11.07.2015 Views

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Perbincangan Dan Analisis Pengurusan <strong>samb</strong>TINJAUAN PERNIAGAAN KUMPULANPENGENALANPada 30 Jun 2007, jumlah kawasan ladang yang dimiliki (kesemuanya di Malaysia) adalah seluas 169,450 hektar dengan 99%daripada kawasan tersebut ditanam dengan kelapa sawit.Kumpulan mempunyai 80 buah ladang, bertambah dari 77 buah ladang bagi tahun sebelumnya, setelah mengambilalih ladangdi Sarawak pada September 2006. Jumlah kawasan tanaman kelapa sawit pada akhir TK2007 adalah seluas 148,871 hektar,penambahan sebanyak 4,816 hektar dari tahun kewangan sebelumnya. Lebih kurang 68% daripada pegangan ladang Kumpulanadalah di Sabah dan Sarawak dengan baki 32% di Semenanjung Malaysia, dimana kebanyakannya terletak di bahagian tengahdan selatan Semenanjung. Kebanyakan keluaran ladang Kumpulan diproses oleh 12 kilang minyak sawit Kumpulan dengankapasiti pengilangan tahunan sebanyak lebih kurang 3,900,000 tan buah tandan baru (“BTB”).Pertumbuhan yang memberangsangkan bagi perniagaan perladangan Kumpulan dalam tempoh 23 tahun yang pendek sejak1983 telah dicapai bukan sahaja dengan pengambilalihan apabila terdapat peluang, malah juga disebabkan oleh kepelbagaianamalan pengurusan perladangan tersendiri yang memberi penekanan kepada peningkatan dalam penghasilan dan kecekapankos yang berterusan, ini telah menjadikan kami sebagai salah sebuah pengeluar yang paling berkesan dari segi kos dalamindustri. Pencapaian kami dalam daya pengeluaran merupakan hasil daripada usaha bersama selama bertahun-tahun dankomitmen dalam amalan pengurusan perladangan yang baik.Pendekatan komitmen kami terhadap kualiti dalam sektor perladangan bermula dengan penggunaan bahan penanaman yangterbaik bagi memastikan kadar penghasilan minyak yang tinggi dan juga penghasilan kualiti minyak sawit yang baik. Kamimempunyai kumpulan penyelidik khusus yang memberi fokus kepada pembaikan penghasilan buah tandan baru, kadar perahanminyak dan isirung serta menjalankan kajian yang melibatkan kultur tisu untuk memperoleh anak benih dengan sifat-sifatyang terbaik. Kami percaya bahawa pendekatan ini mampu memastikan penghasilan minyak sawit yang tinggi dan menolongmemastikan kemapanan yang optimum bagi perniagaan kelapa sawit kami.Penghasilan daripada perladangan kelapa sawit juga bergantung kepada faktor-faktor lain seperti tanah dan keadaan cuaca,kualiti pengurusan perladangan, penuaian dan pemprosesan buah tandan baru pada masa yang optimum. Dengan itu,pengurusan secara peribadi, sikap proaktif dan perhatian diberi kepada setiap perkara secara terperinci telah menyumbangkankepada produktivi yang tinggi. Di samping itu, kami juga mempunyai kumpulan pakar agronomi dalaman yang menjalankanpelbagai analisis dan kajian dengan objektif untuk mengawal kualiti pokok dan buah kelapa sawit, ini termasuk kajian mengenaitaraf nutrien minyak sawit, wajah kelapa sawit, keadaan tanah, makhluk perosak dan penyakit yang menjejaskan sawit, kaedahmemangkas dan lain-lain untuk memastikan amalan terbaik terhadap kemapanan pertanian telah diamalkan oleh Kumpulan.29LAPORAN TAHUNAN 2007<strong>IOI</strong> CORPORATION BERHAD

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!