10.07.2015 Views

mempergiatkan pengantarabangsaan - Jabatan Pengajian Tinggi ...

mempergiatkan pengantarabangsaan - Jabatan Pengajian Tinggi ...

mempergiatkan pengantarabangsaan - Jabatan Pengajian Tinggi ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PELAN STRATEGIKPENGAJIAN TINGGI NEGARABAB 7MEMPERGIATKANPENGANTARABANGSAAN

PELAN STRATEGIKPENGAJIAN TINGGI NEGARA116PENDAHULUAN7.01 Kecemerlangan Malaysia di peringkat global memerlukan sistem pengajian tinggi yang relevan, berdaya saing danmampu menyumbang kepada pembangunan sejagat. Sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa akanmenghasilkan graduan yang berkebolehpasaran, mampu menarik lebih ramai pelajar antarabangsa dan menjanainovasi melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Pengukuhan jaringan dan pengantarabangsaan merupakanpendekatan yang dapat mempertingkatkan keupayaan dan keperkasaan pengajian tinggi agar setanding dengansistem pengajian tinggi yang terbaik di dunia. Pengukuhan jaringan dan pengantarabangsaan ini dapat dicapai melaluikolaborasi penyelidikan, penawaran pengajian yang relevan dan penubuhan pelbagai kursi pengajian di institusipengajian tinggi luar negara dalam usaha membina reputasi antarabangsa. Pada masa yang sama, pelbagai usaha akandilakukan untuk memperoleh pengiktirafan antarabangsa bagi program pengajian tinggi Malaysia. Pengiktirafanprogram pengajian tinggi Malaysia seperti program kembar (twinning) IPT dengan universiti luar negara perludipergiatkan. Matlamat teras ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi diperingkat antarabangsa. Menjelang tahun 2020, enrolmen pelajar antarabangsa IPT disasarkan sebanyak 15 peratusdaripada jumlah keseluruhan purata enrolmen pelajar IPT dengan 50% enrolmen adalah untuk kursus kompetitif diIITA. Pengambilan tenaga pensyarah luar negara disasarkan 15 peratus daripada jumlah tenaga pengajar IPTkhususnya di universiti penyelidikan.STATUS SEMASAPengantarabangsaan pengajian tinggi7.02 Jaringan global pengajian tinggi negara telah dimantapkan menerusi memorandum persefahaman (MoU) danmemorandum perjanjian (MoA) di antara institusi-institusi tempatan dan universiti luar negara. Berikutan keputusankerajaan untuk meningkatkan bilangan pensyarah yang berkelayakan PhD, maka MoU juga ditandatangani denganImperial College London, University of Nottingham dan seterusnya dengan University of Melbourne. KPT juga telahberjaya menjalin kerjasama pendidikan dan pengajian tinggi melalui MoU dengan negara-negara seperti UnitedKingdom, Australia, China,Vietnam, Iran, Jerman, Ireland, Libya,Yemen, Papua New Guinea, Indonesia, Kanada, NewZealand, Mesir, United Arab Emirates, Arab Saudi dan Brunei Darussalam.7.03 Jaringan antarabangsa juga diperkukuh dengan penubuhan empat (4) kursi Pengajian Melayu di universiti luar negara,iaitu Ohio University (Amerika Syarikat), Leiden University (Belanda),Victoria University (New Zealand) dan BeijingForeign Studies University (China). Selain itu, beberapa organisasi dan sekretariat bertaraf antarabangsa berasaskanpendidikan juga berpangkalan di Malaysia. Antaranya, MACEE (Malaysian-American Commission On EducationalExchange), United Nations University – International Institute of Global Health (UNU-IIGH), Malaysia–Japan UniversityCenter, Malaysia France University Center dan Asia e-University (Ae-U). Di samping itu, kerajaan juga telah menubuhkanKursi Ungku Aziz di Universiti Malaya yang disandang oleh pakar ekonomi ternama luarnegara bagi mengadakan kajian.7.04 Penubuhan pusat kajian serantau dan antarabangsa seperti Institut Kajian Malaysia &Antarabangsa dan Institut Kajian Oksidental di Universiti Kebangsaan Malaysia, InstitutAsia-Eropah di Universiti Malaya serta Institut Kajian Asia Timur di Universiti MalaysiaSarawak telah membolehkan kajian dibuat ke atas sosioekonomi, bahasa, budaya negaradan rantau berkaitan. Kajian-kajian begini juga perlu melibatkan usaha pengambilanakademia dari dalam dan luar negara.Hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa7.05 Selain daripada menyediakan perkhidmatan pendidikan peringkattertiari, IPTS juga telah memberikan sumbangan kepada negara danmasyarakat melalui penjimatan pertukaran wang asing kira-kiraRM7.5 bilion dan turut membawa masuk RM1.3 bilion setiap tahunmelalui pertambahan pelajar antarabangsa. Lebih 200 IPTSmendapat kebenaran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri(KHEDN) untuk membawa masuk pelajar antarabangsa.7.06 Pelajar antarabangsa merupakan jumlah yang signifikan daripadajumlah enrolmen pelajar di institusi seperti Universiti Multimedia(MMU), Kolej Universiti INTI, Kolej Universiti Sunway dan UniversitiTeknologi Kreatif Limkokwing. Institusi seperti ini telah berjayamempromosikan dan memasarkan nama masing-masing sebagaijenama yang terkenal di peringkat antarabangsa. Bagimempromosikan pendidikan transnasional di negara ini, beberapaIPTS telah menubuhkan cawangan masing-masing di luar negara seperti di China, AsiaBarat dan Afrika.7.07 Sejak tahun 1980-an, IPTS telah menawarkan kursus pengajian peringkat sijil dan diplomasecara berkembar dengan kerjasama universiti dan badan-badan profesional dari luar negaraseperti United Kingdom,Amerika Syarikat, Kanada,Australia, New Zealand dan Perancis. Kursusyang ditawarkan adalah secara program berkembar. Penganugerahan diploma, ijazah danpascaijazah dibuat melalui proses pengesahan, moderasi atau akreditasi yang diiktiraf olehuniversiti berkenaan.Proses sedemikian membolehkan pelajar meneruskan pengajian di negaratersebut melalui program perpindahan kredit.117

PELAN STRATEGIKPENGAJIAN TINGGI NEGARA7.08 Matlamat kerajaan adalah untuk meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa di IPTA, IPTS dan sekolah antarabangsaseramai100,000 pada tahun 2010. Enrolmen pelajar antarabangsa di IPT Malaysia telah bertambah daripada 27,872pelajar pada tahun 2002 kepada 44,390 pelajar pada tahun 2006 atau 4.9 peratus seperti dalam Rajah 7.1. Walaubagaimanapun, bilangan ini masih kecil berbanding dengan negara seperti United Kingdom (12 %) Australia (7.88 %)dan Perancis (8.17 %).Rajah 7.1Enrolmen Pelajar Antarabangsa yang Menuntut di Malaysiajawatan penting dalam pentadbiran negara masing-masing setelah menamatkan pengajiandi Malaysia. Secara tidak langsung berperanan sebagai duta kecil negara dalammempromosikan pengajian tinggi, terutamanya jika pengalaman pembelajaran merekaamat menarik dan signifikan dalam kerjaya. Memandangkan negara akan mendapatmanfaat besar dalam jangka panjang, adalah wajar alumni universiti sedemikian terusdimantapkan dengan aktiviti yang dapat merapatkan jaringan sesama ahli alumni sepertiprogram homecoming.20067,941 36,44944,390CABARAN2005200420032002JumlahI PTSI PTA6,6225,73533,90325,93940,52531,6745,23925,158 30,3975,045 22,827 27,8720 10,000 20,000 30,000 40,000 50,000 60,000 70,000 80,000 90,000 100,0002002 2003 2004 2005 200627,87230,39731,67440,52544,39022,82725,15825,93933,90336,4495,0455,2395,7356,6227,9417.11 Usaha pengantarabangsaan dan pembinaan reputasi IPT tempatan akan menyumbangkepada penjanaan hasil pendapatan negara melalui enrolmen pelajarantarabangsa dan penjimatan pertukaran wang asing negara. Aktivitimempromosikan pengajian tinggi sedang giat dilaksanakan secaraberterusan melalui Pusat Promosi Pendidikan Malaysia (MalaysiaEducation Promotion Centre – MEPC) di Dubai, Beijing, Jakarta danBandar Ho Chi Minh. Pejabat promosi terutama di Dubai tidakberupaya untuk menampung permintaan pelajar di rantau Asia Baratdan Afrika. Satu penilaian secara kritikal terhadap keberkesananMEPC wajar dilaksanakan bagi mengenal pasti kaedah alternatifuntuk mempromosikan dan memasarkan pendidikan tinggi Malaysia.118Sumber: Kementerian Pengajian TinggiIPTA IPTS Jumlah7.09 Sejak tahun 1980, kerajaan telah menyediakan biasiswa di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MalaysiaTechnical Cooperation Program – MTCP) bagi menarik pelajar antarabangsa dan memperkenalkan pendidikan tinggiMalaysia di peringkat antarabangsa. Di bawah MTCP, kerajaan menyediakan sebanyak 40 biasiswa untuk para pelajardari 136 buah negara membangun di dunia untuk mereka melanjutkan pengajian di peringkat pascaijazah. Bermulatahun 2006, kerajaan telah meluluskan cadangan KPT untuk melaksanakan Biasiswa Antarabangsa Malaysia (MalaysianInternational Scholarship). Sebanyak 15 biasiswa ini disediakan untuk pelajar cemerlang antarabangsa bagi mengikutipengajian di Malaysia. Sebanyak 100 biasiswa baru telah ditawarkan oleh KPT kepada pelajar cemerlang antarabangsadari semua negara termasuk negara maju.7.10 Bagi IPT tempatan yang mempunyai ramai pelajar antarabangsa, penubuhan alumni penting untuk merapatkanjaringan di kalangan graduan bagi sesebuah institusi. Terdapat institusi yang bercorak antarabangsa yang telah lamaberoperasi seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang mana graduan-graduannya memegang7.12 Sehingga kini, IPTA telah menandatangani lebih seribu MoU denganuniversiti luar negara. Namun demikian, kurang daripada 50 peratusMoU berkenaan yang aktif. Oleh itu, adalah perlu bagi IPTA untukmemastikan MoU yang ditandatangani dapat diaktifkan dan memberimanfaat yang sewajarnya kepada IPTA. Jika perlu, MoU yang tidakaktif harus ditamatkan oleh IPTA berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam MoUberkenaan. Pada masa hadapan adalah penting supaya IPTA lebih teliti dan berhati-hatidalam membuat pertimbangan dan keputusan yang berkesan sebelum menandatanganisebarang MoU dengan pihak lain.7.13 Malaysia telah menubuhkan empat buah kursi Pengajian Melayu di peringkat antarabangsadan satu kursi dalam negara yang disandang oleh tokoh antarabangsa. Strukturpembiayaan kursi ini melibatkan kerajaan dan pihak swasta bagi suatu tempoh khusus.Bagi memastikan kelestarian aktiviti kursi berkenaan berterusan, satu kaedah pembiayaanyang berkenaan perlu dikenal pasti.119

PELAN STRATEGIKPENGAJIAN TINGGI NEGARA1207.14 Pada masa ini, kerajaan hanya membenarkan IPTA untuk mengambil tenaga pengajar dari luar negara sebanyak 5peratus daripada tenaga pengajar yang sedia ada. Namun demikian, jumlah pengambilan tenaga pengajar luar jauhlebih kecil kerana kesulitan yang timbul berhubung dengan struktur gaji sektor awam. Kerajaan telah mulamembenarkan IPTA mengambil tenaga pengajar luar negara berdasarkan contract for service yang membolehkanmereka dipertimbangkan bayaran tanpa mengaitkannya dengan skim gaji sektor awam. Dengan ini bermakna, IPTAdibenarkan membayar jumlah gaji yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak. IPTA perlu menggiatkan usahauntuk mendapat tenaga pengajar antrabangsa yang ternama selaras dengan matlamat 15 peratus tenaga pengajardari luar negara di universiti penyelidikan menjelang tahun 2020.7.15 Tanggapan antarabangsa terhadap kualiti pengajian tinggi di negara ini penting dalam menarik lebih ramai pelajarantarabangsa. Segala usaha perlu dijalankan untuk memastikan tidak terdapat suasana atau kes yang bolehmenjejaskan tanggapan terhadap kualiti pengajian tinggi di Malaysia. Hal ini memerlukan bukan sahaja pemantauanterhadap kursus yang ditawarkan oleh IPT, tetapi juga tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap mana-mana IPTyang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam konteks ini, kursus yang ditawarkan hendaklah mendapatakreditasi yang sewajarnya daripada Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Mana-mana IPT yang tidak mematuhi syaratsyaratyang ditetapkan perlu diberi amaran dan ditutup jika perlu.7.16 Untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa, kerajaan perlu menyelesaikan isu visa dan imigresen. Antara isu visadan imegresen yang dibangkitkan adalah seperti visa kemasukan berulang, pengeluaran visa pelajar di negara asalmereka oleh pihak kedutaan Malaysia di luar negara, kadar bayaran visa yang dikenakan, kemudahan visa kepada ahlikeluarga, pengeluaran visa untuk kursus pendek, tempoh masa diambil untuk memproses pengeluaran visa danpengeluaran visa untuk tempoh pengajian. Walau bagaimanapun, beberapa proses masih boleh dipertingkatkan lagiuntuk melicinkan kemasukan pelajar antarabangsa. Di samping itu, segala usaha juga akan dilaksanakan untukmenyelesaikan isu berkaitan supaya aspirasi negara untuk menjadi hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsatidak terjejas.7.17 Kerajaan juga perlu mengkaji langkah tambahan untuk membenarkan pelajar antarabangsa bekerja di negara ini untuksatu tempoh tertentu sama ada semasa cuti panjang atau selepas tamat pengajian. Pada masa ini, pelajarantarabangsa dibenarkan bekerja untuk tempoh tidak melebihi 20 jam seminggu. Kajian juga akan dibuat untukmeningkatkan tempoh jam bekerja tersebut bagi pelajar antarabangsa yang mengikuti kursus tertentu. Sebagaicontoh, graduan dan penyelidik cemerlang di Singapura diberi pelbagai insentif untuk bekerja dan mempunyai statuspenduduk tetap. Memandangkan kursus yang ditawarkan kepada pelajar antarabangsa seperti kursus teknikal,perakaunan, pengurusan perniagaan dan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), maka kerajaan membenarkanpelajar antarabangsa berkenaan menjalani latihan industri di syarikat tempatan.7.18 Usaha perlu dipergiat bagi menggalakkan lebih banyak institusi, badan pengiktirafan dannegara luar mengiktiraf program kursus dan IPT negara ini. Usaha ini penting untukmemudahkan penerimaan ijazah yang dianugerahkan oleh IPT tempatan kepada pelajarluar negara. Pelaksanaan MQF dijangka akan memudahkan proses ini, terutamanya apabilaMalaysia menjadi ahli dalam pertubuhan pengiktirafan di peringkat antarabangsa sepertiLisbon Convention on the Recognition of Qualification concerning Higher Education in theEuropean Region 1997 dan Washington Accord for International Mutual Recognition ofEngineers (bidang kejuruteraan).7.19 Pasaran pendidikan dunia kini dalam lingkungan USD2.2 trilion. Di Malaysia, dianggarkanIPTS menyumbang RM1.3 bilion setiap tahun kepada pendapatan negara terutamadaripada kehadiran pelajar antarabangsa. Beberapa negara lain turutmengambil kesempatan merebut peluang ini untuk menarik pelajarantarabangsa ke negara mereka. Oleh itu, pihak swasta dan GLC dinegara ini perlu memainkan peranan penting untuk membawauniversiti terkemuka menubuhkan kampus cawangan mereka diMalaysia.7.20 Malaysia harus mencontohi negara Korea Selatan yang sedangmempergiatkan pengantarabangsaannya melalui langkah sepertimenawarkan 30 peratus kursus dalam bahasa Inggeris di KoreaUniversity. Malaysia juga telah mempergiat usaha untuk menjadi habkecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa melalui programkerjasama dengan beberapa universiti luar negara seperti Universityof Nottingham dari United Kingdom, Monash University, CurtinUniversity dan Swinburne University of Technology dari Australia untukmenubuhkan kampus cawangannya di Malaysia.7.21 Melalui kerjasama dua hala antara kerajaan Malaysia dan kerajaan negara-negara sepertidi Timur Tengah dan Afrika, sistem pengajian tinggi negara telah mendapat pengiktirafandi mana ramai pelajar-pelajarnya mengikuti pengajian tinggi di negara ini. Sebagai contoh,Kerajaan Arab Saudi telah menghantar pelajarnya ke Malaysia di bawah program BiasiswaKing Abdullah. Langkah kerajaan Arab Saudi menjadikan Malaysia sebagai negara pilihanuntuk warganya menyambung pengajian di peringkat pascaijazah merupakan satupenghormatan kepada negara ini. Namun demikian, pada masa yang sama iamenimbulkan cabaran kepada IPT untuk menguruskan pelajar ini secara memuaskan dan121

PELAN STRATEGIKPENGAJIAN TINGGI NEGARAmemenuhi kehendak mereka, terutamanya dari segi penyediaan kemudahan kediaman dan corak pengajian.Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan supaya pelajarnya mengikuti pengajian di peringkat PhD mengikut model diAmerika Syarikat yang mengandungi kerja kursus (komprehensif) dan penyelidikan. Oleh itu, IPTA perlu membuatpengubahsuaian yang sewajarnya.sangkutan selama satu semester di IPT luar negara bagi pelajar cemerlang IPTA mampumemberikan pendedahan dan pengalaman antarabangsa. IPT juga perlu merintis usahaperkongsian dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan sumbangankepakaran.OBJEKTIF7.22 Memastikan sistem pengajian tinggi negara mempunyai ciri pengantarabangsaan untuk menjadikan Malaysia sebagaihab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.STRATEGI7.23 Untuk mencapai objektif di atas, strategi berikut dicadangkan:i. Mempertingkatkan jaringan global pengajian tinggi dan kegiatan kolaboratif akademik di peringkat antarabangsa.ii.Memperluas penawaran program pengajian yang sesuai untuk pelajar antarabangsa.ii.iii.iv.Mewujudkan dan mempertingkatkan kolaborasi antarabangsa dengan syarikatmultinasional dan pihak swasta melalui penajaan Felow/Kursi berprestij berasaskankemahiran, seperti bidang perubatan dan kejuruteraan.Menubuhkan konsortium universiti dan kolej universiti Malaysia bagi menyokongaktiviti pengantarabangsaan pengajian tinggi seperti program maya dan programpendidikan jarak jauh sebagaimana penubuhan Asia e-University.Menggalakkan tenaga pengajar antarabangsa yang berkemahirandan berkepakaran tinggi untuk berkhidmat di universitipenyelidikan sebanyak 15 peratus daripada jumlah tenagaakademik menjelang tahun 2020.iii.iv.Menambah bilangan pelajar antarabangsa terutama di IPTS menerusi program promosi dan pemasaran Malaysiasebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.Mempromosikan pendidikan Malaysia melalui penjenamaan semula IPT secara berperingkat untukmencapai status antarabangsa.v. Meneruskan usaha dan memperluas pangkalan data DirektoriKepakaran Akademik IPT yang berperanan untuk menyimpandan menghebahkan maklumat tentang sarjana Malaysia yangmempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang keutamaantertentu.122PELAN TINDAKAN MENJELANG 2020Pengantarabangsaan pengajian tinggi7.24 Kolaborasi antara IPT negara dengan IPT luar negara merupakan salah satu tindakan yang dapat meningkatkanMalaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Langkah berikut akan dilaksanakan:i. Memperluas dan memantapkan jaringan global pengajian tinggi negara di semua peringkat menerusimemorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) di antara institusi tempatan danuniversiti terkemuka luar negara. Ini termasuk menggalakkan IPTA untuk menawarkan program berkembardengan universiti luar negara yang membawa kepada penganugerahan 2 ijazah. Di samping itu, programvi. Meningkatkan usaha IPT Malaysia dalam menawarkan PhD splitdegree programme yang berasaskan penyelidikan kepada pelajardi institusi luar negara.vii. Menggerakkan dana khas untuk aktiviti pertukaran pelajar dan staf akademikdisediakan berasaskan prestasi dan menggunakan KPI yang ditetapkan.viii. Menambah bilangan biasiswa yang akan menarik minat pelajar antarabangsacemerlang untuk mengikuti pengajian di Malaysia. Pada masa yang sama, biasiswa jugadisediakan untuk menaja pelajar cemerlang IPT tempatan ke universiti terkemukadunia untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman antarabangsa bagi tempohsatu semester.123

PELAN STRATEGIKPENGAJIAN TINGGI NEGARA• Menjalankan latihan dan pendedahan pengantarabangsaan kepada staf IPT yang terlibat dengan kemasukanpelajar antarabangsa supaya mereka mempunyai kemahiran dan sikap yang bersesuaian dalammengendalikan urusan pelajar-pelajar tersebut.Rajah 7.2Hab Kecemerlangan Pengajian Tinggi Antarabangsa• Memastikan kerjasama daripada semua agensi dan pihak berkuasa untuk menangani dan menyelesaikansemua isu berkaitan dengan visa supaya isu sedemikian tidak memberikan kesan negatif kepada usahapengantarabangsaan pengajian tinggi negara.Fasa 4:Melangkaui 2020Kegemilangandan kelestarianDaya saing danDaya tahan GlobalAntara negara pilihan utamapelajar antarabangsa• Memantapkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa di KPT melalui perlantikan pegawai khususuntuk mengelolakan pelajar antarabangsa terutamanya dari negara yang mempunyai ramai pelajar.FAKTOR KRITIKAL KEJAYAANFasa 3: 2016-2020KecemerlanganTransformasiPengajian Tinggi200,000 pelajar antarabangsa *15% purata keseluruhan tenaga akademikantarabangsa di universiti penyelidikan5% pelajar antarabangsa bagi kursuskompetitif di IPTA7.26 Bagi menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa menjelang tahun 2020 danmencapai enrolmen 10 peratus pelajar antarabangsa di IPT, faktor kritikal berikut akan diberi perhatian:• Pengukuhan jaringan global yang aktif dan bermakna.• Suasana kondusif untuk pelajar/penyelidik antarabangsa terus dipelihara dan diberi perhatian serius sepertiprosedur imigresen dipermudah, serta meningkatkan kemudahan penginapan, sosial dan keselamatan.• Kegiatan promosi yang berterusan dan berkesan dilaksanakan.7.27 Peringkat transformasi untuk mencapai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa seperti dalam Rajah 7.2.Fasa 2: 2011-2015Pemerkasaandan peningkatanFasa 1: 2007-2010Pelan TindakanPeletakan asasTransformasi• 2006 = 44,390pelajar antarabangsa• 82% belajar di IPTS• Penambahan tempat di IPTA• Biasiswa Antarabangsa Malaysia• Program kembardengan universiti luar negara• Prasarana, kemudahan dan sistem penyampaian150,000 pelajar antarabangsa *10% purata keseluruhan tenaga akademikantarabangsa di universiti penyelidikan3% pelajar antarabangsa bagi kursuskompetitif di IPTA150,000 pelajar antarabangsa *5% purata keseluruhan tenaga akademikantarabangsa di universiti penyelidikan126PENUTUP7.28 Pengantarabangsaan pengajian tinggi adalah salah satu aspek yang perlu diberi penekanan dalammemartabatkan IPT di Malaysia ke arah bertaraf dunia. Bagi meningkatkan daya saing dan menariklebih ramai pelajar antarabangsa, usaha gigih perlu dilaksanakan agar negara kita setanding dengannegara yang ke hadapan dalam aspek pengantarabangsaan pengajian tinggi. Dalam era globalisasi,negara bersaing untuk mendapatkan pelajar dan tenaga pengajar antarabangsa yang berkualiti.Oleh itu, kita perlu kompetitif dan mempelbagaikan usaha untuk mengantarabangsakan IPTtermasuk mewujudkan jalinan kolaborasi dalam kalangan universiti terkemuka dunia, menarik lebihbanyak pelaburan dalam sektor perkhidmatan pendidikan dan penyelidikan di IPT dan mempergiataktiviti promosi pendidikan di luar negara. Di samping itu, khidmat sokongan dan logistik perludipertingkatkan supaya pelajar antarabangsa selesa berada di Malaysia, penyediaan persekitaranpembelajaran yang memuaskan di samping kurikulum yang berkualiti dan mendapat pengiktirafanantarabangsa.127

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!