Tahniah Y Bhg TuanHaji Othman Bin MustaphaPada 25 April 2011, MajlisPenyampaian Amanat SulungY Bhg Tuan Haji Othman binMustapha selaku Ketua PengarahJAKIM yang baru telah diadakan diMasjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.Majlis ini diadakan sehari selepasMajlis Penyerahan tugas Y BhgDato Haji Wan Mohamad bin Dato'Sheikh Abdul Aziz yang diadakan diAuditorium D8. Berikut adalahgambar-gambar sekitar kedua-duamajlis tersebut.4Jun 2011Suara Masjid Jurucakap Ummah
Renungan Israk Dan Mikraj Oleh : Ahmad Rijal bin ghazaliSetiap bulan dalam kalendar Islam mempunyaikeistimewaan tersendiri. Umpamanya bulan Ramadandengan arahan wajib berpuasa dan dikurniakan satumalam yang dinamakan ‘Lailatul Qadar’. Demikianpula bulan Zulhijjah umat Islam diseru menunaikan hajidi Mekah. Kemudian terdapat ibadat korban yangbesar pahalanya. Rabiul Awal pula mencatat sejarahbesar dengan kelahiran junjungan Nabi MuhammadSAW.Bulan Rejab juga sarat dengan peristiwa besaryang menguji keimanan umat Islam. Peristiwa Israkdan Mikraj yang berlaku pada Rasulullah SAW sesungguhnyamenguji keyakinan umat Islam ketika itu. Peristiwayang berlaku ke atas Rasulullah SAW itu dianggaptidak masuk akal oleh golongan kafir dan munafik padamasa itu. Malah ia turut diragui oleh sebilangan umatIslam yang tipis imannya. Peristiwa Israk dan Mikrajmemang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi MuhammadSAW. Peristiwa besar ini amat luar biasa yangdialami oleh Nabi SAW dan dianggap sebagai satuanugerah daripada Allah SWT. Ini sebagai tandakeagungan dan kebesaranNya. Peristiwa Israk danMikraj juga sebagai satu anugerah tertinggi yang melihat Jibril dalam benhanya dikurniakan kepada junjungan Nabi SAW –ianya tidak dikurniakan kepada makhluk lain samaada malaikat, jin atau manusia.Pada bulan Rejab, selepas 11 tahun bagindaSAW dilantik sebagai Rasul, disifatkan oleh ahlisejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagiRasulullah. Ini berikutan baginda SAW telah ditimpadua musibah berturut-turut. Baginda telah kehilangandua insan tersayang; iaitu kewafatan Siti Khadijah,isteri tercinta. Kemudian Nabi SAW menerimamusibah dengan kematian bapa saudara baginda,Abu Talib. Kedua-dua insan ini banyak membantuNabi SAW dalam usaha meyebarkan dakwah Islam.Mereka sanggup menghadapi ancaman dan cabarandaripada kafir Quraisy. Dengan bersusah-payahmenghadapi serba kemungkinan serta fitnah jahatdaripada penentang Islam. Demikianlah Allah SWTtelah menghiburkan Nabi SAW dengan peristiwa Israkdan Mikraj – merawat kedukaan dan kesempitanyang bersarang di hati Rasulullah.Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari MasjidilHaram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul MaqdisPalestin. Peristiwa ini dirakamkan dalam al-Quran,sepertimana firman Allah yang bermaksud:“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari MasjidilHaram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yangKami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkankepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran)Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengarlagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Israa’:1)Mikraj pula bermaksud perjalanan bagindaSAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langitketujuh, sebagaimana digambarkan dalam al-Quranyang bermaksud:“Dan demi sesungguhnya! (Nabi saw) telah melihat(malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal)sekali lagi di sisi Sidartulmuntaha; yang di sisinyaterletak syurga Jannatul-Makwa. Nabi Muhammadmelihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal padakali ini ialah) semasa Sidratulmuntaha itu diliputi olehmakhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidakterhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidakberkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akanpemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya),dan tidak pula melampaui batas. Demisesungguhnya ia telah melihat sebahagian darisebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnyapemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” (Q.S.An-Najm: 13-18)Semasa dalam perjalanan Israk dan Mikraj iniNabi SAW telah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwasuka dan duka; yang menghiburkan dan menakutkansilih berganti. Nabi SAW diiringi oleh MalaikatJibril sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj ini (kecualiketika Rasullah SAW ke Sidratul Muntaha bertemuAllah SWT). Nabi SAW diperlihatkan pelbagai bentukpenyeksaan ketika meninjau neraka. Misalnya NabiSAW diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkansendiri kepala mereka dengan batu besar, pecahdan kemudian bertaut kembali seperti sediakala. Iniadalah hukuman bagi mereka yang ingkar mengerjakansolat. Nabi juga melihat seksaan terhadap pemakanriba, penzina, pengumpat, pembuat fitnah danlain-lain. Ini semua memberi peringatan agar kita menjauhinyasemasa kita berada di dunia ini.Nabi juga melihat keseronokan dan kesukaanmereka yang berada di dalam syurga. Nabi terciumbau yang semerbak daripada Mashitah, tukang sisirrambut anak Firaun. Nabi juga melihat sekumpulanorang yang tidak putus-putus menuai hasil (tanaman)-menandakan bahawa balasan bagi mereka yang sukamenderma dan bersedekah semasa hayat mereka.Peristiwa besar dalam Israk dan Mikraj ini ialah apabilaRasulullah SAW menerima perintah mengerjakansolat. Berbeza dengan ibadat-ibadat lain seperipuasa, haji, zakat, ini kerana ibadat solat diterimasecara langsung daripada Allah SWT.Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikrajbukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yangdiceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang.Hakikatnya lebih penting untuk kita sebagai umatIslam menghayati pengajaran di sebalik peristiwatersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhisegala perkara yang tidak baik yang membawakepada kerosakan dan kelalaian. Peristiwa Israk danMikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian anehyang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafankepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takutkepada kekuasaan-Nya.Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikrajini dipelajari dan dihayati dengan sebenarnyakemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinyadaripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. KejadianIsrak dan Mikraj juga adalah untuk menguji umatIslam (adakah percaya atau tidak dengan peristiwatersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi SAW langsungtidak mempercayainya, malahan memperolokolokkandan memperbodohkan Nabi setelah diberitakankepada mereka.Peristiwa Israk dan Mikraj ini merupakan ujiandan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaanAllah SWT. Allah SWT telah menunjukkan buktibuktikekuasaan dan kebesaran-Nya kepada BagindaSAW untuk dijadikan sebagai renungan dan pelajarankepada kita umatnya.5Jun 2011Suara Masjid Jurucakap Ummah6Jun 2011Suara Masjid Jurucakap Ummah