02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

KATA PENDAHULUAN

1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki

Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan dan mengemukakan Laporan

mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Tuan Yang

Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen manakala Tuan Yang

Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah menitahkan untuk dibentangkan di Dewan

Undangan Negeri Sabah. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, Jabatan Audit Negara telah

menjalankan 2 kaedah pengauditan seperti berikut:

1.1 Pengauditan Penyata Kewangan

Untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun

berkenaan menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan

mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini.

1.2 Pelaksanaan Sistem Penarafan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti

Pengurusan Kewangan Jabatan

Mulai tahun 2007, Jabatan Audit Negara telah memperkenalkan Indeks Akauntabiliti

bertujuan untuk membuat penilaian secara objektif terhadap pengauditan pengurusan

kewangan Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri bagi mengukur dan menambah baik

kawalan pengurusan kewangan yang cemerlang. Indeks Akauntabiliti diberi penarafan

berdasarkan kepada tahap pematuhan terhadap peraturan-peraturan kewangan

berhubung dengan kawalan pengurusan, terimaan, perbelanjaan, kumpulan wang

amanah/akaun amanah/deposit, aset, pinjaman, pelaburan dan penyediaan Penyata

Kewangan. Dengan pelaksanaan Indeks Akauntabiliti ini boleh membantu mewujudkan

budaya kerja berasaskan amalan terbaik. Selain itu, budaya “membetulkan yang biasa dan

membiasakan yang betul” bukan sahaja dapat mempertingkatkan kecemerlangan

pengurusan kewangan Jabatan malah aspek integriti, keutuhan dan akauntabiliti yang

ditekankan oleh Kerajaan akan dapat dicapai.

2. Laporan saya mengenai Penyata Kewangan Tahun 2007 disediakan hasil daripada

pengauditan yang dijalankan di beberapa Kementerian/Jabatan/Agensi/Syarikat Subsidiari

Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2007. Bagi tujuan pengesahan Penyata Kewangan

Kerajaan Negeri Tahun 2007, pengauditan terhadap sistem perakaunan dan dokumen

yang berkaitan dengan pembayaran dan terimaan telah dijalankan di Pejabat

Perbendaharaan Negeri. Pengauditan tersebut melibatkan pemeriksaan terhadap 6,316

baucar bayaran bernilai RM70.03 juta, sebanyak 1,022 penyata pemungut bernilai

RM931.40 juta dan 418 baucar jurnal bernilai RM315.08 juta.

iv

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!