02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pada pendapat Audit, berdasarkan kepada jumlah anggota, kelayakan akademik,

pengalaman dan faktor usia yang dimiliki oleh pegawai kumpulan pengurusan dan

profesional, rangkaian tenaga kerja di peringkat pengurusan Syarikat adalah baik

dan mampu untuk memandu ke arah mencapai objektif Syarikat.

17.4 PENGURUSAN OPERASI DAN KEWANGAN

Semakan Audit terhadap pengurusan organisasi Syarikat mendapati perkara berikut:

17.4.1 Pengurusan Kewangan

Pengauditan pengurusan kewangan dilaksanakan untuk menentukan peraturan

kewangan berkaitan terimaan, perbelanjaan, aset dan kenderaan, pelaburan,

pembayaran dividen, pinjaman dan pelaporan dipatuhi.

a) Kawalan Terimaan

Sumber terimaan utama Syarikat adalah daripada pendapatan dividen, jualan

hartanah yang dibangunkan dan yuran pengurusan. Jumlah kutipan hasil pada

tahun 2005, 2006 dan 2007 masing-masing berjumlah RM14.35 juta, RM19.62 juta

dan RM75.25 juta. Semakan Audit terhadap kawalan terimaan mendapati perkara

berikut:

i) Kuasa Memungut Hasil

Pengurusan kutipan hasil Syarikat dikendalikan oleh Bahagian Kewangan Dan

Hartanah. Semakan Audit mendapati surat penurunan kuasa oleh Ketua

Pegawai Eksekutif kepada pegawai yang mengendalikan urusan hasil telah

disediakan. Bagaimanapun, didapati pengasingan tugas tidak dilaksanakan

bagi tanggungjawab menerima hasil, menyedia dan menandatangani resit bagi

penjualan apartmen di mana ianya dilaksanakan oleh seorang pegawai sahaja

iaitu Pegawai Eksekutif (Kewangan Dan Hartanah). Maklum balas pihak

pengurusan menjelaskan bahawa pengasingan tanggungjawab menerima hasil,

menyelia dan menandatangani resit berkenaan telah dilaksanakan dengan

serta-merta.

ii) Kawalan Penggunaan Resit

Buku resit merupakan dokuman penting yang perlu dikawal dari aspek

penyimpanan dan penggunaan. Buku resit yang diterima dan dikeluarkan perlu

direkod ke dalam daftar dan disimpan di tempat yang selamat. Semakan Audit

mendapati penyimpanan dan penggunaan resit adalah teratur. Semua resit

yang diterima dan dikeluarkan telah direkodkan dalam daftar dan stok resit

disimpan selamat dalam kabinet yang berkunci.

54

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!