12.07.2015 Views

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2009 (Akta A1352)

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2009 (Akta A1352)

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2009 (Akta A1352)

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 1UNDANG-UNDANGMALAYSIAAkta A1352akta institusi pendidikan tinggi swasta(pindaan) 2009

2 Undang-Undang Malaysia Akta A1352Tarikh Perkenan Diraja ... ... 18 April 2009Tarikh penyiaran dalam Warta ... 30 April 2009Hakcipta Pencetak Hpercetakan nasional malaysia berhadSemua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalambentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi,rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada KerajaanMalaysia yang dilantik).

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 3undang-undang malaysiaAkta A1352akta institusi pendidikan tinggi swasta(Pindaan) 2009Suatu Akta untuk meminda Akta Institusi Pendidikan TinggiSwasta 1996.[ ]DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Institusi PendidikanTinggi Swasta (Pindaan) 2009.(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yangditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, danMenteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaankuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.Pindaan seksyen 22. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555],yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalamseksyen 2—(a) dengan memasukkan sebelum takrif “bahasa kebangsaan”takrif yang berikut:‘ “audit” ertinya suatu penilaian ke atas institusipendidikan tinggi swasta yang dijalankan mengikutseksyen 64a;’;

4 Undang-Undang Malaysia Akta A1352(b) dengan memasukkan selepas takrif “buku” takrif yangberikut:‘ “cawangan” ertinya cawangan institusi pendidikantinggi swasta yang ditubuhkan di bawah Akta ini;’;(c) dalam takrif “diploma”, dengan memasukkan selepasperkataan “setaraf dengannya” perkataan “, dan termasuklahsuatu diploma lanjutan”;(d) dalam takrif “dokumen konstituen”, dengan memotongperkataan “, kecuali seorang pemohon perseorangan,”;(e) dalam takrif “institusi pendidikan tinggi swasta”, denganmemasukkan selepas perkataan “ertinya” perkataan“organisasi atau”;(f) dengan memasukkan selepas takrif “kelulusan” takrif yangberikut:‘ “kesalahan boleh daftar” mempunyai erti yangdiberikan kepadanya dalam Akta Pendaftaran Penjenayahdan Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7];’;(g) dengan menggantikan takrif “kursus pengajian” dengantakrif yang berikut:‘ “kursus pengajian” ertinya satu kursus atau suatuset kursus yang berkaitan yang membawa kepadapenganugerahan sijil, diploma atau ijazah sesudahtamat mengikuti dengan jayanya kursus pengajianitu;’;(h) dengan menggantikan takrif “pelajar” dengan takrif yangberikut:‘ “pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar,selain pelajar di suatu institusi yang bersekutu denganinstitusi pendidikan tinggi swasta, yang mengikutikursus pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikandaripada apa-apa perihalan pada peringkat persediaan,praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secarasepenuh masa atau sambilan dalam, oleh atau dariinstitusi pendidikan tinggi swasta itu, dan termasuklahpembelajaran jarak jauh, luar kampus, pertukaran danpelajar tidak berijazah;’;

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 5(i) dengan menggantikan takrif “pemohon” dengan takrifyang berikut:‘ “pemohon” bagi maksud kelulusan untuk penubuhansuatu institusi pendidikan tinggi swasta, ertinyasuatu syarikat yang diperbadankan dalam negeri atauselainnya;’; dan(j) dengan memotong takrif “Perkhidmatan Pendidikan”.Pindaan seksyen 33. Subseksyen 3(1) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan“daripada kalangan pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan”.Pindaan seksyen 64. Seksyen 6 Akta ibu dipinda—(a) dalam subperenggan (2)(c)(i), dengan memasukkan selepasperkataan “institusi pendidikan swasta yang dicadangkan”perkataan “yang hendaklah termasuk kursus pengajianyang dicadangkan”; dan(b) dengan menggantikan subperenggan (2)(c)(iii) dengansubperenggan yang berikut:“(iii) dokumen-dokumen yang berikut:(aa) suatu salinan dokumen konstituennya, yangditentusahkan dengan sewajarnya melaluiakuan berkanun yang dibuat oleh pegawaiyang diberi kuasa bagi pemohon; dan(bb) suatu salinan kunci kira-kira teraudit, akaununtung dan rugi dan laporan yang terbarujika ada, oleh juruaudit dan pengarahpemohon, jika berkenaan; dan”.Pindaan seksyen 75. Seksyen 7 Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris—(a) dengan memotong perkataan “his or” di mana-mana juaterdapat dalam seksyen itu;

6 Undang-Undang Malaysia Akta A1352(b) dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “himor”; dan(c) dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan “heor”.Pindaan seksyen 116. Seksyen 11 Akta ibu dipinda—(a) dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan“Ketua Pendaftar;” perkataan “dan”;(b) dengan memotong perenggan (e); dan(c) dengan menggantikan perenggan (f) dengan perengganyang berikut:“(f) tiada seorang pun yang telah disabitkan ataskesalahan yang melibatkan fraud atau kecuranganatau seorang bankrap yang belum dilepaskanmemegang jawatan sebagai pengarah, pengurusatau setiausaha atau jawatan atau kedudukan lainyang seumpamanya.”.Penggantian seksyen 127. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 12 denganseksyen yang berikut:“Pemohon hendaklah memastikan pematuhan keperluanapabila kelulusan diberikan12. (1) Apabila kelulusan diberikan, pemohon yang berjaya,sama ada ia suatu syarikat yang diperbadankan di dalamnegeri atau selainnya, hendaklah memastikan bahawa—(a) modal terbitan dan berbayarnya hendaklah merupakansuatu amaun sebagaimana yang ditentukan olehMenteri;(b) penyertaan ekuiti dan keanggotaan lembaga pengarahnyahendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;dan

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 7(c) tujuan tunggal memorandum persatuan danperkara-perkara persatuan pemohon hendaklah untukmenubuhkan dan menguruskan institusi pendidikantinggi swasta.(2) Jika pemohon yang berjaya bukan suatu syarikatyang diperbadankan di dalam negeri, pemohon hendaklah,dalam masa satu tahun dari diberitahu tentang kelulusan itu,memperbadankan suatu syarikat di dalam negeri.(3) Kelulusan bertulis Ketua Pendaftar mengenaimemorandum persatuan dan perkara-perkara persatuan yangdicadangkan bagi syarikat yang hendak diperbadankan didalam negeri hendaklah didapatkan terlebih dahulu sebelumpermohonan dibuat bagi pemerbadanannya.(4) Jika pemohon gagal untuk memperbadankan suatusyarikat di dalam negeri dalam masa yang ditetapkan dalamsubseksyen (2), kelulusan yang diberikan bagi penubuhan suatuinstitusi pendidikan tinggi swasta hendaklah disifatkan telahditarik balik melainkan jika suatu lanjutan masa diberikanoleh Ketua Pendaftar.”.Pemotongan seksyen 138. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 13.Pindaan seksyen 209. Seksyen 20 Akta ibu dipinda dengan menggantikansubperenggan (a)(ii) dengan subperenggan yang berikut:“(ii) perenggan 12(1)(a) dan (b);”.Pindaan seksyen 2410. Perenggan 24(2)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikanperkataan “lima tahun” dengan perkataan “tiga tahun”.

8 Undang-Undang Malaysia Akta A1352Seksyen baru 24a11. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24seksyen yang berikut:“Pembaharuan pendaftaran24a. (1) Institusi pendidikan tinggi swasta bolehmengemukakan permohonan kepada Ketua Pendaftar untukmemperbaharui pendaftarannya tidak lewat dari enam bulansebelum habis tempoh pendaftaran.(2) Mana-mana permohonan bagi pembaharuan pendaftaranyang tidak dibuat dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen(1) tetapi dibuat sebelum habis tempoh pendaftaran ituhendaklah tertakluk kepada suatu bayaran penalti sebagaimanayang ditentukan oleh Ketua Pendaftar.(3) Tiada permohonan bagi pembaharuan pendaftaranboleh dipertimbangkan jika permohonan itu dibuat selepastarikh habis tempoh pendaftaran itu.(4) Ketua Pendaftar hendaklah memperbaharui sesuatupendaftaran jika pemohon telah mematuhi semua syarat yangdikenakan oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 24(10),dan Ketua Pendaftar boleh mengenakan syarat baru ataumengubah, membatalkan, meminda atau menambah kepadamana-mana syarat yang dikenakan apabila memperbaharuisesuatu pendaftaran.(5) Sesuatu pembaharuan pendaftaran hendaklah tertaklukkepada bayaran fi yang ditetapkan.”.Pindaan seksyen 2812. Seksyen 28 Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris,dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “premise”dengan perkataan “premises”.Pindaan seksyen 3113. Seksyen 31 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepassubseksyen (1) subseksyen yang berikut:“(1a) Pejabat ketua eksekutif hendaklah terletak di pusatpentadbiran utama institusi pendidikan tinggi swasta itu.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 9(1b) Menjadi tanggungjawab ketua eksekutif untukmemaklumkan Ketua Pendaftar tentang alamat pejabatnya danapa-apa perubahan alamat itu dari semasa ke semasa.”.Penggantian seksyen 3314. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 33 denganseksyen yang berikut:“33. Ketua eksekutif hendaklah, tertakluk kepada peruntukanAkta ini dan perlembagaan institusi pendidikan tinggiswasta—(a) menjalankan penyeliaan am ke atas perkiraan bagipengajaran, pentadbiran, urusan hari ke hari, kebajikandan disiplin di institusi pendidikan tinggi swasta itudan semua cawangannya;(b) mengemukakan kepada Ketua Pendaftar laporan tahunanyang teraudit bagi syarikat berhubung dengan institusipendidikan tinggi swasta yang ditubuhkannya; dan(c) memberikan apa-apa maklumat lain yang diperlukanoleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa bagipengumpulan data.”.Pindaan seksyen 3515. Seksyen 35 Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggerisdengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yangberikut:“(c) any other communication is necessary between theRegistrar General and the private higher educationalinstitution,it shall be addressed to the chief executive, unless otherwiseprovided.”.Pindaan seksyen 3716. Subseksyen 37(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikanperkataan “, dalam masa dua puluh satu hari dari penyampaian

10 Undang-Undang Malaysia Akta A1352keputusan itu, merayu kepada Menteri” dengan perkataan “merayusecara bertulis kepada Menteri dalam masa dua puluh satu haridari diberitahukan keputusan yang dirayukan itu”.Pindaan seksyen 3817. Seksyen 38 Akta ibu dipinda—(a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Menteri”dengan perkataan “Ketua Pendaftar”; dan(b) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan“Menteri” dengan perkataan “Ketua Pendaftar”.Penggantian seksyen 3918. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 39 denganseksyen yang berikut:“Keengganan memberikan kelulusan39. (1) Ketua Pendaftar hendaklah memberikan kelulusannyadi bawah seksyen 38 jika dia berpuas hati—(a) dengan kesesuaian perkiraan yang berhubungan dengankemudahan pendidikan;(b) dengan jaminan kualiti kursus pengajian atau programlatihan itu; dan(c) bahawa kelulusan itu adalah tidak bertentangan dengandasar negara, strategi dan garis panduan tentangpendidikan tinggi,berdasarkan syor pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawahundang-undang bertulis bagi maksud sedemikian.(2) Jika Ketua Pendaftar enggan memberikan kelulusannya, diahendaklah memberitahu pemohon secara bertulis tentang alasanbagi penolakannya itu.(3) Seseorang pemohon yang terkilan dengan keputusan KetuaPendaftar di bawah subseksyen (1) boleh merayu secara bertuliskepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari diberitahukankeputusan yang dirayukan itu.”.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 11Pindaan seksyen 4019. Seksyen 40 Akta ibu dipinda—(a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyenyang berikut:“(1) Apabila memberikan kelulusan di bawahseksyen 38, Ketua Pendaftar boleh mengenakan—(a) syarat-syarat yang berhubungan dengan keperluanuntuk kemasukan pelajar;(b) apa-apa fi yang ditetapkan; dan(c) apa-apa syarat yang difikirkannya patut.”;dan(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyenyang berikut:“(1a) Ketua Pendaftar boleh menyampaikan kepadasuatu institusi pendidikan tinggi swasta notis tentangniat untuk membatalkan kelulusan di bawah seksyen38 jika dia berpuas hati bahawa institusi itu telahmelanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawahsubseksyen (1).(1b) Institusi pendidikan tinggi swasta itu hendaklahdibenarkan untuk membuat representasi bertulis dalammasa dua puluh satu hari dari tarikh notis tentang niatitu disampaikan kepada institusi itu.(1c) Selepas habis tempoh dua puluh satu hari itu,Ketua Pendaftar hendaklah mempertimbangkan apa-aparepresentasi yang dibuat di bawah subseksyen (1b),jika ada, dan hendaklah memutuskan sama ada—(a) untuk meneruskan dengan tindakan yangdicadangkan;(b) untuk tidak mengambil tindakan lanjut;(c) untuk menambah, meminda atau mengubahsyarat-syarat kelulusan itu; atau(d) untuk mengeluarkan suatu amaran.

12 Undang-Undang Malaysia Akta A1352Pindaan seksyen 41(1d) Jika Ketua Pendaftar meneruskan untukmembatalkan kelulusan bagi pengendalian suatukursus pengajian di bawah perenggan (1c)(a), diahendaklah memberitahu institusi pendidikan tinggiswasta itu secara bertulis dengan memberikan alasanbagi keputusannya itu.(1e) Institusi pendidikan tinggi swasta yang kelulusanpengendalian kursus pengajiannya telah dibatalkanoleh Ketua Pendaftar boleh merayu secara bertuliskepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari daridiberitahukan keputusan yang dirayukan itu.”.20. Seksyen 41 Akta ibu dipinda—(a) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyenyang berikut:“(3) Walau apa pun subseksyen (1), suatu institusipendidikan tinggi swasta boleh mengendalikansesuatu kursus pengajian dalam apa-apa bahasa lainyang difikirkannya sesuai tertakluk kepada kelulusanMenteri.”;(b) dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyenyang berikut:“(4) Jika mana-mana kursus pengajian atausebahagian yang substansial mana-mana kursuspengajian di mana-mana institusi pendidikan tinggiswasta dikendalikan dalam apa-apa bahasa selainbahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklahdiajar sebagai suatu mata pelajaran wajib bagi pelajaryang mengikuti kursus pengajian sedemikian dalambahasa itu.”;(c) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan“pihak berkuasa yang disebut dalam seksyen 39” denganperkataan “Ketua Pendaftar”; dan(d) dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyenyang berikut:“(6) Ketua Pendaftar boleh mengecualikanmana-mana pelajar yang telah mencapai suatu tahappencapaian yang tertentu dalam bahasa kebangsaandaripada kehendak subseksyen (4).

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 13(7) Peruntukan subseksyen (4) tidaklah terpakaibagi pelajar yang bukan warganegara Malaysia yangmengikuti kursus pengajian itu.”.Pindaan seksyen 4321. Seksyen 43 Akta ibu dipinda—(a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyenyang berikut:“(1) Semua institusi pendidikan tinggi swastahendaklah mengajar apa-apa mata pelajaran wajibyang hendaklah ditentukan oleh Ketua Pendaftar.”;(b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan“yang disebut dalam perenggan (1)(a) hingga (c)” denganperkataan “yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar dibawah subseksyen (1)”; dan(c) dalam subseksyen (3)—(i) dengan menggantikan perkataan “yang dinyatakandalam perenggan (1)(a) hingga (c)” denganperkataan “yang ditentukan oleh Ketua Pendaftardi bawah subseksyen (1)”; dan(ii) dengan menggantikan perkataan “pihak berkuasayang disebut dalam seksyen 39” dengan perkataan“Ketua Pendaftar”.Penggantian seksyen 4422. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 44 denganseksyen yang berikut:“Penganugerahan ijazah44. Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yangbertaraf Universiti atau Kolej Universiti atau kampuscawangan boleh menganugerahkan ijazah.”.Pemotongan seksyen 4523. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 45.

14 Undang-Undang Malaysia Akta A1352Pindaan seksyen 4624. Seksyen 46 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepassubseksyen (2) subseksyen yang berikut:“(3) Ketua eksekutif hendaklah memberitahu pelajar institusipendidikan tinggi swasta itu secara bertulis alasan bagi tindakantatatertib yang dicadangkan diambil terhadapnya dan hendaklahmemberikannya peluang yang munasabah untuk didengar.(4) Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swastahendaklah mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang pekerjaatau pelajar lain institusi pendidikan tinggi swasta itu dalammana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya.(5) Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swastahendaklah dibenarkan untuk membuat representasi bertulisatau lisan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambilterhadapnya.(6) Keputusan ketua eksekutif dalam mana-mana prosidingtatatertib yang diambil terhadap seseorang pelajar institusipendidikan tinggi swasta hendaklah disampaikan secara bertuliskepada pelajar itu dalam masa empat belas hari dari tarikhkeputusan itu.(7) Mana-mana pelajar institusi pendidikan tinggi swastayang tidak berpuas hati dengan keputusan ketua eksekutif dibawah subseksyen (6) boleh, dalam masa empat belas hari daritarikh penerimaan keputusan itu, mengemukakan rayuan secarabertulis kepada Ketua Pendaftar.(8) Ketua Pendaftar boleh, dalam masa empat belas haridari tarikh penerimaan suatu rayuan di bawah subseksyen (7),melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada dua ataulebih orang untuk menimbangkan rayuan itu dan membuatapa-apa cadangan kepada Ketua Pendaftar dalam masa empatbelas hari dari tarikh pelantikannya.(9) Dalam mengemukakan rayuannya, seseorang pelajarinstitusi pendidikan tinggi swasta hendaklah dibenarkan untukmembuat representasi bertulis kepada Ketua Pendaftar.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 15(10) Ketua Pendaftar hendaklah, dalam masa tiga puluh haridari tarikh penerimaan rayuan di bawah subseksyen (7) atautarikh penerimaan cadangan di bawah subseksyen (8), mengikutmana-mana yang berkenaan, memutuskan rayuan itu.(11) Keputusan Ketua Pendaftar mengenai sesuatu rayuanhendaklah disampaikan secara bertulis kepada pelajar institusipendidikan tinggi swasta itu dalam masa empat belas hari daritarikh keputusannya.”.Pindaan seksyen 4725. Seksyen 47 Akta ibu dipinda—(a) dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yangberikut:“Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulanpelajar bersekutu dengan persatuan, dsb.”;(b) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyenyang berikut:“(1) Perlembagaan sesuatu institusi pendidikan tinggiswasta tidak boleh mengandungi larangan—(a) ke atas seseorang pelajar institusi pendidikantinggi swasta daripada menjadi ahli mana-manapersatuan, pertubuhan, badan atau kumpulanorang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan dibawah mana-mana undang-undang bertulis,sama ada ia di dalam atau di luar institusipendidikan tinggi swasta itu, dan sama adaia di dalam atau di luar Malaysia, selain—(i) mana-mana parti politik, sama ada didalam atau di luar Malaysia;(ii) mana-mana pertubuhan, badan ataukumpulan orang yang menyalahi undangundang,sama ada di dalam atau di luarMalaysia; atau

16 Undang-Undang Malaysia Akta A1352(iii) mana-mana pertubuhan, badan ataukumpulan orang yang telah ditetapkanoleh Ketua Pendaftar secara bertuliskepada ketua eksekutif institusipendidikan tinggi swasta itu sebagai tidaksesuai demi kepentingan dan kesentosaanpelajar atau institusi pendidikan tinggiswasta itu;(b) ke atas mana-mana pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar institusi pendidikan tinggiswasta yang ditubuhkan oleh, di bawah ataumengikut perlembagaan daripada mempunyaiapa-apa penggabungan, persekutuan atauurusan lain dengan mana-mana persatuan,pertubuhan, badan atau kumpulan orang, samaada atau tidak ia ditubuhkan di bawah manamanaundang-undang bertulis, sama ada ia didalam atau di luar institusi pendidikan tinggiswasta itu, sama ada ia di dalam atau di luarMalaysia, selain—(i) mana-mana parti politik, sama adadi dalam atau di luar Malaysia;(ii) mana-mana pertubuhan, badan ataukumpulan orang yang menyalahi undangundang,sama ada di dalam atau di luarMalaysia; atau(iii) mana-mana pertubuhan, badan ataukumpulan orang yang telah ditetapkanoleh Ketua Pendaftar secara bertuliskepada ketua eksekutif sebagai tidaksesuai demi kepentingan dan kesentosaanpelajar atau institusi pendidikan tinggiswasta itu.”;(c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyenyang berikut:“(1a) Menjadi tanggungjawab ketua eksekutif untukmenyampaikan kepada pelajar institusi pendidikan tinggiswasta itu, dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajarinstitusi pendidikan tinggi swasta, nama pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 17Ketua Pendaftar di bawah subperenggan (1)(a)(iii)dan (b)(iii) sebagai tidak sesuai demi kepentingan dankesentosaan pelajar atau institusi pendidikan tinggiswasta itu.(1b) Ketua Pendaftar boleh, atas permohonan seseorangpelajar institusi pendidikan tinggi swasta, mengecualikanpelajar itu daripada peruntukan subperenggan (1)(a)(i), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yangdifikirkannya patut.(1c) Tiada seorang pun pelajar institusi pendidikantinggi swasta dan tiada pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yangditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan,boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yangboleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakansokongan kepada atau simpati dengan atau bangkanganterhadap—(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalamatau di luar Malaysia;(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulanorang yang menyalahi undang-undang, samaada di dalam atau di luar Malaysia; atau(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulanorang yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftardi bawah subperenggan (1)(a)(iii) dan (b)(iii)sebagai tidak sesuai demi kepentingan dankesentosaan pelajar atau institusi pendidikantinggi swasta itu.(1d) Walau apa pun subseksyen (1c), seseorangpelajar institusi pendidikan tinggi swasta tidak bolehdihalang daripada—(a) membuat pernyataan mengenai sesuatu perkaraakademik yang berhubungan dengan perkarayang pelajar itu terlibat dalam pengajian ataupenyelidikannya; atau(b) menyatakan sendiri mengenai perkara yangdisebut dalam perenggan (a) pada sesuatuseminar, simposium atau majlis seumpamanyayang tidak dianjurkan atau ditaja oleh

18 Undang-Undang Malaysia Akta A1352mana-mana parti politik, sama ada didalam atau di luar Malaysia, mana-manapertubuhan, badan atau kumpulan orangyang menyalahi undang-undang, sama ada didalam atau di luar Malaysia, atau mana-manapertubuhan, badan atau kumpulan orang yangditetapkan oleh Ketua Pendaftar di bawahsubperenggan (1)(a)(iii) dan (b)(iii) sebagai tidaksesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajaratau institusi pendidikan tinggi swasta.”;(d) dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyenyang berikut:“(4) Mana-mana pelajar institusi pendidikan tinggiswasta yang melanggar perenggan (1)(a) atau subseksyen(1c) boleh dikenakan tindakan tatatertib.”;(e) dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyenyang berikut:“(4a) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulanpelajar institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggarperenggan (1)(b) atau subseksyen (1c) hendaklahdiuruskan mengikut seksyen 49.”; dan(f) dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyenyang berikut:“(5) Mana-mana institusi pendidikan tinggi swastayang tidak mematuhi perlembagaannya melakukansuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didendatidak melebihi lima puluh ribu ringgit.”.Penggantian seksyen 4826. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 48 denganseksyen yang berikut:“Tanggungan pelajar atau pertubuhan, badan ataukumpulan pelajar48. Jika suatu kesalahan boleh daftar telah dilakukandi bawah mana-mana undang bertulis dan kesalahan itutelah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atasnama atau bagi pihak mana-mana pertubuhan, badan atau

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 19kumpulan pelajar institusi pendidikan tinggi swasta yangditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut perlembagaan,tiap-tiap pelajar institusi pendidikan tinggi swasta itu yangdisabitkan atas kesalahan itu boleh dikenakan tindakantatatertib dan pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar ituhendaklah diuruskan mengikut seksyen 49.”.Seksyen baru 48a27. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 48seksyen yang berikut:“Penggantungan pelajar yang dipertuduh atas kesalahanboleh daftar dan perkara-perkara yang berhubungandengan penahanan, dsb.48a. (1) Jika seseorang pelajar institusi pendidikan tinggiswasta dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar—(a) dia boleh, mengikut budi bicara ketua eksekutif,digantung daripada menjadi seorang pelajar; dan(b) jika digantung sedemikian, dia tidak boleh semasaprosiding jenayah belum selesai, berada dalam ataumemasuki institusi pendidikan tinggi swasta itu.(2) Jika seseorang pelajar institusi pendidikan tinggiswasta yang dipertuduh atas suatu kesalahan boleh daftar dibawah subseksyen (1) disabitkan atas kesalahan itu, pelajaritu boleh dikenakan tindakan tatatertib.(3) Jika seseorang pelajar institusi pendidikan tinggiswasta ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintahyang mengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-manaundang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahananpencegahan atau keselamatan dalam negeri, pelajar itu bolehdikenakan tindakan tatatertib.(4) Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swastayang ditahan atau tertakluk kepada apa-apa perintah yangmengenakan sekatan ke atasnya di bawah mana-mana undangbertulis yang berhubungan dengan tahanan pencegahan ataukeselamatan dalam negeri, atau dipenjarakan atau ditahanbagi apa-apa jua sebab, boleh, dengan persetujuan KetuaPendaftar, dibenarkan untuk menduduki peperiksaan institusi

20 Undang-Undang Malaysia Akta A1352pendidikan tinggi swasta itu tertakluk kepada apa-apaperintah yang dibuat atau kelulusan yang diberikan olehMenteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan dalamnegeri atau mana-mana pihak berkuasa berwibawa lain,mengikut kehendak keadaan.(5) Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swastayang digantung daripada menjadi pelajar institusi pendidikantinggi swasta di bawah subseksyen (1) boleh, semasa diadigantung sedemikian, diterima masuk sebagai pelajar manamanainstitusi pendidikan tinggi swasta yang ditubuhkan dibawah Akta ini dengan kelulusan bertulis Ketua Pendaftar,dan jika Ketua Pendaftar memberikan kelulusan itu, KetuaPendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yangdifikirkannya patut.(6) Seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swastayang terhenti menjadi seorang pelajar di bawah Akta iniboleh diterima masuk sebagai pelajar institusi pendidikantinggi swasta itu atau mana-mana institusi pendidikan tinggiswasta lain yang ditubuhkan di bawah Akta ini dengankelulusan bertulis Ketua Pendaftar, dan jika Ketua Pendaftarmemberi kelulusan itu, Ketua Pendaftar boleh mengenakanapa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.(7) Jika penentuan mana-mana permohonan, rayuan atauprosiding lain oleh mahkamah berkenaan dengan manamanaprosiding jenayah terhadap seseorang pelajar institusipendidikan tinggi swasta bagi suatu kesalahan boleh daftar,berkeputusan dengan pelepasan atau pembebasannya, pelajaritu, jika digantung daripada institusi pendidikan tinggi swastaatau telah menjalani apa-apa tempoh pemenjaraan, mengikutmana-mana yang berkenaan, hendaklah dibenarkan untukmenyambung semula pengajiannya di institusi pendidikantinggi swasta itu.(8) Jika penentuan mana-mana permohonan, petisyen,rayuan atau prosiding lain oleh mahkamah atau manamanapihak berkuasa berwibawa berkenaan dengan perintahtahanan terhadap atau perintah yang mengenakan sekatan keatas seseorang pelajar institusi pendidikan tinggi swasta dibawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungandengan tahanan pencegahan atau keselamatan dalam negeri,berkeputusan dengan pelepasannya atau sekatannya dibatalkan,pelajar itu hendaklah dibenarkan untuk menyambung semulapengajiannya di institusi pendidikan tinggi swasta itu.”.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 21Pindaan seksyen 4928. Seksyen 49 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepassubseksyen (4) subseksyen yang berikut:“(5) Mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajaryang terkilan dengan penggantungan atau pembubaran yangdibuat di bawah subseksyen (1) boleh, dalam masa empatbelas hari dari tarikh penerimaan notis penggantungan ataupembubaran itu, merayu secara bertulis kepada Menteri.”.Pemotongan seksyen 5029. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 50.Pindaan seksyen 5130. Seksyen 51 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepassubseksyen (6) subseksyen yang berikut:“(7) Semua institusi pendidikan tinggi swasta hendaklahmenyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar gurudalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh KetuaPendaftar.(8) Mana-mana institusi pendidikan tinggi swasta yang tidakmenyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar gurumelakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didendatidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selamatempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”.Pindaan seksyen 5431. Seksyen 54 Akta ibu dipinda—(a) dalam perenggan (1)(c), dengan menggantikan perkataan“tahap pendidikan” dengan perkataan “jaminan kualiti”;dan(b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan“(f)” dengan perkataan “(e)”.

22 Undang-Undang Malaysia Akta A1352Pindaan seksyen 5632. Seksyen 56 Akta ibu dipinda dengan menggantikansubseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:“(4) Institusi pendidikan tinggi swasta yang pendaftarannyatelah dibatalkan oleh Ketua Pendaftar boleh merayu secarabertulis kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari daridiberitahukan keputusan yang dirayukan itu.”.Pindaan seksyen 6033. Subseksyen 60(4) Akta ibu dipinda dengan menggantikanperkataan “perenggan 56(e)” dengan perkataan “perenggan59(e)”.Penggantian seksyen 6134. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 61 denganseksyen yang berikut:“61. (1) Enam bulan sebelum penutupan sesuatu institusipendidikan tinggi swasta, lembaga pengarahnya hendaklahmemastikan bahawa keperluan sebagaimana yang ditentukanoleh Ketua Pendaftar bagi penerusan pembelajaran pelajardipatuhi.(2) Institusi pendidikan tinggi swasta yang tidak mematuhisubseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabiladisabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgitatau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun ataukedua-duanya.”.Pindaan seksyen 6435. Seksyen 64 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepasperkataan “barang lain” di mana-mana jua terdapat perkataan“sama ada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik”.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 23Seksyen baru 64a36. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 64seksyen yang berikut:“Audit64a. (1) Bagi maksud Akta ini, Ketua Pendaftar bolehmenjalankan audit ke atas institusi pendidikan tinggi swastadalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditetapkan.(2) Tatacara bagi menjalankan audit boleh berbezamengikut maksud audit itu.”.Pindaan seksyen 6637. Seksyen 66 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepasperkataan “barang” di mana-mana jua terdapat perkataan “samaada dalam bentuk fizikal atau medium elektronik”.Pindaan seksyen 6738. Perenggan 67(1)(bb) Akta ibu dipinda dengan memasukkanselepas perkataan “benda lain” perkataan “sama ada dalam bentukfizikal atau medium elektronik”.Pindaan seksyen 6839. Perenggan 68(c) Akta ibu dipinda dengan memasukkanselepas perkataan “dicari” perkataan “, sama ada dalam bentukfizikal atau medium elektronik,”.Pindaan seksyen 6940. Seksyen 69 Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris,dengan menggantikan perkataan “premise” di mana-mana juaterdapat dengan perkataan “premises”.

24 Undang-Undang Malaysia Akta A1352Pindaan seksyen 7441. Seksyen 74 Akta ibu dipinda—(a) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan“Akta Filem Wayang Gambar (Penapisan) 1952” denganperkataan “Akta Filem (Penapisan) 1952”; dan(b) dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan“disampaikan melalui” perkataan “cara elektronikatau”.Pindaan seksyen 8042. Perenggan 80(a) Akta ibu dipinda dalam teks bahasa Inggeris,dengan menggantikan perkataan “premise” dengan perkataan“premises”.Pindaan seksyen 8243. Seksyen 82 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan“lima ribu” dengan perkataan “sepuluh ribu”.Pindaan seksyen 8544. Seksyen 85 Akta ibu dipinda—(a) dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “yangditubuhkan oleh syarikat”;(b) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan“institusi pendidikan tinggi swasta atau mana-manaorang” dengan perkataan “institusi pendidikan tinggiswasta, mana-mana orang”; dan(c) dengan memotong subseksyen (4).Pindaan seksyen 8845. Subseksyen 88(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkanselepas perenggan (o) perenggan yang berikut:“(oa) cara bagaimana pengauditan boleh dijalankan;”.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 25Peruntukan kecualian dan peralihan46. (1) Jika pada permulaan kuat kuasa Akta ini prosidingjenayah terhadap seseorang pelajar institusi pendidikan tinggiswasta yang belum selesai di hadapan mana-mana mahkamahberkeputusan dengan sabitannya, pelajar itu boleh dikenakantindakan tatatertib dan pelajar itu hendaklah diuruskan di bawahdan dengan menepati peruntukan Akta ini.(2) Jika pada permulaan kuat kuasa Akta ini apa-apa permohonan,petisyen, rayuan atau prosiding lain yang belum selesai di hadapanmahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang berwibawaberkenaan dengan apa-apa prosiding jenayah terhadap seseorangpelajar institusi pendidikan tinggi swasta, atau perintah tahananterhadap atau perintah yang mengenakan sekatan ke atas seseorangpelajar institusi pendidikan tinggi swasta di bawah mana-manaundang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahananpencegahan atau keselamatan dalam negeri, berkeputusan denganpembebasan atau pelepasannya, pelajar itu hendaklah diuruskandi bawah dan dengan menepati peruntukan Akta ini.(3) Jika pada permulaan kuat kuasa Akta ini suatu prosidingtatatertib terhadap seseorang pelajar institusi pendidikan tinggiswasta belum selesai, prosiding itu hendaklah diteruskan olehketua eksekutif di bawah dan dengan menepati peruntukan Aktaini.(4) Jika pada permulaan kuat kuasa Akta ini apa-apa permohonan,kelulusan atau keputusan belum diputuskan oleh Menteri atau KetuaPendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, peruntukan Aktaibu yang terpakai bagi permohonan, kelulusan atau keputusan ituhendaklah terus terpakai seolah-olah Akta ibu tidak dipinda olehAkta ini.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!