11.07.2015 Views

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Nota-Nota Kepada Penyata Kewangan <strong>samb</strong>5. Dasar-Dasar Perakaunan Penting <strong>samb</strong>5.3 Hartanah, Logi dan Peralatan dan Susutnilai <strong>samb</strong>Hartanah yang sedang dibina untuk penggunaan masa depan sebagai hartanah pelaburan akan diambilkira sebagaihartanah, logi dan peralatan sehingga pembinaan atau pembangunan selesai, yang pada masa itu ia diukur semulaberdasarkan nilai saksama dan dikelaskan semula sebagai hartanah pelaburan. Sebarang keuntungan atau kerugian yangtimbul daripada pengukuran semula itu diiktiraf dalam penyata pendapatan.Apabila penggunaan sesuatu hartanah berubah daripada diduduki oleh pemilik kepada hartanah pelaburan, hartanahtersebut akan diukur semula berdasarkan nilai saksama dan dikelaskan semula sebagai hartanah pelaburan. Sebarangkeuntungan yang timbul daripada pengukuran semula diiktiraf secara langsung dalam ekuiti. Sebarang kerugian diiktirafserta-merta dalam penyata pendapatan.Nilai saksama bagi hartanah, logi dan peralatan diiktiraf untuk kombinasi perniagaan adalah berdasarkan kepada nilaipasaran. Nilai pasaran bagi hartanah adalah anggaran jumlah di mana hartanah tersebut boleh ditukar pada tarikhpenilaian antara pembeli dan penjual yang sudi dalam satu urusniaga selengan selepas pemasaran yang sesuai di manakedua-dua pihak telah bertindak secara berpengetahuan, berhemat serta tanpa paksaan. Nilai pasaran bagi logi, peralatandan kelengkapan adalah berdasarkan kepada harga pasaran yang disebut bagi perkara yang serupa.5.4 Perbelanjaan Penanaman Baru dan Penanaman SemulaPerbelanjaan penanaman baru, yang mewakili jumlah kos ditanggung sejak pembersihan tanah sehingga ke tahappenuaian, telah dimodalkan di bawah perbelanjaan pembangunan perladangan dan tidak dilunaskan. Perbelanjaanpenanaman semula, yang mewakili kos yang ditanggung untuk penanaman semula kawasan tertanam yang lama, dicajkepada penyata pendapatan bagi tahun kewangan apabila ia ditanggung.5.5 Kos PinjamanKos ditanggung untuk pinjaman luaran untuk membiayai aset yang layak dipermodalkan sehingga aset tersebut sedia untukkegunaan yang dikehendaki, selepas itu perbelanjaan tersebut dicaj kepada penyata pendapatan.5.6 PajakanSuatu pajakan diiktiraf sebagai pajakan kewangan jika sebahagian besar risiko dan manfaat berkaitan dengan hak milikdipindahkan kepada Kumpulan. Pajakan tanah dan bangunan dikelaskan sebagai pajakan operasi atau pajakan kewangandengan cara yang sama seperti pajakan aset yang lain. Selepas itu, elemen tanah dan bangunan sesuatu pajakan akandipertimbang berasingan untuk tujuan pengelasan pajakan. Kesemua pajakan yang tidak memindahkan sebahagian besarrisiko dan manfaat dikelaskan sebagai pajakan operasi selain daripada yang berikut:• hartanah dipegang di bawah pajakan operasi yang memenuhi definisi hartanah pelaburan akan dikelaskan sebagaihartanah pelaburan secara hartanah demi hartanah, sekiranya ia dikelaskan sebagai hartanah pelaburan, ia akandiambilkira seupama ia dipegang di bawah pajakan kewangan; dan• tanah dipegang untuk kegunaan sendiri di bawah pajakan operasi, jika nilai saksama tidak dapat dianggar secaraberasingan daripada nilai saksama bangunan yang terletak di atasnya pada permulaan pajakan, ia akan diambilkiradi bawah pegangan pajakan kewangan, kecuali jika bangunan tersebut juga dipegang di bawah pegangan pajakanoperasi.<strong>IOI</strong> Corporation BerhadLAPORAN TAHUNAN 2007 152

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!