11.07.2015 Views

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perbincangan Dan Analisis Pengurusan sambTINJAUAN PERNIAGAAN KUMPULANOLEO KIMIAAktiviti-aktiviti perkilangan oleo kimia dijalankan melalui subsidiari milik 100%, IOI Oleochemical Industries Berhad (“IOIOleo”) serta subsidiari-subsidiari milik penuh yang baru diambilalih iaitu Pan-Century Edible Oils Sdn Bhd dan Pan-CenturyOleochemicals Sdn Bhd, lebih dikenali sebagai Kumpulan Pan-Century. Dengan pengambilalihan ini, IOI telah muncul sebagaisalah satu pengeluar oleo kimia yang terbesar di dunia.IOI OleoProduk utama IOI Oleo meliputi asid lemak, gliserin, mi sabun dan stearat logam. Dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak360,000 TM, IOI Oleo muncul sebagai pengeluar asid lemak berasaskan sayuran yang terbesar sekali di Asia. Produknya digunakandalam pelbagai aplikasi termasuk pembuatan serbuk pencuci, surfaktan, syampu, sabun, kosmetik, produk farmaseutikal, bahantambahan dalam makanan dan plastik. Kesemua produk ini dieksport ke lebih 60 buah negara di seluruh dunia, terutamanya keEropah, Jepun dan China. Antara pelanggan IOI Oleo terdiri daripada syarikat multinasional terbesar di dunia. IOI Oleo jugamerupakan rakan kongsi syarikat usahasama 30% Kao Corporation dari Jepun untuk pengeluaran alkohol lemak. Loji alkohollemak yang mempunyai kapasiti tahunan sebanyak kira-kira 170,000 TM adalah terletak di sebelah tapak kompleks pengeluaranIOI Oleo yang seluas 50 ekar.Sebahagian besar pengeluaran IOI Oleo dijual kepada para pelanggan di bawah kontrak bekalan jangka panjang. Untukmenyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya yang tersebar luas di pelbagai kawasan geografi , IOI Oleomempunyai satu rangkaian pengedar dan ejen di pelbagai negara, termasuk beberapa buah negara di Eropah, Asia danAustralia serta kemudahan pergudangan di Eropah dan Amerika Syarikat.Melalui subsidiari-subsidiari IOI Oleo, yakni Acidchem, Derichem dan Stabilchem, Kumpulan kami telah mencapai persijilanterkemuka dalam beberapa bidang. Antara yang lain, adalah persijilan ISO 9001 dalam kualiti produk, persijilan ISO 14001dalam sistem pengurusan alam sekitar, persijilan OHSAS 18001 dalam sistem kesihatan dan pengurusan keselamatan pekerjaan,serta persijilan Titik Kawalan Genting Bagi Analisis Kebahayaan/Amalan Pengeluaran Yang Baik (HACCP/GMP) dalamkeselamatan makanan. Persijilan-persijilan ini mengukuhkan komitmen Kumpulan dalam kualiti, perlindungan alam sekitar,kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang sejajar dengan amalan terbaik.IOI CORPORATION BERHADLAPORAN TAHUNAN 2007 46

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!