11.07.2015 Views

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Penyata Pengerusi <strong>samb</strong>MAKLUMAT TERKINI MENGENAI STRATEGI PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KORPORAT TERBARU <strong>samb</strong>Dari segi hartanah, Kumpulan juga telah membuat pengambilalihan yang penting sepanjang tahun. Selain daripada objektif untukmenambah tanah untuk pembangunan, pengambilalihan berikut juga mencerminkan satu talaan halus dalam strategi perniagaankita, iaitu mempadankan rangka perniagaan teras kita yang meliputi pembangunan perbandaran, dengan penglibatan dalamprojek-projek mewah. Ini adalah selaras dengan aliran dunia di mana permintaan telah didorong oleh kecairan untuk hartanahperdana seperti yang telah dinyatakan tadi dalam laporan saya.• Satu usaha sama 50:50 dengan sebuah syarikat pemaju dari Singapura, Ho Bee Investment Limited untuk membangunkankira-kira 160 unit kondominium mewah di Sentosa Cove, Singapura. Tanah pembangunan tersebut telah diperolehi melaluisatu tawaran tender oleh Sentosa Development Corporation dengan SGD 460 juta. Projek ini dijangka mempunyai satu nilaikasar pembangunan yang lebih daripada SGD 800 juta dan akan dilancarkan pada tahun 2008.• Tanah yang berukuran 163,786 kaki persegi di Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang disediakan untuk pembinaan kira-kira150 unit kondominium dengan nilai kasar pembangunan jangkaan bernilai melebihi RM300 juta.Selain daripada itu, pengambilalihan tanah oleh Kumpulan berikut juga telah disempurnakan sepanjang tahun dalam tinjauan:• 925 hektar tanah milik bebas bersebelahan dengan plaza tol Ayer Keroh di negeri Melaka, untuk RM91.3 juta.• 102 hektar tanah milik bebas di Tebrau, Johor untuk RM87 juta.PROSPEKSeperti yang ditekankan, pendesakan supaya bahan api bio digunakan sebagai sumber tenaga alternatif oleh kerajaan-kerajaanserata dunia telah mengakibatkan suatu perubahan struktur dalam keseimbangan permintaan-pembekalan bagi seluruh kompleksminyak sayuran. Harga minyak sayuran telah meningkat di peringkat pertengahan TK2007, dengan harga minyak biji sesawi,minyak soya dan MSM mencapai harga yang tinggi sebanyak USD904, USD870 dan USD868 setiap TM masing-masing,berasaskan Eropah, pada bulan April/Mei 2007. Harga MSM, FOB Malaysia telah mencapai harga tertinggi sebanyak RM2,764setiap TM pada bulan Jun 2007 sebelum tetap pada suatu harga di antara RM2,400 dan RM2,500. Oleh kerana pemasaankomitmen jualan MSM dalam industri, harga-harga purata tahunan biasanya lebih rendah daripada harga lani dan hargahadapan dalam suatu kitaran menaik. Berdasarkan asas semasa, harga purata untuk TK2008 dijangka pada RM2,400, iaitu 36%lebih tinggi daripada harga purata bagi TK2007. Oleh itu, segmen perladangan kita dijangka akan menikmati satu penggalakyang didorong oleh harga yang teguh untuk pendapatan pada TK2008.Segmen perkilangan hiliran dalam perniagaan minyak sawit kita juga dijangka akan mencapai keputusan yang baik, denganpenambahan volum dan manfaat yang diperolehi daripada sumbangan baru Pan-Century sepanjang tahun.<strong>IOI</strong> CORPORATION BERHADLAPORAN TAHUNAN 2007 6

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!