11.07.2015 Views

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Nota-Nota Kepada Penyata Kewangan samb34. PINJAMAN JANGKA PANJANG samb34.3 Bon Boleh Tukar Dijamin Sifar Berkupon Bernilai USD370 Juta matang 2011 (“Bon Boleh Tukar Kedua”) sambCiri-ciri penting Bon Boleh Tukar Kedua ini adalah seperti berikut:i. Bon Boleh Tukar Kedua ini boleh ditukar pada bila-bila masa pada dan selepas 28 Januari 2007 dan sebelum 3Disember 2011 oleh para pemegang Bon Kedua (“Pemegang Bon”) kepada saham biasa diterbit yang baru Syarikat(“Saham IOI”), pada harga pertukaran asal RM23.50 sesaham biasa berharga RM0.50 sesaham pada kadarpertukaran tetap USD1.00 = RM3.54 (“Harga Pertukaran”). Harga Pertukaran adalah tertakluk kepada penyelarasandalam keadaan tertentu.ii.Penerbit atau Syarikat boleh, mengikut pilihannya, memenuhi obligasi penyerahan Saham IOI berikutan pelaksanaanhak pertukaran oleh seseorang Pemegang Bon, secara keseluruhan atau sebahagian, dengan membayar kepadaPemegang Bon berkenaan satu jumlah tunai dalam Dolar AS yang bersamaan dengan produk bilangan Saham yangboleh diserahkan dan harga penutup purata berwajaran volum Saham IOI bagi setiap hari dalam tempoh 10 hariperdagangan sebaik sahaja sebelum tarikh pertukaran.iii.Bon Boleh Tukar Kedua ini boleh ditebus secara keseluruhan atau sebahagian, menurut pilihan Penerbit pada hargaterbitan ditambah hasil akruan sebanyak 3.0% dikompaun setengah tahunan (“Jumlah Prinsipal Ditambah”):a) pada atau selepas 18 Disember 2008, jika:• harga penutup Saham IOI ditukar kepada Dolar AS pada kadar skrin semasa, adalah sekurang-kurangnya130% daripada Jumlah Prinsipal Ditambah dibahagikan dengan nisbah pertukaran bagi suatu tempohmana-mana 20 hari perdagangan berturut-turut dalam tempoh 30 hari perdagangan berturut-turut sebaiksahaja sebelum tarikh notis penebusan; dan• harga penutup Saham IOI sekurang-kurangnya 130% daripada Jumlah Prinsipal Ditambah dibahagikandengan nisbah pertukaran bagi suatu tempoh mana-mana 20 hari perdagangan berturut-turut dalamtempoh 30 hari perdagangan berturut-turut sebaik sahaja sebelum tarikh notis penebusan; ataub) pada bila-bila masa, jika jumlah prinsipal agregat Bon Boleh Tukar Pertama kurang daripada USD10 jutamasih tertunggak.iv.Melainkan jika Bon Boleh Tukar Kedua tersebut telah ditebus, dibeli balik dan dibatalkan atau ditukar terlebih dahulu,setiap Pemegang Bon berhak, mengikut pilihan Pemegang Bon berkenaan, untuk meminta Penerbit membeli baliksemua atau sebahagian daripada Bon Boleh Tukar Keduanya pada Jumlah Prinsipal Ditambah pada 18 Disember2009.v. Kecuali jika ditebus, dibeli semula dan dibatal atau ditukar terlebih dahulu, Bon Boleh Tukar Kedua ini akan ditebuspada Jumlah Prinsipal Ditambah sebanyak 166.05% pada 18 Disember 2011.IOI Corporation BerhadLAPORAN TAHUNAN 2007 204

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!