02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

sejumlah RM36.75 juta berbanding RM33.53 juta iaitu peningkatan sejumlah

RM3.22 juta atau 9.6%.

ii) Akaun Amanah Khas Pembasmian Kemiskinan

Akaun amanah ini telah diwujudkan melalui Arahan Amanah tahun 2007

bertujuan untuk mengakaun terimaan dividen/sumbangan daripada Agensi

Kerajaan Persekutuan iaitu FELDA dari semasa ke semasa. Pada tahun 2007,

akaun amanah ini telah mencatat terimaan bersamaan dengan baki penutupan

sejumlah RM30.48 juta kerana tidak ada perbelanjaan dilakukan.

iii) Bantuan Untuk Meningkatkan Taraf Kualiti Hidup Dan Membasmi

Kemiskinan Di Kalangan Rakyat Sabah

Akaun amanah ini telah diwujudkan melalui Arahan Amanah tahun 2007

bertujuan untuk mengakaun bantuan kewangan berkaitan dengan

program/aktiviti untuk meningkatkan taraf kualiti hidup dan membasmi

kemiskinan di kalangan rakyat Negeri Sabah. Golongan sasaran adalah terdiri

daripada penduduk miskin, ibu tunggal, warga tua, orang kurang upaya serta

usahawan/peniaga kecil. Pada tahun 2007, akaun amanah ini telah mencatat

terimaan bersamaan dengan baki penutupan sejumlah RM20 juta kerana tidak

ada perbelanjaan dilakukan.

iv) Pusat Kemahiran Dan Teknologi Sabah

Akaun amanah ini diwujudkan melalui Arahan Amanah tahun 2007 bertujuan

untuk mengakaun terimaan wang dan perbelanjaan berkaitan dengan program

Pusat Kemahiran Dan Teknologi Sabah. Pada tahun 2007, akaun ini telah

mencatat terimaan bersamaan dengan baki penutupan sejumlah RM4.50 juta

kerana tidak ada perbelanjaan dilakukan.

v) Program Mempelbagai Dan Menambah Pendapatan Petani Dan Nelayan

Akaun amanah ini telah diwujudkan melalui Arahan Amanah pada tahun 2005

bertujuan untuk mengakaun wang yang diterima untuk melaksanakan program

mempelbagai dan menambah pendapatan petani, penternak dan nelayan.

Pada tahun 2007, akaun ini telah mencatat terimaan dan perbelanjaan masingmasing

sejumlah RM3.03 juta dan RM2.38 juta. Akaun amanah ini mempunyai

baki sejumlah RM1.43 juta pada akhir tahun 2007 berbanding RM780,582 pada

tahun 2006 iaitu peningkatan sejumlah RM648,133 atau 83%.

4.6.3 Akaun Deposit

Akaun Deposit yang ditubuhkan di bawah Seksyen 9, Akta Acara Kewangan 1957

adalah merupakan wang yang diterima bagi maksud yang dinyatakan mengikut

undang-undang atau syarat tertentu dan perlu dikembalikan sebaik sahaja selesai

kegunaan maksudnya. Selain diwujudkan mengikut Arahan Amanah, ia juga wujud

mengikut kandungan syarat kontrak. Pada akhir tahun 2007, baki deposit terdiri

22

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!