02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

iii) Kemasukan Wang Ke Bank

Semua terimaan hendaklah dibankkan ke dalam akaun syarikat pada hari yang

sama atau selewat-lewatnya pada hari yang berikutnya. Semakan Audit

terhadap Penyata Bank-In Slip bagi bulan Oktober 2007 mendapati tidak ada

berlaku kelewatan memasukkan hasil terimaan ke dalam bank.

iv) Penyata Penyesuaian Bank

Penyediaan penyata penyesuaian bank bulanan dilaksanakan bagi memastikan

semua terimaan yang dimasukkan ke dalam bank telah diakaunkan oleh pihak

bank dengan tepat dan kemas kini. Semakan yang dijalankan terhadap

penyata penyesuaian bank bagi bulan Disember 2007 mendapati penyata

penyesuaian bank telah disediakan dengan kemas kini.

v) Rekod Penerimaan

Semua penerimaan perlu dikeluarkan resit sebagai bukti penerimaan dan

memudahkan penyediaan rekod perakaunan. Resit yang dikeluarkan

hendaklah dalam nombor siri yang berturutan dan rekod perakaunan perlu

dikemas kini setiap hari. Semakan Audit mendapati setiap terimaan disokong

dengan resit yang dikeluarkan secara bersiri dan setiap transaksi terimaan

dikemas kini dalam sistem komputer.

vi) Pemeriksaan Mengejut

Pemeriksaan mengejut secara berkala sekurang-kurangnya setiap 6 bulan perlu

dilaksanakan terhadap peti besi, peti wang tunai, laci atau bekas wang dalam

jagaan seorang pegawai yang diamanahkan untuk menyimpan wang, setem

atau barang lain yang berharga. Pemeriksaan Audit terhadap peti besi yang

ditempatkan dalam bilik Pengurus Besar mendapati ia digunakan untuk

menyimpan dokumen berharga seperti geran tanah dan sijil-sijil saham dan satu

daftar disediakan bagi merekodkan semua kandungan peti besi. Daftar

pemeriksaan mengejut tidak diselenggara dan pemeriksaan mengejut tidak

dijalankan terhadap kandungan peti besi.

Selain itu, anak kunci serta nombor kombinasi perlu disimpan oleh dua orang

yang berasingan sebagai kawalan keselamatan peti besi. Pemeriksaaan lanjut

mendapati selain daripada Pengurus Besar, terdapat seorang pegawai lain

diberi tanggungjawab memegang salinan anak kunci serta mengetahui nombor

kombinasi dan boleh membuka peti besi apabila diperlukan. Keadaan ini tidak

menjamin keselamatan peti besi dan sukar mengesan pegawai yang

bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan. Maklum balas Syarikat

menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah mengasingkan tugas pegangan

anak kunci kepada Eksekutif Pentadbiran dan nombor kombinasi kepada

Pengurus Besar dengan serta-merta manakala pemeriksaan mengejut terhadap

kandungan peti besi akan dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

55

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!