02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Wang Runcit adalah menggunakan borang permohonan khas yang diisi oleh

pemohon dan diperiksa/diluluskan oleh Pegawai Eksekutif (Kewangan Dan

Hartanah) dan Pengurus Besar. Urusniaga tersebut direkodkan ke dalam buku

secara manual oleh Pegawai Eksekutif (Kewangan Dan Hartanah) dan ke

sistem perakaunan oleh kerani akaun. Semakan mendapati urusan dan

tuntutan melalui Panjar Wang Runcit adalah disokong dengan dokumen yang

lengkap dan ditandatangani oleh Pegawai Eksekutif serta bayaran balik kepada

penuntut dibuat dalam tempoh seminggu. Meskipun Panjar Wang Runcit

diuruskan dengan terkawal adalah disyorkan agar Syarikat menyediakan garis

panduan/tatacara pengurusan Panjar Wang Runcit untuk rujukan dan

pemantauan. Maklum balas pihak pengurusan menjelaskan bahawa garis

panduan tatacara penggunaan panjar wang runcit telah disediakan dan

dikuatkuasakan dengan serta-merta.

iv) Daftar Bil/Invois

Pemeriksaan Audit mendapati Syarikat ada menyelenggara Daftar Bil/Invois

bagi merekod bil/ invois yang diterima. Bil/invois yang diterima daripada

pembekal, dicap tarikh terimaan dan diproses untuk pembayaran. Semakan

lanjut mendapati bil dibayar dalam tempoh satu bulan dari tarikh terima.

v) Pembayaran Bonus

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 1993 menetapkan pembayaran bonus

kepada pegawai yang berkhidmat di syarikat Kerajaan boleh dilaksanakan

apabila syarikat memperolehi keuntungan operasi yang munasabah sebelum

cukai. Perenggan 4, Pekeliling ini juga menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri

adalah diminta mematuhi Pekeliling ini selaras dengan keputusan Persidangan

Menteri-Menteri Besar Dan Ketua-Ketua Menteri Ke 69 pada 10 Jun 1993. Bagi

syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri, cadangan bagi bayaran

bonus hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri untuk

pertimbangan dan kelulusan YAB Menteri Besar/Ketua Menteri berkenaan.

Cadangan tersebut perlu merangkumi cadangan bayaran bonus kepada semua

kakitangan syarikat induk dan syarikat subsidiari berasaskan kepada prestasi

setiap syarikat yang diperakukan untuk bayaran bonus.

Semakan Audit mendapati pembayaran bonus Syarikat bagi tempoh 2005

hingga 2007 adalah pada kadar 3 bulan gaji yang berjumlah RM248,283,

RM342,510 dan RM506,356 masing-masing. Cadangan pembayaran bonus

diusulkan melalui board paper yang disediakan oleh Setiausaha Syarikat serta

dipersetujui dan disyorkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif. Cadangan tersebut

seterusnya diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Semakan lanjut

mendapati cadangan pembayaran bonus tidak dikemukakan kepada Menteri

Kewangan untuk kelulusan. Perkara ini adalah tidak mematuhi kehendak

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 1993.

57

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!