02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Pada pendapat Audit, pelan pengurusan risiko tidak memuaskan. Syarikat perlu

mewujudkan dan menyediakan pelan pengurusan risiko dan dibincangkan di

peringkat pengurusan sebelum dikemukakan dan dibincangkan di peringkat

Lembaga Pengarah sebagai satu langkah bagi meminimumkan kesan negatif

terhadap syarikat. Selain itu, jadual mesyuarat perlu dirancang bagi menentukan

kekerapan serta agenda mesyuarat. Pihak pengurusan perlu sentiasa memantau

keberkesanan Jawatankuasa yang diwujudkan bagi memastikan Jawatankuasa

tersebut memainkan peranan dengan lebih cekap dan berkesan dalam membantu

meningkatkan tahap pengurusan dan operasi syarikat.

17.6 ANALISIS KEWANGAN

Analisis kewangan dibuat berdasarkan Penyata Kewangan Syarikat yang telah diaudit bagi

tahun 2006 dan tahun 2007.

17.6.1 Analisis Terhadap Perkara Signifikan

Semakan Audit terhadap Penyata Kewangan Syarikat bagi tahun berakhir 31 Disember

2007 mendapati Syarikat memperolehi keuntungan sebelum cukai berjumlah RM155.69

juta. Peningkatan keuntungan adalah sejumlah RM124.38 juta berbanding keuntungan

sebelum cukai pada tahun 2006 yang berjumlah RM31.31 juta iaitu peningkatan 4 kali

ganda yang disumbangkan terutamanya oleh peningkatan hasil dividen, yuran pengurusan

serta kenaikan nilai pasaran saham. Hasil dividen adalah berjumlah RM71.92 juta (2006:

RM17.87 juta) meningkat RM54.05 juta atau 303% berbanding tahun 2006. Yuran

pengurusan adalah berjumlah RM1.54 juta (2006: RM0.18 juta) meningkat RM1.36 juta

atau lebih 7 kali ganda manakala kenaikan nilai pasaran saham adalah RM80.54 juta

(2006: RM8.06 juta) telah meningkat RM72.52 juta atau 9 kali ganda berbanding tahun

2006. Syarikat juga dapat mengawal perbelanjaan pentadbiran dan am iaitu berjumlah

RM2.85 juta (2006: RM2.48 juta) dengan peningkatan hanya RM0.34 juta atau 13%.

Kenaikan perbelanjaan disebabkan terutama oleh kenaikan perbelanjaan gaji, bonus dan

elaun serta belanja susut nilai aset dan derma. Kenaikan keuntungan membolehkan

syarikat mengisytiharkan dividen yang lebih baik kepada pemegang saham. Pada tahun

2007, syarikat telah mengisytiharkan dividen RM10 juta yang telah dibayar sepenuhnya

pada bulan Januari 2008 berbanding RM8 juta pada tahun 2006. Keuntungan yang lebih

tinggi juga meningkatkan pendapatan terkumpul syarikat selepas cukai kepada RM138.16

juta (2006: RM10.06 juta) menjadikan dana pemegang saham meningkat kepada

RM531.35 juta (2006: RM403.24 juta) iaitu peningkatan RM128.11 juta atau 32%

berbanding tahun 2006. Aset jangka panjang syarikat adalah berjumlah RM433.96 juta

(2006: RM318.42 juta) meningkat RM115.54 juta atau 36% disumbangkan terutamanya

oleh peningkatan nilai pasaran pelaburan serta peningkatan pelaburan. Liabiliti syarikat

juga didapati bertambah daripada RM5.35 juta kepada RM12.53 juta iaitu peningkatan

RM7.18 juta. Peningkatan liabiliti adalah disebabkan oleh dividen yang diisytiharkan pada

tahun 2006 belum dibayar sehingga akhir tahun 2007. Bagaimanapun, Syarikat telah

menjelaskan dividen berkenaan pada bulan Januari 2008.

67

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!