11.07.2015 Views

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Nota-Nota Kepada Penyata Kewangan <strong>samb</strong>4. ANGGARAN DAN PERTIMBANGAN PERAKAUNAN UTAMA4.1 Sumber utama anggaran ketidakpastianAndaian utama mengenai masa depan dan sumber utama ketidakpastian anggaran pada tarikh kunci kira-kira yangmempunyai risiko yang tinggi dalam pelarasan nyata kepada nilai bawa aset dan liabiliti bagi tahun kewangan depandibincangkan di bawah:4.1.1 Penjejasan nilai muhibahKumpulan menguji penjejasan nilai muhibah sekurang-kurangnya sekali setahun. Ini memerlukan anggaran nilai digunauntuk unit penjana tunai (CGU) di mana muhibah telah diperuntukkan. Anggaran jumlah nilai diguna memerlukan pihakpengurusan membuat ramalan aliran tunai masa depan daripada CGU dan juga memilih kadar diskaun yang sesuai bagimengira nilai semasa aliran tunai tersebut. Nilai bawa muhibah pada tarikh kunci kira-kira adalah dinyatakan dalam Nota19.4.1.2 Pembangunan HartanahKumpulan mengiktiraf pendapatan dan perbelanjaan pembangunan hartanah dalam penyata pendapatan denganmenggunakan kaedah “Peringkat penyiapan”. Peringkat Penyiapan ditentukan oleh bahagian kos pembangunan hartanahyang telah ditanggung untuk kerja yang telah dilaksanakan pada tarikh kunci kira-kira berbanding anggaran jumlah koskontrak.Pertimbangan penting dikehendaki dalam menentukan peringkat penyiapan, setakat mana kos pembangunan hartanah telahditanggung, anggaran jumlah pendapatan dan kos pembangunan hartanah, dan juga kebolehpulihan projek pembangunan.Dalam proses pertimbangan, Kumpulan membuat penilaian berdasarkan pengalaman lepas dan bergantung kepada kerjaoleh pakar-pakar.Perbezaan sebanyak 10% dalam anggaran jumlah hasil atau pendapatan pembangunan hartanah akan mengakibatkankira-kira 1% varians dalam hasil Kumpulan dan 2% varians dalam pendapatan Kumpulan.4.1.3 Aset cukai tertundaAset cukai tertunda diiktiraf bagi kesemua kerugian cukai tidak diguna dan elaun modal tidak diserap setakat manaterdapatnya keuntungan boleh dikena cukai di mana kerugian cukai tidak diserap dan elaun modal boleh digunakan.Pertimbangan pengurusan penting diperlukan untuk menentukan jumlah aset cukai tertunda yang boleh diiktiraf, berdasarkanmasa dan tahap keuntungan boleh dikena cukai untuk masa depan yang mungkin dan strategi perancangan cukai masadepan.4.2 Pertimbangan kritikal semasa menggunakan polisi perakaunan4.2.1 Pengelasan antara hartanah pelaburan dan hartanah, loji dan peralatanKumpulan telah membangunkan kriteria tertentu berdasarkan FRS 140 bagi membuat pertimbangan untuk menentukansama ada sesuatu hartanah layak sebagai hartanah pelaburan. Hartanah pelaburan adalah satu hartanah yang dipegangbagi peningkatan nilai modal atau untuk memperoleh sewa atau kedua-duanya. Terdapat hartanah yang sebahagiannyadipegang bagi memperoleh sewa atau peningkatan nilai modal dan bahagian yang lain dipegang untuk digunakan dalampenghasilan atau pembekalan barangan atau perkhidmatan atau untuk tujuan pentadbiran. Jika bahagian-bahagiantersebut boleh dijual secara berasingan (atau dipajak secara berasingan di bawah pajakan kewangan), Kumpulan akanmengambilkira bahagian-bahagian tersebut secara berlainan. Jika bahagian-bahagian tersebut tidak dapat dijual secaraberasingan, hartanah tersebut akan diambilkira sebagai hartanah pelaburan jika hanya sebahagian kecil yang tidaknyata dipegang untuk digunakan dalam penghasilan, atau pembekalan barangan atau perkhidmatan atau untuk tujuanpentadbiran. Pertimbangan dibuat untuk setiap hartanah secara individu untuk menentukan sama ada perkhidmatansampingan adalah begitu penting sehingga hartanah tersebut tidak layak sebagai hartanah pelaburan.145LAPORAN TAHUNAN 2007<strong>IOI</strong> Corporation Berhad

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!