11.07.2015 Views

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Nota-Nota Kepada Penyata Kewangan samb3. PENERIMAAN PIAWAIAN LAPORAN KEWANGAN (“FRSs”) BARU DAN DISEMAK SERTA PINDAAN KEPADAFRSs samb3.3 Kesan FRSs and Pindaan kepada FRSs yang diterima pakai samb3.3.2 FRS 3: Kombinasi Perniagaan, FRS 136: Penjejasan Nilai Aset dan FRS 138: Aset Tidak Ketara sambii.Muhibah negatif diiktiraf sebelumnya“Muhibah negatif” yang diiktiraf sebelumnya mewakili lebihan kepentingan Kumpulan dalam nilai saksama bersihuntuk aset, liabiliti dan liabiliti kontingen yang boleh dikenal pasti dalam entiti yang diperoleh berbanding dengankos pengambilalihan.Sebelum 1 Julai 2006, muhibah negatif diambilkira sebagai rizab daripada penyatuan dan diskaun bagipengambilalihan syarikat bersekutu, dan dilunaskan berasaskan kaedah garis lurus sepanjang anggaran hayatkegunanan yang tidak melebihi 20 tahun.Di bawah FRS 3, sebarang lebihan kepentingan Kumpulan dalam nilai saksama bersih untuk aset, liabiliti dan liabilitikontingen yang boleh dikenal pasti dalam entiti yang diperoleh berbanding dengan kos pengambilalihan, selepaspenilaian, akan diiktiraf dalam penyata pendapatan dengan segera.Dasar perakaunan semakan telah digunakan secara prospektif. Selaras dengan peruntukan peralihan FRS 3, muhibahnegatif bagi syarikat subsidiari sebanyak RM6,512,000 dan muhibah negatif bagi syarikat bersekutu sebanyakRM27,761,000 pada 1 Julai 2006 telah dihapus kira dengan pelarasan sepadan dalam pendapatan terkumpul.Oleh kerana dasar perakaunan semakan telah digunakan secara prospektif, tiada sebarang kesan kewangan terhadapjumlah yang telah dilapor bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2006 dan tempoh sebelumnya. Kesan kewanganKumpulan bagi tahun kewangan semasa yang timbul daripada perubahan dasar perakaunan tersebut adalah peningkatandalam keuntungan tahun kewangan disebabkan oleh penurunan caj pelunasan bersih sebanyak RM29,203,000. Muhibahnegatif yang telah diiktiraf dalam penyata pendapatan bagi pengambilalihan saham dari pemegang saham minoriti padatahun kewangan semasa adalah berjumlah RM263,000.3.3.3 FRS 5: Aset Bukan Semasa Yang Dipegang Untuk Dijual dan Operasi Yang Telah DihentikanSebelum 1 Julai 2006, aset bukan semasa (atau kumpulan pelupusan) yang dipegang untuk dijual tidak dikelaskan ataudibentangkan sebagai aset atau liabiliti semasa. Tiada perbezaan antara pengukuran aset bukan semasa (atau kumpulanpelupusan) dipegang untuk dijual dan yang masih dalam penggunaan.Di bawah FRS 5, aset bukan semasa (atau kumpulan pelupusan) dipegang untuk dijual dikelaskan sebagai aset semasa (danliabiliti semasa, dalam situasi di mana liabiliti bukan semasa merupakan sebahagian daripada kumpulan pelupusan) dandicatatkan pada nilai yang lebih rendah antara nilai bawa dan nilai saksama ditolak kos jualan.Sebelum 1 Julai 2006, satu operasi yang telah dihentikan adalah diiktiraf pada tarikh yang lebih awal antara tarikhKumpulan memetari perjanjian jualan yang mengikat dan tarikh Lembaga Pengarah meluluskan dan mengumumkanrancangan pelupusan rasmi.Di bawah FRS 5, sesuatu komponen entiti akan dikelaskan sebagai operasi yang telah dihentikan jika kriteria untukdikelaskan sebagai dipegang untuk dijual telah dipatuhi atau ia telah dilupuskan dan komponen tersebut mewakilirangkaian perniagaan atau kawasan geografi operasi utama yang berasingan, dan merupakan sebahagian daripadarancangan tunggal terkordinat untuk melupuskan sesuatu rangkaian perniagaan atau kawasan geografi operasi utamayang berasingan atau merupakan syarikat subsidiari yang diambilalih khususnya dengan cadangan untuk dijual.IOI Corporation BerhadLAPORAN TAHUNAN 2007 136

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!