02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

10.7 PENGURUSAN PELABURAN

Pelaburan merupakan tindakan melabur dana bagi satu tempoh untuk memperoleh kadar

pulangan yang dikehendaki dengan menyedari sepenuhnya risiko yang terbabit. Pelaburan

yang dibuat hendaklah mengikut peraturan yang berkaitan. Rekod perlu diselenggara

dengan lengkap dan kemas kini bagi memudahkan kawalan dan pemantauan. Antara

elemen kawalan yang perlu diwujudkan adalah penubuhan Jawatankuasa Pelaburan yang

berfungsi menguruskan pelaburan Agensi. Antara perkara yang perlu diberi perhatian

adalah kuasa melabur, had pelaburan, sasaran pelaburan dan pemantauan pelaburan.

10.8 PENGURUSAN PINJAMAN

Pinjaman dibuat bagi membiayai pelbagai projek untuk pembangunan ekonomi negeri,

menampung perbelanjaan dan meningkatkan taraf pembangunan serta kemajuan

penduduk. Pinjaman tersebut hendaklah digunakan mengikut maksud pinjaman dipohon.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah kuasa untuk meminjam,

penyelenggaraan rekod pinjaman yang lengkap dan kemas kini, perjanjian pinjaman

disediakan dan mekanisme kawalan serta pemantauan pinjaman.

10.9 PENYATA KEWANGAN

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 4 Tahun 2007 menghendaki Agensi Negeri

mengemukakan Penyata Kewangan kepada Ketua Audit Negara tidak lewat dari 30 April

setiap tahun. Ini membolehkan penyata kewangan dan laporan tahunan Agensi Negeri

dibentang di Dewan Undangan Negeri pada tahun yang sama dan tidak lewat dari 31

Disember setiap tahun. Pekeliling ini bertujuan untuk meningkatkan akauntabiliti dan tadbir

urus yang baik di semua Agensi Negeri. Di samping itu, pembentangan awal

membolehkan stakeholders menilai prestasi Agensi Negeri yang lebih jelas, lengkap dan

relevan.

11. TAHAP PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN

Hasil daripada pengauditan yang telah dijalankan mendapati prestasi pengurusan

kewangan di Pejabat Daerah Kudat, Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Hal

Ehwal Pengguna, Majlis Daerah Papar, Kementerian Pembangunan Sumber Dan

Kemajuan Tekonologi Maklumat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jabatan

Perancang Bandar Dan Wilayah, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah

(SEDCO), Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan dan Majlis Daerah Beluran

adalah baik. Manakala prestasi pengurusan kewangan di Kementerian Pelancongan,

Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (INSAN),

Kementerian Belia Dan Sukan Sabah, Majlis Daerah Kinabatangan, Majlis Daerah Lahad

Datu dan Majlis Ugama Islam Sabah adalah pada tahap memuaskan. Tahap pencapaian

45

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!