12.07.2015 Views

SYARAT-SYARAT LESEN MESIN HIBURAN DAN TEMPAT ...

SYARAT-SYARAT LESEN MESIN HIBURAN DAN TEMPAT ...

SYARAT-SYARAT LESEN MESIN HIBURAN DAN TEMPAT ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SYARAT-SYARAT LESEN HIBURAN DAN TEMPAT HIBURAN (KARAOKE)1. Pemegang lesen hendaklah “mempamerkan” pada setiap masa LesenHiburan dan Tempat Hiburan di tempat yang mudah dilihat di premishiburan.2. “Masa yang dibenarkan” bagi mengendalikan tempat hiburan karaokeadalah SEHINGGA JAM 1.00 PAGI sahaja dan tempat hiburan hendaklahditutup sebelum atau pada waktu tersebut.3. Pemegang lesen hendaklah memastikan orang-orang yang berumur kurangdari 18 tahun tidak dibenarkan masuk ke tempat hiburan.Notis hendaklah dipamerkan di pintu masuk sebelah luar .Contoh Notis “Orang yang berumur di bawah 18 tahun dilarang masuk”4. Tempat hiburan karaoke tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatanPegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) dari kalangan wanita atau pondan.5. Tempat hiburan karaoke hendaklah mempunyai pencahayaan yang terangmelebihi 300 lux (iaitu sama dengan tahap terang yang normal bagi sebuahpejabat). Lampu warna-warni tidak dibenarkan dipasang di tempat karaoke.6. Pusat karaoke tidak dibenarkan mempunyai bilik-bilik khas atau sekatansekatandi dalamnya. Jika ada keperluan untuk mengadakan bilik-bilik, iahendaklah dibuat dari cermin yang terang dan mempunyai tahap ketelusancahaya lebih 70%. Cermin gelap atau langsir adalah dilarang.7. Tiada hiburan yang lucah atau ganas diadakan di tempat hiburan karaoke.8. Tiada hiburan selain yang dinyatakan di dalam lesen hiburan boleh dibenarkandiadakan di tempat hiburan.9. Pemegang lesen hendaklah mempamerkan nama dan aktiviti premis.10. Pemegang lesen hendaklah memastikan tiada pertaruhan, loteri atau perjudiandijalankan di tempat hiburan karaoke11. Hiburan yang disediakan hendaklah tidak menimbulkan kacau ganggu.12. Tiada minuman yang memabukkan dijual atau disediakan di tempat hiburanmelainkan telah mempunyai lesen minuman keras.13. Pemegang lesen hendaklah memastikan tiada sesiapapun dibenarkan untukmenghisap cerut, rokok, paip atau apa-apa bahan seumpamanya di dalamtempat hiburan.

14. Keadaan penuh-sesak di tempat hiburan adalah tidak dibenarkan.15. Pengunjung yang berpakaian sopan sahaja dibenarkan masuk ke tempathiburan.16. Orang yang mabuk tidak dibenarkan memasuki atau berada di dalam tempathiburan.17. Tempat hiburan hendaklah sentiasa bersih dan bakul sampah yangsecukupnya hendaklah disediakan.18. Tempat hiburan hendaklah mendapat pencahayaan secukupnya sewaktuberoperasi.19. Sistem pencahayaan kecemasan dan pencahayaan outomatik hendaklahdisediakan dan diselenggara di tempat hiburan dan di semua laluan keluar.20. Semua peralatan menentang kebakaran hendaklah diselenggara denganbaik.21. Pemegang lesen hendaklah menyediakan kotak-kotak pertolongan cemasyang mencukupi, dilengkapkan dengan sempurna dan diselenggara denganbaik.a. enam pembalut yang disteril, setiap satu berukuran tidak kurang daripada7.6 sm x 7.6 sm bagi luka dan luka terbakar.b. satu gulung kapas yang disteril tidak kurang daripada 300 gram.c. dua gulung kain pembalut, setiap satu berukuran tidak kurang daripada7.6 sm x 5.5 sm.d. tiga helai kain pembalut berbentuk segitiga.e. satu gulung pengikat pembedahan berukuran 2.54 sm x 2.74 smf. satu pasang gunting keluli tahan karatg. satu kotak pin keselamatanh. satu tiub krim antiseptik23. Menyediakan tandas yang berasingan bagi lelaki dan perempuan.24. Laluan keluar hendakalah bebas dari sebarang halangan dan tidak berkuncisewaktu beroperasi.

25. Pemegang lesen hendaklah sentiasa mematuhi arahan pihak Majlis dari masake semasa.26. Pemegang lesen adalah sentiasa tertakluk kepada undanh-undang danperaturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.27. Lesen hendaklah diperbaharui sebelum tarikh tamat lesen (31 Disember)

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!