10.07.2015 Views

Tahniah Y Bhg Tuan Haji Othman Bin Mustapha Renungan ... - Jakim

Tahniah Y Bhg Tuan Haji Othman Bin Mustapha Renungan ... - Jakim

Tahniah Y Bhg Tuan Haji Othman Bin Mustapha Renungan ... - Jakim

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PerkaraKandunganMuka SuratRencana Ketua Pengarang 2Eksklusif 3Fokus Bulan Ini 5Diari dan Takwim Masjid Negara 7Diari dan Takwim Masjid Putra 8PENAUNGTuan Haji Othman bin MustaphaKetua Pengarah, JakimPENASIHATTuan Haji Mohamad Nordin bin IbrahimTimbalan Ketua Pengarah (Dasar), JakimKETUA PENGARANGHaji Zainal Abidin bin JaffarPengarahBahagian Kemajuan Islam, JakimTIMBALAN KETUA PENGARANGUs. Mahadzir bin Mohd NoorKetua Penolong PengarahCawangan Pengurusan MasjidJakimPENYUNTINGSyarifah Khairiah binti Syed Abu BakarPEMBANTU PENGARANGAmru Alhaz bin AdnanLukman bin Mohd HosniOslan Affandi bin AbdullahAhmad Rijal bin GhazaliAhmad Shaarani bin MajidEDARANZatil Shahira bt. Mohd YusoffNurulhuda bt. Abd. MunirSiti Nur Hayani binti AbdullahEddy Ezrul bin Abdul MajidFairuzalusdi bin Haji MokhtarFOTOGRAFIJamal bin IbrahimEddy Ezrul bin Abdul MajidFairuzalusdi bin Haji MokhtarSIDANG REDAKSIBuletin Suara Masjid diterbitkan sebulan sekali oleh Jabatan KemajuanIslam Malaysia (JAKIM) untuk edaran Masjid Negara, Masjid Putra,MasjidWilayah Persekutuan dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.Laman Web dan Emel:Masjid Negara: www.masjidnegara.gov.myEmel: suaramasjid@masjidnegara.gov.myMasjid Putra: www.masjidputra.gov.myEmel: admin@masjidputra.gov.myMasjid Wilayah: www.masjidwilayah.gov.myEmel: mwpkl@jawi.gov.myMasjid Tuanku Mizan Zainal Abidin : www.masjidtuankumizan.gov.myEmel: admin@masjidtuankumizan.comKritikan, ulasan dan komen hendaklah dihantar kepada:PENGARANG SUARA MASJIDBahagian Kemajuan IslamJabatan Kemajuan Islam MalaysiaAras 5, Blok D7, Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62519 PutrajayaTel: 03-8886 4356 Faks: 03-8889 4381Konsep & Reka bentuk:MUDAH URUS ENTERPRISE SDN. BHD.Percetakan:MUDAH URUS ENTERPRISE SDN. BHD.Diari dan Takwim Masjid Wilayah Persekutuan KL 9Diari dan Takwim Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin 10Berita Semasa Takmir 11Khutbah Pilihan 12Pentadbiran yang berkesan adalah melaluipenglibatan masyarakat dan ahli jawatankuasaMasjid yang berkemampuan danberwibawa. Oleh itu usaha membentukdan mempertingkatkan kewibawaan inihendaklah dilakukan denganbersungguh-sungguh kerana kewibawaantidak akan wujud sekiranya masyakaratseluruhnya tidak dibentuk dan diberi ilmupengetahuan dan pengalamanpengalamanyang berguna.Pihak pengurusan masjid perlu memperbanyakkan program yangboleh membantu masyarakat, bukan hanya terbatas di dalam bidangagama seperti Kursus Pengurusan Jenazah, Kursus KemahiranImam atau sebagainya tetapi meliputi juga bidang lain seperti bidangpertanian, perniagaan dan kemahiran-kemahiran lain.Bagi golongan wanita juga tidak hanya terbatas untuk kelaskelasFardhu Ain atau bidang Fekah sahaja, tetapi penyediaanprogram yang lebih luas seperti kelas memasak, jahitan manik,bengkel kraftangan adalah amat diperlukan bagi meraikan golonganwanita hadir ke masjid.Begitu juga golongan remaja, pihak pentadbiran masjidboleh menyediakan program atau aktiviti yang sesuai dan mampumenarik minat mereka untuk hadir ke masjid seperti membukagelanggang silat atau penganjuran sukan lasak mahupun sukanberkeluarga.Perlu diingat bahawa aktiviti-aktiviti yang dianjurkan perludiselitkan dgn santapan kerohanian seperti tazkirah pendek, ceramahmotivasi atau mengajak mereka solat berjemaah agar matlamatuntuk mendidik dan membentuk jiwa remaja dan golongan dewasamenjadi muslim yang bertakwa dan nilai tinggi akhlak.

Majlis Perasmian Karnival Inovasi,Bacaan Yaasin dan Doa Selamat sempenaHari Keputeraan Yang Di-Pertuan AgongPada 2 Jun 2011 bersamaan 29Rabiulakhir 1432H telah berlangsung 2majlis bertempat di Masjid Negara iaitu :Majlis Pelancaran Karnival InovasiIslam Peringkat Kebangsaan 2011 MajlisBacaan Yaasin dan Doa Selamat HariKeputeraan Rasmi SPB. YDP. Agong bagitahun 2011. Majlis ini berlangsung padaKhamis, bermula jam 6.00 petang di DewanSolat Utama, Masjid Negara.Turut hadir ialah SPB. YDP. Agong,SPB. Raja Permaisuri Agong, Timbalan PerdanaMenteri dan isteri, Menteri di JabatanPerdana Menteri dan Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri.3Jun 2011Suara Masjid Jurucakap Ummah

Tahniah Y Bhg TuanHaji Othman Bin MustaphaPada 25 April 2011, MajlisPenyampaian Amanat SulungY Bhg Tuan Haji Othman binMustapha selaku Ketua PengarahJAKIM yang baru telah diadakan diMasjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.Majlis ini diadakan sehari selepasMajlis Penyerahan tugas Y BhgDato Haji Wan Mohamad bin Dato'Sheikh Abdul Aziz yang diadakan diAuditorium D8. Berikut adalahgambar-gambar sekitar kedua-duamajlis tersebut.4Jun 2011Suara Masjid Jurucakap Ummah

Renungan Israk Dan Mikraj Oleh : Ahmad Rijal bin ghazaliSetiap bulan dalam kalendar Islam mempunyaikeistimewaan tersendiri. Umpamanya bulan Ramadandengan arahan wajib berpuasa dan dikurniakan satumalam yang dinamakan ‘Lailatul Qadar’. Demikianpula bulan Zulhijjah umat Islam diseru menunaikan hajidi Mekah. Kemudian terdapat ibadat korban yangbesar pahalanya. Rabiul Awal pula mencatat sejarahbesar dengan kelahiran junjungan Nabi MuhammadSAW.Bulan Rejab juga sarat dengan peristiwa besaryang menguji keimanan umat Islam. Peristiwa Israkdan Mikraj yang berlaku pada Rasulullah SAW sesungguhnyamenguji keyakinan umat Islam ketika itu. Peristiwayang berlaku ke atas Rasulullah SAW itu dianggaptidak masuk akal oleh golongan kafir dan munafik padamasa itu. Malah ia turut diragui oleh sebilangan umatIslam yang tipis imannya. Peristiwa Israk dan Mikrajmemang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi MuhammadSAW. Peristiwa besar ini amat luar biasa yangdialami oleh Nabi SAW dan dianggap sebagai satuanugerah daripada Allah SWT. Ini sebagai tandakeagungan dan kebesaranNya. Peristiwa Israk danMikraj juga sebagai satu anugerah tertinggi yang melihat Jibril dalam benhanya dikurniakan kepada junjungan Nabi SAW –ianya tidak dikurniakan kepada makhluk lain samaada malaikat, jin atau manusia.Pada bulan Rejab, selepas 11 tahun bagindaSAW dilantik sebagai Rasul, disifatkan oleh ahlisejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagiRasulullah. Ini berikutan baginda SAW telah ditimpadua musibah berturut-turut. Baginda telah kehilangandua insan tersayang; iaitu kewafatan Siti Khadijah,isteri tercinta. Kemudian Nabi SAW menerimamusibah dengan kematian bapa saudara baginda,Abu Talib. Kedua-dua insan ini banyak membantuNabi SAW dalam usaha meyebarkan dakwah Islam.Mereka sanggup menghadapi ancaman dan cabarandaripada kafir Quraisy. Dengan bersusah-payahmenghadapi serba kemungkinan serta fitnah jahatdaripada penentang Islam. Demikianlah Allah SWTtelah menghiburkan Nabi SAW dengan peristiwa Israkdan Mikraj – merawat kedukaan dan kesempitanyang bersarang di hati Rasulullah.Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari MasjidilHaram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul MaqdisPalestin. Peristiwa ini dirakamkan dalam al-Quran,sepertimana firman Allah yang bermaksud:“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari MasjidilHaram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yangKami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkankepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran)Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengarlagi Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Israa’:1)Mikraj pula bermaksud perjalanan bagindaSAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langitketujuh, sebagaimana digambarkan dalam al-Quranyang bermaksud:“Dan demi sesungguhnya! (Nabi saw) telah melihat(malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal)sekali lagi di sisi Sidartulmuntaha; yang di sisinyaterletak syurga Jannatul-Makwa. Nabi Muhammadmelihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal padakali ini ialah) semasa Sidratulmuntaha itu diliputi olehmakhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidakterhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidakberkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akanpemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya),dan tidak pula melampaui batas. Demisesungguhnya ia telah melihat sebahagian darisebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnyapemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.” (Q.S.An-Najm: 13-18)Semasa dalam perjalanan Israk dan Mikraj iniNabi SAW telah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwasuka dan duka; yang menghiburkan dan menakutkansilih berganti. Nabi SAW diiringi oleh MalaikatJibril sepanjang peristiwa Israk dan Mikraj ini (kecualiketika Rasullah SAW ke Sidratul Muntaha bertemuAllah SWT). Nabi SAW diperlihatkan pelbagai bentukpenyeksaan ketika meninjau neraka. Misalnya NabiSAW diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkansendiri kepala mereka dengan batu besar, pecahdan kemudian bertaut kembali seperti sediakala. Iniadalah hukuman bagi mereka yang ingkar mengerjakansolat. Nabi juga melihat seksaan terhadap pemakanriba, penzina, pengumpat, pembuat fitnah danlain-lain. Ini semua memberi peringatan agar kita menjauhinyasemasa kita berada di dunia ini.Nabi juga melihat keseronokan dan kesukaanmereka yang berada di dalam syurga. Nabi terciumbau yang semerbak daripada Mashitah, tukang sisirrambut anak Firaun. Nabi juga melihat sekumpulanorang yang tidak putus-putus menuai hasil (tanaman)-menandakan bahawa balasan bagi mereka yang sukamenderma dan bersedekah semasa hayat mereka.Peristiwa besar dalam Israk dan Mikraj ini ialah apabilaRasulullah SAW menerima perintah mengerjakansolat. Berbeza dengan ibadat-ibadat lain seperipuasa, haji, zakat, ini kerana ibadat solat diterimasecara langsung daripada Allah SWT.Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikrajbukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yangdiceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang.Hakikatnya lebih penting untuk kita sebagai umatIslam menghayati pengajaran di sebalik peristiwatersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhisegala perkara yang tidak baik yang membawakepada kerosakan dan kelalaian. Peristiwa Israk danMikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian anehyang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafankepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takutkepada kekuasaan-Nya.Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikrajini dipelajari dan dihayati dengan sebenarnyakemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinyadaripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. KejadianIsrak dan Mikraj juga adalah untuk menguji umatIslam (adakah percaya atau tidak dengan peristiwatersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi SAW langsungtidak mempercayainya, malahan memperolokolokkandan memperbodohkan Nabi setelah diberitakankepada mereka.Peristiwa Israk dan Mikraj ini merupakan ujiandan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaanAllah SWT. Allah SWT telah menunjukkan buktibuktikekuasaan dan kebesaran-Nya kepada BagindaSAW untuk dijadikan sebagai renungan dan pelajarankepada kita umatnya.5Jun 2011Suara Masjid Jurucakap Ummah6Jun 2011Suara Masjid Jurucakap Ummah

Aktiviti : Lawatan Tenaga Pengajar Universiti Al AzharTarikh : 6 Mei 2011Aktiviti : Lawatan Mahabbah dan Penyampaian Sumbangan kepada Pesakit-Pesakitserta Menziarahi Mangsa-Mangsa Kejadian Tanah Runtuh Hulu LangatTarikh : 26 Mei 2011Tempat : Hospital Ampang, Pandan Mewah, Ampang, SelangorTAKWIM MASJID NEGARA BULAN JULAI 2011AktivitiProgram Bulanan:-• Lawatan ke Hospital (Siri 2) 13 Julai 2011• Kursus Pemantapan Tahfiz 22-24 Julai 2011• Kursus jenazah siri 6 23 Julai 2011• Kempen Derma Darah dan PameranPendidikan Kesihatan Siri 2/2011 29 Julai 2011• Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan DoaSelamat sempena Hari Pahlawan 2011 30 Julai 2011Program Harian:-Kuliah Setiap JumaatKelab Bahasa Arab,Kelab al-Quran, KelabBahasa Cina,(abim)& Kelab Tahfiz al Quran12.30 tengahariSetiap Sabtu & AhadKelas Pengajian Al-quran ( Dewasa )Isnin & Rabu atau Selasa & Khamis- Al Quran pra asas (5.00 ptg - 7.00 ptg) atau (8.00 mlm-10.00 mlm)- Al Quran Asas- Al Quran LanjutanKelas Bahasa Arab ( Dewasa )Isnin & Rabu atau Selasa & Khamis- Bahasa Arab Asas (8.00 mlm – 10.00 mlm)- Bahasa Arab Menengah- Bahasa Arab LanjutanKelas Fardhu Ain Umum ( dewasa )Kelas Pengajian WanitaKelas Mentol ArithmeticKelas Tahfiz Kanak-kanakKelas Tuisyen Lasak 2011Hari/MasaSetiap Malam Jumaat (8.00 mlm-10.00 mlm)Setiap Sabtu (9.00pg-11.00pg) & (11.30pg – 1.30ptg)Setiap Sabtu (8.30pg – 12.00tgh hari)Setiap Hari Ahad (8.30 pagi - 12.30 tgh)Setiap Ahad (12.15tgh hari – 6.15ptg)Keterangan Lanjut Hubungi:-Ustaz Amru Alhaz bin AdnanMasjid NegaraJalan Perdana, Kuala LumpurTelefon : 03 – 2693 77847Jun 2011Suara Masjid Jurucakap Ummah

Aktiviti : Majlis Perasmian Bengkel DokumentasiManual Prosedur Kerja JAKIMTarikh : 3 Mei 2011Tempat : Bilik Kuliah Saidina Umar, Masjid PutraAktiviti : Lawatan Pensyarah Darul Quran dariUniversiti Al-Azhar, MesirTarikh : 5 Mei 2011Tempat : Dewan Solat Utama, Masjid PutraAktiviti : Seminar Fiqh Mua’sirah (Perjudian DalamIislam : Isu,Cabaran & Penyelesaian)Tarikh : 10 Mei 2011Tempat : Auditorium Ibnu Sina,Masjid PutraAktiviti : Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa SelamatSempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011Tarikh : 12 Mei 2011Tempat : Perkarangan Masjid PutraTAKWIM MASJID PUTRA BULAN JUN 2011Program Bulanan / BerkalaBil.Program/AktivitiTarikh / Masa1. Program Kem Ibadah & Motivasi Pelajar Jumaat, Sabtu & Ahad : 1,2 & 3 Julai 2011 jam 8.00 pg-4.30 ptg2.Program Dakwah Bil Hal-Ziarah PerkampunganOrang Asli Bukit Tadom Kuala LangatRabu : 13 Julai 2011 jam 8.00 pg-2.00 ptg3. Program Khemah Ibadah & Motivasi PelajarJumaat, Sabtu & Ahad : 29,30 & 31 Julai 2011 jam 8.00 pg-4.30ptgProgram Harian / MingguanBil.Program/AktivitiTarikh / Masa1. Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Khamis : 5, 12, 19 & 26 Mei 2011 (Selepas Solat Maghrib)2. Kuliah Subuh (Mastika Hadith) Ahad : 8 Mei 2011 (Selepas Solat Subuh)3. Kuliah Subuh (Kitab Tazkirah – Imam Qurtubi) Ahad : 15 Mei 2011 (Selepas Solat Subuh)4.Kuliah Subuh (Al-Wafy – Syeikh Mustafa Al-Bugha)Ahad : 22 Mei 2011 (Selepas Solat Subuh)5. Qiamullail Ahad : 29 Mei 2011 (Bermula jam 4.00 pagi)6. Kuliah Subuh (Fiqh Sirah) Ahad : 29 Mei 2011 (Selepas Solat Subuh)7. Kelas Al-Quran Dewasa (Menengah 1) Isnin : 9, 16, 23 & 30 Mei 2011 jam 8.00 – 10.00 mlm8. Kelas Al-Quran Dewasa (Asas) Selasa : 3, 10, 17, 24 & 31 Mei 2011 jam 8.00 – 10.00 mlm9. Kelas Al-Quran Dewasa (Menengah 2) Selasa : 3, 10, 17, 24 & 31 Mei 2011 jam 8.00 – 10.00 mlm10. Kelas Pengajian Tafaqquh (Fiqh) Rabu : 4 & 18 Mei 2011 jam 8.00 – 10.00 mlm11. Kelas Pengajian Tafaqquh (Tafsir) Rabu : 11 & 25 Mei 2011 jam 8.00 – 10.00 mlm12. Kelas Bahasa Arab Khamis : 5, 12, 19 & 26 Mei 2011 jam 8.00 – 10.00 mlm13. Kuliah Pengajian Umum Ahad : 8, 15 & 22 Mei 2011 jam 10.00 – 12.00 tgh14. Kelas Mental Arithmetik (Kanak-kanak) Setiap Khamis dan Jumaat jam 8.00 – 10.00 mlm.15. Kelas Pengajian Al-Quran Kanak-kanak Setiap Isnin, Selasa & Rabu jam 8.00 – 10.00 mlm16. Kelas Tae Kwondo (Remaja & Kanak-kanak) Setiap Sabtu : jam 9.00 – 11.00 pagi* Program/Aktiviti yang dicadangkan adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.Keterangan lanjut, boleh hubungi :Ustaz Lukman bin Mohd HosniMasjid Putra, PutrajayaTelefon : 03-8888 56788Jun 2011Suara Masjid Jurucakap Ummah

Aktiviti : Lawatan Sambil Belajar Dari Pejabat Agama Daerah Jengka PahangTarikh : 4 Mei 2011Aktiviti : Rombongan Pelancong dariAmerika SyarikatTarikh : 19 Mei 2011Aktiviti : Kursus Team Building danHari Keluarga MWPTarikh : 27 -29 Mei 2011Tempat : Bukit Gambang ResortCity, PahangAktiviti : Kursus praktikal menguruskanjenazah tidak berwarisTarikh : 19 Mei 2011Tempat : Tanah Perkuburan Islam KarakTAKWIM MASJID WILAYAH BULAN JULAI 2011AKTIVITIProgram Harian/Mingguan :-• Kuliah Zohorο Tafsir Al-Qurtubiο Bimbingan Mukminο Muamalat (Feqah Manhaji)ο Al-Hikamο Qisosul Anbiya’ο Feqah Ibadat - Matlain Albadrin• Bacaan Yasin• Tazkirah Jumaat• Kelas Pengajian Asas Al-QuranHARI/MASASetiap Isnin dan Rabu jam 1.00-1.45 petangHari Isnin selepas MaghribHari Selasa selepas MaghribHari Rabu selepas MaghribHari Jumaat selepas MaghribHari Sabtu selepas MaghribHari Ahad selepas MaghribHari Khamis malam JumaatHari Jumaat jam 12.30 tgh (setiap minggu)Setiap Isnin dan Rabu jam 8.00 – 10.00 malam• Kelas Pengajian Lanjutan Al-Quran Setiap Selasa dan Khamis jam 8.00 – 10.00malam• Kelas Bahasa Arab AsasSetiap Isnin dan Rabu jam 8.00 – 10.00 malam• Kelas Bahasa Arab Lanjutan Setiap Selasa dan Khamis jam 8.00 – 10.30malam* Kelas Taranum Jumaat jam 8.00 – 10.00 malam* Kelas Hafazan Kanak-kanak Ahad jam 9.00 – 12.00 tgh hariMasjid Wilayah ada menyediakan perkhidmatan/kemudahan untuk sewaankepada para jemaah masjid iaitu:Kategori Dewan/Bilik Muatan/Jumlah Bilik KadarDewan Serbaguna 1300 orang RM 350.00 sejamDewan Makan Muslimin 550 orang RM 135.0 sejamDewan Muslimat 200 orang Rm 55.00 sejamBilik Berhawa Dingin 4 bilik RM 45.00 semalamAsrama Lelaki dan Perempuan 17 bilik (lelaki)8 bilik (perempuan)RM 30.00 semalamKadar sewa dikenakan kepada Dewan Serbaguna, Dewan MakanMuslimin dan Muslimat adalah berasaskan kepada penggunaanminimum 4 jam termasuk bekalan elektrik, air, hawa dingin,kelengkapan peralatan dan perabot sedia ada.Perkhidmatan/Kemudahan untuk sewaan, boleh hubungi :TEMPAHAN DEWANTEMPAHAN ASRAMAPN. JAINUN BT TIKSUNCIK SALIZA BT. RAMLIPada Talian 03-6201 8791 / 03-6201 8767Atau Faks ke : 03-6201 8790• Email : mwpkl@jawi.gov.my9Jun 2011Suara Masjid Jurucakap Ummah

Aktiviti : Lawatan Mahabbah Kakitangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidinke Masjid Jamek Bandar Baru Uda Johor BharuTarikh : 7 Mei 2011Tempat : Masjid Jamek Bandar Baru UdaAktiviti : Pameran dan Jualan SaiyidulAyyam Siri 5/2011 SempenaKempen Derma DarahTarikh : 20 Mei 2011Tempat : Sahn A, Masjid TuankuMizan Zainal AbidinAktiviti : Pertandingan Mewarna KelabNuri Bank RakyatTarikh : 21 Mei 2011Tempat : Sahn A, Masjid Tuanku MizanZainal AbidinAktiviti : Program Jom BerchentaSempena Hari BeliaNegara 2011 Masjid TuankuMizan Zainal AbidinTarikh : 27 Hingga 29 Mei 2011Tempat : Masjid Tuanku Mizan Zainal AbidinTAKWIM MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN BULAN JULAI 2011Menarik Bulan IniTarikh/Masa• Kursus Imam dan Bilal Surau25 hingga 29 Julai 2011• Pameran dan Jualan Saiyidul Ayyam Siri 7/201129 Julai 2011 (Jumaat)Program MingguanTarikh/Masa• Bacaan Yasin Khamis Malam Jumaat• Tazkirah Jumaat Setiap Jumaat• Kuliah Maghrib Setiap Selasa, Rabu danJumaat• Kelas Pengajian Feqah ( Wanita ) Setiap IsninJam 3.00 – 5.00 petang• Kelas Pengajian Bahasa Arab ( Wanita ) Setiap KhamisJam 3.00 – 5.00 petang• Kelas Pengajian Al-Quran Kanak-Kanak Setiap Isnin & SelasaJam 7.30 pm − 9.30 pmUstaz. Abd Rani bin Osman,Imam Besar Masjid TuankuMizan Zainal Abidin,No 25, Jalan Tunku Abdul Rahman,Presint 3, 62100 Putrajaya.Tel: 03-8880 4300Faks: 03-8890 1614Keterangan Lanjut Hubungi :Ustaz Ahmad Rijal Bin Ghazali,Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,No Tel : 03 - 8880 4304Laman Web Masjid :www.masjidtuankumizan.gov.my10Jun 2011Suara Masjid Jurucakap Ummah

MASJID NEGARA TERPILIH SEBAGAI CALON PENERIMAANUGERAH DESTINASI PELANCONGAN TERBAIKBaru-baru ini Masjid Negara telah terpilih sebagai calon penerima anugerah destinasi pelanconganterbaik melalui anugerah 'Kuala Lumpur Mayor's Tourism Award'. Sehubungan itu beberapa panelpenilai yang dilantik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mengunjungi Masjid Negara bagiproses pemarkahan dan penilaian.Panel-panel penilai yang terdiri dari professional pelbagai agama dan bangsa. Kesemuanyaberamah mesra dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh YBhg. Imam Besar, Tan Sri SyaikhHaji Ismail bin Haji Muhammad dan Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam Masjid Negara,Ustaz Azhar bin Tuarno. Susulan selepas taklimat tersebut, panel penilai dibawa pula melihat danmenyaksikan sendiri fasiliti serta proses dan sistem Masjid Negara dalam meraikan pelancong yangdatang ke Masjid Negara.Masjid Negara berbangga kerana terpilih sebagai calon dalam anugerah berprestij ini. Semogakejayaan bakal menjadi milik Masjid Negara dan seterusnya dapat menjadikan Islam sebagai ikon danmodel pelancongan Malaysia.Wallahu'alam.Sumber : Portal Masjid Negara11Jun 2011Suara Masjid Jurucakap Ummah

“Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pemacu Inovasi Ummah ”3 JUN 2011Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan danketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakansegala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengankeimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di duniadan di akhirat. Sempena dengan hari keputeraan rasmi Seri Paduka BagindaYang di Pertuan Agong pada esok hari maka tajuk khutbah pada hari ini ialah“Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Pemacu Inovasi Ummah ”.Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,Di negara kita mengikut Perlembagaan Persekutuan bahawa SeriPaduka Baginda Yang di Pertuan Agong merupakan pemimpin tertinggi,sebagai ketua negara, Baginda juga sebagai ketua agama Islam. Dalam Islamkedudukan seseorang pemimpin itu terlalu mulia dan agong, mereka ini disyariatkanbagi mengantikan tugas kenabian dalam memelihara agama dan mentadbirurusan dunia umat Islam. Menurut al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkamas-Sultaniah di antara tugas khalifah itu adalah menjaga hal ehwal agama danmentadbir hal ehwal dunia. Pemimpin juga boleh disebut sebagai ketua khalifahAllah untuk melaksanakan tugasan dan amanah di muka bumi ini. Antaraamanah yang perlu dilaksanakan ialah menyebar dasar Islam dengan berlakuadil kepada sesama manusia iaitu tidak membenci, tidak berlaku zalim, tidakmelakukan penindasan, penipuan dan tidak mengabaikan manusia tanpamemandangkan status seseorang. Usaha mewujudkan keadilan kepadamanusia sejagat adalah sebahagian sifat ketakwaan. Firman Allah dalam surahSaad ayat 26:Maksudnya: “ Wahai Daud, sesungguhnya kami telah jadikan kamu khalifah dibumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan benar; dan janganlahkamu menurut nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang beratpada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu. ”Keadilan meliputi hubungan manusia dengan dirinya, hubunganmanusia sesama manusia dan juga hubungan manusia dengan Allah SWT.Keadilan tidak hanya berkait tanggungjawab pemerintah dengan rakyatsemata-mata tetapi juga antara rakyat terhadap pemerintah.Untuk itu sebagaiumat Islam di negara ini kita merasa amat bertuah dan bersyukur keranadikurniakan Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua negara. Yang Di PertuanAgong, Sultan atau Raja juga sebagai ketua agama Islam adalah sesuatu yangamat istimewa di negara kita. Baginda bukan sekadar simbol kepada negarabangsanya, malah Baginda beperanan sebagai pemacu kepada pengukuhanwarga bangsa.Pemerintahan Baginda membantu berlakunya proses pengembanganintelek dengan memacu pemikiran rakyat agar dapat hidup selari dan senafasdengan peredaran zaman serta dapat hidup dengan aman dan harmoni dalamperkembangan dunia semasa.Kepimpinan Baginda bukan sahaja dapat disaksikan menerusi kemesraanbersama rakyat bahkan sentiasa mengambil berat nasib yang melanda sertasentiasa membina kemajuan dan pembaruan untuk menjamin kesejahteraanrakyat.Berdasarkan bukti sejarah dan pemerhatian mimbar bahawa Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja memain peranan penting dalam menentukanpelaksanaan Islam dan pemacu inovasi ummah di negara ini . InovasiUmmah secara ringkasnya merujuk kepada membina kekuatan pemikiranmanusia agar ianya boleh menemukan dan menciptakan inovasi atau perkaraperkarabaru bagi memperbaiki taraf hidupnya. Banyak ayat-ayat al-Quranmemberi tumpuan utama kepada pembinaan akal manusia sebagai kuncikepada ilmu pengetahuan dan inovasi sebagaimana firman Allah SWT dalamsurah Ali-Imran ayat 190 yang bermaksud:“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malamdan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal. ”Umat Islam sebagai umat teras menuntut kebijaksanaan yang tinggidalam menyusun kehidupan. Harus diingat bahawa dalam usaha membinakemajuan ianya memerlukan satu perubahan, tranformasi atau inovasi baru.Inovasi dalam kehidupan mestilah mampu membebaskan umat Islam daribelenggu kebekuan yang bersifat tradisi. Terdapat perkaitan yang kuat bahawaummah yang berinovasi akan mendahului zaman dan maju ke depan meninggalkanummah yang lain. Kita merasa bangga sekiranya umat Islam hari ini diiktiraf sebagaiummah yang inovatif, kreatif dan produktif dimana atas usaha ini setiap inci bumi danmanusia akan mendapat rahmat Allah SWT . Rasulullah bersabda dalam hadithnya:Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang bermanafaat kepadaorang lain.”(Riwayat at-Tabarani)Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mengubah pandangan kitatentang pola kehidupan dengan menunjuk jalur arah yang lebih fitrah dan terarah.Walaupun proses Islamisasi di negara kita mengambil bentuknya yang amat unikdengan berlatar belakang penduduk yang berbilang kaum dan agama. Namun ataskebijaksanaan pemerintah agama Islam dan kemajuan ummah dapat ditegak dandilaksana dengan sebaiknya. Bagi mengekalkan keadaan ini marilah kita sebagairakyat jelata bersatu padu mendokong dan menjunjung institusi Raja berpelembagaan.Elakkan diri daripada terlibat dengan sebarang tindakan yang boleh mengugatatau mencemar institusi Raja- Raja serta mempertikai perkara-perkara yangtelah termaktub di dalam perlembagaan yang telah dipersetujui bersama sejakkemerdekaan lagi termasuklah kesucian agama Islam sebagai agama rasmi dinegara ini.Umat Islam dan rakyat sekalian juga dituntut menjaga hak-hak pemerintahyang antaranya ialah dengan menjaga kesucian masjid-masjid dibawah kuasaSultan atau Yang Di Pertuan Agong. Sebarang pencerobohan, penghinaan ataumewujudkan suasana kacau-bilau keatas hak-hak pemerintah sangat dilarangdalam Islam. Sebagai ketua agama sudah pasti Yang Dipertuan Agong, Sultan atauRaja mahu menjaga kesucian rumah Allah ini, menentukan pengimarahannyamampu membentuk kesejahteraan rakyat, hidup bersatu padu dan tidak berpecahbelah. Seorang ulama Abu Abdullah menyatakan didalam kitabnya Tahzib al-Risalah bahawa:“Teraturnya urusan agama dan dunia adalah sesuatu yang dituntut dan ia tidak akanberlaku tanpa kewujudan pemerintah. kalaulah tidak wujudnya pemerintah, nescayakeadaan manusia akan menjadi kacau-bilau dan mereka akan saling bunuhmembunuh antara satu sama lain.”Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,Mimbar ingin mengingatkan kepada jemaah dan seluruh umat Islamsekalian bahawa kedaulatan Islam dan kemajuan ummah bertunjang kepadakekuatan kepimpinan. Oleh itu, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agongsebagai ketua negara samada dari segi keperibadiannya atau dalam menjalankanbidang kuasa untuk menjaga negara dan kesucian agama Islam amatlah dikagumioleh rakyat jelata. Rakyat menjunjung kasih dan merapak sembah atas keperihatinanBaginda dalam memertabatkan agama,memajukan negara dan menginovasikanpemikiran rakyat. Maka, menjadi tanggungjawab rakyat jelata memberikan taatsetia yang tidak berbelahbagi kepada Baginda sebagai pemerintah negara.Lebih-lebih lagi kita sebagai umat Islam telah diajar supaya taat dan patuh kepadapemerintah sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59:Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dankepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatuperkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamuberiman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),dan lebih elok pula kesudahannya.”Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,Akhir sekali, mimbar Jumaat pada hari ini menyeru para jemaah danrakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda Yangdi Pertuan Agong al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni al-MarhumSultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja PermaisuriAgong Tuanku Nur Zahirah diteguh keimanan, dilanjutkan usia, dikurniakankesihatan dan kesejahteraan bagi mentadbir negara dan menjalankan tugas dengansempurna. Kita doakan juga agar negara dikekalkan nikmat kestabilan politik dankeamanan, dijauhkan dari segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawamalapetaka dan kehancuran. Tanamkanlah rasa kasih sayang di antara rakyat yangberbilang kaum, kukuhkan perpaduan di kalangan mereka semoga sentiasa hidupaman damai, menikmati keadilan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman.12Jun 2011Suara Masjid Jurucakap Ummah

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!