02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

BAHAGIAN V

PENGURUSAN SYARIKAT SUBSIDIARI KERAJAAN NEGERI

13. PENDAHULUAN

Seksyen 5(1)(d) Akta Audit 1957 memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk

mengaudit sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang

menerima geran/pinjaman/jaminan daripada Kerajaan Persekutuan atau Negeri dan

sesebuah syarikat di mana lebih daripada separuh modal saham berbayar dipegang oleh

Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan. Mesyuarat Jemaah

Menteri pada 20 Ogos 2003 mengenai perkara di atas telah diperkenankan oleh Yang di

Pertuan Agong pada bulan November 2003. Sehubungan dengan itu, Perintah Audit

Akaun Syarikat 2004 telah diwartakan pada akhir bulan Januari 2004 bagi membolehkan

Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan terhadap syarikat tersebut. Pada tahun

2007, pengauditan telah dijalankan terhadap 1 syarikat Kerajaan Negeri Sabah.

WARISAN HARTA SABAH SENDIRIAN BERHAD

14. LATAR BELAKANG

14.1 Warisan Harta Sabah Sendirian Berhad (Syarikat) merupakan sebuah syarikat milik

penuh Kerajaan Negeri Sabah yang ditubuhkan di bawah Ordinan Ketua Menteri

(Pemerbadanan) 1949. Syarikat telah diperbadankan sebagai syarikat berhad di Malaysia

pada 6 April 1995 di bawah Akta Syarikat 1965 dan pada 15 September 1995 Syarikat

telah bertukar kepada syarikat sendirian berhad. Syarikat mempunyai modal saham biasa

dibenarkan berjumlah RM1 bilion dan modal saham diterbitkan dan berbayar berjumlah

RM393 juta. Syarikat mempunyai tujuh syarikat subsidiari, tiga syarikat bersekutu dan

melabur dalam 10 buah syarikat lain.

14.2 Aktiviti utama Syarikat adalah tertumpu pada bidang pelaburan dan pemaju hartanah.

Objektif utama Syarikat adalah bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan

ekonomi pelbagai sektor perindustrian meliputi sektor hartanah, penyewaan kenderaan,

telekomunikasi serta perbankan dan kewangan.

15. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada wang yang disumbangkan

oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada Syarikat telah diurus dengan baik bagi mencapai

objektif yang telah ditetapkan serta memberikan pulangan yang menguntungkan kepada

Kerajaan Negeri Sabah.

48

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!