11.07.2015 Views

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Nota-Nota Kepada Penyata Kewangan <strong>samb</strong>5. Dasar-Dasar Perakaunan Penting <strong>samb</strong>5.8 Hartanah PelaburanHartanah pelaburan adalah hartanah yang dipegang untuk pendapatan sewa atau peningkatan nilai modal atau keduaduanya.Hartanah sebegini ini pada mulanya diukur pada kos, termasuk kos urusniaga. Selepas pengiktirafan awal,hartanah pelaburan dinyatakan pada nilai saksama. Nilai saksama ditentukan dengan rujukan kepada bukti pasaranmengenai harga urusniaga bagi hartanah yang serupa dan ini dilakukan oleh penilai bebas berdaftar yang mempunyaikelayakan professional yang sesuai dan diiktiraf dan mempunyai pengalaman mutakhir mengenai lokasi dan kategorihartanah yang dinilai.Hartanah yang diguna oleh syarikat dalam Kumpulan diambilkira sebagai diguna oleh pemilik dan bukan hartanahpelaburan dalam penyata kewangan yang disatukan.Keuntungan atau kerugian daripada perubahan nilai saksama hartanah pelaburan diiktiraf dalam penyata pendapatandalam tahun apabila ia berlaku.Kepentingan dalam hartanah di bawah operasi pajakan dikelaskan dan diambilkira sebagai hartanah pelaburan secarahartanah demi hartanah jika Kumpulan memegangnya untuk mendapat sewa atau peningkatan nilai modal atau keduaduanya.Kepentingan dalam hartanah sebegini yang dipegang di bawah pajakan operasi yang dikelaskan sebagaihartanah pelaburan adalah dibawa pada nilai saksama.Hartanah pelaburan akan dihentikan pengiktirafan apabila ia dijual atau apabila hartanah pelaburan dihentikan daripadapenggunaan secara kekal dan tidak ada manfaat ekonomi masa depan dijangka daripada penjualannya. Keuntunganatau kerugian yang timbul daripada persaraan atau penjualan hartanah pelaburan ditentukan sebagai perbezaan kutipanpenjualan bersih, jika ada, dan nilai bawa aset dan akan diiktiraf dalam penyata pendapatan dalam tempoh apabilapersaraan atau penjualan berlaku.5.9 Kos pembinaanKos Kontrak merangkumi kos yang berkaitan secara langsung dengan kontrak dan kos umum yang berkaitan denganaktiviti kontrak dan boleh diperuntukkan kepada kontrak itu dan kos lain yang boleh dicaj secara khusus kepada pelanggandi bawah terma-terma kontrak. Kontrak kos termasuk bahan langsung, perbelanjaan, tenaga buruh dan bahagian overhedpembinaan yang sesuai.Jumlah kos yang ditanggung dan keuntungan atau kerugian yang diiktiraf untuk setiap kontrak dibandingkan denganpengebilan berperingkat sehingga akhir tahun kewangan. Apabila kos ditanggung dan keuntungan diiktiraf (ditolakkerugian diiktiraf) melebihi pengebilan berperingkat, baki tersebut ditunjukkan sebagai jumlah dihutang oleh pelanggandaripada kontrak. Jika pengebilan berperingkat melebihi kos yang ditanggung dicampur keuntungan diiktiraf (ditolakkerugian diiktiraf), baki akan ditunjukkan sebagai jumlah yang dihutang kepada pelanggan daripada kontrak.<strong>IOI</strong> Corporation BerhadLAPORAN TAHUNAN 2007 154

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!