02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

vi) Yuran, Elaun Dan Keistimewaan Lembaga Pengarah

Lembaga Pengarah Syarikat terdiri daripada 6 ahli termasuk Pengerusi. Surat

Pekeliling Am (Perbendaharaan Malaysia) 1980 menyatakan bahawa semua

gaji, faedah, keistimewaan dan saguhati kepada ahli Lembaga Pengarah bagi

syarikat yang mana Kerajaan mempunyai kepentingan hanya boleh ditetapkan

setelah mendapat persetujuan bertulis daripada Menteri Kewangan. Semakan

Audit mendapati bayaran yuran, elaun dan keistimewaan yang diberikan

kepada ahli Lembaga Pengarah telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung

Tahunan (AGM) syarikat yang diwakili oleh YAB Ketua Menteri merangkap

Menteri Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Setiausaha Tetap

Kementerian Kewangan.

vi) Kawalan Perolehan

Perolehan Syarikat adalah berdasarkan Board Paper No. 57/96 bertarikh 22

Jun 1996 bertajuk Delegation of Authority to Approve on General,

Administrative and Capital Expenditure di mana nilai tender bagi perbelanjaan

modal bernilai tidak melebihi RM100,000 diluluskan oleh Ketua Pegawai

Eksekutif, manakala melebihi nilai tersebut adalah melalui kelulusan Lembaga

Pengarah.

Semakan Audit mendapati panggilan tender atau pun sebut harga tidak dibuat

bagi tempoh 3 tahun iaitu bagi tahun 2005 hingga 2007. Semakan lanjut

mendapati Syarikat tidak mempunyai peraturan khusus berkaitan pengurusan

sebut harga dan tender. Peraturan sedia ada hanya menyatakan nilai

perolehan dan had melulus bagi sesuatu panggilan tender tetapi cara

pengurusannya seperti tempoh notis tender, bilangan minimum penender,

kriteria penender, pewujudan Jawatankuasa Tender dan sebagainya tidak

ditetapkan.

Pada pendapat Audit, pematuhan perbelanjaan khususnya mengenai bonus

perlu mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada YAB Ketua Menteri.

Selain itu, tatacara sebut harga/tender perlu diwujudkan.

c) Pengurusan Aset Dan Kenderaan

i) Daftar Aset

Daftar Aset diselenggara bagi merekodkan harta modal syarikat seperti tanah,

bangunan, kenderaan serta alat dan kelengkapan pejabat. Semakan Audit

mendapati daftar aset diselenggara oleh Bahagian Kewangan Dan Hartanah

dan mengandungi maklumat lengkap seperti jenis, kos, susut nilai, susut nilai

terkumpul dan nilai buku bersih.

ii) Pemeriksaan Aset

Syarikat tidak menubuhkan unit atau jawatankuasa bagi menjalankan

pemeriksaan fizikal terhadap aset. Pihak Audit dimaklumkan setiap aset adalah

58

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!