02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sebanyak 5 projek usahasama telah dilaksanakan oleh Syarikat bersama syarikat lain iaitu

projek apartmen kos sederhana dan bangunan industri ringan di Inanam,

kedai/pejabat/hotel di Warisan Square dan 1Borneo, Projek Pembangunan Bekalan Air

Daerah Sandakan-Pengurangan Air Tidak Terhasil dan syarikat konsesi yang menjalankan

pemeriksaan kesihatan pekerja asing. Setakat bulan Disember 2007, status bagi 2 projek i

didapati masih dalam pembinaan iaitu projek pembinaan 1Borneo dan projek Bekalan Air

Daerah Sandakan. Dua projek pembinaan yang telah siap iaitu projek apartmen kos

sederhana dan bangunan industri ringan di Inanam serta kedai/pejabat/hotel di Warisan

Square. Bagi projek di Inananm terdapat baki 3 unit apartment yang belum dijual daripada

sejumlah 48 unit yang dimiliki. Syarikat menjangka dapat menjual baki unit berkenaan

dalam tahun 2008, manakala kesemua 9 unit bangunan industri ringan telah disewakan.

Bagi projek pembinaan kedai/pejabat/hotel di Warisan Square, perjanjian usaha sama

menjelaskan Syarikat akan menerima pulangan tunai RM11 juta dan pembayaran

dilaksanakan secara berjadual sehingga bulan Disember 2008.

Pada pendapat Audit, aktiviti utama Syarikat sebagai syarikat pelaburan dengan

pegangan saham dalam berbagai jenis industri adalah baik dan dapat

mengurangkan risiko perniagaan. Bagaimanapun, projek usahasama yang

dilaksanakan perlu dipantau bagi memastikan syarikat mendapat pulangan yang

maksimum.

17.3 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Bagi mencapai objektifnya, sesebuah organisasi hendaklah mempunyai sumber tenaga

manusia yang mencukupi, berkelayakan dan berpengalaman supaya dapat memberi

perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan berkesan.

17.3.1 Pentadbiran

Struktur pentadbiran organisasi Syarikat diterajui oleh seorang Ketua Pegawai

Eksekutif dan dibantu oleh 8 pegawai iaitu seorang Pengurus Besar, 2 pegawai

eksekutif, seorang setiausaha eksekutif, 3 pegawai bukan eksekutif dan seorang

pemandu. Terdapat 3 Bahagian telah diwujudkan untuk menjalankan fungsi

pengurusan dan pentadbiran iaitu Bahagian Pentadbiran, Kesetiausahaan serta

Kewangan dan Hartanah. Struktur organisasi Syarikat adalah seperti Carta 9.

51

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!