02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

pinjaman iaitu pada 31 Disember 2006. Syarikat telah menjelaskan hutang

tersebut pada 20 Oktober 2006 seperti yang dikehendaki dengan memindah 9.6

juta unit saham Suria Capital Holdings Berhad kepada Kerajaan Negeri Sabah.

ii) Pinjaman Daripada Syarikat Kewangan

Lembaga Pengarah dalam mesyuaratnya pada pertengahan bulan Julai 2004

telah meluluskan peruntukan untuk membeli kenderaan bagi kegunaan

Pengerusi Syarikat yang berharga RM378,000. Selepas bayaran pendahuluan

sejumlah RM12,000, Syarikat telah memeterai perjanjian pinjaman berjumlah

RM366,000 dengan syarikat kewangan tersebut dengan bayaran balik

berjumlah RM5,334 sebulan selama 84 bulan dan bulan terakhir berjumlah

RM5,262. Bagaimanapun, pada pertengahan bulan Januari 2008 Lembaga

Pengarah telah meluluskan bayaran sekali gus baki pinjaman berjumlah

RM234,344 selepas ditolak rebat yang berjumlah RM27,006. Mengikut penyata

early settlement yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan terlibat, bayaran

tersebut telah dibuat pada pertengahan bulan Julai 2007.

Pada pendapat Audit, pengurusan pinjaman Syarikat adalah baik di mana

setiap urusan berkaitan pinjaman dirujuk dan mendapat kelulusan daripada

Lembaga Pengarah. Bagaimanapun, kelulusan bayaran balik baki pinjaman

dibuat sebelum mendapat kelulusan Lembaga Pengarah hendaklah dielakkan

pada masa akan datang.

g) Pelaporan Kepada Kerajaan Negeri Sabah Dan Lembaga Pengarah Syarikat

i) Pelaporan Kepada Kerajaan Negeri Sabah

Mengikut Article 124 Memorandum & Articles Of Association menyatakan

Syarikat perlu menghantar laporan suku tahun kepada Kerajaan Negeri Sabah

mengenai aktiviti dan prestasi Syarikat atau pada bila-bila masa apabila diminta

oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Pemeriksaan Audit terhadap fail Syarikat dan Kementerian Kewangan Negeri

Sabah dan lain-lain agensi Kerajaan mendapati pada tahun 2005 hingga 2007,

Syarikat ada menghantar laporan kepada Kementerian Kewangan, pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Pengurusan Agensi Awam dan

Pelaburan Negeri serta Jabatan Bendahari Negeri Sabah mengenai prestasi

aktiviti dan kewangan Syarikat. Antaranya seperti senarai Lembaga Pengarah

Syarikat termasuk syarikat subsidiari, ekuiti dan saham Kerajaan Negeri,

prestasi kewangan serta aktiviti pelaburan dan perkembangan operasi projek

Syarikat.

ii) Pelaporan Kepada Lembaga Pengarah Syarikat

Perenggan 4.7.1(ii), Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1993,

menyatakan setiap syarikat milik Kerajaan dikehendaki membuat laporan

65

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!