11.07.2015 Views

Manual GIS Versi Julai 2009 - JPBD

Manual GIS Versi Julai 2009 - JPBD

Manual GIS Versi Julai 2009 - JPBD

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

3.0 METADATA KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN3.1 PendahuluanMetadata didefinisikan sebagai “maklumat mengenai maklumat”. Iamenerangkan kandungan, format, kualiti dan juga jenis maklumat yangtersimpan dalam data tersebut. Metadata boleh menjawab persoalan“apakah maklumat yang ada, apakah ciri-ciri dan kualiti data tersebut,bagaimana data tersebut dapat dicapai, adakah data tersebut dapatmemenuhi keperluan kerja yang hendak dijalankan.3.2 Model Pangkalan DataSecara umumnya pangkalan data Sistem Maklumat Geografi adalahberupa lapisan-lapisan peta yang merujuk kepada lokasi geografi dandidaftarkan menggunakan sistem unjuran tertentu. Teknik penyimpanandata sistem maklumat geografi adalah kaedah penyimpanan maklumatgrafik dan tidak grakfik untuk memudahkan proses kerja dan jugadapatan kembali maklumat. Dalam metadata ini, lapisan-lapisanmaklumat disusun mengikut Model Pangkalan Data. (Rajah 1)3.3 Tujuan MetadataTujuan Format Metadata dan Struktur Pangkalan Data Sistem MaklumatGeografi Kajian Rancangan Tempatan ini disediakan adalah untukmemandu perunding / pasukan kajian rancangan tempatan dalammengumpul, memasuk dan menyusun maklumat yang dikumpulmenggunakan kaedah sistem maklumat geografi secara seragam.Maklumat-maklumat tersebut seterusnya boleh digunakan untukmembuat analisis dan membentuk cadangan secara lebih objektif.Perunding / pasukan kajian boleh menambah lapisan atau medanyang terkandung dalam setiap lapisan bagi memenuhi keperluan kajianmengikut kesesuaian dan keperluan kajian seperti data satelit, analisisdan sebagainya. Penggunaan Sistem Maklumat Geografi dalampenyediaan Rancangan Tempatan Daerah adalah seperti di Rajah 2.3.4 Pusat Maklumat Gunatanah NegaraPusat Maklumat Gunatanah Negara dibangunkan dengan tujuan untukmemberi maklumat terkini dan tepat untuk menyokong keputusanperancangan bagi memandu perancangan dan pembangunangunatanah negara. Pusat Maklumat Gunatanah Negara menggabungkanmaklumat dari tiga hierarki Rancangan Pemajuan iaitu RancanganFizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan.Oleh yang demikian pangkalan data <strong>GIS</strong> yang lengkap khususnya bagikajian Rancangan Tempatan amat penting bagi menjayakan PusatGunatanah Negara ini.3-10

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!