02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

tinggi hasil yang diperolehi daripada setiap Ringgit aset yang digunakan akan

menunjukkan kecekapan syarikat menguruskan asetnya bagi mendapatkan pulangan

terbaik. Pada akhir tahun 2007, Syarikat memperolehi keuntungan sebelum cukai

berjumlah RM155.69 juta (2006: RM31.31 juta) berbanding dengan aset berjumlah

RM543.88 juta (2006: RM408.59 juta). Berdasarkan kiraan nisbah berkenaan, setiap

Ringgit aset yang digunakan, Syarikat memperolehi keuntungan RM0.29 (2006:

RM0.08) iaitu peningkatan sebanyak 263%. Ini menunjukan syarikat telah mengurus

aset dengan cekap dan berkesan bagi memperolehi pulangan yang lebih baik pada

tahun 2007 berbanding tahun 2006.

Pada pendapat Audit, kedudukan kewangan Syarikat adalah baik di mana

kedudukan aset mampu menanggung keseluruhan liabiliti.

18. RUMUSAN DAN SYOR

Secara keseluruhannya, prestasi kewangan Syarikat adalah baik. Operasi utama

syarikat dalam aktiviti pelaburan dan hartanah telah menghasilkan keuntungan kepada

syarikat dan seterusnya dapat memberi pulangan dividen kepada pemegang sahamnya

iaitu Kerajaan Negeri Sabah. Peraturan kewangan yang diluluskan oleh Lembaga

Pengarah juga dipatuhi dengan baik. Namun begitu, pihak pengurusan perlu memberi

perhatian terhadap kelemahan yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit Negara terutamanya

dalam meningkatkan kawalan pengurusan kewangan dengan menyediakan garis panduan

lengkap terhadap prosedur kawalan pengurusan kewangan yang merangkumi kawalan

bajet, terimaan, perbelanjaan, pelaburan dan pinjaman. Selain itu, Syarikat perlu

mengambil tindakan untuk membuat pelaporan kepada Lembaga Pengarah mengikut

kekerapan yang ditetapkan.

69

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!