02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

17.6.2 Analisis Nisbah

a) Nisbah Kestabilan - Nisbah Hutang

Nisbah hutang menunjukkan jumlah hutang yang perlu ditanggung untuk menghasilkan

aset syarikat. Pada akhir tahun 2007, Syarikat mempunyai nilai aset berjumlah

RM543.88 juta (2006: RM408.59) berbanding dengan liabiliti berjumlah RM12.53 juta

(2006: RM5.35 juta). Dengan membandingkan jumlah liabiliti ke atas jumlah aset pada

akhir tahun 2007, nisbah hutang syarikat ialah 1:43 iaitu lebih tinggi berbanding 1:76

pada tahun 2006. Peningkatan liabiliti adalah terutamanya disebabkan oleh

tanggungan dividen yang diisytiharkan dalam tahun 2007 belum dibayar sehingga akhir

tahun 2007. Walaupun berlaku penurunan nisbah kestabilan, namun tidak menjejaskan

kemampuan Syarikat untuk membayar semua liabiliti tersebut kerana jumlah aset

Syarikat pada 31 Disember 2007 adalah 43 kali ganda berbanding jumlah liabiliti.

b) Nisbah Semasa/Nisbah Kecairan

Nisbah semasa atau nisbah kecairan aset adalah ukuran yang digunakan bagi menilai

kekuatan kewangan sesebuah syarikat. Ia mengukur kemampuan sesebuah syarikat

menjelaskan segala hutang dalam jangka masa pendek dengan membandingkan aset

semasa dengan liabiliti semasa. Pada akhir tahun 2007, Syarikat mempunyai aset

semasa berjumlah RM109.92 juta (2006: RM90.17 juta) berbanding dengan liabiliti

semasa berjumlah RM12.53 juta (2006: RM 5.14 juta). Ini bermakna pada tahun 2007,

Syarikat mempunyai nisbah semasa 9 kali ganda berbanding 18 kali ganda pada tahun

2006. Terdapat penurunan 9 kali ganda nisbah kecairan disebabkan oleh pertambahan

liabiliti semasa berbanding tahun 2006. Walaupun berlaku penurunan nisbah kecairan,

Syarikat mempunyai kemampuan yang amat tinggi untuk menampung keseluruhan

tanggungan semasanya dan 58% daripada jumlah tersebut telah diselesaikan pada

bulan Januari 2008 iaitu dengan membayar tanggungan dividen yang berjumlah

RM7.29 juta.

c) Nisbah Keuntungan - Nisbah Earning Per Share

Nisbah Earning Per Share (EPS) adalah penting kerana ia menunjukkan pulangan

sebenar bagi setiap ringgit modal yang dilaburkan oleh pemegang saham. Nilai EPS

yang tinggi menunjukkan bahawa syarikat berkenaan memperolehi keuntungan yang

tinggi. Pada tahun 2005 dan 2006, Syarikat mempunyai modal saham berbayar penuh

sejumlah RM393 juta. Manakala keuntungan bersih selepas cukai pada tahun 2007

sejumlah RM135.40 juta (2006: RM25.91 juta). Berdasarkan nisbah berkenaan, setiap

ringgit yang telah dilaburkan memberi pulangan sejumlah RM0.34 sesaham (2006:

RM0.07 sesaham) kepada pemegang saham. Ini menunjukkan prestasi kewangan

Syarikat yang semakin kukuh dan mampu memberi pulangan yang lebih baik kepada

pemegang saham.

d) Nisbah Kecekapan - Pulangan Atas Aset

Nisbah pulangan atas aset adalah nisbah yang sering digunakan untuk mengukur

pulangan bersih yang diperolehi bagi setiap Ringgit aset yang digunakan. Semakin

68

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!