12.07.2015 Views

negeri perlis - Jabatan Audit Negara

negeri perlis - Jabatan Audit Negara

negeri perlis - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

♦ Cadangan bayaran bonus perlu mengandungi butiran terperinci sepertikeuntungan sebelum cukai tahun berkenaan dan bagi tiga tahun sebelumnyaserta asas cadangan bayaran bonus. Cadangan perlu merangkumi cadanganbayaran bonus kepada semua kakitangan berasaskan kepada prestasi Syarikat.Semakan <strong>Audit</strong> mendapati Syarikat membuat pembayaran bonus dan sumbangankepada Lembaga Pengarah dan kakitangannya tanpa kelulusan Lembaga PengarahPerbadanan dan Kerajaan Negeri. Pembayaran dibuat berdasarkan kelulusandaripada Lembaga Pengarah Syarikat. Jumlah pembayaran bonus dan sumbanganhari raya yang telah dibayar pada tahun 2007 berjumlah RM3,300, tahun 2008berjumlah RM5,000 dan tahun 2009 berjumlah RM37,000.Setelah mendapat teguran <strong>Audit</strong>, perkara berhubung pembayaran Bonus danSumbangan Hari Raya telah dibentang dalam belanjawan Syarikat denganmengambil kira faktor Bonus, Dividen, Perbelanjaan Buka Sekolah dan Wang HariRaya. Perkara ini telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat dan akandibentang di Mesyuarat Lembaga Pengarah Perbadanan untuk kelulusanpembayaran.iii) Pembayaran Dividen Kepada Pemegang SahamArtikel 96 Memorandum Dan Artikel Penubuhan Syarikat membenarkanpembayaran dividen setelah diluluskan oleh Lembaga Pengarah. PekelilingPerbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993 menghendaki:♦ Cadangan bagi bayaran dividen hendaklah dikemukakan kepada Pihak BerkuasaNegeri untuk pertimbangan Y.A.B. Menteri Besar setelah diluluskan olehLembaga Pengarah Perbadanan;♦ Dividen perlu dibayar kepada Perbadanan sebagai Pemegang Saham daripadasebahagian keuntungan yang diperolehi bagi sesuatu tahun kewangan Syarikatberkenaan;♦ Bayaran dividen sekurang-kurangnya 10% setiap tahun sebagai pulangan modalkepada Perbadanan sebagai pemegang saham adalah dijadikan matlamat.Sekiranya keuntungan lebih diperolehi bagi sesuatu tahun kewangan, peratusandividen kepada pemegang saham perlu ditingkatkan ke tahap seberapa tinggitanpa menjejaskan kedudukan kewangan syarikat berkenaan;♦ Semua bayaran dividen hendaklah dibuat daripada keuntungan sahaja sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 365(1) Akta Syarikat 1965. Dimana ianya tidak bercanggah dengan seksyen tersebut atau seksyen-seksyenlain, keuntungan itu adalah termasuk keuntungan luarbiasa; dan♦ Semua bayaran dividen hendaklah mematuhi syarat-syarat yang terkandung didalam Artikel 98 hingga 107, Table A, Jadual 4, Akta Syarikat 1965.112

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!