02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BAHAGIAN VI

PENYERAHAN, PENGESAHAN DAN PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN

BADAN BERKANUN NEGERI, MAJLIS UGAMA ISLAM, PERBADANAN BAITULMAL

NEGERI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN

19. PENDAHULUAN

Bahagian ini melaporkan hasil penyerahan, pengesahan dan pembentangan penyata

kewangan Badan Berkanun Negeri, Majlis Ugama Islam, Perbadanan Baitulmal Negeri

dan Pihak Berkuasa Tempatan.

20. PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN

Ketua Audit Negara bertanggungjawab melaksanakan pengauditan terhadap 41

Agensi Negeri iaitu 17 Badan Berkanun Negeri, satu Majlis Ugama Islam, satu Perbadanan

Baitulmal Negeri Sabah dan 22 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sabah selaras

dengan kehendak Akta Audit 1957. Daripada jumlah tersebut, pengauditan bagi 17 Badan

Berkanun Negeri dan 21 Pihak Berkuasa Tempatan telah dijalankan oleh firma audit

swasta bagi pihak Ketua Audit Negara. Lantikan firma audit swasta itu adalah selaras

dengan peruntukan Seksyen 7(3) Akta Audit 1957, yang memberi kuasa kepada Ketua

Audit Negara melantik pihak yang berkebolehan untuk menjalankan pengauditan bagi

pihak beliau. Manakala pengauditan penyata kewangan Majlis Ugama Islam, Perbadanan

Baitulmal dan Majlis Daerah Kunak dijalankan oleh Jabatan Audit Negara sendiri.

21. KEDUDUKAN PENYERAHAN PENYATA KEWANGAN

Mengikut undang-undang tubuh Badan Berkanun Negeri berkenaan, Enakmen

Badan-badan Berkanun (Peruntukan-peruntukan Tambahan) 1997 dan Ordinan Kerajaan

Tempatan 1961 (Sabah No. 11 Tahun 1961), penyata kewangan Badan Berkanun Negeri,

Pihak Berkuasa Tempatan, Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan Majlis Ugama Islam

hendaklah diaudit oleh Ketua Audit Negara. Penyata Akaun Tahunan Badan Berkanun

Negeri dikehendaki dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara dalam tempoh 7 bulan

selepas penutupan akaun tahunan. Manakala Penyata Akaun Tahunan Pihak Berkuasa

Tempatan pula perlu dikemukakan secepat mungkin selepas penutupan akaun. Sehingga

30 April 2008, sebanyak 3 penyata kewangan Badan Berkanun Negeri termasuk Majlis

Ugama Islam dan 15 penyata kewangan Pihak Berkuasa Tempatan bagi tahun berakhir 31

Disember 2006 dan 31 Disember 2007 belum diserahkan untuk pengauditan. Butiran lanjut

kedudukan penyerahan penyata kewangan Agensi adalah seperti di Jadual 37 dan Jadual

38.

70

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!