11.07.2015 Views

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Nota-Nota Kepada Penyata Kewangan samb5. Dasar-Dasar Perakaunan Penting samb5.17 Manfaat kakitangan samb5.17.2 Ganjaran persaraan sambi. Pelan carumanCaruman Kumpulan kepada pelan caruman dicaj kepada penyata pendapatan dalam tempoh yang berkaitan.Apabila caruman dibayar, Kumpulan tidak lagi mempunyai obligasi bayaran.iiPelan manfaatObligasi bersih Kumpulan berhubung pelan manfaat diambilkira secara berasingan bagi setiap pelan denganmenganggar jumlah manfaat masa depan yang telah diperoleh oleh kakitangan sebagai pulangan kepadaperkhidmatan mereka pada tempoh semasa dan tempoh-tempoh terdahulu; manfaat tersebut didiskaun untukmenentukan nilai semasa, dan nilai saksama sebarang aset pelan ditolak. Kadar diskaun adalah hasil pasaranpada tarikh kunci kira-kira untuk bon korporat berkualiti tinggi atau bon kerajaan. Pengiraan dilakukan olehseorang aktuari menggunakan kaedah unjuran kredit unit.Apabila manfaat sesebuah pelan dipertingkatkan, bahagian peningkatan manfaat yang berkaitan perkhidmatanlepas oleh kakitangan adalah diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan berasaskan garis lurussepanjang tempoh purata sehingga manfaat tersebut terletak hak. Setakat mana manfaat terletak hak dengansegera, perbelanjaan akan diiktiraf dengan segera dalam penyata pendapatan.Untuk mengira obligasi Kumpulan berhubung sesuatu pelan, setakat mana sebarang keuntungan atau kerugianaktuari terkumpul yang tidak diiktiraf melebihi sepuluh peratus daripada nilai yang lebih besar antara nilai semasaobligasi manfaat dan nilai saksama aset pelan, bahagian tersebut diiktiraf dalam penyata pendapatan sepanjangjangkaan baki hayat kerja kakitangan yang menyertai pelan tersebut. Jika tidak, keuntungan atau kerugian aktuaritidak akan diiktiraf.Jika keputusan pengiraan merupakan keuntungan kepada Kumpulan, aset yang diiktiraf dihadkan kepada jumlahbersih sebarang kerugian aktuari tidak diiktiraf dan kos perkhidmatan lepas dan nilai semasa sebarang bayaranbalik masa depan daripada pelan atau pengurangan caruman masa depan kepada pelan tersebut.5.17.3 Ganjaran pampasan ekuitiKumpulan mengendalikan pelan penyelesaian dengan ekuiti, pampasan berdasarkan saham, yang membolehkanpara kakitangan Kumpulan memiliki saham biasa Syarikat atau syarikat subsidiari tersenarai pada harga yang telahditetapkan terlebih dahulu. Perbelanjaan pampasan yang berkaitan dengan opsyen saham adalah diiktiraf sebagai koskakitangan dalam penyata pendapatan dalam tempoh meletak hak bagi pemberian tersebut dengan pertambahan yangsepadan dalam ekuitit.Jumlah yang diiktiraf sebagai perbelanjaan pampasan adalah ditentukan dengan merujuk kepada nilai saksama opsyensaham pada tarikh pemberian dan jumlah opsyen saham yang akan terletak hak pada tarikh meletak hak. Nilai saksamaopsyen saham dikira dengan menggunakan model penentuan harga osyen binomial yang dilakukan oleh seorangaktuari.161LAPORAN TAHUNAN 2007IOI Corporation Berhad

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!