10.07.2015 Views

PEMURNIAN TASAWWUF OLEH IMAM AL-GHAZALI - NikNasri.com

PEMURNIAN TASAWWUF OLEH IMAM AL-GHAZALI - NikNasri.com

PEMURNIAN TASAWWUF OLEH IMAM AL-GHAZALI - NikNasri.com

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

بسم االله الرحمن الرحيمنحمده ونصلى على رسوله الكريم<strong>PEMURNIAN</strong> <strong>TASAWWUF</strong> <strong>OLEH</strong> <strong>IMAM</strong> <strong>AL</strong>-GHAZ<strong>AL</strong>I<strong>OLEH</strong>:MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADYInsya’ Allah dalam nota ini akan dibicarakan bagaimana Imam al-Ghazali rd yang terkenalsebagai mujaddid abad ke-lima Hijrah atau abad ke dua belas Masihi itu memperjuangkankedudukan tasawwuf sehingga ia menjadi ilmu Islam yang teguh kedudukannya dalam senaraiilmu-ilmu Islam yang muktabar, serta amalan tasawwuf menjadi amalan yang amat dihormatisebagai dimensi kerohanian murni Islam berpaksikan al-Qur’an dan Sunnah.Beliau bertanggungjawab memurnikan tasawwuf daripada unsur-unsur yang merosakkankemurniannya. Antara yang paling nyatanya ialah sebagaimana yang beliau huraikan dalam“manifesto kerohaniannya” yang teragung yaitu Ihya’ ‘Ulumi’d-Din yang sangat popular itu.Kedudukan beliau yang agung dalam ummat ini jelas bila beliau diakui sebagai mujaddid padazamannya, tanpa dipertikai lagi, sama seperti ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz dan Imam Shafi’i untukzaman mereka masing-masing, sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi.Riwayat hidupnya secara ringkas*Sebelum daripada dibicarakan perkara-perkara lain eloklah dibicarakan riwayat hidupnya secararingkas untuk memberi gambaran berkenaan dengan alam di mana beliau dilahirkan danperkembangan peribadinya yang utama itu. Beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammadbin Muhammad bin Ta’us Ahmad al-Tusi al-Shafi’I yang terkenal secara umumnya dengan namaal-Ghazali, yang dilahirkan pada 450 Hijrah/1058 Masihi di Tabaran, satu daripada dua buah kotakecil di Tus, sekarang dalam kawasan Meshed di Khurasan.Beliau bukannya ulama yang tersohor pertama dalam keluarganya, kerana datuk saudaranyabernama abu Hamid al-Ghazali (men.435 H/1043 M) merupakan seorang ahli ilmu kalam dan ahlifiqh yang terkenal; mungkin beliau ini menjadi contoh ikutan bagi orang muda yang berhemahtinggi itu.Semenjak awal lagi beliau terdedah kepada pengaruh amalan-amalan dan ilmu tasawwuf,ayahandanya seorang yang beramal dengan amalan tasawwuf yang sangat warak, mengikutlaporan al-Subki, sehingga dikatakan ia hanya makan dari hasil usaha tangannya sendiri, danbeliau selalu bersama dengan mereka yang alim.Imam Ghazali rh yang yatim itu dididik oleh sufi yang menjadi sahabat ayahandanya, bersekalidengan saudaranya Ahmad. Semenjak masa kanak-kanaknya Imam al-Ghazali mempelajari ilmukalam dan fiqh, mula-mulanya dalam kota kecil kelahirannya dengan Shaikh Ahmad ibnMuhammad al-Radhkhani al-Tusi, kemudian beliau pergi melanjutkan pengajiannya di Jurjan dibawah didikan Imam abu Nasr al-Isma’ili.Ibn ‘Asakir menyebutkan bahawa Imam al-Ghazali mengambil ilmu tentang hadith al-Bukharidaripada Abu Sahl Muhammad ibn Ahmad al-Hafsi, dan antara syaikh-syaikhnya yang lain dalamilmu hadith ialah Nasr ibn ‘Ali ibn Ahmad al-Hakimi al-Tusi, ‘Abd Allah ibn Muhammad ibn Ahmadal-Khawari, dan Muhammad ibn Yahya ibn Muhammad ibn Suja’i al-Zawzani dan seterusnya.


Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Jurjan ada kisah yang menarik tentang Imam ini yangberkisar bagaimana beliau dirompak. Bila para perompak itu meninggalkannya, beliau mengikutimereka, tetapi beliau diberi amaran agar tidak mengikuti mereka itu kalau tidak beliau akan mati.Lalu beliau meminta dengan nama Allah supaya dikembali kertas-kertas yang mengandungicatitan-catitan pelajarannya kerana kertas itu tidak ada gunanya untuk mereka. Bila ditanyatentang kertas apa yang ada dalam beg itu beliau menjawab bahawa itu mengandungi catitancatitanilmunya yang didengarinya yang kerananya beliau jauh mengembara. Perompak ituketawa dan bertanya “bagaimana kamu memperolehi ilmu mereka bila kami ambil kertas itumaka kamu tidak berilmu lagi”. Ini suatu yang aneh berlaku. Bagaimanapun catitan-catitannyadiserahkan kembali. Apabila beliau kembali ke Tus lepas itu, imam al-Ghazali mengambil masatiga tahun menghafal semua catitan-catitan yang dipelajarinya itu.Setelah beliau kembali dari Jurjan dan berada di Tus buat beberapa waktu, mungkin di waktu inibeliau mempelajari tasawwuf di bawah Shaikh Yusuf al-Nassaj dan mungkin juga melakukanlatihan-latihan kesufian. Sewaktu berumur lebih kurang dua puluh tahun beliau pergi melanjutkanpelajarannya ke Maktab Nizamiyyah di Nishapur untuk berguru kepada Imam al-Haramain iaituAbu al-Ma’ali al-Juwaini, yang merupakan guru generasi yang keempat dari Imam al-Ash’arisendiri dalam akidah ajaran Imam itu. Dalam akademi itu beliau mempelajari ilmu-ilmu sepertiusul al-din, fiqh, falsafah, logik, ilmu-ilmu sains tabi’I, tasawwuf dan lainnya.Imam al-Haramain memberi kepada para pelajar kebebasan berfikir dan kebebasanmengeluarkan pendapat mereka, dan mereka digalakkan dalam mengambil bahagian dalamperdebatan dan perbincangan tentang pelbagai jenis persoalan yang dihadapi. Dalamperdebatan-perdebatan dengan rakan-rakannya Imam al-Ghazali menunjukkan kemampuanberfikir yang luas dan tajam, dan ia mempunyai kebolehan yang tinggi dalam kepetahan berhujahyang ini terbukti kemudiannya dalam tulisan-tulisannya seperti Tahafut al-Falasifah.Tidak lama kemudiannya beliau berkesempatan memberi kuliah kepada rakan-rakannya, danmembuat penulisan. Beliau merupakan seorang yang berfikir secara kritilal dan bebas merdeka;sewaktu beliau menjadi pelajar di Nizamiyyah di Nishapur beliau merasa tidak berpuas hatidengan pegangan yang dimilikinya, dan membebaskan dirinya daripada cara bertaklid sematadalam pegangan agama.Sewaktu di Nishapur beliau menjadi murid kepada ulama sufi abu ‘Ali al-Fadl ibn Muhammad ibn‘Ali al-Farmadhi; daripada guru sufi inilah beliau lebih banyak lagi mempelajari ilmu berkenaandengan pengetahuan dan amalan kesufian. Al-Farmadhi itu sendiri adalah murid kepada bapasaudara beliau sendiri dan juga murid al-Qushairi (men.465/1074) yang terkenal itu. Beliaumengamalkan juga amalan-amalan kezahidan yang ketat di bawah bimbingan beliau ini;sebagaimana yang disebutkan oleh beliau sendiri keadaannya tidaklah sampai ke tahap bolehmendapat inspirasi murni ‘dari alam tinggi”.Waktu itu juga beliau merasa tidak puas hati dengan pemikiran secara falsafah yang dihadapinyaitu termasuk apa yang diterima secara otoriti dalam hubungan dengan usul al-din. Tekanandalam tasawwuf tentang hubungan yang rapat dan mesra dengan Tuhan menjadikan imamutama ini lebih tidak berpuas hati lagi dengan huraian falsafah dalam usul al-din itu. Al-Farmadhimeninggal pada tahun 477 /1074 M dan Imam al-Haramain meninggal di tahun 478 H/1085 M.Waktu itu Imam al-Ghazali berumur dua puluh lapan tahun; ianya masih sangat bertenaga, dannamanya masyhur dalam alam Islam.Beliau pergi ke istana Nizam al-Mulk wazir Malikshah (memerintah waktu itu 465 H/1072-485H/1092 M) dan berada dalam kalangan para ahli ilmu kalam dan fuqaha di istana beliau itu.Nizam al-Mulk itu seorang wazir yang memberi galakan kepada perkembangan ilmu-ilmu, sains,sastera, dan menghimpunkan sekelilingnya para ulama dan ilmiawan yang terkenal danmempunyai ilmu yang mendalam. Beliau biasa mengadakan majlis-majlis perbincangan ilmiahdan al-Ghazali mendapat namanya yang terkenal kerana kebolehan debatnya yang sangat baik.


Ilmu pengetahuan al-Ghazali berkenaan dengan fiqh, usul al-din, dan falsafah sedemikiandikagumi oleh Nizam al-Mulk sehingga beliau dilantik sebagai professor Usul al-Din diNizamiyyah itu (diasaskan pada tahun 458–460 H/1065-67 M) di Baghdad pada tahun484H/1091M. Waktu itu beliau berumur tiga puluh empat tahun. Ini merupakan kemuliaan yangsedemikian tinggi di alam Islam, dan beliau itu diangkat kepada jawatan yang sedemikiansewaktu umur sedemikian muda, yang tidak pernah orang lain dilantik kepada jawatansedemikian sewaktu bermur semuda itu.Beliau sedemikian berjaya sebagai professor di Akademi itu; kuliahnya yang sedemikiancemerlang dan kedalaman ilmu pengetahuannya serta kejelasan huraiannya menarik semakinramai para pelajar atau pendengar kepadanya, termasuk mereka dari kalangan para sarjanayang terkenal di zaman itu. Dengan segeranya ramai mereka mengiktirafi kefasihan, kedalamanpengetahuan, dan kemampuan beliau sebagai pembicara ilmu, dan kemudiannya beliaudikirakan sebagai ahli usul al-din yang teragung dalam tradisi Asha’irah. Maka beliau dimintanasihat dalam perkara-perkara keagamaan dan siasah dan beliau menimbulkan pengarah yangsebanding dengan pengaruh pegawai-pegawai negara yang tertinggi.Beliau mencapai kejayaan tertinggi sebagai ulama dilihat dari segi keduniaan lahiriahnya, tetapidari segi batinnya beliau mula mengalami krisis intelektuil dan kerohanian yang amat mendalam.Rasa syaknya dan menyoal semua perkara yang ada dahulunya pada beliau mula menimbulkandirinya semula dan beliau sampai bersikap kritikal terhadap mata-mata pelajaran yangdiajarkannya sendiri. Beliau merasa kekosongan dalam huraian-huraian yang berupa helah-helahdi kalangan para fuqaha. Sistem huraian di kalangan ahli ilmu kalam tidak merupakan keyakinansecara ilmu dan intelektuilnya. Beliau menentang huraian mereka yang memberi penekananyang berlebihan tentang perkara-perkara doktrinal, kerana yang demikian membawa agamamenjadi lingkungan sistem ortodoksi dan berupa sebagai soal-jawab yang dangkal sahaja;perbalahan-perbalahan di kalangan para mutakalimun berupa perakara-perkara soal-jawabtentang pegangan agama yang tidak ada hubungan sebenar dengan kehidupan manusia denganagamanya.Sekali lagi beliau menumpukan dirinya kepada penelitian tentang falsafah secara bersungguhsungguhdan menyeluruh, dan beliau mendapati bahawa pegangan dan keyakinan tidak bolehdibinakan atas pemikiran semata-mata. Akal ada peranannya pada tahap-tahap tertentu, tetapiakhirnya Kebenaran Yang Terakhir memang tidak boleh dicapai dengan akal fikiran. Denganmenyedari tentang batasan-batasan pemikiran dalam hubungan dengan teologi, beliau beradadalam rasa syak berkenaan dengan ilmu dan pegangan lalu beliau merasa tidak tenang jiwanyadan hatinya. Beliau merasa beliau berada dalam kedudukan yang tidak sebenar.Akhirnya beliau mendapat kesedaran bahawa jalan yang sebenarnya ialah jalan tasawwuf yangmembawa manusia kepada kebenaran yang sebenarnya melalui pengalaman rohaniah yangsahih. Beliau telahpun mempelajari ilmu tasawwuf secara teori dan bahkan ada juga melakukanamalan-amalannya; tetapi beliau belum lagi mara ke dalam pengalamannya secara yang sangatjauh. Dia memikirkan bahawa kalaulah beliau menumpukan dirinya kepada perjalanan kesufianmelalui ciri-ciri kezuhudan, serta menekuni amalan-amalan spiritual, berserta dengan tafakuryang mendalam, beliau berkemungkinan akan mencapai nur yang sedang dicari-carinya.Tetapi yang demikian ini melibatkan beliau meninggalkan kerjaya ilmiah yang cemerlang dankedudukan keduniaan yang sedemikian tinggi itu. Beliau terasa juga runtunan untuk mendapatkemasyhuran dan kehebatan dirinya dalam kehidupan. Tetapi runtunan untuk mencari kebenaranterlalu amat kuatnya. Beliau merasakan bahawa beliau memerlukan keyakinan yang menetappada pegangan, yang diperkuatkan lagi dengan pemikirannya tentang kedatangan maut. Beliauberada dalam konflik pemikiran dan perasaan sedemikian selama enam bulan lamanya mulaidari bulan Rajab 488H/ Julai 1095.


Beliau menjadi merusut kesihatan badannya dan pemikirannya juga amat terganggu; seleramakannya dan penghadamannya hilang sampai suaranyapun tidak ada lagi. Maka senanglahbaginya untuk melepaskan jawatannya sebagai professor lalu ia meninggalkan kota Baghdadpada bulan dhul-Qa’idah 488 H/ November 1095 M, secara lahirnya beliau menunjukkan bahawabeliau sedang hendak menunaikan fardhu haji; beliau meminta saudaranya Ahmadmenggantinya memberi pengajaran kepada orang ramai dalam masa pemergiannya itu;sebenarnya beliau menjalankan ‘uzlah sebagaimana yang diajarkan oleh para ulama sufi demiuntuk mencapai kedamaian fikiran dan hati serta keselamatan untuk rohnya sendiri.Beliau menyedekahkan semua harta miliknya melainkan bahagian-bahagian tertentu yangdiamanahkan untuk perbelanjaan keluarganya, kemudian beliau terus pergi ke Syria.Selama dua tahun lamanya beliau berada dalam ‘uzlah (tahun 488 H/1095 M ) di salah sebuahdaripada menara-menara masjid Umayyah di Damsyik; kemudian beliau pergi ke Jerusalemuntuk menjalankan ‘uzlah lagi di mana beliau melakukan tafakur yang mendalam di Masjid ‘Umardan Qubbat al-Sakhr (The Dome of the Rock). Selepas daripada melawat makam Nabi Ibrahima.s. di Hebron, beliau melaksanakan hajinya ke Makkah dan pergi ke Madinah. Itu diikuti denganamalan ber’uzlah di tempat-tempat yang mulia dan masjid-masjid, serta mengembara di padangpadangpasir. Selepas daripada sebelas tahun berada dalam pengembaraan beliau kembali kekota kelahirannya Tus, dalam tahun 499 H/1105 M.Berkenaan dengan pengalaman-pengalamannya mengikut apa- apa yang berlaku selepas beliaumeninggalkan kota Baghdad, tidak ada apa-apa yang diberitahu olehnya kepada kita. Apa yangdiberitahu ialah bagaimana adanya perkara-perkara yang tidak boleh dihuraiakan yang terlalubanyak yang berlaku kepadanya dalam bentuk ilham-ilham sewaktu beliau berada dalam masa‘uzlahnya itu. Pengalaman-pengalaman itu nampaknya membawa sebagai natijahnya kepadabeliau menerima otoritas Nabi s.a.w. dan tunduk dengan sepenuhnya kepada kebenarankebenaranyang diwahyukan dalam al-Qur’an.Antara tanda-tanda awal tentang beliau memberi pembelaan terhadap akidah Ahlis-Sunnah waljama’ah(yang memang dahulunya memang beliau memberi pembelaan terhadapnya, tetapisekarang pembelaan itu diberikan selepas daripada berlaku sesuatu yang boleh disebut sebagaipengesahan secara kerohanian tentang kebenaran-kebenaran itu) ialah penulisannya berjudular-Risalah al-Qudsiyyah yang digubah sewaktu beliau berada dalam ‘uzlahnya di Jerusalem,mungkin sebelum 492 H/1099 M sebab pada bulan Sya’ban tahun tersebut Jerusalem ditawanoleh tentera Salib. Ini dimasukkan ke dalam bab ke tiga kitab teragungnya Ihya’ ‘Ulumi’d-Dindalam bab berkenaan dengan dasar-dasar ‘Aqidah; di dalam kitab itu beliau mencatitkan apayang dipelajarinya dalam masa beliau ber’uzlah sambil melakukan latihan-latihan kerohanian danmenjalankan tafakur yang mendalam itu.Dalam masa pengembaraan itu beliau terus menerus mengarang kitab-kitab selain daripada Ihya’‘Ulumi’d-Din dan dari semasa ke semasa beliau kembali memberi pengajaran kepada paramuridnya. Beliau merasakan bahawa ia mempunyai peranan untuk menyelamatkan agamadaripada aliran kezindikan dan kekufuran dan beliau mengarang kitab-kitab untuk menegakkanakidah Ahl al-Sunnah wal-jama’ah sebagaimana yang jelas daripada bahagian akidah dalamIhya’ ‘Ulumi’d-Din dan kitab-kitab lain seperti al-Iqtisad fi’l-I’tiqad; beliau juga mengarang kitatentang kesesatan Batiniyyah dalam kitabnya al-Fad’ih al-Bataniyyah dan juga kesesatan dankekufuran dalam kitab Faisalat al-Tafriqah bainal-islam wa’z-zanadiqah. Beliau juga meneruskanpemerhatiannya terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w.Bila beliau kembali ke Tus beliau meneruskan hidup ‘uzlahnya serta tafakkur yang diamalnya;bagaimanapun Fakhr al-Mulk anak lelaki Nizam al-Mulk yang memberi lindungan kepadanya,yang waktu itu menjadi wazir kepada Sultan Sanjar menggesa beliau menerima jawatanprofessor ilmu akidah di Maktab Maimunah Nizamiyyah di Nishapur yang beliau setujui akhirnya,dengan perasaan hati yang berat; tetapi beliau tidak lama bertugas di sana dan kemudiannya


kembali ke kota kelahirannya lagi dan membina madrasah di mana beliau memberi pengajaran disana berkenaan dengan usul al-din dan tasawwuf.Kemudiannya bila beliau disuruh oleh wazir al-Said mengajar pula dan Nizamiyyah di Baghdad,beliau membuat pilihan untuk menetap di Tus; di sana beliau hidup dengan aman dengan paramuridnya; hidupnya dipenuhi dengan pendidikan dan ibadat kepada Allah sehingga beliaumeninggal dunia pada 14 Jamadil-Akhir tahun 505 H/19 Disember 1111 M dengan kitab hadithatas dadanya, kata kisahnya.Ibn al-Jawzi meriwayatkan dalam kitab al-Thabat ‘Inda al-Mamat kisah yang didapatinya daripadaAhmad saudara Imam al-Ghazali bahawa “pada Hari Isnin (14 Jamadil-Akhir) pada waktu masukSubuh saudaraku Abu Hamid mengambil wudu’nya, sembahyang Subuh, kemudian berkata:‘Bawa kepadaku kain kafanku’; beliau mengambil kain itu, menciumnya dan meletakkannya padamatanya, sambil berkata: ‘Kami mendengar dan taat dengan penuh persediaan untuk hadhir keHadhrat Tuhan, Raja (Yang Maha Berkuasa)’; kemudian beliau melunjurkan kakinya, mengadapkiblat,dan meninggal dunia sebelum matahari naik’.Diceritakan bahawa Shaikh Abul-hasan al-Shadhili rd bermimpi bahawa ia melihat Nabi s.a.w.menunjukkan Imam Al Ghazali kepada nabi Musa dan ‘Isa, sambil bertanya kepada keduamereka, ‘Adakah terdapat orang alim yang bijaksana dalam umat anda berdua?’, jawabkeduanya tidak ada.Dalam hayatnya beliau menyedari bahawa beliau mesti bertanggungjawab untuk menghadapialiran ilhad atau kekufuran yang sedang muncul pada waktu itu menyanggahi ajaran Islamberdasarkan Qur’an dan Sunnah sebagaimana yang ada dalam Ahlis-Sunnah wal-jama’ah.Kerana itu beliau memberi pembelaan terhadap akidah Ahlis-Sunnah wal-jamaah dalam tekstekskarangannya.Antara kita-kitab karangannya yang disebut dalam catitan al-Zabidi dan Ibn al-Subki ialah:Empat buah kitab dalam bidang fiqh mazhab Shafi’I; iaitu yang besar al-Basit, yang sederhanabesarnya al-Wasit, dalam tujuh jilid, dan yang ringkas dalam dua jilid, iaitu al-Wajiz; yangdiringkaskan dalam al-Khulasa. Al-Wasit diberi syarahnya dan juga diringkaskan isinyaantaranya oleh Imam Nawawi dalam kitab Rawdah al-Talibin.Empat buah kitab berkenaan dengan usul al-fiqh, al-Mankhul, yang dikarang waktu gurunyaImam al-Haramain masih hidup, Shifa’ al-Ghalil fi Masa’il (atau Masalik) al-Ta’lil; al-Maknun;dan al-Mustashfa. Kitabnya yang boleh disebut sebagai ensiklopedianya tentang metodologipunca-punca Shari’ah pendapatnya yang terakhir dalam bidangnya, ialah al-Mustashfa, yangbanyak kali diterbitkan di Mesir dan lainnya. Kitab ini dikarangnya selepas daripada beliaukeluar daripada ‘uzlah dan bersuluk serta tafakkur.Ihya’ ‘Ulum al-Din, antara kitabnya yang terakhir.Al-Imla’ ‘ala Mushkil al-Ihya’ yang di dalamnya beliau memberi jawapan terhadapsetengah persoalan-persoalan yang diperkatakan berkenaan dengan kitab Ihya’dalam zaman hidupnya. Kitab ini juga dipanggil dengan judul al-Ajwibah al-Muskita‘an al-As’ilah al-Mubhita.Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, sekarang tidak ada lagi;Jawahir al-Qur’an;Al-Arba’un fi’t-Tauhid, asalnya bahagian daripada Jawahir al-Qur’an;Al-Asma’ al-Husna;Al-Ma’akhidh berkenaan dengan perkara-perkara khilaf antara ahli hukum Islam;


Tahsin al-Ma’akhidh, sebagai sharah bagi al-Ma’akhidh;Kimiya’ as-Sa’adah, atau Rahsia Kebahagiaan, asalnya ditulis dalam Farsi;Lubab al-Muntakhal, berkenaan dengan kaedah-kaedah perbahasan;Al-Iqtisad fi al-I’tiqad, yang dalamnya beliau membuat kenyataan: ”Golongan yangmenafsir ayat-ayat dan hadith-hadith secara zahir lafaznya (al-Hashawiyyah)menegaskan ada arah bagi Allah manakala dalam masa yang sama mengawal dirimereka daripada mengosongkan Tuhan daripada Sifat-SifatNya (ta’til), dengan itumereka terjatuh (ke dalam kesalahan) menjadikan Allah seperti para makhluk(tashbih). Allah Taala mengurniakan kejayaan kepada Ahl al-Sunnah dalammenetapkan kebenaran. Mereka mengakui matlamat yang sebenar dan yang layakdalam menetapkan kaedah mereka (dalam menetapkan akidah-p) dan merekamemahami bahawa arah dinafikan dan ditolak bagi Allah kerana itu bergantungdengan jisim-jisim dan mengikutinya, manakala memandangNya ditetapkandengan teguhnya kerana itu secara langsungnya menuruti ilmu dan melayaninyasebagai bahagian yang menyempurnakannya”.Mi’yar al-NazarMihakk al-nazarBayan al-Qaulain, berkenaan dengan dua kaul Imam Shafi’i.Al-Mustazhiri, penolakan terhadap faham Batiniyah;Qawasim al-Batiniyyah, sebuah lagi penolakannya.Tahafut al-falasifah, yang menyatakan terkeluarnya para ahli falsafah daripadakeimanan, yang diberikan responsnya oleh qadhi Andalus iaitu Ibn Rushd al-Malikidengan bukunya Tahafut al-Tahafut;Al-Maqasid fi Bayan I’tiqad al-Awa’il, yang terkenal juga sebagai Maqasid al-Falasifah.Asrar Mu’amalah al-Din;Asrar al-Anwar al-Ilahiyyah bi al-Ayat al-Matluwwah;Akhlaq al-Abrar wa al-Najat Min al-Ashrar;Asrar Ittba’ al-Sunnah;Asrar al-Huruf wa al-Kalimat;Bayan Fada’ih al-Ibahiyyah, yang menentang mereka yang tidak percaya kepadaTuhan;Bada’i’ al-Sani’;Tanbih al-Ghafilin;Talbis Iblis, nama kitab yang kemudiannya digunakan oleh Ibn al-Jawzi untukmenentang al-Ghazali;Khulasah al-Rasa’il ila ‘Ilm al-Masa’il, ringkasan kitab fiqh al-Mukhtasar karanganal-Muzani;Al-Risalah al-Qudsiyyah fi ‘Ilm al-Kalam;Al-Sirr al-Masun sebuah kitab berkenaan dengan doa-doa atau bacaan-bacaan dariayat-ayat Qur’an dalam menghadapi musuh;


Sharah Da’irah ‘Ali ibn Abi Talib, juga terkenal sebagai Nukhbah al-Asma’;‘Aqidah al-Misbah;‘Unqud al-Mukhtasar, ringkasan bagi ringkasan Imam al-Haramain terhadap kitabMukhtasar oleh Muzani;Rasa’il (terdiri daripada surat-surat) yang diterbitkan dalam suatu jilid dalam tujuhbahagian, terdiri daripada:1. Al-Hikmah fi Makhluqat Allah-Subhanahu wa Taala; Miu’raj al-Salikin;2. Rawdat al-talibin wa ‘Umdah al-Salikin (dalam tasawwuf dan tauhid);Qawa’id aql-‘Aqa’id fi al-tauhid yang dimasukkan ke dalam kitab Ihya’sepenuhnya; Khulasah al-Tasanif fi al-Tasawwuf yang di dalamnya beliaumentakrifkan tasawwuf sebagai “Ketahuilah bahawa tasawwuf itu duaperkara; bersifat benar dengan Allah Yang Maha Berkuasa dan berakhlak baikdengan manusia. Sesiapa yang mengamalkan dua perkara ini ia seorang sufi.Sifat benar dengan Allah ertinya seseorang hamba itu memutuskan habuanbagi nafsunya dalam menjalankan suruhan Tuhan. Berakhlak baik denganorang ramai ialah tidak mengutamakan tuntutan diri sendiri ke atas tuntutanmereka sejauh mana tuntutan mereka itu berjalan dalam lingkungan hukumSyara’. Sesiapa yang bersetuju dengan amalan bercanggah dengan Syara’atau yang menentangnya ia tidak mungkin menjadi orang tasawwuf, dankalau ia mendakwa (ia orang tasawwuf) maka ia berbohong” (Terjemahandaripada catitan Dr G.F. Haddad dari Laman “Al Ghazalil Website” – petikanasal dari http://www.sunnah.org/history/Scholars/imam_alghazali.htm).3. Al-Qistas al-Mustaqim; Minhaj al-‘Arifin; al-Risalah al-Laduniyyah;Faisal al-Tafriqah (fi al-Takfir); Ayyuhal Walad, asalnya tertulis dalam Farsi;4. Mishkat al-Anwar; Risalah al-Tayr; al-Risalah al-Wa’ziyyah; Iljam al-‘Awwam ‘an ‘Ilm al-kalam; al-Mad-nun bihi ‘ala Ghairi ahlihi; al-Ajwibah al-Ghazzaliyyah fi al-Masa’il al-Ukhrawiyyah;5. Bidayah al-Hidayah; Kimiya’ as-Sa’adah; al-Adab fi al-Din; al-Kashf waal-Tabyin fi Ghurur al-Khalq Ajma’in;6. Sirr al-‘Alamain wa Kashf ma fi al-Darayn; al-Durrah al-Fakhirah fiKashf ‘Ulum al-Akhirah;7. Qanun al-Ta’wil; al-Ahadith al-Qudsiyyah; al-Munqidh Min al-Dalal; didalam kitab ini beliau membuat kenyataan: “Jalan tasawwuf terdiri daripadausaha membersihkan hati daripada segala yang lain daripada Allah. Sayamembuat kesimpulan bahawa orang-orang tasawwuf adalah orang-orangyang menuntut dalam Jalan Tuhan, dan perangai mereka adalah perangaiyang terbaik sekali, dan adab-adab mereka adalah adab-adab yang palingbersih; mereka telah menyucikan hati mereka daripada segala yang laindaripada Allah dan mereka menjadikannya sebagai jalan-jalan bagi berlalunyasungai-sungai mengalir, yang membawa ilmu atau ma’rifah tentang Allah.”Fatawa, yang di dalamnya beliau membuat kenyataan:“Soalan: Apakah jawapan yang perlu diberikan kepada orang yang menganggapsembahyang sebagai jalan untuk mencapai ibadat yang sebenarnya, dan pengenalansebenar terhadap Allah, sehingga bila ia mencapai yang kedua itu ia merasa tidaklagi perlu sembahyang, walaupun ia memang masih juga melakukan sembahyang?


Jawapan: Orang yang terpedaya ini mestilah sedar bahawa ibadat yang sebenardan pengenalan terhadap Allah adalah matlamat-matlamat sembahyang, tetapibukan itu sahaja matlamatnya. Sebagaimana juga keadaannya kata-kata yangdilafazkan dan yang tertulis dan bacaan-bacaan untuk menjaga diri (al-ruqyah) adakesan yang tertentu dalam mengawal orang daripada ular – sebenarnya, ke arahmenundukkan jin-jin dan setan-setan; dan sebagaimana juga dengan doa-doa yangdisampaikan kepada kita dalam bentuk-bentuk puitis menarik khidmat dari paramalaikat sebagai jawapan bagi doa-doa orang-orang yang berdoa, fikiran manusiatidak terjangkau untuk memahami cara dan ciri yang sebenar bacaan-bacaan ini,yang boleh difahami hanya melalui kuasa seorang nabi, bila para nabi ituditunjukkan makna itu semua dalam lauh al-Mahfuz; demikian pula bentuk-bentukamalan sembahyang yang menjadikan orang ruku’ dan sujud dua kali, denganbilangan-bilangan (tasbih-tasbih dan bacaan-bacaannya), serta ayat-ayat Qur’anyang tertentu, yang dibaca, dengan panjangnya secara tertentu dan jugabilangannya, waktu matahari naik, tengahhari, dan waktu matahari jatuh, adamempunyai kesan tertentu bagi menenangkan ular yang bersarang dalam dadamanusia dan menimbulkan ular banyak kepalanya pula, (ini bahasa perlembangan-p)yang menyamai bilangan perangai dirinya, yang menggigit dan memagutnya dalamkubur (dalam alam barzakh-p) bahayanya merebak pergi kepada rohnya pula,sebagaimana yang diisyaratkan oleh nabi dalam sabdanya - Allah memberi rahmatdan kesejahteraan kepadanya - ‘Naga dengan sembilan puluh sembilan kepala diberiberkuasa dalam kubur orang yang tidak beriman, yang melakukan sekian sekianperbuatan ’Maka banyaklah naga yang demikian dalam tabiat kejadian manusia, dantidak ada yang boleh menundukkannya melainkan kewajipan-kewajipan yangditentukan oleh Tuhan”Berkenaan dengan Imam al-Ghazali:Ibn al-Subki menyebut kenyataan dari orang-orang yang sezaman dengan Imam al-Ghazali:Imam al-Haramain berkata: “Al-Ghazali adalah laut yang menghilangkan dahaga”.Murid al-Ghazali bernama Imam Muhammad ibn Yahya ibn Mansur al-Naysaburi al-Shahidmenyatakan: “Beliau adalah Shaf’I yang kedua”.Asa’ad al-Mihani menyatakan: ”Tidak ada orang yang mencapai ilmu seperti al-Ghazali, jugatidak ada yang mencapai kelebihannya melainkan orang yang mencapai atau hampir-hampirmencapai kesempurnaan pada akalnya:”Ibn al-Subki membuat huraian: “Aku sukakan kenyataan sedemikian ini, keranaorang yang hendak melihat kepada tahap pencapaian orang yang berada di atasdaripadanya dalam ilmu, ia memerlukan kepada akal dan kefahaman yang dalam.Saya mendengar syaikh dan imam (Syaikh al-Islam Taqi al-Din al-Subki) berkata:‘Tidak ada orang yang mengetahui pangkat orang lain dalam ilmu melainkan orangyang sama setaraf dengan orang itu, dan yang mengenalinya secara peribadi, dan iamengenalinya hanya setakat apa yang diizinkan untuknya mengetahui tentangnya’.”Pemurniaan tasawwuf oleh Imam al-Ghazali rd:Antaranya ialah pemurnian aqidah daripada pengaruh-pengaruh yang menyesatkan. Kerana itual-Ghazali rd memberi jawapan kepada akidah-akidah yang sesat dan menyesatkan:Mu’tazilah, Jabariyyah, Khawarij, Syi’ah, Batiniyyah, golongan ahli falsafah; semuanya adalahdengan tujuan membina hidup kerohanian atau tasawwuf yang benar atas asas akidah yang


hak. Sebab itulah pada bahagian awal Ihya’nya selepas berbicara tentang ilmu beliaumemaparkan akidah Ahlis-Sunnah wal-jamaah, mengikut aliran Imam Abul-Hasan al-Asya’ari.Demikianlah akidah yang hak ini mendapat pembelaan dalam teks-teks beliau seperti Al-Iqtisadfil-I’taqad, Faisalut Tafriqah, Fada’ih al-batiniyyah, dan lainnya.Antaranya beliau membersihkan amalan-amalan rohaniah mengikut rangka Qur’an danSunnah, serta mengikut Imam al-Shafi’I rd. Ini jelas dalam beliau memberi huraian berkenaandengan amalan-amalan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, membaca Qur’an,mengamalkan wirid dan zikir dan seterusnya, dengan tafakkur dan lainnya. Dengan ini amalantasawwuf berjalan dalam rangka ajaran kerohanian sebagaimana yang ada dalam fiqh imammujtahid.Tambahan ialah beliau memberi makna-makna kerohanian di sebalik amalan-amalan sepertisembahyang, puasa, zakat dan haji di bawah apa yang beliau sebut sebagai “asrar” dan adabadabdengan maksud-maksud di sebaliknya. Misalnya dalam hubungan dengan ibadatsembahyang beliau mahukan orang yang melakukan sembahyang mengamalkan enam sifatbatin, selain daripada rukun tiga belas sembahyang itu dengan amalan-amalan yang sunatnya.Amalan batin yang beliau kehendaki itu ialah memahami apa yang dibaca (‘al-tafahhum”), hadirhati dalam melakukan ibadat dan jangan lalai (‘hudur al-qalb”), takut kepada Tuhan (“al-khauf”),merasa dan menyedari keagungan dan kehebatan serta kemuliaan Tuhan (“al-ta’zim”),harapkan rahmat dana penerimaan Tuhan (“al-raja’ “), dan akhirnya malu, yaitu malu keranakekurangan-kekurangan diri dalam ibadat (‘al-haya’). Dengan adanya dimensi rohani dalamibadat maka amalan itu memperkasakan rohani manusia dan berkesan dalam membentukperibadinya, bukan ia setakat melakukan amalan secara mekanikal semata, walaupun itumemang sah amalannya.Dengan yang demikian Imam al-Ghazali menggabungkan pertimbangan hukum fiqh danpertimbangan rohani atau tasawwuf; dengan itu teguhlah kedudukan tasawwuf dalam senaraiilmu-ilmu Islam, dan jadilah fiqh sebagai ilmu yang menjaga kemaslahatan ummat, bukannyaberupa sistem mengadakan helah-helah supaya manusia tidak perlu sangat mentaati hukumSyara’ sebab para fuqaha pandai membuat helah-helah.Dalam bahagian akhir jilid tiga kitab Ihya’ Imam Ghazali berbicara berkenaan dengan “ghurur”atau keadaan manusia terpedaya. Beliau menyebut bagaimana manusia itu mesti mengelakdirinya daripada terpedaya dalam mengamalkan agama supaya ia tidak sia-sia hidupnya dialam yang kekal nanti. Antara keadaan terpedaya itu disebutkan oleh beliau seperti berikut:Antara mereka yang paling kuat terpedaya ialah mereka yang tidak membawa iman; makahidup mereka dalam kegelapan rohaniah kerana tidak ada panduan. Panduan hanya bolehdidapati dengan sebenar-benarnya bila orang itu membawa iman dan hiduplah ia dalamibadat menjayakan keimanan yang diyakininya.Antara mereka yang terpedaya itu ialah mereka yang merasa dirinya memadai dengan ilmuilmusetakat menyentuh amalan-amalan lahiriah sahaja tanpa mempedulikan aspek-aspekyang batin dalam amalan hidup. Maka Imam al-Ghazali rd mengutip kata-kata ulama yangdahulu-dahulu yang bermaksud “Sesiapa yang tidak ada baginya habuan daripada aspekyang batin daripada ilmu ahli tasawuf, maka dibimbangkan ia itu mati dalam kejahatan akhirhayatnya. Dan yang sehabis kurang sekali daripada habuan ilmu demikian ialahmenyerahkan hal itu kepada mereka yang ahlinya jangan dibantah”. Imam al-Ghazalimenyebutkan pula bahawa kalau seseorang itu mengetahui ilmu yang batin dalam tasawwuftetapi ia tidak berusaha untuk memperbaikkan dirinya dan amalannya serta hatinya, maka iaterpedaya juga. Hendaklah keadaan ini dijauhi.Antara mereka yang dibimbangkan binasa ialah orang-orang yang merasa memadai denganamalan-amalan lahiriah sebagai orang-orang yang taat kepada aturan-aturan hukum agama.Orang yang demikian merasa memadai sebagai orang-orang yang salih dan mengamalkanagama, walhal ia tidak peduli untuk membersihkan diri daripada sifat-sifat yang keji sepertiriya’ (yaitu melakukan amal kebajikan dalam agama untuk mendapat sanjungan orang ramaiatau untuk menjadi masyhur), ujub iaitu rasa tercengang dengan kebaikan diri sendiri, takbur


membesarkan diri atas orang lain; demikian seterusnya.Antara mereka yang binasa dan terpedaya ialah orang-orang yang meringan-ringankanperaturan Syara’ berkenaan dengan cara masuk ke dalam amalan yang dikehendaki Allah.Ini kerana sikap memandang rendah kepada ilmu, kononnya dikatakanya ilmu ini kulit luarsahaja; yang penting ialah yang batin.Antara orang-orang yang binasa walaupun mereka beramal ibadat ialah orang-orang yangmengamalkan amalan-amalan seperti sembahyang, puasa dan lainnya, tetapi merekamemandang remeh kepada perbuatan mengumpat kepada orang lain serta dengki terhadapmereka.Secara terang Imam Ghazali menyebut di kalangan mereka yang menisbahkan diri kepadatasawwuf menjadi binasa kerana mereka mengambil berat tentang resmi dan pakaian sepertiorang-orang tasawwuf dengan kain yang mereka pakai, dan tabiat mereka seperti ahli zikir.Beliau mahu supaya selain daripada resmi lahiriah dan kerja-kerja atau cara hidup lahiriahseperti orang sufi perlulah dijaga adab-adab batinnya.Golongan yang menisbahkan mereka kepada tasawwuf juga ialah orang-orang yang mengakumempunyai pengetahuan yang tinggi-tinggi seperti aspek-aspek mukasyafah termasuk ilmutentang Tuhan dan sifat-sifatNya dengan dalamnya tetapi ia mencuaikan amalannya dalammentaati Tuhan dan menjalankan aturan agamaNya dengan ikhlas.Antaranya disebutkan orang-orang yang terpedaya ialah orang-orang yang menganggapSyara’ itu adalah tidak penting kerana ia aspek lahiriah tidak inti bagi agama. Ini bagi agama iahuraian tentang perkara-perkara yang tinggi-tinggi dan mereka ini menghafal kata-kata istilahyang tinggi-tinggi untuk menonjolkan diri sebagai orang-orang tasawwuf yang mencapai darjatyang tinggi, walhal itu adalah hafalan sajaDalam Faisalah at-Tafriqah Imam Ghazali menyebut tentang mereka yang meringan-ringankanaturan Syara’ seperti orang-orang Zindik.Kita boleh melihat kekuatan tasawwuf dalam huraian Imam al-Ghazali berdasarkan kepadasifat-sifat keutamaan rohaniah terdiri daripada pelbagai sifat yang perlu diperjuangkankejayaannya dalam nafsu atau diri batin manusia. Sifat-sifat itu antaranya ialah: taubat, syukur,sabar, takut, harap, zuhud, faqir, tawakkal, tauhid, mahabbah dan syauk kepada Tuhan, niatyang baik, keikhlasan, sifat benar, muraqabah, muhasabah, mengingati maut.Sifat-sifat yang mesti dibuang daripada jiwa manusia antaranya ialah: kegelojohan nafsu perutdan kelamin, kebinasaan lidah, (berkata-kata tentang perkara yang tidak berfaedah, berbantahbantah,memberat-berat diri untuk menggunakan bahasa berperhiasan, suka memaki,melaknat, mempersenda-sendakan orang, dan lainnya, mengumpat, mengadu orang),bercakap orang awam berdalam-dalam berkenaan dengan Tuhan, sifat marah, berseteru,dengki dan dendam, kegilaan kepada hidup dunia, bakhil, tamak haloba, riya, suka kepadakemasyhuran, kasihkan pangkat, takabur, ujub atau tercengang dengan kebaikan diri.Dalam tasawwuf Imam al-Ghazali ada aspek yang menyentuh hubungan manusia denganTuhan dalam pengalaman rohaniah sampai seolah-olah manusia merasa dirinya seperti tidakada yang sebenar-benar ada hanya Tuhan. Ini boleh dikesankan dalam perbincangannyatentang “mahabbah” atau kasih, kejinakan atau “al-uns”, serta hal tauhid. Aspek yang satu lagiialah bagaimana beliau menyebut Tuhan dengan Sifat-sifatNya yang sempurna dan sediakala(qadim); ini seperti yang disebut di kalangan sufiah: “Tuhan kekal sebagai Tuhan walaupun iatajalli (seperti tajalli di bukit Tursina) dan hamba kekal hamba walaupun ia meningkatmakamnya.” Berhubung dengan ini maka kita boleh memandang bahawa akidah itu akidahjuga Tuhan adalah Yang menjadikan, Yang Kekal dan Sediakala, manusia adalah makhluk,yang baharu. Hanya kita perlu sebutkan bahawa pengalaman ahli-ahli rohani dalam sejarahIslam adalah pengalaman yang benar dan kita menerimanya.Dalam tasawwuf Imam al-Ghazali terdapat penghayatan akidah Ahlis-Sunnah sampai kekemuncaknya, dengan perlaksanaan amalan berdasarkan fiqh imam mujtahid yang diikuti oleh


orang yang berkenaan; amalan rohaninya pula adalah terdiri daripada amalan-amalan yangdiakui ulama, serta dengan penekanan ke atas sifat-sifat keutamaan yang baik (‘asl-fada’il),dan pengikisan dari jiwa sifat-sifat yang buruk (‘al-akhlak almadhmumah’); pengiktirafan adaterhadap pengalaman rohani yang sahih yang sampai kepada tahap bahawa orang yangberkenaan itu sampai mengalami bahawa wujud yang sesungguhnya adalah Tuhan dan wujudhamba adalah wujud yang bukan hakiki, walaupun memang ia “real” pada paras alam benda.Dalam rangka akidah yang sedemikian ini selaraslah akidah manusia di Dunia Melayu danakidah ini hendaklah dikawal dan diteruskan supaya ia bersemarak; janganlah dibiarkan akidahlain berkembang di kalangan orang Dunia Melayu ini supaya aliran Ahl al-Sunnahnya tetapsegar. Antaranya hendaklah jangan dibiarkan berkembang di Dunia Melayu ini peganganseperti yang ada dalam ajaran Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab yang sampai menuduh NabiAdam a.s. syirik, Syaikh al-Busiri dalam ‘al-Burdah”nya dikatakan syirik, dikatakan mengucapsyahadah dengan tahu maknanya, dengan berikrar, dengan menyeru kepada Tuhan belummenjadikan selamat nyawa dan harta, berdoa di kubur wali sampai dikatakan syirik dan kafir,mengikut imam mujtahid sebagai orang bertaklid sama seperti Orang Ahlil-Kitab mengambilrahib-rahib dan ahli agama mereka sebagai “tuhan-tuhan selain Allah”.Wallahu a’lam.--------------------------------------------------* Sumber-sumber tentang riwayat hidup Imam al-Ghazali rd banyak terdapat dilaman web “al-Ghazali’s website”: www.muslimphilosophy.<strong>com</strong>/gz/default.htm;antaranya:At-Tabaqat al-Shafi’iyyah al-Kubra, oleh Imam Taj al-Din al-Subki (1327-1370),ed.’Abd al-Fattah Muhammad al-Juluyy dan Mahmud Muhammad al-Tanahi, jld.VI.cetakan pertama, Isa al-Babi al-halabi, Kahirah, hlm.191-227;Siyar A’lam al-Nubala’, Imam al-Dhahabi,Tibyan Kathib al-Muftari, Ibn ‘Asakir,Shadharat al-Dhahab,Wafayat al-WafayatMir’at al-Jinanal-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir“The Life of al-Ghazali with special reference to his religious experiences and opinions”, DBlack MacDonald, (JAOS).1887,“Al-Ghazali: Life and Works” oleh Massimo. Campanini (e-teks),“Al-Ghazali: Philosophy and Works”, oleh K. Nakamura, dari Routledge Encyclopedia ofPhilosophy,“The faith and Practice of Al-Ghazali” artikel oleh Montgomery Watt,“Al-Ghazali: A standard web biography and review of his works” oleh G.F.Haddad,Syarah Ihya’ (Ithaf al-Sadat) oleh Murtadha al-Zubaidi, mukaddimah jld I hlm 1-55M.Saeed Shaeik, M.A. “al-Ghazali”, bab XXX, bahagian awal tentang Imam ini, termasukriwayat hidupnya dalam “History of Muslim Philosophy”, di bawah “al-Ghazali Life and Works”,dlm http://www.muslimphilosophy.<strong>com</strong>/gz/articles/hmp-4-30.htm.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!