11.07.2015 Views

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Perbincangan Dan Analisis Pengurusan <strong>samb</strong>TINJAUAN KEWANGAN KUMPULANPENGURUSAN RISIKOKumpulan telah menyusun rangka kerja pengurusan risiko secara formal. Pada keseluruhannya, ia dilaksanakan melalui langkahlangkahstrategik, pengurusan risiko secara konsisten dan peningkatan secara berterusan. Rangka kerja pengurusan risiko formaltersebut telah membolehkan kami mengenalpasti dan menyingkirkan bahaya-bahaya asas <strong>IOI</strong> dalam urusan perniagaan biasa.Operasi Pengurusan Risiko• Penglibatan dalam perniagaan teras kami iaitu minyak sawit dan hartanah, meliputi risiko yang timbul dalam urusan perniagaanbiasa. Sebagai contoh, harga minyak sawit yang sangat tidak menentu boleh mengakibatkan kadar turun naik yang tinggi dalamhasil dan aliran tunai. Risiko-risiko lain termasuklah risiko harga produk oleo kimia dan lemak khusus, perubahan dalam pasaranhartanah dan risiko-risiko operasi lain. Falsafah pengurusan risiko kami adalah mengeksploitasikan sepenuhnya pelbagaipeluang yang muncul dalam pasaran di mana kami beroperasi, sementara menangani risiko yang sememangnya berkaitandengan penciptaan nilai ekonomi tambahan dan sentiasa memastikan nisbah risiko kepada pulangan yang menguntungkan.Risiko yang tidak boleh diuruskan ke tahap yang memuaskan secara proaktif adalah dikurangkan secara strategik.• Bagi minyak sawit, sebagai contohnya, kadar turun naik biasa harga minyak sawit merupakan risiko yang boleh diurus,manakala kadar turun naik meruncing yang tidak sepatutnya dan arah aliran berkitar diredakan secara strategik oleh kedudukanKumpulan dalam segmen rantaian nilai minyak sawit yang berbeza, iaitu perladangan, penapisan, oleo kimia serta minyak danlemak khusus. Pendedahan Kumpulan dalam kepelbagaian segmen rantaian minyak sawit juga menyediakan pandangan yanglebih jelas dan membolehkan pelaksanaan pengurusan risiko lebih baik yang boleh mempertingkatkan nilai dan bukan setakatmengimbangkan kesan turun naik harga sahaja.• Bagi segmen hartanah, pemilihan lokasi yang bijak apabila membeli tanah simpanan dan pemilihan campuran produk semasamengadakan pelancaran jualan hartanah pada pelbagai fasa kitaran pasaran hartanah merupakan faktor penting dalampengurusan risiko pasaran dan operasi.• Risiko kawalan serta risiko operasi harian diliputi oleh Sistem Pengurusan Risiko Perniagaan Kumpulan. Risiko yang tidakmenepati objektif strategik atau sasaran prestasi akan dikenalpasti, dinilai dan tindakan pemulihan akan diambil. JawatankuasaPengurusan Risiko daripada unit perniagaan akan menyemak, mengemaskini status dan melaporkan secara formal kepadaJawatankuasa Audit setiap suku tahun.<strong>IOI</strong> CORPORATION BERHADLAPORAN TAHUNAN 2007 24

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!