02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

16. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

16.1 Pengauditan dilaksanakan meliputi aspek latar belakang, pengurusan organisasi,

jawatankuasa yang ditubuhkan, sistem dan prosedur, analisis kewangan dan pengurusan

kewangan serta operasi/aktiviti syarikat bagi tahun 2005 hingga 2007.

16.2 Pengauditan dijalankan dengan meneliti Memorandum & Artikel (M&A) Syarikat, Akta

Syarikat 1965, Manual Polisi Kerja, Penyata Kewangan, Pekeliling Syarikat, minit

mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, fail kesetiausahaan dan rekod serta dokumen

berkaitan dengan pengurusan Syarikat.

17. PENEMUAN AUDIT

17.1 TADBIR URUS KORPORAT

17.1.1 Berdasarkan kepada perenggan 97 dan 98 (M&A), Lembaga Pengarah diberi

kuasa untuk mengurus syarikat dari segi pentadbiran, kewangan, operasi, pemasaran dan

undang-undang syarikat. Lembaga Pengarah Syarikat mempunyai 6 keahlian yang

diketuai oleh seorang Pengerusi. Surat Pekeliling Kementerian Kewangan Negeri Sabah

Bil. 5 Tahun 2001 menetapkan pelantikan ahli Lembaga Pengarah mestilah mendapat

persetujuan bertulis daripada Menteri Kewangan. Semakan Audit mendapati peraturan

tersebut telah dipatuhi. Dari segi kelayakan dan pengalaman, semua ahli Lembaga

Pengarah Syarikat adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman antaranya sebagai

ahli politik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan

Negeri Sabah, Peguam Besar Negeri Sabah dan ahli badan perakaunan.

17.1.2 Surat Pekeliling Kementerian Kewangan Negeri Sabah Bil. 5 Tahun 2001 juga

menetapkan jumlah jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Badan Berkanun, Agensi

Kerajaan, anak-anak syarikat milik Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan dan syarikat

milik Kerajaan yang boleh dipegang oleh pegawai Kerajaan sebagai wakil Kerajaan Negeri

terhad kepada 5 sahaja. Semakan Audit mendapati salah seorang ahli Lembaga Pengarah

tersebut juga menjadi ahli Lembaga Pengarah kepada 8 Syarikat Berkaitan Kerajaan yang

lain. Amalan ini tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

17.1.3 Mesyuarat Lembaga Pengarah hendaklah diadakan dari semasa ke semasa untuk

mengetahui perkembangan terkini syarikat dan pada masa yang sama mendapat

pandangan serta nasihat ahli Lembaga Pengarah ke arah peningkatan dan pencapaian

syarikat. Pada tahun 2005 hingga 2007, Lembaga Pengarah telah bermesyuarat sebanyak

6 kali. Selain itu, Circular Resolution juga ada diedarkan kepada semua ahli Lembaga

Pengarah bertujuan untuk mendapat persetujuan mengenai perkara penting yang

berbangkit. Berdasarkan penelitian ke atas minit mesyuarat, pihak Audit mendapati

keputusan yang dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah telah diambil tindakan

49

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!