02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BAHAGIAN IV

PRESTASI PENGURUSAN KEWANGAN

KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI NEGERI

7. PENDAHULUAN

7.1 Seksyen 15(A) Akta Acara Kewangan, 1957 dan Arahan Perbendaharaan telah

menetapkan tugas dan tanggungjawab Pegawai Pengawal di sesebuah Jabatan bagi

menjamin wujudnya akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan. Antara lain,

Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa peruntukan

kewangan dan sumber lain yang secukupnya diperolehi, digunakan dan diperakaunkan

mengikut peraturan kewangan.

7.2 Selaras dengan perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Audit

1957, setiap tahun Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan terhadap

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, pematuhan kepada undang-undang dan peraturan

kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri dan mengemukakan laporan mengenainya

untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

7.3 Bagi memenuhi kehendak undang-undang yang tersebut di atas, setiap tahun

Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan terhadap pengurusan kewangan di

Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri untuk menentukan tahap pematuhan terhadap

undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Berdasarkan kepada pengauditan tersebut,

didapati bahawa masih ada Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri yang tidak serius dalam

meningkatkan prestasi pengurusan kewangan walaupun telah diberi teguran oleh Jabatan

Audit Negara berulang kali. Ini dapat digambarkan daripada kelemahan-kelemahan yang

dibangkitkan setiap tahun yang mana ia adalah berkisar kepada isu-isu yang sama.

7.4 Sebagai satu usaha untuk meningkatkan tahap motivasi Kementerian/Jabatan/Agensi

Negeri agar lebih gigih memperbaiki, mempertingkat dan memperkasakan prestasi

pengurusan kewangan masing-masing pada masa akan datang, Jabatan Audit Negara

telah memutuskan untuk melaksanakan sistem penarafan berdasarkan Indeks

Akauntabiliti. Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri yang diberi tahap penarafan yang

sangat baik boleh dijadikan sebagai tanda aras/role model kepada Jabatan/Agensi Negeri

yang lain.

7.5 Melalui pelaksanaan sistem penarafan ini, setiap pematuhan terhadap peraturan

kewangan bagi 6 aspek kawalan utama diberikan markah. Aspek tersebut ialah kawalan

pengurusan organisasi, kawalan bajet, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan,

pengurusan Akaun Amanah dan Kumpulan Wang Amanah serta pengurusan aset dan

33

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!