12.07.2015 Views

negeri perlis - Jabatan Audit Negara

negeri perlis - Jabatan Audit Negara

negeri perlis - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pada pendapat <strong>Audit</strong>, ketiadaan kepakaran dan pengalaman pihak luar dalam bidangyang bersesuaian dengan aktiviti utama Syarikat tidak dapat membantu meningkatkankeberkesanan dan tadbir urus Syarikat. Selain itu, ia boleh menjurus kepadakelemahan dalam perancangan korporat, sistem kawalan dan prosedur pengurusan.c) Peranan Ahli Lembaga PengarahPekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1985 menyediakan garis panduan berhubungpelantikan dan peranan pegawai Kerajaan sebagai Pengerusi, Ketua Eksekutif dan AhliLembaga Pengarah Perbadanan Awam, Syarikat Kerajaan dan Syarikat KepentinganKerajaan. Peranan serta tanggungjawab pegawai yang dilantik mewakili Kerajaanadalah seperti berikut :i) Bertanggungjawab memastikan dasar am Kerajaan dan objektif korporatdilaksanakan; danii) Pegawai yang dilantik hendaklah melaporkan segala aktiviti Syarikat kepada PihakBerkuasa Tempatan yang menjalankan pengawasan setiap kali selepas mesyuaratLembaga Pengarah. Pegawai berkenaan hendaklah menyediakan laporansekurang-kurangnya 3 bulan sekali berhubung dengan perjalanan Syarikat kepadaMajlis.Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (semakan tahun 2007) yang dikeluarkan olehSuruhanjaya Sekuriti Malaysia menggariskan peranan, tanggungjawab serta keahlianLembaga Pengarah bagi memastikan setiap ahli mempunyai profesionalisme, integriti,kepakaran dan pengalaman dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Perananutama yang dinyatakan adalah seperti berikut:i) Mengkaji dan menyediakan Pelan Rancangan Strategik Dan Korporat;ii) Mengawasi dan menilai perjalanan Syarikat bagi memastikan ia diurus dengansempurna;iii) Mengenal pasti risiko dan tindakan terhadap pengurusan risiko;iv) Menyediakan pelan peralihan tugas termasuk pelantikan kakitangan, skim gaji,imbuhan, bayaran bonus serta pelantikan dan penamatan pegawai kanan;v) Menyedia dan mengkaji polisi pelaburan; danvi) Menilai integriti sistem kawalan dalaman termasuk penerimaan dan pematuhanterhadap peraturan, pekeliling dan garis panduan yang diguna pakai.Semakan <strong>Audit</strong> mendapati, Syarikat tidak menyediakan secara khusus dan bertulis perananserta mandat yang perlu dilaksanakan bagi setiap Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik. Inimenyukarkan Ahli Lembaga Pengarah memberi perhatian kepada tanggungjawab terasselain memberi tumpuan kepada peranan penting agar Lembaga Pengarah dapatberperanan dengan lebih aktif. Kegagalan menjalankan peranan boleh menjejaskankepentingan Kerajaan selain menjurus kepada kelemahan dalam sistem kawalan danprosedur pengurusan kewangan.87

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!