11.07.2015 Views

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Penyata Pengerusi sambMAKLUMAT TERKINI MENGENAI STRATEGI PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN KORPORAT TERBARUAliran global tertentu yang muncul akhir-akhir ini, seperti kempen kerajaan terhadap penggunaan bahan api bio, telahmerangsangkan prospek jangka panjang industri minyak kelapa sawit secara asas. Ia juga telah mewujudkan cabaran untukmencari sasaran pengambilalihan yang sesuai bagi mengekalkan pertumbuhan jangka panjang dengan terma dan syaratsyaratyang boleh diterima oleh kita. Maka, saya dengan bangganya mengumumkan bahawa syarikat kita sedang dalam prosesmenyelesaikan satu usaha sama penanaman kelapa sawit di Indonesia (“Usaha sama”) yang akan memberi kita peluang untukterus meningkatkan perniagaan minyak kelapa sawit dalam kadar yang lebih cepat dalam lima tahun yang akan datang. Padaasasnya, Usaha sama melibatkan IOI memperolehi:i. Kepentingan sebanyak 33% dalam satu pengumpulan tanah perladangan seluas kira-kira 100,000 hektar, di mana 35,000hektar telah ditanam dan terdapat tiga kilang kelapa minyak sawit; danii. Kepentingan sebanyak 67% dalam satu pengumpulan tanah seluas kira-kira 52,700 hektar untuk penanaman pada masahadapan.Satu terma asas Usaha sama adalah penanaman kelapa sawit mesti dijalankan secara mampan menurut prinsip yang ditentukanoleh Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (“RSPO”) di mana IOI merupakan ahli pengasasnya.Sepanjang tahun kewangan, Kumpulan juga telah menyempurnakan pengambilalihan 70% kepentingan dalam Rinwood PelitaPlantation Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mengendali kira-kira 9,000 hektar ladang kelapa sawit di Sarawak.Sementara itu, kita juga telah membuat satu pengambilalihan yang penting dalam segmen perkilangan hiliran. PengambilalihanPan-Century (“PC”) di Pasir Gudang, Johor, yang memiliki satu daripada kilang penapisan dan kompleks oleo kimia di tapaktunggalyang terbesar telah lengkap dilaksanakan pada akhir bulan Januari tahun 2007. PC merupakan pengeluar pentingasid lemak dan mi sabun berasaskan sawit, ia telah memperbesarkan kapasiti pengeluaran sebanyak 35 % kepada kapasitipembahagian sebanyak 350,000 TM sebelum diambillah oleh IOI. Dengan penglibatan PC, perniagaan oleo kimia Kumpulan kinimerupakan pengeluar asid lemak berasaskan minyak sayuran yang terbesar di dunia dengan kapasiti tahunan kira-kira 710,000TM, bersamaan dengan 10 peratus pasaran saham dunia. Tambahan pula, PC juga memiliki kapasiti penapisan sebanyak 1 JutaTM. Pengambilalihan PC bukan sahaja mengukuhkan kedudukan kepimpinan kita dalam pasaran asid lemak dan mi sabun, tetapiyang penting sekali ia sesuai dengan perniagaan lemak khusus yang dilaksanakan oleh anak syarikat, Loders Croklaan, Asia,yang terletak di sebelah PC. Dengan itu, kompleks perkilangan yang terdiri daripada kemudahan penapisan, oleo kimia danlemak khusus yang terletak di atas tanah gabungan seluas 25 hektar, telah memberikan kita peluang yang unik dan kelebihanbersaingan dalam kecekapan rangkaian pembekalan, penggunaan pecahan minyak yang optimum dan pembangunan produkbaru.5LAPORAN TAHUNAN 2007IOI CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!