Cuti Rehatnya bagi kontrak yang berkuat kuasa sepertimengikut butiran dalam perenggan (i) di atas; daniii.telah diberi wang tunai yang pegawai berkelayakan di bawah SuratPekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 untuk sebanyak................ hari Cuti Rehat bagi keseluruhan tempoh perkhidmatannyasecara kontrak dengan Kerajaan.*................................................(Tanda Tangan Ketua Jabatan)Nama Penuh :Jawatan :Alamat Dan Cop Jabatan :Tarikh :*Bagi pegawai yang pernah berkhidmat secara kontrak dengan Kerajaan.(Satu salinan dokumen ini hendaklah diberi untuk simpanan pegawai.)

Lampiran CSURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2008AKUAN PEGAWAI KE ATAS PENERIMAAN WANG TUNAI SEBAGAIGANTIAN BAGI CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKANKepada:______________________________________________________________________________(Ketua Jabatan)Tuan,Saya dengan ini mengaku bahawa pernah berkhidmat secara kontrak dengan Kerajaandan telah menerima wang tunai yang saya berkelayakan di bawah Surat PekelilingPerkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 seperti butiran berikut:Bil.Tarikh KuatKuasa KontrakMulaTamatNama Dan AlamatMajikanBilangan Hari Cuti RehatYang Diberi PemberianWang Tunai1.2.3.2. Saya mengaku bahawa sesungguhnya semua maklumat seperti yangdinyatakan di atas adalah benar belaka dan tindakan (termasuk ditamatkanperkhidmatan secara kontrak dan membayar semula semua pemberian wang tunai dibawah Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2008 yang telah diterima)boleh dikenakan kepada saya sekiranya maklumat tersebut didapati tidak benar.Salinan dokumen Pengesahan Ketua Jabatan berkaitan pemberian wang tunai sebagaigantian bagi Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan yang telah diberikan kepada sayasebelum ini adalah seperti yang dilampirkan.Sekian, terima kasih.Tanda Tangan Pegawai :Nama :No. Kad Pengenalan/ Pasport :Tarikh :

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!