02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

di bawah tanggungjawab pegawai masing-masing. Jika berlaku kerosakan pada

aset berkenaan adalah menjadi tanggungjawab masing-masing melaporkan

kerosakan kepada Bahagian Pentadbiran. Selain itu, pemeriksaan fizikal juga

dilakukan oleh firma audit swasta bagi pembelian kelengkapan dan peralatan

pejabat baru dalam tahun kewangan yang diaudit.

iii) Pelupusan Aset

Keputusan Lembaga Pengarah seperti dalam Minit Mesyuarat Lembaga

Pengarah Ke-6 yang diadakan pada pertengahan bulan Jun 1996

membenarkan Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Pengurus

Pentadbiran meluluskan pelupusan aset mengikut had yang telah ditetapkan

iaitu bagi kelengkapan dan peralatan yang dibeli pada harga RM20,000 adalah

di bawah kelulusan Ketua Pegawai Eksekutif manakala Pengurus Besar atau

Pengurus Pentadbiran boleh meluluskan pelupusan bagi pembelian bernilai

RM3,000 bagi kelengkapan dan RM4,000 bagi peralatan.

Semakan Audit mendapati pelupusan terakhir adalah pada tahun 2005 iaitu

pelupusan terhadap peralatan pejabat dengan nilai buku bersih berjumlah

RM4,870.

iv) Pengurusan Kenderaan

Syarikat mempunyai 3 buah kenderaan jenis pacuan 4 roda iaitu 2 buah Toyota

Land Cruiser dan sebuah Toyota Hilux. Pihak Audit mendapati urusan

penggunaan dan penyenggaraan kenderaan syarikat adalah di bawah

tanggungjawab Bahagian Pentadbiran manakala perbelanjaan bahan api di

bawah kawalan Bahagian Kewangan Dan Hartanah. Semakan lanjut Audit

terhadap pengurusan kenderaan adalah seperti berikut:-

• Fail Kenderaan

Syarikat menyelenggara fail kenderaan miliknya dengan baik iaitu maklumat

berkaitan dengan kenderaan berkenaan seperti kad kenderaan asal, salinan

cukai jalan dan salinan insurans komprehensif kenderaan ada disimpan

dalam fail masing-masing. Bagaimanapun, pihak Audit mendapati rekod dan

bil berkaitan penyenggaraan kenderaan tidak ada disimpan dalam Fail

Kenderaan. Ketiadaan rekod dan bil penyenggaraan kenderaan akan

menyukarkan pihak Syarikat membuat pemantauan.

• Buku Log Kenderaan

Mengikut Employment Policy Manual, Part 5: Company Property, Issuance

& Control, di bawah perkara 5.02 : Company Vehicle, buku Log perlu

diselenggara bagi setiap kenderaan gunasama (pool) Syarikat dengan

mencatatkan nama pemandu, tujuan, destinasi, tarikh dan masa perjalanan,

bacaan odometer sebelum dan selepas digunakan serta tandatangan

pemandu atau pengguna kenderaan berkenaan. Pemeriksaan Audit

mendapati Syarikat ada menyelenggara buku log bagi kenderaan SAA 9123

59

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!