11.07.2015 Views

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

Laporan Pengarah samb - IOI Group

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Laporan Pengarah sambPeristiwa Penting Pada Tahun Kewangan sambviii. Cadangan terbitan khas sebanyak 1,800,000 saham biasa baru dalam SyarikatPada 15 Ogos 2006, Syarikat telah mengumumkan bahawa ia bercadang untuk melaksanakan terbitan khas sebanyak 1,800,000saham biasa baru berharga RM0.50 sesaham dalam Syarikat kepada para pelabur Bumiputera pada harga terbitan yang akanditentukan kemudian (“Terbitan Khas”). Terbitan Khas ini dilaksanakan bagi mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Unit PematuhanEkuiti Suruhanjaya Sekuriti semasa meluluskan cadangan penerbitan saham baru oleh Syarikat berikutan pertukaran Bon BolehTukar Pertama. Syarat tersebut memerlukan Syarikat menaikkan ekuiti Bumiputeranya sebanyak 0.14% (bersamaan dengan1,800,000 saham biasa berharga RM0.50 sesaham) daripada modal saham diterbit dan dibayarnya yang telah diperbesarkanselepas tukaran penuh Bon Boleh Tukar Pertama dalam tempoh 2 tahun selepas pelaksanaan Bon Boleh Tukar Pertama tersebut.Pada 10 Januari 2007, Suruhanjaya Sekuriti telah melanjutkan masa bagi Syarikat sehingga 17 Julai 2007 untuk pelaksanaanTerbitan Khas tersebut. Selepas itu, 9,000,000 saham biasa baru berharga RM0.10 sesaham dalam Syarikat telah diumpuk danditerbitkan untuk tunai pada harga terbitan sebanyak RM4.976 sesaham pada 8 Jun 2007. Bilangan saham yang diterbitkandan harga terbitan itu telah diselaraskan berikutan pelaksanaan Pembahagian Saham oleh Syarikat.ix.Cadangan pembayaran semula modalPada 30 Mac 2007, Syarikat telah mengumumkan cadangannya untuk pembayaran semula modal yang akan dilaksanakanmelalui pembatalan saham biasa berharga RM0.10 sesaham dalam Syarikat dengan dasar pembatalan satu saham biasa (“SahamDibatal”) bagi setiap dua puluh saham biasa yang dimiliki pada tarikh hak yang akan ditentukan nanti, baki yang merupakanperbezaan antara pembayaran tunai dan nilai tara untuk setiap Saham Dibatal akan ditolak daripada akaun premium sahamSyarikat menurut Seksyen 64 dan 60(2) Akta Syarikat, 1965 (“Pembayaran Semula Modal”).Pembayaran Semula Modal telah diselesaikan pada 22 Ogos 2007 dengan pembayaran tunai berjumlah RM1,314,391,432untuk 312,950,341 saham biasa berharga RM0.10 sesaham dibatal, dengan dasar RM4.20 bagi setiap Saham Dibatal.117LAPORAN TAHUNAN 2007IOI Corporation Berhad

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!