02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

perlu dinyatakan dengan jelas. Seksyen 15A(2) Akta Acara Kewangan, Arahan

Perbendaharaan (AP) 11, AP 69 dan AP 101 adalah berkaitan.

iii) Kehendak Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991

dipatuhi. Pekeliling tersebut menetapkan Senarai Tugas bagi setiap pegawai perlu

disediakan dengan lengkap dan jelas menunjukkan hubung kait antara penyelia

dengan pegawai bawahan serta rakan sejawat dalam organisasi yang sama.

Senarai tugas ini juga perlu sentiasa dikemaskinikan.

iv) Kehendak Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 dipatuhi. Selaras

dengan pekeliling tersebut, perancangan dan pelaksanaan pusingan kerja mengikut

tempoh yang sesuai dalam pelbagai bidang tugas perlu dilaksanakan bagi

membangunkan sumber manusia berpotensi serta berupaya menyumbang kepada

kecemerlangan organisasi.

b) Sistem Dan Prosedur

Bagi memastikan sistem dan prosedur yang teratur telah diwujudkan, Jabatan/Agensi

Negeri hendaklah memastikan:

i) Manual Prosedur Kerja disediakan dengan lengkap, kemas kini dan dikaji semula

secara berterusan. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991

adalah berkaitan.

ii) Fail Meja bagi setiap jawatan disediakan dengan lengkap, kemas kini dan memiliki

kesemua 14 ciri-ciri asas Fail Meja yang ditetapkan. Pekeliling Kemajuan

Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991 adalah berkaitan.

iii) Pemeriksaan mengejut (sepertimana yang ditetapkan di bawah Arahan

Perbendaharaan 309) dijalankan secara berkala (tidak kurang dari sekali dalam 6

bulan) terhadap peti besi, peti wang tunai, laci atau bekas-bekas lain yang diguna

untuk menyimpan wang, setem atau barang-barang lain yang berharga. Hasil

pemeriksaan itu hendaklah direkodkan dengan lengkap untuk memudahkan

rujukan.

c) Jawatankuasa Kewangan Dan Unit Audit Dalam

Kerajaan menetapkan pelbagai jawatankuasa berkaitan hal kewangan ditubuhkan di

peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri. Fungsi dan tanggungjawab

jawatankuasa tersebut telah ditetapkan melalui surat pekeliling, arahan, garis panduan

yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Bagi memastikan jawatankuasajawatankuasa

yang telah diwujudkan berfungsi dengan berkesan, Kerajaan telah juga

mengeluarkan Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Urusan Jawatankuasajawatankuasa

Kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2

Tahun 1991. Panduan ini menetapkan dengan jelas peranan Pengerusi dan urusetia

dalam sesuatu mesyuarat bagi memastikan keberkesanan jawatankuasa yang telah

diwujudkan. Antara jawatankuasa/unit yang perlu diwujudkan bagi memantapkan tahap

pengurusan kewangan adalah seperti berikut:

36

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!